Sekadar renungan


Bila Allah cepat makbulkan Doamu, Maka DIA Menyayangimu,

Bila DIA Lambat Makbulkan doamu, Maka DIA Ingin Mengujimu,

Bila DIA Tidak Makbulkan Doamu, Maka Dia Merancang Sesuatu Yang lebih Baik Untukmu.

Oleh itu, Sentiasalah Bersangka Baik Pada ALLAH Dalam Apa Jua Keadaan Pun... Kerana Kasih sayang ALLAH Itu Mendahului KemurkaanNya.

********************************************************

Saat itu, hadir syaitan yang terkuat, sementara si hamba dalam kondisi paling lemah. Siapakah yang selamat?


Ya Allah, jadikanlah amal terbaik kami sebagai penutup amal kami. Jadikanlah umur terbaik kami sebagai akhirnya. Dan jadikanlah hari terbaik kami sebagai hari kami menjumpai-Mu
.


Sabda Nabi s.a.w ;"...dan sesungguhnya waktu yang paling syaitan dengan manusia adalah disaat kematian (nazak) ","(Riwayat Abu Na'im)" didalam sepotong ayat Mursyal , Nabi s.a.w bersabda dengan membawa maksud ," Saat paling hampir musuh Allah (syaitan) itu dengan manusia ialah dikala terbit rohnya".

There was an error in this gadget

ZIKIR HARIAN

HARI AHAD: Ya Hayyu Ya Qayyum ( 1000 X )
HARI ISNIN: La haula wala quwwata illa billa hil 'aliyyil 'a ziim ( 1000 X )
HARI SELASA: Allahumma salli 'ala 'abdika warasulika wanabiyyikal amiina wa'ala alihi wasahbihi wasallim ( 1000 X )
HARI RABU: Astagh firullahal 'a ziim ( 1000 X )
HARI KHAMIS: Subhanallahii 'a ziim , Subhanallahi wabihamdihi ( 1000 X )
HARI JUMAAT: Ya Allah ( 1000 X )
HARI SABTU: La ilaha illallah ( 1000 X )

Sedikit Ilmu untuk dikongsi bersama...



Imam Ja’far Ash-shadiq (sa) berkata: “Barangsiapa yang membaca surat Ar-Rahman, dan ketika membaca kalimat ‘Fabiayyi âlâi Rabbikumâ tukadzdzibân’, ia mengucapkan: Lâ bisyay-in min âlâika Rabbî akdzibu (tidak ada satu pun nikmat-Mu, duhai Tuhanku, yang aku dustakan), jika saat membacanya itu pada malam hari kemudian ia mati, maka matinya seperti matinya orang yang syahid; jika membacanya di siang hari kemudian mati, maka matinya seperti matinya orang yang syahid.” (Tsawabul A’mal, hlm 117).

Bacaan Surah

There was an error in this gadget

.

Followers

Blog ini mengandungi Maklumat dan Koleksi ibadah untuk diri saya . Sekiranya ia baik , kita kongsi bersama , sekiranya ianya tidak baik , elakkanlah. Saya hanya insan biasa yang mencari ilmu selagi hayat dikandung badan...

.

Monday, December 31, 2012

Buat Apa Pergi Umrah Banyak Kali?


Sesungguhnya, berkat doa Nabi Ibrahim ‘Alahissalam ketika Allah S.W.T memerintahkan baginda untuk meninggalkan Siti Hajar dan Nabi Ismail dengan doanya berbunyi:
“Wahai Tuhanku, aku tinggalkan zuriatku di lembah yang gersang di sisi rumah-Mu (Baitikal Haram) untuk didirikan solat diatasnya. Oleh itu Ya Allah, jadikan hati manusia rindu kepadanya moga-moga mereka selalu kembali kepadanya (Mekah)”.
Allah S.W.T memakbulkan doa tersebut dan disebabkan itulah manusia yang pernah menjejakkan kaki ke sana akan merindu-rindu untuk ke sana lagi. Ya, aku rindu. Walaupun tak mampu nak ke sana lagi. Aku tahu.
Baru-baru ini dalam kelas, lecturer aku membebel tanpa mengetahui bahawa aku baru je balik dari Umrah. Sebelum datang ke kelas dia baru je hantar mertua dia kat KLIA sebab nak pergi Umrah.
“Saya tak tahu kenapa orang nak pergi Umrah banyak-banyak kali?”
Allah….soalan…Dalam hati aku berdoa semoga beliau diberi kesempatan untuk menunaikan ibadah Umrah dan merasakan perasaan yang orang lain rasa bila dah sekali pergi Umrah. Beliau melanjutkan pertanyaan untuk kami satu kelas cari jawapannya yang berbunyi:
“Rasulullah S.A.W pergi umrah berapa kali?”.
Diulangnya soalan itu berkali-kali sebagai penegasan beliau bahawa beliau tak bersetuju dengan orang yang menunaikan umrah banyak kali. Kata beliau lebih baik guna duit banyak-banyak tu untuk bersedekah di mana pahalanya akan mengalir panjang. Tapi beliau tahu ke orang yang nak pergi Umrah banyak kali tu dah bersedekah ke belum? Kalau orang banyak duit, harta berlebih-lebih, kalau jiwa dia bersih, mesti nak ke tanah haram juga. Macam aku ni memang tak layak nak pergi umrah banyak kali, duit tak ada, harta pun tak ada. Itu lain cerita.
Ya, aku tahu Nabi Muhammad S.A.W menunaikan Umrah hanya satu kali dalam seumur hidupnya. Ibadah haji pun begitu. Tapi Nabi Muhammad S.A.W adalah asalnya dari tanah arab pastinya akses untuk melihat kaabah itu setiap hari, tak macam kita yang asalnya dari Malaysia, meredah awannya yang jauh beribu batu untuk melihat kaabah yang menjadi qiblat kita setiap hari.
Masalahnya sekarang, bila kita sekali kita tengok kaabah di depan mata, kita rasa nak tengok lagi, kalau boleh nak tengok setiap hari. Jadi, takkanlah dari Malaysia ni kita bayar duit tambang untuk tengok kaabah sahaja, bukankah lebih baik tunaikan Umrah tu kan? Entahlah, aku nak huraikan panjang-panjang pun tak reti. Hanya mereka yang memahami perasaan aku faham jugalah situasi dan apa yang aku ingin sampaikan.
Dari Ibnu Abbas Rasulullah bersabda :

SETIAP HARI TURUN KE RUMAH INI (KAABAH) 120 RAHMAT. SEBANYAK 60 BAGI MEREKA YANG MENGERJAKAN TAWAF, 40 BAGI MEREKA YANG MENGERJAKAN SOLAT DAN 20 BAGI MEREKA YANG MELIHAT KAABAH”.


cetusanhati.com

Anda yang mana satu ?


Wednesday, December 26, 2012

Penagih Dadah Mati Dalam Keadaan Islam... KITA ?


Sebak terasa bila terkenang kembali kisah seorang ustaz Ahmad (bukan nama sebenar) yang memberi pengisian rohani di Penjara Seremban. Kisah yang menyebakkan hampir keseluruhan pendengar pada malam itu. Kisah ini dikongsikan oleh Ustaz Ahmad dalam salah sebuah kuliah bulanannya di Bangi.
Kisahnya bermula seperti ini bilamana Ustaz Ahmad di jemput oleh pihak penjara untuk memberi pengisian rohani kepada warga penjara ini. Mungkin sebab Ustaz Ahmad yang tinggal berdekatan dengan Seremban dan Ustaz ini agak dikenali di Seremban kerana isi dalam pengisiannya.
Sewaktu melangkah masuk penjara ini, Ustaz Ahmad hairan melihat dengan keadaan pakaian para banduan di sana. Tertera pada baju mereka yang bernombor, ada yang bernombor 5, 7, 10, dan lain-lain. Bila di tanya pada pegawai di sana, apakah maksud nilai nombor yang tertera pada baju ini? Pegawai menyatakan nombor itu menunjukkan sudah berapa kali banduan di sini sudah “check in” di penjara ini. Rupanya bandua di penjara ini adalah mereka yang ditangkap dan terlibat dengan pengambilan dadah.
Ustaz Ahmad ditemani oleh beberapa Ustaz lain yang di tugaskan di penjara Seremban ini. Lalu, setelah tiba masanya, ustaz Ahmad memulakanlah sesi pengisian yang diamanahkan kepadanya. Agak panjang juga pengisian yang diberikan. Ada yang memberikan respons dan ada jua yang buat “bodoh” je..
Alhamdulillah, usai daripada menyampaikan kuliah, bangkit seorang banduan yang sudah agak senior dalam penjara ini sebab pada bajunya tertera angka yang besar. Aku namakan Dia sebagai Syabab. Dia menyatakan bahawa dia sudah insaf dan betaubat dengan kesilapannya yang lalu. Dia berjumpa dengan Ustaz Ahmad dan menyatakan keinginannya untuk berbakti kepada agama dengan saki baki hidupnya itu. Alhamdulillah dia sudah tahu mengerjakan solat dan asas-asas dalam Islam.
Syabab meminta kepada ustaz di penjara ini (aku namakan sebagai Ustaz Abdullah) dan Ustaz Ahamd untuk dia meng’imarahkan surau di penjara ini dan biarlah dia yang menjadi muadzin dan tok siak di surau yang ringkas ini. Setelah berbincang dengan pihak pegawai penjara ini, hasrat Syabab diizinkan.
Bermula semenjak hari itu, dialah yang menjaga dan mengurus surau itu. Setiap waktu dialah yang akan mengumandagkan azan dan iqamat. Dia jualah yang membersihkan surau itu dengan mengemop dan menyapu lantai. Keadaan surau di sana menjadi hidup dan ceria.
Ringkas ceritanya pada suatu hari sewaktu Syabab mengumandangkan azan, tetiba suaranya menjadi lain. Seolah-olah seperti sengau dan tidak lancar. Rupanya tatkala dia mengucapkan bait-bait azan itu, darah pekat mula mengalir dari hidungnya. Bila mana darah itu melalui mulutnya, lantas diseka dengan lengan bajunya supaya dia dapat menyelesaikan kalimah azan. Begitulah sehingga ke akhir azan dikumandangkan usai daripada itu, dia pun mencuci darah yang ada pada hidungnya dan pakaiannya lantas mengerjakan solat seperti biasa.
Saban hari keadaannya semakin teruk, darah pekat yang mengalir dari hidungnya semakin banyak dan menjadi-jadi. Awalnya, pihak pegawai tidak membawa Syabab ke hospital berdekatan sebab yakin dan pasti dia menghidap HIV dan doctor tidak akan merawatnya. Lama-kelamaan Syabab di hantar jua ke hospital berdekatan di sebabkan keadaanya yang semakin parah.
Amat memilukan hati, apabila Syabab berada di hospital tiada seorang pun ahli keluarganya yang menjenguknya kerana semua ahli keluarganya telah membuangnya kerana sifat Syabab yang lampau. Sepanjang berada di hospital, ustaz di Penjaralah yang menjaga dan menjengoknya.
Bila keadaan sedikit pulih, dia akan di kembalikan semula ke Penjara Seremban. Tidak lama selepas itu, keadaanya semakin teruk dan terpaksa di masukkan ke hospital semula. Kesan daripada HIV semakin ketara pada dirinya.
Pada mulanya, ahli keluarganya masih lagi tidak menjenguknya di hospital. Bila mana pihak doctor menyatakan bahawa usianya sudah tidak lama barulah ahli keluarganya mula melihat dan menjenguknya.
Sepanjang berada di hospital itu, Ustaz Abdullah yang setia menanti dan menjaganya. Sehingga meniti ke saat-saat terakhir dalam hidupnya ustaz inilah yang bersama dengannya.
Syabab menyatakan bahawa di telah benar-benar bertaubat atas kesilapan dosa silamnya. Dia bertaubat dengan taubat nasuha. Dengan nafas dan suara yang tersekat-sekat dia menyatakan kesedihannya.
Ketika inilah Ustaz dari Penjara ini mengajarkan kalimah LA ILAHA ILLALLAH. Dan secara berterusan Ustaz ini membisikkan kalimah ALLAH..ALLAH..ALLAH pada telinga Syabab dan Syabab mengikutinya walaupun dalam keadaan nazak. Dan ketika mana Syabab menghembuskan nafas terakhir, lidahnya masih lagi basah menyebut kalimah ALLAH..
Usai diuruskan proses pengekembumian jenazah Syabab, setelah itu Ustaz Abdullah pun pulang semula ke penjara dan menjalankan tugas seperti biasa.
Ustaz Abdullah berceritakan kisah yang berlaku ini kepada Ustaz Ahmad dan kebetulan tidak lama selepas itu, Ustaz Ahmad datang kembali semula ke Penjara Seremban untuk memberi pengisian kerohanian.
Antara kata-kata Ustaz Ahamd dalam kuliahnya, :
“Kita semua sedia maklum bahawa seorang daripada kita  (SYABAB) telah pun menghadap bertemu Allah. Ketika mana dia menghembuskan nafas terakhirnya, lidahnya basah menyebut kalimah ALLAH dan mengucap kalimah LA ILAHA ILLALLAH. Cuba bayangkan seorang penagih dadah yang tegar suatu masa dahulu dan berbuat dosa besar tapi tatkala di penghujung hayatnya dia mati sebagai seorang Muslim. Mudah-mudahan ALLAH swt mengampunkan dosanya dan dijanjikan syurga baginya. Berapa ramai orang yang di luar sana semasa hayatnya menjadi MUSLIM tapi ketika dicabut nyawanya dia dalam keadaan kafir? Wal’ia zu billah. Sedarlah tuan-tuan, apa yang kita hidup hari ini bukanlah penamat kepada riwayat kehidupan kita.
Ada di antara kita yang hidup dan beramal dengan amalan ahli syurga tapi pada penghujung hayatnya dia mati dalam keadaan Suul-Khatimah dan begitu sebaliknya. Oleh itu bersamalah kita memohon pada ALLAH swt supaya mati dalam keadaan Husnul-Khatimah.
Dalam sebuah hadis sahih, Rasulallah saw telah bersabda yang bermaksud :
“Bahawasanya Dialah Tuhan, Tiada Tuhan lain melainkan Dia. Adalah seseorang kamu akan beramal akan beramal dengan amalan ahli syurga, sehingga jarak antaranya dengan syurga itu  hanya sehasta sahaja, tiba-tiba kitabnya telah mendahuluinya, lalu ia pun beramal dengan amalan ahli neraka, maka ia masuk ke dalam neraka. Dan adalah seseorang kamu akan beramal dengan amalan ahli neraka , sehingga jarak antaranya dengan neraka itu hanya sehasta sahaja, tiba-tiba kitabnya telah mendahuluinya, lalu ia pun beramal dengan amalan ahli syurga, maka ia akan masuk syurga”
Keadaan di penjara menjadi tenang dan sebak seketika. Ada di antara mereka yang sebak dan ada jua yang buat bodoh.

Begitu jualah keadaan di surau pada malam itu. Ada di kalangan ahli qari’ah menjadi sebak dan hampir menitiskan air mata. Keadaan di surau menjadi sebak seketika. Sehinggakan tok nazir surau sendiri hampir menitiskan air mata. Begitu jualah dengan aku bila mengenangkan kisah ini.
Sehingga ke hari ini, bila mana mengimbau semula kisah yang diceritakan ustaz Ahmad ini dada aku menjadi sebak. Apakah kesudahan hidup aku?
Sebagai peringatan dan nasihat bersama, bersamalah kita acap kali memenjatkan doa ini dalam setiap doa kita, insya allah mudah-mudahan kita akan mati dalam keadaan yang baik dan Husnul Khotimah.
Ya ALLAH, akhirilah hidup kami dengan husnul Khatimah (pengakhiran yang baik), dan janganlah Engkau akhiri hidup kami dengan Suul-Khatimah (pegakhiran yang buruk)

Sumber : Mada Hannan

Kisah Perantau


Sewaktu semuanya baru bermula
sempurna yang tiada
sengsara dimana-mana
memaksa aku
walau bukan upaya
untuk jadi kembara
agar dapat kirimkan beras
agar dapat terus berteduh
kalian yang kutinggalkan...

Bertahun-tahun begitu lama
mengerah keringat dinegeri orang
terasing namun bukanlah alasan
harapan yang satu
demi keluarga yang jauh
demi kalian yang masih kecil
kugagahi jua payahnya hidup

Akupun pulang akhirnya
melihat kalian semakin dewasa
tiada lagi mengira syiling
dunia yang gemilang
kalian sudah jadi terbilang

Akupun tidaklah mengharapkan apa
cukuplah sekadar kasih
cukuplah sekadar ingatan
menjenguk di teratak
meneguk secawan kopi
supaya tidaklah aku asing
seperti hidup dinegeri orang

Akupun tidak menyangka
kalian sebenarnya sudah dewasa
sehingga terlupa
waktu kutinggalkan sangatlah kecil
kini sudah banyak yang lupa
kini sangatlah asing
duduk semeja bercerita

Dihujung usia kukira
dapatlah kita hidup bersama
harapan rupanya silap
bila takdir terus memaksa
hidup terus kembara
bila kalian lebih selesa
aku tiada....

Kulipat sejadah
perlahan-lahan aku berjalan
meneruskan perjalanan
tempatku bukan disini...

Sayangi Mereka !


"Kasihanilah orang miskin kerana Nabi Muhammad sayang kepada orang miskin. Kasihanilah anak yatim kerana Rasulullah SAW juga tergolong sebagai anak yatim dan baginda akan bersama-sama dengan orang yang menyayangi dan mengasihi anak yatim di akhirat." kata Imam Syafie.



Gambar yang amat menyentuh hati seorang anak yatim melukis gambar "mama"nya dan tidur bersama lukisan itu. Ya Allah sekiranya kita ternampak anak-anak yatim berikanlah mereka bukan hanya barangan material seperti makanan, tapi pelukkan & ciuman yang jarang mereka dapat tetapi amat diperlukan dan dirindui.... ='(

Rasulullah SAW bersabda: Barang siapa yang memelihara seorang anak yatim dengan memberi makanan dan minuman dengan puas, maka Allah s.w.t memasukkan ia ke dalam syurga kecuali ia mengerjakan dosa yang tidak dapat diampuni.~Riwayat At-Tirmizi~

Rasulullah SAW juga turut bersabda: Orang yang memelihara anak yatim maka (aku) Nabi dan Dia seperti dua jari di syurga. Nabi bersabda sambil menunjukkan dua jarinya iaitu jari telunjuk dan tengah.~Hadis Sahih Muslim~

Kedua-dua hadis di atas jelas membuktikan sesungguhnya Allah SWT telah menjanjikan ganjaran syurga kepada umatnya yang memelihara dan memberi perlindungan kepada anak-anak yatim. Sebagai umat Islam, adalah satu kewajipan menitikberatkan hak penjagaan anak-anak yatim termasuk tempat tinggalnya. Sepatutnya mereka diberi layanan istimewa seperti yang disebut di dalam al-Quran dan hadis. Sekiranya mereka tidak diberi layanan yang sewajarnya, besar kemungkinan kita terdedah kepada kemurkaan Allah SWT kerana mengabaikan satu golongan yang hilang tempat bergantung.

Allah berfirman dalam surah al-Ma'un ayat 1 hingga 3 yang bermaksud: 
Tahukah kamu (orang) yang mendustakan agama? Itulah orang yang menindas anak yatim, dan tidak menggalakkan untuk memberi makan orang miskin. Mereka yang menzalimi anak yatim tidak akan mendapat hak kerana tidak melayani anak-anak yatim dengan baik.

 Seperti mana dalam surah al-Fajr ayat 17 hingga 18. Allah berfirman bermaksud: Sekali kali tidak (demikian), sebenarnya kamu tidak memuliakan anak yatim dan kamu tidak saling mengajak memberi makan orang miskin.

 Jelas di dalam al-Quran bahawa golongan orang yang mendustakan agama ialah mereka yang tidak memberi layanan atau mengambil berat tentang anak-anak yatim dan bersikap lepas tangan. Marilah kita semua menyayangi dan berbuat baik kepada anak-anak yatim walaupun mereka mungkin bukan saudara-mara kita tapi mereka adalah tanggungjawab kita. Muhasabahlah diri kerana sekiranya kita menganggap kita tergolong dalam kalangan yang kurang bernasib baik, sebenarnya masih ada yang lebih-lebih lagi kurang bernasib baik daripada kita. 


sumber : nurainiannisa

Sunyi Hati Si Anak Yatim !




SOALAN : Assalamualaikum.. Wahai ust.. tolong yakinkan saya bahawa Islam, Allah, Nabi semuanya menyertai saya. Yakinkan saya anak yatim piatu yang berguna pada bangsa & agama.. Saya sunyi tiada kawan..tapi insyAllah..saya ada Allah.. Saya rasa seolah-olah saya hidup sendiri di atas muka bumi ini.. Tolong kuatkan hati saya ust..


JAWAPAN : "Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.."
Ustaz sangat memahami keadaan adik sekarang. Perasaan yang adik alami terutamanya ketika menjelang tiba Hari Raya Aidilfitri.  Sangat pedih.. ust hanya mampu memberi sepatah dua kata sebagai suntikan motivasi dan dorongan kepada adik. Benarlah, yang lebih merasai adalah tuan kepada badan itu sendiri.

Sebenarnya adik tidak pernah keseorang, bahkan ramai sahabat-sahabat, teman-teman, guru-guru, warden, nabi, dan Allah taala bersama adik. Buktinya lihatlah dalam al Quran sebanyak 23 kali disebut perkataan 'yatim' betapa Allah taala mengasihani anak-anak yatim.
Bahkan Allah taala berfirman, : “Mereka bertanya kepadamu mengenai anak yatim, katakanlah: Memperbaiki keadaan mereka adalah baik.” Surah al Baqarah, ayat 220

Nabi kita, Nabi Muhammad SAW tidak pernah lupa akan perihal anak-anak yatim, banyak disebut dalam hadith-hadith, antarnya adalah :


Daripada Abu Ummah diceritakan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Barang siapa yang membelai kepala anak yatim kerana Allah SWT, maka baginya kebaikan yang banyak daripada setiap rambut yang diusap. Dan barang siapa yang berbuat baik kepada anak yatim perempuan dan lelaki, maka aku dan dia akan berada di syurga seperti ini, Rasulullah SAW mengisyaratkan merenggangkan antara jari telunjuk dan jari tengahnya.” (Hadis riwayat Ahmad)



Nabi jadi bapa angkat anak yatim


TIDAK lama lagi, umat Islam akan menyambut 1 Syawal, hari kemenangan selepas selesai menunaikan ibadat puasa sebulan puasa. Namun, tidak semua orang dapat menyambut kedatangan Syawal dengan kegembiraan kerana kesempitan hidup. 


Oleh itu, pada bulan yang mulia ini, eloklah kita menginsafi bahawa ada orang yang memerlukan bantuan dan belas ihsan untuk sama-sama menyambut Aidilfitri. 

Dalam hal ini, eloklah kita renungi dan teladani sifat Nabi Muhammad saw yang mengasihi anak yatim serta menjaga kebajikan hidup mereka. Inilah sifat terpuji yang seharusnya tersemat di sanubari setiap umat Islam.


Suatu ketika, sewaktu Aidilfitri umat Islam di Madinah merayakan hari bahagia itu dengan mengumandangkan takbir dan tahmid setelah memenangi perang menentang hawa nafsu, sebulan menjalankan ibadah puasa Ramadan. 


Dengan mengenakan pakaian paling cantik, Rasulullah keluar rumah untuk menunaikan solat berjemaah Aidilfitri. 

Di sepanjang jalan, anak kecil berlari-larian penuh kegembiraan menyahut kedatangan lebaran. Pakaian indah dan wajah berseri menghiasi diri, tiada seorang pun yang mempamer wajah duka.


Namun ketika Rasulullah memerhati sudut sebuah bangunan tua, Baginda kehairanan melihatkan seorang anak kecil yang serba tidak terurus dengan pakaian koyak, duduk menghadap dinding sambil menangis. 


Baginda pun menghampiri anak kecil itu lalu bertanya: “Hai anakku, mengapa engkau menangis sendirian pada hari kita sedang bergembira?” 

Tanpa menoleh untuk melihat siapa yang mengemukakan pertanyaan, anak kecil itu pun menjawab dengan suara penuh sayu: “Bagaimana tidak menangis, mereka punya pakaian baru sedangkan aku, tidak.” 

Nabi pun bertanya: “Mengapa engkau tidak berganti pakaian dan bermain dengan kawan sebayamu?”


“Mereka tidak mahu aku menghampiri mereka kerana pakaianku lama dan compang-camping. Dulu, waktu aku masih punya ayah, setiap hari raya aku juga mengenakan pakaian baru, perutku kenyang, duitku juga banyak,” jelas kanak-kanak itu. 


“Ayahmu ke mana nak?” tanya Rasulullah. 

“Ayahku sudah meninggal. Ibuku sudah kahwin lagi dan nasibku disia-siakan sebab harta peninggalan ayahku dihabiskan oleh ayah tiriku,” jawab anak kecil itu. 

Nabi termenung lantas berkata: “Anakku, seandainya Fatimah jadi kakakmu, Ali bin Talib jadi abangmu, Hassan dan Hussain jadi saudaramu dan aku pula jadi ayahmu, apakah engkau suka?” 

Anak itu terperanjat dan terfikir kemungkinan orang yang berdiri berhampirannya itu adalah Rasulullah. Lalu, dia pun segera berpaling. 

Setelah nyata orang yang berkata-kata itu, si kecil itu tidak dapat membendung kegembiraannya. 

“Tentu sekali saya gembira, ya Rasulullah,” katanya sambil memeluk erat kaki Baginda. 

Rasulullah pun mendukung anak itu dan dibawanya kembali ke rumah. Dengan tangannya sendiri Rasulullah memandikan anak kecil itu serta mengenakan baju kepada anak yatim itu. Anak kecil itu kemudiannya dihidangkan sarapan pagi serta diberikan pula sedikit wang. 

Setelah anak itu mula bermain dan tertawa kegirangan, barulah Rasulullah meneruskan niatnya menuju ke lapangan untuk menjalankan solat sunat Aidilfitri bersama segenap penduduk Madinah. 

Anak kecil itu riang tertawa menghampiri kawan-kawannya yang sedang asyik bersuka ria. Mereka kehairanan melihatnya tertawa gembira, sedangkan baru sebentar tadi dia menangis tersedu-sedu. 

Salah seorang daripada mereka pun bertanya: “Hai aneh betul kau. Tadi menangis dan kini tertawa. Apa yang berlaku sebenarnya?” 

Anak yatim itu menyahut bangga: “Tadi aku menangis kerana aku lapar. 

Sekarang aku tertawa kerana aku kini kenyang. Tadi aku menangis kerana aku tidak punya pakaian cantik, tetapi kini pakaianku indah dan masih baru. 

“Juga kini aku punya wang banyak. Tadi aku menangis kerana aku tidak punya ayah, tetapi sekarang aku tertawa kerana aku sudah punya ayah.” 

Kawannya bertanya: “Hairan betul. Dari mana kau dapat ayah? Siapa ayahmu sekarang? 

Jawab anak kecil itu :”Disebabkan ayah kandungku sudah meninggal maka Rasulullah mengangkatku menjadi anaknya. Rasulullah adalah ayahku sekarang.”






Tuesday, November 27, 2012

Wirid dan Warid


SESUNGGUHNYA WIRID MENDATANGKAN KEPADA KAMU WARID SUPAYA KAMU MENDEKAT DAN MASUK KE HADRAT ALLAH S.W.T. 

WIRID MENDATANGKAN KEPADA KAMU WARID SUPAYA KAMU TERSELAMAT DARI KEKUASAAN DEBU-DEBU DUNIA DAN SUPAYA KAMU MERDEKA DARI PERBUDAKAN MATA BENDA DAN SYAHWAT KEDUNIAAN. 

WIRID MENDATANGKAN KEPADA KAMU WARID SUPAYA KAMU BEBAS DARI PENJARA WUJUD KAMU DAN MASUK KEPADA SYUHUD (PENYAKSIAN).

Tidak mungkin bayi suci yang lahir dalam hati dapat dipelihara dan dilindungi dengan kekuatan dan kepandaian seseorang manusia itu. Manusia berhajat kepada Allah s.w.t untuk memelihara dan melindunginya. Hanya kurniaan Allah s.w.t yang mendatangi hati seseorang hamba itu yang mampu menjadi tentera menjaga khazanah kebaikan yang ada dalam hati. Kurniaan Allah s.w.t itu hanya menetap jika suasana hati sesuai untuknya. Allah s.w.t berkuasa mencabut semula apa juga kurniaan-Nya kepada hamba-Nya. Kesalihan telah dicabut daripada Azazil sehingga dia menjadi iblis. Kesalihan juga telah dicabut daripada Bal’am bin Ba’ura sehingga dia hidup di hutan seperti haiwan. Sesiapa yang menyangka kebaikan dan kelebihan yang ada padanya sebagai hak mutlaknya, lupa dia kepada kurniaan Allah s.w.t dan kekuasaan-Nya, sesungguhnya orang itu menanti masa untuk menerima kemurkaan Allah s.w.t. Sekiranya Allah s.w.t mengasihani seseorang hamba itu Dia akan meletakkan sesuatu kelemahan pada hamba tersebut. Kelemahan itu sentiasa membayanginya untuk memperingatkannya tentang tarafnya sebagai hamba Tuhan yang sentiasa berhajat kepada-Nya. Nabi Muhammad s.a.w dihadapkan dengan kelemahan dalam membuat bapa saudara baginda s.a.w, Abu Talib, mengucapkan dua kalimah syahadah. Nabi Nuh a.s dihadapkan dengan kelemahan dalam memujuk isteri dan anak supaya ikut menaiki kapalnya. Orang kaya dihadapkan dengan penyakit yang hartanya tidak mampu mengubatinya. Orang yang diberi kebolehan dihadapkan dengan kelemahan mendapatkan sesuatu yang sangat diingininya. Setiap orang berdiri dengan kelemahan yang tidak mungkin dia mengatasinya, kecuali dengan izin Allah s.w.t. Hal yang demikian menjadi rahmat yang memelihara kehambaan pada seseorang hamba itu.

 Hikmat-hikmat di atas menceritakan tentang persiapan hati untuk menerima kedatangan kurniaan Allah s.w.t. Persiapan hati itu dinamakan wirid dan kurniaan Allah s.w.t dinamakan warid.

Aurad atau wirid adalah amal ibadat yang dilakukan secara berterusan menurut satu pola yang tertentu. Orang yang mengamalkan wirid akan melakukan jenis ibadat yang serupa pada tiap-tiap hari. Jika satu-satu amalannya tidak dapat dilakukannya pada masa yang biasa dia melakukannya kerana sesuatu halangan yang tidak dapat dielakkannya, maka dia akan melakukan amalan yang tertinggal itu pada masa lain. Apabila seseorang sudah beramal secara demikian dengan teguh, maka dia dikatakan beramal secara aurad atau wirid. Amal ibadat yang dilakukan dengan banyak hanya  pada hari-hari tertentu dan tidak dilakukan dengan banyak pada hari-hari lain tidak dinamakan wirid.

Wirid yang terbaik adalah yang menggabungkan sembahyang, puasa dan zikir, seperti yang diamalkan oleh Rasulullah s.a.w semasa hidup baginda s.a.w. Wirid yang diamalkan oleh Rasulullah s.a.w diikuti oleh para sahabat. Dari para sahabat amalan ini berkembang kepada generasi-generasi kemudian hinggalah ke hari ini. Guru-guru yang arif kemudiannya menyusun wirid-wirid yang boleh diamalkan oleh murid-murid mereka mengikut darjat rohani mereka. Murid yang tekun mengamalkan wirid yang ditalkinkan oleh gurunya berkemungkinan didatangi oleh warid.

 Warid adalah pengalaman rohani yang dikurniakan Allah s.w.t kepada hati murid yang mengekali wirid. Selain dinamakan warid, ia juga dipanggil dengan nama-nama lain seperti hal, pengalaman hakikat, waridah, Nur Ilahi, Sir dan lain-lain, menurut istilah tasauf . Banyaknya istilah yang digunakan adalah kerana sukarnya mahu menceritakan tentang apa yang sebenar berlaku pada hati seseorang yang menerima kurniaan Allah s.w.t. Nur atau warid yang datang kepada hati seorang murid tidak sama dengan yang lain. Masa kedatangannya juga tidak serupa, walaupun murid-murid tersebut mengamalkan wirid yang serupa. Ada murid yang cepat mendapat warid dan ada yang lambat bahkan ada juga yang tidak pernah memperolehinya. Tempoh warid menetap di dalam hati juga tidak serupa. Ada yang memperolehi warid hanya sekadar beberapa minit sahaja, kemudian ia menghilang. Ada yang bertahan selama satu minggu, sebulan, setahun dan sebagainya. Keadaan tidak menentu itu terjadi kerana murid belum mencapai keteguhan atau istiqamah. Warid yang menetap hingga menjadi sifat murid itu dinamakan wisal dan dia akan hidup berterusan dengan wisal yang menyerap pada dirinya, hingga ke akhir hayatnya.

 Seorang murid atau salik perlulah bersungguh-sungguh mengamalkan wirid atau aurad bagi menyucikan hati agar hati itu berada dalam keadaan yang sesuai dan layak menerima kedatangan warid atau Nur Ilahi. Wirid adalah amalan untuk mempersiapkan diri, bukan wirid itu yang mengangkat seseorang ke Hadrat Allah s.w.t, bukan wirid yang mendatangkan warid. Warid adalah semata-mata kurniaan Allah s.w.t, tetapi hanya hati yang sesuai sahaja yang boleh menanggung kedatangannya, seperti juga wahyu yang merupakan kurniaan Allah s.w.t namun, hanya hati nabi-nabi yang boleh menerima kedatangannya. Apabila seseorang itu menerima kedatangan warid itu tandanya Allah s.w.t berkenan membawanya hampir dengan-Nya. Warid yang diterima oleh hati itu menarik hati kepada Allah s.w.t dengan mengeluarkannya dari penjara dunia dan syaitan. Kekuatan dunia, hawa nafsu, syaitan dan mata benda tidak dapat menyekat hati yang berjalan dengan warid kerana warid itu adalah tarikan langsung dari Allah s.w.t, bahkan orang yang menerima warid itu sendiri tidak  dapat menghalang berlakunya kesan warid ke atas dirinya. Tarikan langsung dari Allah s.w.t mengelurkan hati nurani dari penjara wujud dan masuk ke dalam tauhid yang hakiki, menyaksikan (syuhud) dengan mata hatinya akan keesaan Allah s.w.t.

 Orang yang hatinya didatangi warid akan mengalami perubahan yang luar biasa. Jiwanya akan berasa tenang dan fikirannya tidak lagi kusut-masai. Dia dapat merasakan kelazatan beribadat dan berzikir. Warid yang masuk ke dalam hati menghancurkan sifat-sifat yang keji dan melahirkan sifat-sifat yang terpuji.

 Warid yang diterima oleh hati melahirkan beberapa jenis perasaan. Hati mungkin berasa gembira dan mungkin juga  berasa sayu bila menerima kedatangan warid. Warid dalam suasana gembira adalah tajalli Allah s.w.t kepada hamba-Nya dengan sifat Jamal (keindahan). Warid yang melahirkan rasa sedih dan kecut hati adalah tajalli Allah s.w.t dengan sifat Jalal (kebesaran). Orang yang mengalami suasana sifat keindahan Allah s.w.t akan merasai kedamaian, ketenangan, keseronokan, kelazatan dan sangat membahagiakan. Pengalaman rohani tersebut membuatnya mengenali Allah s.w.t sebagai Tuhan Yang Maha Pemurah, Maha Penyayang, Maha Lemah-lembut, Maha Pengampun dan sifat-sifat lain yang menyenangkan. Apabila hati rohani mengalami sifat-sifat keagungan dan keperkasaan Allah s.w.t maka akan terasa kecut hatinya, menggeletar tubuhnya dan mungkin dia jatuh pengsan. Pengalaman begini membuatnya mengenali Allah s.w.t sebagai Tuhan Yang Maha Perkasa, Maha Keras, Maha Tegas, Maha Hebat seksaan-Nya dan tidak ada sesuatu yang terlepas dari genggaman-Nya.

 Pengalaman warid adalah umpama Mikraj (tangga) untuk mencapai Allah s.w.t. Warid peringkat pertama menggerakkan hati supaya rajin beribadat dan mendekatkan diri kepada Allah s.w.t. Warid peringkat kedua memutuskan si hamba dari pergantungan kepada makhluk dan membulatkan semangatnya untuk berpegang kepada Allah s.w.t semata-mata. Warid peringkat ke tiga melepaskan si hamba dari sifat-sifat kemanusiaan dan seterusnya bebas dari kewujudan yang terbatas lalu masuk kepada Wujud Mutlak yang tiada batas. Kesedarannya tidak ada lagi pada dirinya dan alam maujud seluruhnya, yang ada hanya Allah s.w.t Yang Maha Esa lagi Maha Berdiri Dengan Sendiri. 

Al Hikam

Ikhlas


Ketahuilah, 
memelihara ikhlas lebih sukar daripada menghidupkan ikhlas. 
Seseorang hanya perlu berperang sekejap sahaja dengan nafsunya 
sebelum berjaya melakukan sesuatu perbuatan dengan ikhlas, 
tetapi dia perlu berperang dengan nafsunya sepanjang hayatnya 
untuk memelihara ikhlas yang sudah dilakukannya dahulu.



Walau melalui arah mana pun diperhatikan, 
persoalannya tetap kembali kepada hati. 
Hati menjadi medan perebutan kuasa di antara nafsu dengan ikhlas. 
Modal nafsu adalah kepentingan diri. 
Nafsu mengingatkan sesuatu yang dia ada kepentingan 
atau hak padanya telah dilepaskan kepada orang lain. 
Oleh kerana nafsu tidak mati maka ingatannya 
kepada yang kehilangan itu juga tidak mati.
 Jihad terhadap nafsu ini berpanjangan. 
Ikhlas adalah umpama bayi suci yang perlu dipelihara 
dan dilindungi daripada dibaham oleh harimau nafsu.


 Cara menundukkan harimau nafsu adalah jangan memberinya makan. 
Makanannya adalah cerita 
mengenai haknya yang telah terlepas ke tangan orang lain. 
Racun bagi harimau nafsu 
adalah cerita mengenai kebaikan Tuhan 
yang membahagikan nikmat yang tidak terhingga kepada makhluk-Nya. 
Penetapan hak Allah atau Allah jualah Pemilik sebenar, 
akan melindungi bayi suci 
daripada musuh-musuh yang mahu mencederakannya. 

Hati Yang Mati

 SEBAHAGIAN DARIPADA TANDA MATINYA HATI  IALAH APABILA TIDAK BERASA SEDIH JIKA TERLEPAS SESUATU AMAL KEBAIKAN DARIPADANYA DAN TIDAK MENYESAL JIKA TERJADI PERBUATAN YANG TIDAK BAIK OLEHNYA.


Kita telah dinasihatkan supaya jangan meninggalkan zikir
 walaupun tidak hadhir hati ketika berzikir. 
Begitu juga dengan ibadat dan amal kebaikan.
 Janganlah meninggalkan ibadat lantaran hati tidak khusyuk ketika beribadat 
dan jangan meninggalkan amal kebaikan
lantaran hati belum ikhlas dalam melakukannya. 


Khusyuk dan ikhlas adalah sifat hati yang sempurna. 
Zikir, ibadat dan amal kebaikan 
adalah cara-cara untuk membentuk hati agar menjadi sempurna. 
Hati yang belum mencapai tahap kesempurnaan dikatakan hati itu berpenyakit. 
Jika penyakit itu dibiarkan, tidak diambil langkah mengubatinya, 
pada satu masa, hati itu mungkin boleh mati. 
Mati hati berbeza daripada mati tubuh badan. 
Orang yang mati tubuh badan ditanam di dalam tanah.
Orang yang mati hatinya, 
tubuh badannya masih sihat 
dan dia masih berjalan ke sama ke mari di atas muka bumi ini.


Jika kita renungi kembali kepada diri zahir manusia, 
kita akan dapat menyusunnya
 sebagai tubuh, nyawa, naluri-naluri dan akal fikiran. 
Bila dibandingkan dengan haiwan, 
kita akan mendapati susunan haiwan seperti susunan manusia juga.. 
Haiwan mempunyai tubuh badan, nyawa dan naluri-naluri. 
Bezanya adalah haiwan tidak mempunyai akal fikiran. 
Oleh sebab manusia memiliki akal fikiran 
maka manusia boleh diistilahkan sebagai haiwan yang cerdik.

Haiwan yang cerdik (manusia), dipanggil nafsu natiqah menurut istilah tasauf . 
Pemilikan akal tidak mengubah manusia dari status kehaiwanan.
 Jika ada haiwan berbangsa monyet, harimau, kuda dan lain-lain, 
maka ada haiwan berbangsa manusia. 
Haiwan berbangsa manusia menjadi raja memerintah semua haiwan yang lain. 
Akal fikiran yang ada pada mereka 
membuat mereka boleh membentuk kehidupan yang lebih sempurna 
dari haiwan  lain yang tidak berakal. 
Akal fikiran juga mampu membuat haiwan bangsa manusia 
menawan daratan, lautan dan udara. 
Walaupun mereka berjaya menawan daratan dengan kenderaan mereka namun,
 itu tidak membezakan mereka daripada kuda dan haiwan lain 
yang mampu juga menawan daratan. 
Walaupun mereka berjaya menawan lautan namun,
 itu tidak membezakan mereka daripada haiwan ikan yang juga menggunakan lautan. Walaupun mereka berjaya menawan udara namun, 
itu tidak membezakan mereka daripada haiwan burung yang juga menggunakan udara. Kemampuan yang ditunjukkan oleh akal fikiran 
tidak mengubah status haiwan yang ada pada manusia. 
Apakah yang menjadikan manusia sebagai insan, bukan haiwan?


Manusia menjadi istimewa kerana memiliki hati rohani. 
Hati mempunyai nilai yang mulia yang tidak dimiliki oleh akal fikiran. 
Semua anggota dan akal fikiran menghala kepada alam benda 
sementara hati rohani menghala kepada Pencipta alam benda.
 Hati mempunyai persediaan untuk beriman kepada Tuhan. 
Hati yang menghubungkan manusia dengan Pencipta. 
Hubungan dengan Pencipta memisahkan manusia daripada daerah haiwan 
dan mengangkat darjat mereka menjadi makhluk yang mulia. 
Hati yang cergas, sihat dan dalam keasliannya yang murni, 
berhubung erat dengan Tuhannya. 
Hati itu menyuluh akal fikiran 
agar akal fikiran dapat berfikir tentang Tuhan dan kejadian Tuhan. 
Hati itu menyuluh juga kepada anggota tubuh badan 
agar mereka tunduk kepada perintah Tuhan dan menjauhi larangan-Nya. 
Hati yang berjaya menaklukkan akal fikiran dan anggota tubuh badannya serta mengarahkan mereka berbuat taat kepada Allah s.w.t adalah  hati yang sihat.


Hati yang sihat melahirkan takwa, iaitu pengabdian kepada Allah s.w.t. 
Takwalah yang membezakan kedudukan seseorang hamba pada sisi Tuhan. 
Semakin tinggi darjat ketakwaan semakin hampir seorang hamba dengan Tuhannya. Semakin rendah darjat takwa semakin hampir seseorang dengan daerah kehaiwanan.
 Jika takwa tidak ada jadilah manusia itu haiwan yang pandai berfikir dan berkata-kata.


Haiwan yang pandai berfikir inilah yang dikatakan manusia yang mati hatinya. 
Dia tidak dapat menggerakkan fikiran dan anggotanya menuju kepada Allah s.w.t. 
Bahagian yang menghala kepada Pencipta tidak berfungsi, 
hanya bahagian yang menghala kepada alam benda merupakan bahagian yang aktif. Manusia yang mati hatinya atau manusia yang berbangsa haiwan ini 
tidak berasa sedih 
jika terlepas peluang baginya 
untuk melakukan amalan yang mendekatkan diri dengan Tuhan
 dan dia tidak berasa kesal jika dia berbuat dosa dan maksiat 
yang menjauhkan dirinya daripada Allah s.w.t.


 Kematian hati tidak dapat dikenal 
jika seseorang itu mengambil daya nilai keduniaan sebagai piawaian. 
Ramai orang yang menurut pengertian tasauf  sudah mati hatinya 
tetapi mereka mencapai berbagai-bagai kecemerlangan dalam kehidupan dunia. 
Mereka menjadi pemimpin kepada orang ramai. 
Mereka menciptakan berbagai-bagai benda keperluan manusia.
 Mereka berjaya mendaki Gunung Everest. 
Mereka memegang bermacam-macam rekod kejohanan. 
Mereka menguasai kekayaan dan berbagai-bagai lagi kejayaan dan kecemerlangan.


 Apa juga kejayaan dan kecemerlangan yang diperolehi
 hendaklah diletakkan di atas neraca akhirat. 
Jika kejayaan dan kecemerlangan itu mampu menambahkan berat dacing kebaikan, 
maka kejayaan dan kecemerlangan itu adalah benar. 
Jika tidak 
ia hanyalah fatamorgana.

 
Alhikam.