Sekadar renungan


Bila Allah cepat makbulkan Doamu, Maka DIA Menyayangimu,

Bila DIA Lambat Makbulkan doamu, Maka DIA Ingin Mengujimu,

Bila DIA Tidak Makbulkan Doamu, Maka Dia Merancang Sesuatu Yang lebih Baik Untukmu.

Oleh itu, Sentiasalah Bersangka Baik Pada ALLAH Dalam Apa Jua Keadaan Pun... Kerana Kasih sayang ALLAH Itu Mendahului KemurkaanNya.

********************************************************

Saat itu, hadir syaitan yang terkuat, sementara si hamba dalam kondisi paling lemah. Siapakah yang selamat?


Ya Allah, jadikanlah amal terbaik kami sebagai penutup amal kami. Jadikanlah umur terbaik kami sebagai akhirnya. Dan jadikanlah hari terbaik kami sebagai hari kami menjumpai-Mu
.


Sabda Nabi s.a.w ;"...dan sesungguhnya waktu yang paling syaitan dengan manusia adalah disaat kematian (nazak) ","(Riwayat Abu Na'im)" didalam sepotong ayat Mursyal , Nabi s.a.w bersabda dengan membawa maksud ," Saat paling hampir musuh Allah (syaitan) itu dengan manusia ialah dikala terbit rohnya".

There was an error in this gadget

ZIKIR HARIAN

HARI AHAD: Ya Hayyu Ya Qayyum ( 1000 X )
HARI ISNIN: La haula wala quwwata illa billa hil 'aliyyil 'a ziim ( 1000 X )
HARI SELASA: Allahumma salli 'ala 'abdika warasulika wanabiyyikal amiina wa'ala alihi wasahbihi wasallim ( 1000 X )
HARI RABU: Astagh firullahal 'a ziim ( 1000 X )
HARI KHAMIS: Subhanallahii 'a ziim , Subhanallahi wabihamdihi ( 1000 X )
HARI JUMAAT: Ya Allah ( 1000 X )
HARI SABTU: La ilaha illallah ( 1000 X )

Sedikit Ilmu untuk dikongsi bersama...



Imam Ja’far Ash-shadiq (sa) berkata: “Barangsiapa yang membaca surat Ar-Rahman, dan ketika membaca kalimat ‘Fabiayyi âlâi Rabbikumâ tukadzdzibân’, ia mengucapkan: Lâ bisyay-in min âlâika Rabbî akdzibu (tidak ada satu pun nikmat-Mu, duhai Tuhanku, yang aku dustakan), jika saat membacanya itu pada malam hari kemudian ia mati, maka matinya seperti matinya orang yang syahid; jika membacanya di siang hari kemudian mati, maka matinya seperti matinya orang yang syahid.” (Tsawabul A’mal, hlm 117).

Bacaan Surah

There was an error in this gadget

.

Followers

Blog ini mengandungi Maklumat dan Koleksi ibadah untuk diri saya . Sekiranya ia baik , kita kongsi bersama , sekiranya ianya tidak baik , elakkanlah. Saya hanya insan biasa yang mencari ilmu selagi hayat dikandung badan...

.

Tuesday, May 27, 2014

Kisah Langit dan Bumi sebelum Israk Mikraj

Sebelum terjadinya peristiwa Israk dan Mikraj adalah kerana bumi merasa bangga dengan langit. Berkata bumi kepada langit,

"Hai langit, aku lebih baik dari kamu kerana Allah SWT telah menghiaskan aku dengan berbagai-bagai negara, beberapa laut, sungai-sungai, tanam-anaman, beberapa gunung dan lain-lain."

Langit pun menjawab "Hai bumi, aku juga lebih elok dari kamu kerana matahari, bulan, bintang-bintang, beberapa falak, buruj, 'arasy, kursi dan syurga ada padaku."

Berkata pula bumi, "Hai langit, ditempatku ada rumah yang dikunjungi dan untuk bertawaf para nabi, para utusan dan arwah para wali dan solihin (orang-orang yang baik)."

Bumi berkata lagi, "Hai langit, sesungguhnya pemimpin para nabi dan utusan bahkan sebagai penutup para nabi dan kekasih Allah seru sekalian alam, seutama-utamanya segala yang wujud serta kepadanya penghormatan yang paling sempurna itu tinggal di tempatku. Dan dia menjalankan syari'atnya juga di tempatku."

Langit tidak dapat berkata apa-apa, apabila bumi berkata demikian. Langit mendiamkan diri dan dia mengadap Allah S.W.T dengan berkata,

"Ya Allah, Engkau telah mengabulkan permintaan orang yang tertimpa bahaya, apabila mereka berdoa kepada Engkau. Aku tidak dapat menjawab soalan bumi, oleh itu aku minta kepada-Mu Ya Allah supaya kekasih-Mu yakni Muhammad dinaikkan kepadaku (langit) sehingga aku menjadi mulia dengan kebagusannya dan berbangga dengannya kelak."

Lalu Allah S.W.T mengabulkan permintaan langit. Allah SWT memberi wahyu kepada Jibrail AS pada malam tanggal 27 Rejab,

"Janganlah engkau (Jibril) bertasbih pada malam ini dan engkau 'Izrail, jangan engkau mencabut nyawa pada malam ini."

Jibrail A.S. bertanya, " Ya Allah, apakah kiamat telah sampai?"

Allah S.W.T berfirman, maksudnya, "Tidak, wahai Jibrail. Tetapi pergilah engkau ke Syurga dan ambillah Buraq dan terus pergi kepada Muhammad dengan buraq itu."

Kemudian Jibrail A.S. pun pergi ke Syurga dan dia melihat 40,000 buraq sedang bersenang-lenang di taman Syurga dan di wajah masing-masing terdapat nama Muhammad. Di antara 40,000 buraq itu, Jibrail A.S. terpandang pada seekor buraq yang sedang menangis bercucuran air matanya. Jibrail A.S. menghampiri buraq itu lalu bertanya, "Mengapa engkau menangis, ya buraq?"

Berkata buraq, "Ya Jibrail, sesungguhnya aku telah mendengar nama Muhammad sejak 40 tahun, maka pemilik nama itu telah tertanam dalam hatiku dan aku sesudah itu menjadi rindu kepadanya dan aku tidak mahu makan dan minum lagi. Aku laksana dibakar oleh api kerinduan."

Berkata Jibrail A.S., "Aku akan menyampaikan engkau kepada orang yang engkau rindukan itu."

Kemudian Jibrail A.S. memakaikan pelana dan kekang kepada buraq itu dan membawanya kepada Nabi Muhammad S.A.W.Buraq yang diceritakan inilah yang membawa Rasulullah S.A.W dalam perjalanan Israk dan Mikraj.

*Sumber dar suatuperjalananmaya.com

Wednesday, May 21, 2014

Hati Yang Mati



SEBAHAGIAN DARIPADA TANDA MATINYA HATI  IALAH APABILA TIDAK BERASA SEDIH JIKA TERLEPAS SESUATU AMAL KEBAIKAN DARIPADANYA DAN TIDAK MENYESAL JIKA TERJADI PERBUATAN YANG TIDAK BAIK OLEHNYA.




Kita telah dinasihatkan supaya jangan meninggalkan zikir
 walaupun tidak hadhir hati ketika berzikir. 
Begitu juga dengan ibadat dan amal kebaikan.
 Janganlah meninggalkan ibadat lantaran hati tidak khusyuk ketika beribadat 
dan jangan meninggalkan amal kebaikan
lantaran hati belum ikhlas dalam melakukannya. 


Khusyuk dan ikhlas adalah sifat hati yang sempurna. 
Zikir, ibadat dan amal kebaikan 
adalah cara-cara untuk membentuk hati agar menjadi sempurna. 
Hati yang belum mencapai tahap kesempurnaan dikatakan hati itu berpenyakit. 
Jika penyakit itu dibiarkan, tidak diambil langkah mengubatinya, 
pada satu masa, hati itu mungkin boleh mati. 
Mati hati berbeza daripada mati tubuh badan. 
Orang yang mati tubuh badan ditanam di dalam tanah.
Orang yang mati hatinya, 
tubuh badannya masih sihat 
dan dia masih berjalan ke sama ke mari di atas muka bumi ini.


Jika kita renungi kembali kepada diri zahir manusia
kita akan dapat menyusunnya
 sebagai tubuh, nyawa, naluri-naluri dan akal fikiran. 
Bila dibandingkan dengan haiwan, 
kita akan mendapati susunan haiwan seperti susunan manusia juga.
Haiwan mempunyai tubuh badan, nyawa dan naluri-naluri. 
Bezanya adalah haiwan tidak mempunyai akal fikiran. 
Oleh sebab manusia memiliki akal fikiran 
maka manusia boleh diistilahkan sebagai haiwan yang cerdik.

Haiwan yang cerdik (manusia), dipanggil nafsu natiqah menurut istilah tasauf . 
Pemilikan akal tidak mengubah manusia dari status kehaiwanan.
 Jika ada haiwan berbangsa monyet, harimau, kuda dan lain-lain, 
maka ada haiwan berbangsa manusia. 
Haiwan berbangsa manusia menjadi raja memerintah semua haiwan yang lain. 
Akal fikiran yang ada pada mereka 
membuat mereka boleh membentuk kehidupan yang lebih sempurna 
dari haiwan  lain yang tidak berakal. 
Akal fikiran juga mampu membuat haiwan bangsa manusia 
menawan daratan, lautan dan udara. 
Walaupun mereka berjaya menawan daratan 
dengan kenderaan mereka namun,
 itu tidak membezakan mereka daripada kuda dan haiwan lain 
yang mampu juga menawan daratan. 
Walaupun mereka berjaya menawan lautan namun,
 itu tidak membezakan mereka 
daripada haiwan ikan yang juga menggunakan lautan.
 Walaupun mereka berjaya menawan udara namun, 
itu tidak membezakan mereka
 daripada haiwan burung yang juga menggunakan udara. 
Kemampuan yang ditunjukkan oleh akal fikiran 
tidak mengubah status haiwan yang ada pada manusia. 
Apakah yang menjadikan manusia sebagai insan, bukan haiwan ?


Manusia menjadi istimewa kerana memiliki hati rohani. 
Hati mempunyai nilai yang mulia yang tidak dimiliki oleh akal fikiran. 
Semua anggota dan akal fikiran menghala kepada alam benda 
sementara hati rohani menghala kepada Pencipta alam benda.
 Hati mempunyai persediaan untuk beriman kepada Tuhan. 
Hati yang menghubungkan manusia dengan Pencipta. 
Hubungan dengan Pencipta memisahkan manusia daripada daerah haiwan 
dan mengangkat darjat mereka menjadi makhluk yang mulia. 
Hati yang cergas, sihat dan dalam keasliannya yang murni, 
berhubung erat dengan Tuhannya. 
Hati itu menyuluh akal fikiran 
agar akal fikiran dapat berfikir tentang Tuhan dan kejadian Tuhan. 
Hati itu menyuluh juga kepada anggota tubuh badan 
agar mereka tunduk kepada perintah Tuhan dan menjauhi larangan-Nya. 
Hati yang berjaya menaklukkan 
akal fikiran dan anggota tubuh badannya 
serta mengarahkan mereka berbuat taat kepada Allah s.w.t 
adalah  hati yang sihat.


Hati yang sihat melahirkan takwa, iaitu pengabdian kepada Allah s.w.t. 
Takwalah yang membezakan kedudukan seseorang hamba pada sisi Tuhan. 
Semakin tinggi darjat ketakwaan
 semakin hampir seorang hamba dengan Tuhannya. 
Semakin rendah darjat takwa 
semakin hampir seseorang dengan daerah kehaiwanan.
 Jika takwa tidak ada
 jadilah manusia itu haiwan yang pandai berfikir dan berkata-kata.


Haiwan yang pandai berfikir inilah yang dikatakan manusia yang mati hatinya
Dia tidak dapat menggerakkan fikiran dan anggotanya menuju kepada Allah s.w.t. 
Bahagian yang menghala kepada Pencipta tidak berfungsi, 
hanya bahagian yang menghala kepada alam benda
 merupakan bahagian yang aktif. 
 Manusia yang mati hatinya atau manusia yang berbangsa haiwan ini 
tidak berasa sedih 
jika terlepas peluang baginya 
untuk melakukan amalan yang mendekatkan diri dengan Tuhan
 dan dia tidak berasa kesal jika dia berbuat dosa dan maksiat 
yang menjauhkan dirinya daripada Allah s.w.t.


 Kematian hati tidak dapat dikenal 
jika seseorang itu mengambil daya nilai keduniaan sebagai piawaian. 
Ramai orang yang menurut pengertian tasauf  sudah mati hatinya 
tetapi mereka mencapai berbagai-bagai kecemerlangan dalam kehidupan dunia. 
Mereka menjadi pemimpin kepada orang ramai. 
Mereka menciptakan berbagai-bagai benda keperluan manusia.
 Mereka berjaya mendaki Gunung Everest. 
Mereka memegang bermacam-macam rekod kejohanan. 
Mereka menguasai kekayaan dan berbagai-bagai lagi kejayaan dan kecemerlangan.


 Apa juga kejayaan dan kecemerlangan yang diperolehi
 hendaklah diletakkan di atas neraca akhirat. 
Jika kejayaan dan kecemerlangan itu mampu menambahkan berat dacing kebaikan, 
maka kejayaan dan kecemerlangan itu adalah benar. 
Jika tidak 
ia hanyalah fatamorgana.

 
Alhikam

Tuesday, May 20, 2014

Rumi




Cubalah rasa kemiskinan buat sehari dua , nanti engkau akan 
lihat (dapati) kekayaan dalam kemiskinan.

Bersabarlah dengan kemiskinan dan lenyapkan rasa jijik ini
kerana dalam kemiskinan ada cahaya Keagungan Tuhan.


Rumi

Doa




Ya Allah !

Berikanlah kami kebaikan dunia dan kebaikan di akhirat ,
serta peliharalah kami daripada seksaan api neraka.


Doa





Ya Allah ,

Limpahkanlah kepada kami rezeki untuk membolehkan kami menemui Mu di dunia
mahupun di akhirat.
Kami merasa lazat apabila berdekatan dengan Mu dan melihat kepadaMu. 
Jadikanlah kami termasuk kedalam golongan orang orang yang redha kepadaMu
dan jauh daripada selainMu.


Thursday, September 12, 2013

Zikir Munajat


Wednesday, September 4, 2013

Tanda Putera - Imbauan Sejarah Supaya Kita Berfikir .

Ikuti pandangan Datuk Zainuddin Maidin yang mengupas mengapa DAP begitu marah dengan filem Tanda Putera.

Saya telah melihat Tanda Putera malam tadi ( 2 September) maka saya memahami mengapa Tanda Putera haram disisi Penasihat DAP Lim Kit Siang dan anaknya Ketua Menteri Pulau Pinang.

Mereka marah kerana jelas simbol parti DAP (Roket) terlihat dalam kejadian keganasan 13 Mei. Mereka merasa bersalah dan sewajarnya mereka merasa bersalah kerana simbol itu di bawa ke Kampung Bharu dan Datuk Keramat untuk menghalau orang Melayu.

Sebagai seorang wartawan yang tinggal di Kampung Bharu masa itu saya melihat provokasi ini dengan mata kepala saya sendiri.

Pemimpin pemimpin DAP mewarisi semangat yang ditinggalkan oleh Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew yang berbangga dengan orang orang bukan Melayu yang bertanya: Kenapa ada Waktu Tanah Melayu? kenapa Keretaapi Tanah Melayu? dan mengapa Raja Melayu?( Baca buku Memoirs of Lee Kuan Yew)

Pada petang kejadian 13 Mei 1969, saya berada di kawasan rumah Ahmad Razali Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor di Jalan Raja Muda kerana bertugas sebagai wartawan Utusan Melayu. Ketua Pengarang saya Allahyarham Tan Sri Melan Abdullah (Pak Melan) juga ada bersama.

Pak Melan diketahui sebagai seorang yang cukup tinggi emosinya tetapi beliaulah yang menasihatkan orang ramai yang sedang dalam kepanasan supaya jangan keluar dari kawasan itu tetapi tiba tiba mereka seperti ayam terlepas dari reban bertempiaran ke jalan raya, menterbalikan kereta dan membunuh manusia yang tercampak keluar apabila beberapa orang yang berlari dari Gombak menjeritkan: Orang kita dah kena! Orang kita dah kena!


Buku 13 Mei oleh Perdana Menteri Pertama ,Tunku Abdul Rahman Putra dalam pekara ini adalah benar dan tepat.

Saya berlari ke luar dari perhimpunan itu untuk pulang ke rumah di Kampung Bharu yang berhampiran dengan tempat kejadian itu dan saya melihat beberapa buah kereta terbalik dan mayat bergelimpangan. Orang orang yang tidak berdosa telah mati. Saya kutuk, saya tidak dapat menerima kekejaman ini tetapi segera terbayang di mata saya Lim Kit Siang dan Lee Kuan Yew . Racun yang mereka semai telah menmbunuh. Mereka langsung tidak pedulikan perasaan orang Melayu.

Sebelumnya saya lihat sendiri penyokong- penyokong DAP menaiki lori melalui Kg. Baru dan Datuk Keramat dengan membawa simbol Roket (DAP) dan berteriak menghalau "Melayu Balik Kampung! Melayu Balik Kampung"

Mereka membawa penyapu dan mengangkat-angkat penyapu.  Mereka menjadi berani kerana Lim Kit Siang telah begitu celupar. Cabaran ini menjadikan Melayu lebih berani dan lebih agresif. Maka itu sekarang orang Melayu ramai di Kuala Lumpur, sama ada sebagai penjaja di pasar, peniaga besar dan kecil, pelajar, siswa, pendukong universiti-universiti dan sebagai profesional yang menjalankan institusi-institusi kewangan.

Lim Kit Siang tidak boleh halau lagi mereka balik kampung.

Lim Kit Siang tahu bahawa piliahraya ke 13 adalah peluang terakhir untuk beliau halau Melayu balik kampung tetapi telah gagal dan kegagalan ini adalah untuk selama lamanya dan kerana itulah slogan yang dijeritkan " Ini kalilah."

Populasi Melayu akan bertambah, profesional Melayu akan semakin ramai, walaupun tidak dapat dua pertiga kuasa, pemerentahah BN dan Melayu akan bertambah kukuh terutama kerana orang Cina telah mengasingkan diri.

Dan jika ramai mereka yang mahu menjadi monyet dan kera maka ini akan lebih memudahkan untuk orang Melayu mencapai matlamat mereka.  Najib jangan sesal mengatakan Tsunami Cina dan jangan biarkan Khairy mengapikan.

Apabila Tun Razak mengajak semua parti berdamai selepas 13 Mei, DAP tidak mahu ikut serta dalam Majlis Perundingan Negara. Dia mahu terasing dari aliran perdana, dia mahu orang Cina terus menjadi beruk dan kera yang mahu merosakan berjuta bunga.  Dia pasti tidak akan berjaya.

Tanda Putera sewajarnya ditonton oleh seluruh generasi muda semua kaum kerana ia menunjukan manusia- manusia Malaysia dari semua kaum yang berperi kemanusiaan tinggi dan murni yang dalam keadaan runcing dan genting tidak kehilangan akal , malah Menteri Dalam Negeri Tun Dr. Ismail dan Perdana Menteri Tun Abdul Razak yang tahu saat kematian mereka telah hampir tetapi bersama mencari jalan bagaimana rakyat Malaysia akan dapat terus hidup dalam keadaan aman damai.

Tun Razak memberitahu doctornya :"Saya mahu sedikit masa lagi." Tetapi Tun meninggal dalam keadaan yang tidak pasti dan Tun Mahathir telah memperkukuhkannya untuk masa depan Malaysia.

Masa depan inilah yang hendak dihancurkan oleh DAP dan juga parti parti Melayu yang telah menjadi alatnya kerana gila kuasa - sumber

http://sejarahmelayu.blogspot.com

Tuesday, September 3, 2013

DUNIA SEMAKIN KE PENGHUJUNG..ARAB SAUDI TELAH 'TERKEPUNG' DAN 'TERHIMPIT"


KETIKA ini umat islam diseluruh dunia menumpu perhatian kepada krisis di Mesir dan Syria tetapi sedarkah kita bahawa ini ada episod terakhir permainan Dajjal sebelum beliau membuka Fasa berikutnya. Tahukah anda, sasaran yang mereka idamkan bukanlah Palestin sebaliknya TANAH SUCI MEKAH dan MADINAH. Tanpa kita sedari ARAB SAUDI kini telah dikepung secara sistematik oleh Zionis (Israel) dan sekutunya Syiah (Iran).

TURKI Uthmaniyah ditumbangkan dan Jatuh ketangan Puak Sekular Ekstreme, walaupun kini diperintah Pemimpin 'Islamik' Erdogan, hakikatnya beliau hanyalah 'Puppet' yang hanya bersuara tapi tidak dapat bertindak kerana dikekang Pengikut Setia Attaturk.

PALESTIN yang sebelum itu makmur dibawah pemerintahan Uthmaniyah ditawan mudah puak kufar sebelum diserahkan pada Zionis.

IRAQ satu-satunya negara yang lantang mempertahankan Palestin secara ketenteraan diceroboh dan diranapkan USA dan negara Salib dengan bantuan sulit dari Syiah (IRAN).

AFGHANISTAN sebuah negara mundur dan miskin yang memiliki hasil bumi paling kaya didunia dirampas oleh USA hasil bantuan Syiah (IRAN) dan segala hasil buminya disalur pada Zionis (Israel).

LIBYA pimpinan Ghadaffi merupakan musuh ketat Negara Salib dijadikan bahan Eksperimen untuk mencetuskan 'Arab Spring'. Rakyatnya dihasut untuk 'BANGKIT' dan dibantu dengan 'Bersungguh-sungguh' oleh Tentera Salib (NATO).

SYRIA adalah sasaran sebenar Operasi Arab Spring yang dirancang Zionis kerana sudah tertulis dalam kitab-kitab lama Yahudi bahawa Syria adalah medan perang Armageddon melibatkan Mesiah@Dajjal dan Al-Mahdi.

MESIR walaupun 'DISERAHKAN' kepada Dr Morsi dari Ikhwanul Muslimin dan dirampas semula oleh Tentera Firaun moden pimpinan Syiah dan Zionis bertujuan menimbulkan kemarahan tak terhingga Umat Islam supaya tercetusnya Armageddon dengan segera.

Lihatlah dipeta, semua negara-negara di sekeliling Arab Saudi telah di tawan dengan secara sistematik.

RUNTUHNYA KAABAH

Abu Hurairah r.a. berkata, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda : 

Akan ada orang yang merobohkan Kaabah, iaitu seorang yang berbetis kecil dari Habsyah (Ethiopia)

Riwayat Muttafaq Alaih

Daripada Abdullah bin Amr bin ‘Ash r.a. berkata, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda : 

“Ka’bah akan dihancurkan oleh orang Habsyah (orang Negro) yang bergelar “Dzus-Suwaiqatain” (orang yang kedua-dua betisnya kecil) dan ia akan merampas segala perhiasannya dan melucutkan kelambunya. Seakan-akan terbayang di hadapan mataku keadaan seorang yang botak, bengkok sedikit sendi-sendinya. Ia memukul-mukul Ka’bah itu dengan besi penyeduk dan kapak besar”

H.R Imam Ahmad

SIAPA LELAKI HABSYAH INI ? 


SUBHANALLAH...KITA SEMAKIN HAMPIR......!!!

Wallahua'lam. Tanda-tanda akhir zaman dah lama muncul dan akhir-akhir ini semakin nampak tanda-tanda kiamat kubra.

Semoga kita semua tetap di jalan kebenaran dan jalan diredhai oleh Allah..Aamiin Ya Rabbal 'Alamin.

Wednesday, August 28, 2013

Wasiat Luqman AL Hakim Kepada Anaknya


Wahai anakku ! Elakkan dirimu dari membuat hutang kerana sesungguhnya dengan berhutang itu akan menjadikan dirimu hina diwaktu siang hari dan menjadikan dirimu gelisah di waktu malam hari.
Wahai anakku ! Sekiranya kedua ibubapamu memarahimu kerana sesuatu kesalahan yang telah kamu lakukan maka kemarahan kedua mereka itu adalah seperti baja untuk menyuburkan tanaman.

Wahai anakku ! Engkau akan dapat rasakan betapa beratnya ketika mengangkat batu yang besar atau besi yang padat tetapi ada yang lebih berat dari itu iaitu apabila kamu mempunyai jiran tetangga yang jahat.

Wahai anakku ! Tidaklah dinamakan kebaikan sekalipun kamu sibuk mencari dan mengumpul ilmu pengetahuan tetapi tidak pernah mengamalkannya. Perbuatan ini tak ubah seperti seorang pencari kayu api yang sentiasa menambah timbunan kayunya sedangkan ia tidak mampu untuk mengangkatnya.

Wahai anakku ! Berhati-hatilah terhadap tutur tata dan bicaramu, peliharalah budi bahasamu dan sentiasalah bermanis muka nescaya kamu akan disenangi dan disukai oleh orang yang berada di sekelilingmu. Perumpamaannya seolah mereka telah mendapat barang yang amat berharga darimu.

Wahai anakku ! Jika kamu mahu mencari sahabat sejati maka kamu ujilah ia terlebih dahulu dengan berpura-pura membuatkan ia marah terhadapmu. Sekiranya dalam kemarahan itu ia masih mahu menasihati, menyedarkan dan menginsafkan kamu, maka dialah sahabat yang dicari. Jika berlaku sebaliknya maka berwaspadalah kamu terhadapnya.

Wahai anakku ! Bila kamu mempunyai teman yang karib maka jadikanlah dirimu sebagai seorang yang tidak mengharapkan sesuatu apapun darinya sebaliknya biarkanlah temanmu itu sahaja yang mengharapkan sesuatu darimu.

Wahai anakku ! Jagalah dirimu selalu supaya tidak terlalu condong kepada dunia dan segala kesenangan dan kemewahannya kerana Allah tidak menciptakan kamu hanya untuk kehidupan di dunia sahaja. Ketahuilah tidak ada makhluk yang lebih hina selain dari mereka yang telah diperdayakan oleh dunia.

Wahai anakku ! Janganlah kamu ketawa jika tiada sesuatu yang menggelikan, janganlah kamu berjalan jika tiada arah hala tujuan, janganlah kamu bertanya tentang sesuatu yang tidak memberi apa-apa faedah pun kepadamu dan janganlah kamu mensia-siakan hartamu pada jalan maksiat.

Wahai anakku ! Sesiapa yang bersifat penyayang sudah tentu dia akan disayang, sesiapa yang bersifat pendiam sudah tentu dia akan selamat dari mengeluarkan perkataan yang sia-sia. Ketahuilah sesiapa yang tidak dapat menahan lidahnya dari mengeluarkan ucapan kotor, sudah tentu ia akan menyesal kelak.

Wahai anakku ! Bergaul dan berkawanlah dengan orang-orang yang soleh dan berilmu. Bukalah pintu hatimu dan dengarlah segala nasihat dan tunjuk ajar darinya. Sesungguhnya nasihat dari mereka bagaikan mutiara hikmah yang bercahaya yang dapat menyuburkan hatimu seperti tanah kering lalu disirami air hujan.

Wahai anakku ! Sesungguhnya kehidupan kita ini diibaratkan seperti sebuah kapal yang belayar di lautan dalam dan telah banyak manusia yang karam didalamnya. Jika kita ingin selamat maka belayarlah dengan kapal yang bernama takwa, isi kandungannya ialah iman sedang layarnya pula ialah tawakal kepada Allah.

Wahai anakku ! Bila kamu menerima dua undangan majlis, satu majlis perkahwinan dan satu lagi majlis takziah kematian, maka utamakanlah majlis kematian kerana dengan menghadiri majlis ini akan mengingatkan kamu kepada kampung akhirat, sedangkan dengan menghadiri majlis perkahwinan akan mengingatkan kamu kepada keseronokkan dunia sahaja.

Wahai anakku ! Janganlah kamu terus menelan apa saja yang kamu rasa manis dan meludah setiap apa yang kamu rasa pahit. Ingatlah, tidak semua yang manis itu akan menjadikan kita segar dan tidak semua yang pahit itu akan menjadikan kita segar.

Wahai anakku ! Janganlah kamu makan dengan terlalu kenyang yang berlebih-lebihan. Sesungguhnya adalah lebih baik jika bahagian dari yang kenyang itu diberikan kepada anjing sahaja.

Wahai anakku ! Carilah harta di dunia ini sekadar keperluanmu sahaja dan nafkahkanlah hartamu yang selebihnya pada jalan Allah sebagai bekalan di akhirat. Janganlah kamu membuat dunia ini kelak dirimu akan menjadi pengemis dan membebankan pula orang lain tetapi jangan pula kamu terlalu mengejar dunia sehingga terlupa bahawa kamu akan mati. Ketahuilah, apa yang kamu makan dan pakai itu semuanya dari tanah belaka.

Wahai anakku ! Jangan kamu melantik seseorang yang bodoh menjadi utusanmu. Jika tiada siapa yang lebih cerdas, pintar dan bijak maka yang sebaiknya dirimu sendirilah yang menjadi utusan.

Wahai anakku ! Orang yang bersedia untuk mendengar nasihat dan bimbingan dari orang yang lebih alim, maka dia layak untuk mendapat penjagaan dari Allah tetapi bagi orang yang insaf dan sedar setelah menerima teguran maka dia lebih layak untuk mendapat kemulian dari Allah

Adab Menjadi Tuan Rumah

  • Sejurus sahaja tetamu sampai, uruskanlah makanannya. Apa sahaja yang mudah di dapati dan disediakan uruskanlah segera, jika ada kemampuan untuk menyediakan makanan yang lebih mewah, uruskanlah kemudian.
  • Apabila tetamu datang, ada baiknya jika terlebih dahulu ditunjukkan kepadanya di mana tandas supaya dia tidak gelisah kalau tiba-tiba dia ada qadha hajat.
  • Beramah-mesralah terhadap tetamu dan penuhilah keperluan dan keselesaannya. Jamulah dengan makanan yang agak mewah (mengikut kemampuan anda) sekurang-kurangnya pada sesuatu ketika. Tetamu mempunyai hak terhadap tuan rumah selama 3 hari.
  • Janganlah keluar ke pekan mencari-cari sesuatu untuk tetamu. Apa sahaja yang sesuai yang terdapat, hidangkanlah untuk mereka. Janganlah terlampau formal sangat.
  • Tuan rumah janganlah terlalu mendesak tetamu supaya makan. Ini bertentangan dengan kebajikan tetamu.
  • Tuan rumah janganlah hanya menghidangkan makanan kepada tetamu kemudian biarkan begitu sahaja. Dia hendaklah tinggal di situ dan lihatlah apa-apa keperluan tetamu. Tatkala memerhatikan keadaan tetamu, tuan rumah janganlah merenung tajam ke arah tetamu, ataupun menjadikan tetamu menyedari bahawa dia sedang diperhatikan. Hendaklah tuan rumah sekali-sekali memandang sepintas lalu kalau-kalau tetamu memerlukan sesuatu.
  • Kadangkala orang merenung kepada tetamu ketika makan, melihat apa dan banyak mana yang dia makan. Tetamu tentu akan merasa kekok dengan kelakuan begini.
  • Tuan rumah janganlah memberati dirinya dengan sentiasa berada dekat tetamu. Biarkan tetamu dalam keadaan bebas. Biarkanlah tetamu makan sekehendaknya.
  • Jika perlu untuk menghidang makanan lagi, janganlah mengalihkan bekas (yang masih ada makanan) yang berada dihadapan tetamu. Bawalah makanan tambahan dengan bekas yang lain.
  • Apabila ada dua orang tetamu, layanilah mereka dengan adil.
  • Apabila tetamu akan meninggalkan kita, ikutilah dia sehingga ke pintu. Ini adalah sunnah.