Sekadar renungan


Bila Allah cepat makbulkan Doamu, Maka DIA Menyayangimu,

Bila DIA Lambat Makbulkan doamu, Maka DIA Ingin Mengujimu,

Bila DIA Tidak Makbulkan Doamu, Maka Dia Merancang Sesuatu Yang lebih Baik Untukmu.

Oleh itu, Sentiasalah Bersangka Baik Pada ALLAH Dalam Apa Jua Keadaan Pun... Kerana Kasih sayang ALLAH Itu Mendahului KemurkaanNya.

********************************************************

Saat itu, hadir syaitan yang terkuat, sementara si hamba dalam kondisi paling lemah. Siapakah yang selamat?


Ya Allah, jadikanlah amal terbaik kami sebagai penutup amal kami. Jadikanlah umur terbaik kami sebagai akhirnya. Dan jadikanlah hari terbaik kami sebagai hari kami menjumpai-Mu
.


Sabda Nabi s.a.w ;"...dan sesungguhnya waktu yang paling syaitan dengan manusia adalah disaat kematian (nazak) ","(Riwayat Abu Na'im)" didalam sepotong ayat Mursyal , Nabi s.a.w bersabda dengan membawa maksud ," Saat paling hampir musuh Allah (syaitan) itu dengan manusia ialah dikala terbit rohnya".

ZIKIR HARIAN

HARI AHAD: Ya Hayyu Ya Qayyum ( 1000 X )
HARI ISNIN: La haula wala quwwata illa billa hil 'aliyyil 'a ziim ( 1000 X )
HARI SELASA: Allahumma salli 'ala 'abdika warasulika wanabiyyikal amiina wa'ala alihi wasahbihi wasallim ( 1000 X )
HARI RABU: Astagh firullahal 'a ziim ( 1000 X )
HARI KHAMIS: Subhanallahii 'a ziim , Subhanallahi wabihamdihi ( 1000 X )
HARI JUMAAT: Ya Allah ( 1000 X )
HARI SABTU: La ilaha illallah ( 1000 X )

Sedikit Ilmu untuk dikongsi bersama...



Imam Ja’far Ash-shadiq (sa) berkata: “Barangsiapa yang membaca surat Ar-Rahman, dan ketika membaca kalimat ‘Fabiayyi âlâi Rabbikumâ tukadzdzibân’, ia mengucapkan: Lâ bisyay-in min âlâika Rabbî akdzibu (tidak ada satu pun nikmat-Mu, duhai Tuhanku, yang aku dustakan), jika saat membacanya itu pada malam hari kemudian ia mati, maka matinya seperti matinya orang yang syahid; jika membacanya di siang hari kemudian mati, maka matinya seperti matinya orang yang syahid.” (Tsawabul A’mal, hlm 117).

Bacaan Surah

.

Followers

Blog ini mengandungi Maklumat dan Koleksi ibadah untuk diri saya . Sekiranya ia baik , kita kongsi bersama , sekiranya ianya tidak baik , elakkanlah. Saya hanya insan biasa yang mencari ilmu selagi hayat dikandung badan...

.

Friday, June 8, 2012

Beratnya AMANAH !


Niat, nazar, ikrar, perjanjian dan sumpah sering dipermudahkan tanpa menyedari betapa berat tanggungannya. Perjanjian atau sumpah menjadi amanat Allah s.w.t yang wajib dipertanggungjawabkan. Oleh sebab beratnya amanat perjanjian dan sumpah itu maka tidak boleh berjanji dan bersumpah yang melibatkan perubahan hukum halal dan haram kerana Allah s.w.t sahaja yang berhak menentukan hukum. Sumpah yang demikian wajib dibatalkan dengan membayar kaffarat atau denda. Sumpah yang tidak mengubah hukum wajib disempurnakan.
“(Sambil Dia bertanya dengan) firman-Nya: ‘Adakah Aku Tuhan kamu?’ Mereka semua menjawab, ‘Benar (Engkau Tuhan kami)’.” (Surah al-A’raaf, ayat 72).

Ini adalah perjanjian atau sumpah awal yang dibuat oleh sekalian makhluk. Ia menjadi amanat yang wajib dipegang oleh mereka semua tidak ada pengecualian. Kegagalan menanggung amanat ini menyebabkan mereka dihumban ke dalam api neraka. Semua makhluk (tidak termasuk jin dan manusia) takutkan api neraka lalu menanggung amanat tersebut dan tidak sekali-kali melepaskan perjanjian mereka. Amanat awal inilah yang membuat matahari, bulan. Bumi dan lain-lain tidak menyimpang walau sedikit pun dari landasan yang Allah s.w.t telah tetapkan buat mereka. Bagi golongan jin dan manusia selain amanah awal yang umum ditambah pula dengan amanah khusus:

“Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia , melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepada-Ku”. (Surah adz-Dzaariyat, ayat 56).

Golongan jin dan manusia diletakkan amanah tambahan yang khusus dipanggil beban beragama, taat kepada peraturan dan hukum Allah s.w.t. Apa akan jadi jika amanah, perjanjian dan sumpah ini tidak dipelihara?

“Dan sesungguhnya Kami telah jadikan kamu (Adam) dan Kami telah membentuk rupa kamu, kemudian Kami berfirman kepada malaikat, ‘Sujudlah kepada Adam’, lalu mereka sujud, tetapi iblis tidaklah termasuk dalam golongan yang sujud. Allah berfirman, ‘Apakah yang menghalang kamu (iblis) daripada sujud ketika Aku perintahkan kepada kamu?’ Iblis menjawab, ‘Aku lebih baik daripadanya (Adam,) kerana Engkau jadikan aku dari api padahal Engkau jadikan ia daripada tanah’. Allah berfirman, ‘Turunlah engkau dari syurga ini kerana tidak patut engkau berlaku sombong di dalamnya. Oleh itu keluarlah, sesunggunhnya engkau dari golongan yang hina’”. (Surah al-A’raaf, ayat 11 – 13)

“Allah berfirman, ‘Keluarlah engkau (iblis) dari (syurga) sebagai makhluk yang terhina serta terusir. Sesungguhnya sesiapa antara mereka yang menurutmu tetaplah Aku penuhkan jahanam dengan kamu (serta mereka) semuanya’”. (Surah al-A’raaf, ayat 18).

Bapa jin telah mencampakkan amanah atau perjanjian ubudiah sehingga kepada peringkat derhaka kepada Allah s.w.t. Akibatnya berubahlah sifatnya daripada makhluk yang taat dan ahli ibadat menjadi makhluk yang kufur. Namanya berubah daripada Azazil kepada iblis. Allah s.w.t meletakkan cop adanya sebagai golongan yang rendah, hina terhalau dan penghuni jahanam (neraka paling bahawa dan paling buruk). Itulah akibat paling buruk menimpa makhluk lantaran mencabuli perjanjian dengan Allah s.w.t. Ia dimasukkan kepada jalan atau arus sistem sebab musabab yang tidak ada sedikitpun rahmat dan nikmat Allah s.w.t, tidak ada sebesar zarah pun kecenderungan dan peluang untuk berbuat kebajikan dan tidak ada sedikit pun pilihan kecuali masuk ke dalam neraka jahanam yang paling dahsyat. Hendak meminta neraka yang kurang dahsyat pun tidak boleh.

Bagaimana pula dengan Bapa manusia?

“Dan, wahai Adam! Tinggallah engkau dan isterimu di dalam syurga serta Makanlah dari makanannya sepuas-puasnya apa sahaja yang kamu berdua sukai, dan janganlah kamu hampiri pokok ini, (jika kamu menghampirinya) maka akan menjadilah kamu dari orang-orang yang zalim”. (Surah al-A’raaf, ayat 19).

Adam dan Hawa boleh mengambil apa sahaja yang di dalam syurga tempat mereka tinggal. Mereka diberi satu amanah atau perjanjian, iaitu jangan mendekati pohon yang terlarang.
“Maka syaitan membisikkan kepada kedua-duanya yang akhirnya menampakkan kepada kedua-duanya aurat mereka yang ditutup daripada (pemandangan mereka), sambil ia (iblis) berkata, ‘Tidaklah Tuhan kamu melarang kamu mendekati pokok yang dilarang) melainkan supaya kamu tidak menjadi malaikat atau kamu termasuk ke dalam golongan orang-orang yang kekal (dalam syurga)’. Dan ia (iblis) bersumpah kepada kedua-duanya, ‘Aku ini bagi kamu adalah pemberi nasihat’. Maka ia anjurkan kepada keduanya dengan tipu daya. Maka tatkala mereka berdua merasakan (buah) pohon itu, terbukalah aurat mereka dan mulailah mereka menutupinya dengan daun dari syurga. Dan Tuhan mereka menyeru kepada mereka, ‘Bukankah Aku melarang kamu (memakan buah) dari pohon itu dan bukankah Aku sudah katakan bahawa syaitan itu musuh kamu yang sahih’. Mereka berdua berkata, ‘Wahai Tuhan kami. Sesungguhnya kami telah menzalimi diri kami. Jika tidak Engkau ampunkan kami dan tidak Engkau beri rahmat kepada kami nescaya jadilah kami orang yang rugi.’ Allah berfirman, ‘Pergilah kamu. Sebahagian daripada kamu jadi mush kepada Sebahagiannya dan adalah kamu di bumi itu tempat ketetapan dan bekalan hingga satu masa’. Allah berfirman, ‘Padanya kamu hidup dan di situlah kamu akan mati dan daripadanya kamu akan dikeluarkan. Wahai Adam. Kami turunkan atas kamu pakaian untuk menutup aurat dan pakaian perhiasan serta pakaian takwa, inilah yang lebih utama. Yang demikian itu adalah tanda-tanda (kurnia) Allah supaya kamu ingat. Wahai keturunan Adam. Jangan sampai syaitan menipu kamu seperti ia telah keluarkan kedua-dua ibu bapa kamu dari syurga, ia buka pakaian mereka supaya kelihatan aurat mereka. Ia dan golongannya melihat kamu tetapi kamu tidak melihat mereka. Kami jadikan syaitan itu teman rapat orang-orang yang tidak beriman”. (Surah al-A’raaf, ayat 20 – 27).

“Dan demi sesungguhnya, Kami telah berpesan kepada Adam pada masa yang lalu tetapi ia lupa dan Kami tidak mendapatinya mempunyai keazaman yang teguh”. (Surah Ta Ha, ayat 115).

“Dan (ingatlah) tatkala Kami berfirman kepada malaikat, ‘Sujudlah kepada Adam’. Lalu mereka sujud kecuali iblis, ia enggan. Lalu Kami berfirman, ‘Hai Adam! (Iblis) musuh ini bagi kamu dan bagi isteri kamu maka janganlah ia (menjadi sebab) mengeluarkan kamu berdua daripada syurga, kelak engkau akan merasai kesusahan. Kerana (dikurniakan di dalam syurga) bagi kamu bahawa kamu tidak akan lapar dan tidak akan telanjang. Dan dikurniakan bagi kamu bahawa kamu tidak akan merasa dahaga dan tidak merasa panas’. Lalu syaitan membisikkan kepadanya. Ia berkata, ‘Hai Adam. Mahukah aku tunjukkan kepada kamu pokok kekekalan dan kerajaan yang tidak akan binasa?’ Lalu mereka berdua makan (buah) dari (pokok) itu, lantas terbukalah aurat mereka dan mereka tutupkannya dengan daun (dari) syurga. Dan derhakalah Adam kepada Tuhannya dan sesatlah ia. Kemudian Tuhannya pilih dia, ampunkannya dan pimpinnya. Dia berfirman, ‘Turunlah kamu berdua daripada (syurga) itu bersama-sama dalam keadaan sebahagian dari kamu jadi musuh sebahagian. Jika datang kepada kamu satu petunjuk daripada-Ku maka barangsiapa menurut perkataan-Ku tidaklah ia akan sesat dan tidaklah ia akan celaka. Barangsiapa berpaling dari peringatan-Ku maka adalah baginya penghidupan yang sempit dan Kami akan kumpulkan dia pada hari kiamat dalam keadaan buta’”. (Surah Ta Ha, ayat 116 – 124).

Adam mengalami dua keadaan. Pertama memelihara amanah Allah s.w.t dan keduanya melepaskan amanah tersebut.

Memelihara amanah Allah s.w.t menjadi sebab untuk Adam mendapat:

1: Bersenang-senang dengan isterinya di dalam syurga.
2: Memakan apa sahaja kecuali satu.
3: Tidak merasa kesusahan.
4: Tidak lapar.
5: Tidak telanjang.
6: Tidak dahaga.
7: Tidak panas.

Melepaskan amanah Allah s.w.t menyebabkan Adam merasai:

1: Kemurkaan Allah s.w.t.
2: Dikeluarkan daripada syurga.
3: Berpisah dengan isterinya.
4: Merasai kesusahan.
5: Merasai lapar.
6: Merasai bertelanjang.
7: Merasai panas.
8: Merasai dahaga.
9: Merasai mati.

Adam melepaskan amanah Allah s.w.t dalam keadaan dia diperdayakan oleh iblis. Dia lupa kepada perjanjiannya dan dia tidak sengaja berbuat derhaka kepada Allah s.w.t. Dalam keadaan yang semacam itu pun Adam terpaksa memasuki bidang sebab musabab yang payah dan berat hingga ada kematian di dalamnya. Dalam syurga tidak ada mati. Apa pula halnya manusia lain yang sengaja melepaskan amanah Allah s.w.t. Lihatlah perjanjian yang dibuat oleh manusia dengan Allah s.w.t:

“La ilaha illa Llah. Muhammad-ur-Rasulullah”

Perjanjian yang satu ini membawa berbagai-bagai amanah ke dalam tanggungan manusia. Maka kita temui wajib, sunat, harus, makruh, haram, rukun, syarat dan lain-lain. Kita temui juga pahala, dosa, syurga, neraka, rahmat, laknati, nikmat dan celaka. Semuanya lahir dari satu perjanjian atau ikrar. Cara kita menanggung ikrar yang satu ini menjadi faktor utama mempengaruhi perjalanan sebab musabab yang sampai kepada kita. Kita sering lupa kepada sebab musabab jenis ini lalu kita meraba-raba mencari punca nasib malang kita.

Seterusnya perhatikan pula kepada amalan biasa yang kita lakukan. Bagi memulakan sesuatu pekerjaan kita membaca:

"Bismillaah-ir-Rahmaan-ir-Rahiim"

Kalimat ini bukan setakat dibaca sebagai kebiasaan malah ia merupakan amanah atau ikrar hamba dengan Pencipta.

Hamba berjanji untuk menegakkan kakinya pada jalan Allah s.w.t. Jika dia makan untuk mendapatkan tenaga maka dia berjanji untuk menggunakan tenaga itu pada jalan Allah s.w.t. Jika dia melangkah dia berjanji untuk menjadikan langkahnya sebagai jalan mencari keredaan Allah s.w.t. Membaca "Bismillah" tetapi berbuat yang tidak sesuai dengan kehendak kalimah tersebut membawa seseorang termasuk ke dalam golongan yang mencuaikan amanah Allah s.w.t.

Tidak membacanya pula menyebabkan syaitan bersekutu dalam apa sahaja yang kita lakukan. Hinggakan dalam hubungan kelamin suami isteri pun syaitan bersekutu. Hasilnya lahirlah anak-anak yang melakukan kerosakan di atas muka bumi. Kesan negatif dari tidak membaca "Bismillah" atau tidak menanggung amanah "Bismillah" sukar dibuktikan. Tetapi kesan positif banyak untuk dijadikan teladan.

Nabi Ibrahim a.s memasuki api Namrud dengan kalimah "Bismillah". Kalimah ini menjadi tenaga yang luar biasa merombak hukum sebab musabab sehingga api kehilangan kuasa membakarnya. Nabi Isa a.s menyeru orang mati dalam kubur dengan kalimah "Bismillah" dan kalimah tersebut mematikan hukum sebab musabab hinggakan orang yang sudah mati boleh hidup semula. Orang yang benar-benar menanggung kalimah "Bismillah" boleh berjalan di atas air atau terbang di udara. Hanya "Bismillaah-ir-Rahmaan-ir-Rahiim", hukum sebab musabab tunduk kepadanya. Jika membaca dan menanggung "Bismillah" membawa kesan positif apakah tidak mungkin melepaskan amanah tersebut boleh membawa kesan negatif?

tamansufi.tripod

0 comments:

Post a Comment