Sekadar renungan


Bila Allah cepat makbulkan Doamu, Maka DIA Menyayangimu,

Bila DIA Lambat Makbulkan doamu, Maka DIA Ingin Mengujimu,

Bila DIA Tidak Makbulkan Doamu, Maka Dia Merancang Sesuatu Yang lebih Baik Untukmu.

Oleh itu, Sentiasalah Bersangka Baik Pada ALLAH Dalam Apa Jua Keadaan Pun... Kerana Kasih sayang ALLAH Itu Mendahului KemurkaanNya.

********************************************************

Saat itu, hadir syaitan yang terkuat, sementara si hamba dalam kondisi paling lemah. Siapakah yang selamat?


Ya Allah, jadikanlah amal terbaik kami sebagai penutup amal kami. Jadikanlah umur terbaik kami sebagai akhirnya. Dan jadikanlah hari terbaik kami sebagai hari kami menjumpai-Mu
.


Sabda Nabi s.a.w ;"...dan sesungguhnya waktu yang paling syaitan dengan manusia adalah disaat kematian (nazak) ","(Riwayat Abu Na'im)" didalam sepotong ayat Mursyal , Nabi s.a.w bersabda dengan membawa maksud ," Saat paling hampir musuh Allah (syaitan) itu dengan manusia ialah dikala terbit rohnya".

There was an error in this gadget

ZIKIR HARIAN

HARI AHAD: Ya Hayyu Ya Qayyum ( 1000 X )
HARI ISNIN: La haula wala quwwata illa billa hil 'aliyyil 'a ziim ( 1000 X )
HARI SELASA: Allahumma salli 'ala 'abdika warasulika wanabiyyikal amiina wa'ala alihi wasahbihi wasallim ( 1000 X )
HARI RABU: Astagh firullahal 'a ziim ( 1000 X )
HARI KHAMIS: Subhanallahii 'a ziim , Subhanallahi wabihamdihi ( 1000 X )
HARI JUMAAT: Ya Allah ( 1000 X )
HARI SABTU: La ilaha illallah ( 1000 X )

Sedikit Ilmu untuk dikongsi bersama...



Imam Ja’far Ash-shadiq (sa) berkata: “Barangsiapa yang membaca surat Ar-Rahman, dan ketika membaca kalimat ‘Fabiayyi âlâi Rabbikumâ tukadzdzibân’, ia mengucapkan: Lâ bisyay-in min âlâika Rabbî akdzibu (tidak ada satu pun nikmat-Mu, duhai Tuhanku, yang aku dustakan), jika saat membacanya itu pada malam hari kemudian ia mati, maka matinya seperti matinya orang yang syahid; jika membacanya di siang hari kemudian mati, maka matinya seperti matinya orang yang syahid.” (Tsawabul A’mal, hlm 117).

Bacaan Surah

There was an error in this gadget

.

Followers

Blog ini mengandungi Maklumat dan Koleksi ibadah untuk diri saya . Sekiranya ia baik , kita kongsi bersama , sekiranya ianya tidak baik , elakkanlah. Saya hanya insan biasa yang mencari ilmu selagi hayat dikandung badan...

.

Wednesday, January 16, 2013

Tiada Kebahagian Selama Cinta Tertumpah Kepada Dunia (1)




Seorang yang Riya'
akan beramal dengan anggota badannya saja
manakala orang yang ikhlas
akan beramal dengan hati
dan anggota badannya secara serentak.

Mereka beramal dengan hatinya
sebelum melaksanakan suatu amalan itu
dengan anggotanya badannya.

Orang yang beriman itu tak ubahnya
bagaikan orang yang hidup ,
sedangkan  orang munafik itu tak ubahnya
bagaikan orang yang mati.

Orang beriman itu beramal kerana Khaliq ,
sedangkan  orang menafik beramal kerana makhluk,
dengan mengharapkan pujian
serta pemberian
atas amalan yang dilakukannya ...



Sheikh Abdul Qadir Jailani
Madrasah Al Mu'murah 14 Zulkaedah 545H

Benci !




Assalamualaikum semua pembaca Al-Hikmah,

“I benci dia. Benci! Benci! Benci!” (Bukannya Al-Hikmah benci sesiapa, cuma topik hari ni adalah mengenai benci)

Ungkapan ini kerap kita dengar. Benci, perasaan terdorong akibat kita tidak gemar dengan perlakuan maupun perbuatan orang lain. Barangkali orang itu secara sengaja atau tidak telah menyakitkan hati, mengguris perasaan atau menjatuhkan maruah diri kita. Ramai juga orang yang gagal dalam pergaulan kerana menyimpan perasaan “benci” dalam hati mereka. Allah Subhanawataala Maha Adil. Perasaan benci dalam diri kita akan menyebabkan ramai orang mudah benci terhadap kita. Ingat bahawa kehidupan kita umpama “echo” atau daya pantulan.

Inilah yang kita hadapi sekarang ini di zaman ini. Umat Islam mengetahui sebuah hadis yang maksudnya:

“Janganlah kalian saling dengki mendengki, jangan saling tipu menipu, jangan saling benci membenci, jangan saling belakang membelakangi dan jangan membeli suatu barang yang (akan) dibeli orang. Jadilah kamu sekalian hamba Allah Subhanawataala yang bersaudara. Seorang Muslim adalah saudara bagi Muslim yang lainnya, tidak layak untuk saling zalim menzalimi, berbohong kepadanya dan tidak hirau kepadanya. Takwa itu ada di sini (sambil menunjuk dadanya tiga kali). Cukuplah seseorang dikatakan jahat jika dia menghina saudaranya sesama Muslim. Haram bagi seorang Muslim dari Muslim yang lainnya, darahnya, hartanya, dan harga dirinya.” (Hadis riwayat Muslim).

Tapi sedarkah kita sahabat semua untuk melaksanakan hadis di atas? Sedarkah kita bahawa kebencian kepada saudara kita ada dua bentuk, iaitu pertama, benci kerana agama. Kebencian seperti ini boleh bahkan wajib, iaitu membenci saudaranya kerana kejelekan agamanya. Kebencian seperti ini tidaklah kebencian secara mutlak, dalam erti di samping rasa benci, ada juga dalam hatinya rasa cinta kerana masih saudaranya.

Kedua, benci kerana dunia. Kebencian seperti ini haram hukumnya. Maka jika seseorang berasakan dirinya membenci saudaranya, maka hendaklah dia melihat kepada kebaikannya agar kebencian itu hilang.

Kalangan sahabat Nabi sudah memberikan contoh penerapan ajaran Islam berkaitan persaudaraan sehinggakan sepertimana firman Allah Subhanawataala di dalam Al-Quran.

Sahabat itu menyedari bahawa dalam persaudaraan mesti ada pengorbanan yang diutamakan. Al-Quran menjelaskan maksudnya:

“Dan orang-orang (Ansar) yang mendiami negeri (Madinah) serta beriman sebelum mereka, mengasihi orang-orang yang berhijrah ke negeri mereka dan tidak ada pula dalam hati mereka perasaan berhajatkan apa yang telah diberi kepada orang-orang yang berhijrah itu dan mereka juga mengutamakan orang-orang yang berhijrah itu lebih daripada diri mereka sendiri, sekalipun mereka dalam keadaan kekurangan dan amat berhajat dan (ingatlah), sesiapa yang menjaga serta memelihara dirinya daripada dipengaruhi oleh tabiat bakhilnya, maka merekalah orang-orang yang berjaya.” (Surah al-Hasyr: 9).

Sudah terbukti dalam sejarah bagaimana mereka para sahabat berjaya dalam kehidupan mereka sehingga menjadi umat terbaik yang dimiliki masyarakat antarabangsa. Kejayaan mereka menerapkan semangat persaudaraan tidak terlepas daripada sebuah hadis yang bermaksud: “Agama itu adalah nasihat.” Para Sahabat bertanya: “Untuk siapa?” Baginda Sallallahualaihi Wassalam bersabda: “Untuk Allah, kitab-Nya, rasul-Nya, pemimpin umat Islam dan untuk seluruh Muslimin.” (Hadis riwayat Muslim).

Di kalangan sahabat Nabi saling mendoakan kebaikan untuk saudaranya begitu juga orang yang mengikuti jejak mereka seperti firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan orang-orang (Islam) yang datang kemudian daripada mereka (berdoa dengan) berkata: Wahai Tuhan Kami! Ampunkanlah dosa kami dan dosa saudara-saudara kami yang mendahului kami dalam iman dan janganlah Engkau jadikan dalam hati perasaan hasad dengki dan dendam terhadap orang-orang yang beriman. Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkau Amat Melimpah belas kasihan dan rahmatMu.” (Surah al-Hasyr: 10).

Jika para sahabat berjaya membina tamadun berlandaskan persaudaraan saling menasihati dan berdoa tanpa buruk sangka yang sesuai dengan zaman mereka, maka tidak ada sebabnya kita tidak boleh mengikuti jejak mereka untuk membina tamadun sesuai dengan zaman kita yang berlandaskan nilai murni ini. Dalam doa, nasihat dan persaudaraan ada keberkatan Allah Subhanawataala. Walaupun pada amnya ia kelihatan mudah tapi pada hakikatnya ia amat sukar kecuali bagi orang pilihan Allah. Wallahu a’lam!

Tip: Cara yang terbaik untuk mengikis benci ialah dengan memaafkan semua orang sebelum tidur malam. Jika setiap malam sebelum tidur kita sentiasa mencuci muka, memberus gigi, membersihkan diri dan mengibas tempat tidur, tidak bolehkah kita mencuci hati kita dengan memaafkan semua orang sebelum tidur? . . . tepuk dada tanya Iman.

Alhikmah.com

Misteri dan Rahsia Hajar Aswad !



Hajar Aswad adalah batu hitam yang terletak di sudut sebelah Tenggara Ka’bah, iaitu sudut dari mana Tawaf dimulai. Hajar Aswad merupakan jenis batu ‘Ruby’ yang diturunkan Allah dari syurga melalui malaikat Jibril. Hajar Aswad terdiri dari lapan keping yang terkumpul dan diikat dengan lingkaran perak.
Batu hitam itu sudah licin kerana terus menerus di kecup, dicium dan diusap-usap oleh jutaan malah milion manusia sejak Nabi Ibrahim a.s, iaitu jamaah yang datang ke Baitullah, baik untuk haji mahu pun untuk tujuan Umrah.
Hadist Sahih riwayat Imam Bathaqie dan Ibnu ‘Abas RA, bahawa Rasul SAW bersabda:
“Allah akan membangkitkan Al-Hajar (Hajar Aswad) pada hari kiamat. Ia dapat melihat dan dapat berkata. Ia akan menjadi saksi terhadap orang yang pernah memegangnya dengan ikhlas dan benar”.
Hadis tersebut mengatakan bahawa disunatkan membacadoa ketika hendak istilam (mengusap) atau melambainya pada permulaan thawaf atau pada setiap putaran, sebagai mana, diriwayatkan oleh Ibnu Umar RA. Artinya:
“Bahawa Nabi Muhammad SAW datang ke Ka’bah lalu diusapnya Hajar Aswad sambil membaca Bismillah Wallahu Akbar”.
Asal Usul Hajar Aswad
Ketika Nabi Ibrahim a.s bersama anaknya membina Ka’bah banyak kekurangan yang dialaminya. Pada mulanya Ka’bah itu tidak ada bumbung dan pintu masuk.
Nabi Ibrahim a.s bersama Nabi Ismail mahu membinanya dengan meninggikan bangunannya dan mengangkut batu dari berbagai gunung. setelah bangunan Ka’bah itu hampir selesai, ternyata Nabi Ibrahim masih merasa kekurangan seketul batu lagi untuk diletakkan di Kaabah.
Nabi Ibrahim berkata pada Nabi Ismail, “Pergilah engkau mencari seketul batu yang akan aku letakkan sebagai penanda bagi manusia.”
Kemudian Nabi Ismail a.s pun pergi dari satu bukit ke satu bukit untuk mencari batu yang baik dan sesuai. Ketika Nabi Ismail a.s sedang mencari batu di sebuah bukit, tiba-tiba datang malaikat Jibril a.s memberikan sebuah batu yang cantik.
Nabi Ismail dengan segera membawa batu itu kepada Nabi Ibrahim a.s. Nabi Ibrahima.s. merasa gembira melihat batu yang sungguh cantik itu, beliau menciumnya beberapa kali. Kemudian Nabi Ibrahim a.s bertanya, “Dari mana kamu dapat batu ini?”
Nabi Ismail berkata, “Batu ini kuterima dari yang tidak memberatkan cucuku dan cucumu (Jibril).”
Nabi Ibrahim mencium lagi batu itu dan diikuti oleh Nabi Ismail a.s. Sehingga sekarang Hajar Aswad itu dicium oleh orang-orang yang pergi ke Baitullah. Siapa saja yang bertawaf di Ka’bah disunnahkan mencium Hajar Aswad.
Rahsia Besar Yang Tidak Pernah Kita Bayangkan Sebelumnya
1. Satu riwayat Sahih dinyatakan: 
“HajarAswad dan Makam Ibrahim berasal dari batu-batu ruby syurga yang kalaulah tidak kerana sentuhan dosa-dosa manusia akan dapat menyinari antara timur dan barat. Setiap orang sakit yang memegangnya akan sembuhdari sakitnya”

Hajar Aswad dicium oleh berjuta-juta jemaah haji
Duhulunya batu Hajar Aswad itu putih bersih, tetapi akibat dicium oleh setiap orang yang datang menziarahi Ka’bah, ia menjadi hitam seperti terdapat sekarang. Wallahu a’alam.
2. “‘Barangsiapa menunaikan ibadah haji, dan ia tak berbuat rafats dan fasik, maka ia kembali (suci dan bersih) seperti anak manusia yang baru lahir dari perut ibunya.” (Muttafaqun alaihi).
3. Mencium hajar aswad pada masa menunaikan Haji Di Baitullah tidak dapat diwakilkan, Ia menjadi penyedut dosa tanpa kita sedari, alangkah beruntungnya orang yang boleh menyentuh, mengusap dan memegangnya.
Hadis Siti Aisyah RA mengatakan bahawa Rasul SAW bersabda:
“Nikmatilah (peganglah) Hajar Aswad ini sebelum diangkat (dari bumi). Ia berasal dari syurga dan setiap sesuatu yang keluar dari syurga akan kembali ke syurga sebelum kiamat”.
Akhir kata, Kita semua tahu jika Hajar Aswad hanyalah batu yang tidak memberikan mudarat atau manfaat, begitu juga dengan Ka’bah, ia hanyalah bangunan yang terbuat dari batu.
Ibadah haji yang dihadiri berjuta-juta umat Islam
Akan tetapi apa yang kita lakukan dalam proses ibadah haji tersebut lebih baik kita niatkan sekadar mengikuti ajaran dan sunnah Nabi SAW.
Umar bin Khatab pun juga pernah mengatakan “Aku tahu bahawa kau hanyalah batu, kalaulah bukan kerana aku melihat kekasihku Nabi SAW menciummu dan menyentuhmu, maka aku tidak akan menyentuhmu atau menciummu”
Jadi apa yang dikerjakan berjuta juta umat islam bukanlah menyembah Batu seperti yang banyak dituduhkan kaum yang kerdil sekali akalnya.
Kerana ada rahsia besar dibalik setiap perilaku Nabi Muhammad saw dan sebab tentu saja apa yang dilakukan oleh beliau pastilah berasal dari Allah, sebagaimana yang terdapat dalam firmanNya :
“Dan tiadalah yang diucapkannya itu menurut kemahuan hawa nafsunya. Ucapannya itu tiada lain hanyalah wahyu yang diwahyukan”
(QS. An-Najm : 53)

Allaaahu Akbar, tiada tuhan lagi yang berhak disembah selain Allah dan MuhammadSaw adalah utusan Allah. Muhammad hanyalah seorang Rasul, sungguh telah berlalu sebelumnya beberapa orang Rasul.
Mulai saat ini mari kita cuba berperilaku sebagaimana Nabi Muhammad, mencontohinya dalam segala tindak tanduk, makan, minum, berpakaian, hingga tidurnya. Sesungguhnya ada rahsia disebaliknya.

jutawanmaklumat.com

Wednesday, January 9, 2013

Tegur





Sebelum tegur orang, tegurlah diri sendiri.
Sebelum jadi pemimpin, pimpinlah diri sendiri.
Sebelum jaga anak orang, jagalah diri sendiri.
Sebelum tegur keluarga orang, tegurlah keluarga sendiri.

Monday, January 7, 2013

Suami Jambatan ke Syurga


Ayam sudah mula berkokok, mengerakkan hening pagi yang lama membisu. Si suami bangun lalu mengerakkan isterinya.

“Sayang, bangun sayang…dah subuh..kita solat sama-sama jom…”

Si suami berjalan meninggalkan isterinya yg masih terpingga-pinga, masih dibuai mimpi nan indah. Berjalan si suami menuju ke bilik para malaikatnya.

Tombol dipusingkan. Melihat malaikat dan bidadarinya sedang enak tidur, hatinya berat untuk menganggu tidur anaknya itu, tapi mengingatkan pada perintah Tuhannya, dia berjalan pergi pada anak-anaknya. Di usap kepala mereka yg kecil itu. Lalu hatinya berdesis, “nak…besar nanti jadi anak soleh ya… abi dan umi sayang kamu.”

Perlahan-lahan tangan yang kasar itu mengerakkan anak-anak kecil itu. “dah subuh nak….bangun nak…pergi ambil wuduk, kita solat sama-sama. abi tunggu kat luar.”

Bangun anak-anak yang kecil itu meninggalkan selimut mereka. Berjalan separuh sedar menuju ke tandas dan membasuh muka. Mengambil wuduk. persiapkan diri untuk mengikut perbuatan abinya nanti. solat.

Suara yang garau itu dilaungkan ‘Allahuakhbar..’ tangan diangkat, dibawa keduanya ke atas perutnya. Seperti orang yang telah mati diletakkan tangannya.

‘Assalamualaikum wbt….Assalamualaikum wbt….’ tapak tangan mengusapi muka hamba yang berdosa.

Anak kecil lantas terus mengikutinya tanpa sebarang soal. Akalnya masih belum benar mengerti apa yang dilakukan oleh abinya. Cuma diberitahu kita sedang solat. menyembah Tuhan kita, Allah taala.

Tangan diangkat dan dirapatkan, anak kecil cuma mengikut gerakgeri abinya. Si isteri tersenyum manja melihat kedua anak kecilnya itu.
” Ya Tuhan, engkau berikanlah kepada diriku kekuatan untuk memimpin isteri dan anak-anakku, untuk sampai ke syurgaMu.
Ya Tuhan, jangan Engkau biarkan aku terus menzalimi diriku dan keluarga. Kau jadikanlah aku seorang suami dan ayah yang baik pada isteri dan anakku.
Kau jadikanlah juga isteriku sebagai seorang isteri yg solehah..yang mampu menjadi penyejuk hatiku, yang akan mendamaikan jiwaku. Kau berikanlah dia kekuatan untuk terus dan menerus menjaga anak-anakku. untuk mendidik mereka menjadi anak yg soleh. Kau berikanlah dia ketabahan dan kecekalan dalam mengharungi perjalanan rumahtangga bersamaku. “
Si isteri merasa sayu..hatinya sayu mendengar luahan doa dari seorang hamba yang cintakan Tuhannya, yang merintih kepada-Nya. Hatinya seperti disirami kasturi dari syurga. Setiap patah yang dilafazkan menusuk ke jiwa sanubarinya. Air matanya tertahan untuk tidak gugur lagi.

“Aku syukur Ya Tuhan, Engkau kurniakan aku seorang isteri yg solehah buat diriku ini.. Aku syukur Ya Tuhan, Engkau berikan seorang ibu yang baik buat anak-anakku ini…
Aku syukur Ya Tuhan, dialah yang akan bersamaku, susah dan senang, untuk kami terus berjalan ke syurgaMu.

Kau eratkanlah kasih sayang antara kami, suami dan isteri, ibubapa dan anak-anak. kurniakanlah kami cinta untuk kami saling berkasihsayang keranaMu.

Ya Tuhan, suatu hari nanti aku pasti akan pergi. pergi meninggalkan dunia yang fana ini. meninggalkan isteri dan anak-anakku. Engkau peliharalah mereka Ya Tuhan! Engkau lindungilah mereka dari menjadi bahan bakar api nerakaMu. Sesungguhnya aku takut untuk itu Ya Tuhan… Ampunkanlah kelalaian diriku selama ini.”

Air mata dari seorang hamba jatuh berderai membasahi bumi. Titisan-titisan taubat dan kecintaan mula luruh. Isterinya sudah tidak tertanggung…pipinya sudah disirami dengan air mata keinsafan. Munajat seorang hamba.

Doa diaminkan…

Suami memandang ke belakang. Entah apa yang dicari. Dia bangun mengorak langkah mendapatkan isterinya, merangkul anak-anak kecilnya.

Tangan isteri dipegang erat. “Sayang…bantu abang untuk bawa keluarga kita ke syurga.”

Tiada kata diucapkan lagi dari bibir si isteri. Air matanya masih belum mahu berhenti mengalir. Cuma anggukkan kecil dibuat. Sambil melihat wajah seorang suami dan ayah pada anak-anak mereka.


myibrah.com

Tundukkan Nafsumu Sebelum Engkau Ditundukkan Olehnya ... (2)




Wahai Hamba.....!
Seimbangkanlah antara dunia dan akhirat.
Jadikanlah kedua-duanya itu dalam wadah yang sama ,
dan menyendirilah dihadapan Tuhan Mu Yang Maha Perkasa lagi Maha Agung ,
dengan hati yang kosong,
tanpa dunia dan akhirat .

Janganlah engkau menghadap kepadaNya,
kecuali engkau telah  mengenepikan semua yang datang selain daripadaNya.
Janganlah engkau terbelenggu bersama makhluk ,
sementara engkau terjauh dari Khaliq.
Putuskanlah semua sebab ini dan cabutlah semua halangan ini.

Jika telah memungkinkan , 
jadikanlah dunia  untuk jiwamu
akhirat untuk hatimu
dan Tuhan untuk batinmu ....




Sheikh Abdul Qadir Jailani
Madrasah Al Ma'munah 3 Syawal 545H

Tundukkan Nafsumu Sebelum Engkau ditundukkan Olehnya... (1)




Hai Pemuda ...!
Nasihatilah dirimu sendiri lebih dahulu , 
sebelum kamu menasihati orang lain.
Adalah penting sekali bagimu 
mengekang atau melawan kehendak  nafsumu
dan janganlah engkau berlebih-lebihan menasihati orang lain ,
sedangkan dalam dirimu sendiri
masih berada dalam sesuatu yang perlu engkau perbaiki ...

Celakalah Engkau ...!
Sekiranya engkau tahu bagaimana membersihkan orang lain ,
sedangkan engkau buta.
Bagaimana mungkin seorang buta dapat membimbing orang lain ,
sedangkan yang membimbing itu mestilah orang yang boleh melihat ...

Ingatlah ...!
Bahawa orang yang dapat menyelamatkan orang lain daripada lautan
adalah seorang perenang yang mahir,
dan yang  dapat membawa orang lain kepada Allah s.w.t
hanyalah orang yang kenal kepada Nya .
kerana perbuatan ini tidak dapat dilakukan 
dengan kobodohan dan kejumudan yang menyelimuti jiwa ...



Sheikh Abdul Qadir Jailani
Madrasah Al Ma'munah 3 Syawal 545H