Sekadar renungan


Bila Allah cepat makbulkan Doamu, Maka DIA Menyayangimu,

Bila DIA Lambat Makbulkan doamu, Maka DIA Ingin Mengujimu,

Bila DIA Tidak Makbulkan Doamu, Maka Dia Merancang Sesuatu Yang lebih Baik Untukmu.

Oleh itu, Sentiasalah Bersangka Baik Pada ALLAH Dalam Apa Jua Keadaan Pun... Kerana Kasih sayang ALLAH Itu Mendahului KemurkaanNya.

********************************************************

Saat itu, hadir syaitan yang terkuat, sementara si hamba dalam kondisi paling lemah. Siapakah yang selamat?


Ya Allah, jadikanlah amal terbaik kami sebagai penutup amal kami. Jadikanlah umur terbaik kami sebagai akhirnya. Dan jadikanlah hari terbaik kami sebagai hari kami menjumpai-Mu
.


Sabda Nabi s.a.w ;"...dan sesungguhnya waktu yang paling syaitan dengan manusia adalah disaat kematian (nazak) ","(Riwayat Abu Na'im)" didalam sepotong ayat Mursyal , Nabi s.a.w bersabda dengan membawa maksud ," Saat paling hampir musuh Allah (syaitan) itu dengan manusia ialah dikala terbit rohnya".

There was an error in this gadget

ZIKIR HARIAN

HARI AHAD: Ya Hayyu Ya Qayyum ( 1000 X )
HARI ISNIN: La haula wala quwwata illa billa hil 'aliyyil 'a ziim ( 1000 X )
HARI SELASA: Allahumma salli 'ala 'abdika warasulika wanabiyyikal amiina wa'ala alihi wasahbihi wasallim ( 1000 X )
HARI RABU: Astagh firullahal 'a ziim ( 1000 X )
HARI KHAMIS: Subhanallahii 'a ziim , Subhanallahi wabihamdihi ( 1000 X )
HARI JUMAAT: Ya Allah ( 1000 X )
HARI SABTU: La ilaha illallah ( 1000 X )

Sedikit Ilmu untuk dikongsi bersama...



Imam Ja’far Ash-shadiq (sa) berkata: “Barangsiapa yang membaca surat Ar-Rahman, dan ketika membaca kalimat ‘Fabiayyi âlâi Rabbikumâ tukadzdzibân’, ia mengucapkan: Lâ bisyay-in min âlâika Rabbî akdzibu (tidak ada satu pun nikmat-Mu, duhai Tuhanku, yang aku dustakan), jika saat membacanya itu pada malam hari kemudian ia mati, maka matinya seperti matinya orang yang syahid; jika membacanya di siang hari kemudian mati, maka matinya seperti matinya orang yang syahid.” (Tsawabul A’mal, hlm 117).

Bacaan Surah

There was an error in this gadget

.

Followers

Blog ini mengandungi Maklumat dan Koleksi ibadah untuk diri saya . Sekiranya ia baik , kita kongsi bersama , sekiranya ianya tidak baik , elakkanlah. Saya hanya insan biasa yang mencari ilmu selagi hayat dikandung badan...

.

Friday, April 20, 2012

Falsafah di sebalik Kisah Qabil dan Habil



KISAH QABIL DAN HABIL


Pada satu hari Nabi Adam mendapat perintah dari Allah agar dijodohkan anak-anaknya secara bersilang, iaitu Qabil dikahwinkan dengan kembar Habil dan Habil dikahwinkan dengan kembar Qabil. Qabil tidak menerima perintah dan syariat Allah itu kerana kembar Habil tidaklah secantik kembarnya.

Kemudian Allah memerintahkan agar kedua anak lelaki Nabi Adam melakukan kurban. Siapa yang kurbannya diterima akan dijodohkan dengan anak yang cantik (saudari kembar Qabil) itu. Habil memberikan kambing biri-birinya yang terbaik, mempersembahkan yang terbaik dari dirinya untuk Allah SWT. Qabil pula hanya mempersembahkan qurban yang terburuk untuk Allah SWT. Maka Allah tidak menerima qurban Qabil, Allah menerima qurban Habil. Turunlah api dari langit menyambar dan menelan kurban Habil. (Pada masa itu tanda zakat atau korban diterima ialah ia akan terbakar apabila diletakkan di padang)


Maidah [27] Dan bacakanlah (wahai Muhammad) kepada mereka kisah (mengenai) dua orang anak Adam (Habil dan Qabil) yang berlaku dengan sebenarnya, iaitu ketika mereka berdua mempersembahkan satu persembahan korban (untuk mendampingkan diri kepada Allah). Lalu diterima korban salah seorang di antaranya (Habil) dan tidak diterima (korban) dari yang lain (Qabil). Berkata (Qabil): Sesungguhnya aku akan membunuhmu!. (Habil) menjawab: Hanyasanya Allah menerima (korban) dari orang-orang yang bertakwa.


Pada mulanya Qabil tidak tahu bagaimana cara untuk membunuh Habil. Lalu syaitan mengajar Qabil bagaimana caranya untuk membunuh Habil. Diambilnya seekor burung lalu disembelihnya.

Setelah Qabil membunuh saudaranya ia membiarkan begitu saja mayat adiknya selama 3 hari kerana tidak tahu apa yang harus dilakukan. Kemudian Allah mengutuskan dua ekor burung gagak, keduanya berkelahi hingga akhirnya terbunuhlah salah satu di antaranya. Gagak yang masih hidup kemudian menggali tanah dengan paruh dan kakinya. Setelah selesai, dilemparkannya gagak yang sudah mati itu ke dalam lubang dan ditimbun dengan tanah. Maka, dikuburkanlah saudaranya ke dalam tanah ..

Al-Maidah [31] Kemudian Allah hantarkan seekor burung gagak (menyuruhnya) mengorek-ngorek di bumi supaya diperlihatkan kepada (Qabil) bagaimana cara menimbus mayat saudaranya. (Qabil) berkata: Wahai celakanya aku! Alangkah lemah serta bodohnya aku, aku tidak tahu berbuat seperti burung gagak ini, supaya aku dapat menimbuskan mayat saudaraku?. Kerana itu menjadilah dia dari golongan orang-orang yang menyesal.

Akhirnya Qabil melarikan diri ke Farsi (Iran). Qabil ialah orang yang pertama mengasakan pembunuhan yang tidak betul. Dia telah meletakkan asas atau ‘foundation’ kepada pembunuhan secara kejam di muka bumi ini. Dalam hadith disebut, “Siapa yang melakukan pembunuhan secara tidak betul, Qabil menanggung separuh dari dosanya” .

Ibnu Mas’ud berkata, Rasulullah s.a.w bersabda:

“Tiada suatu jiwa yang terbunuh dengan penganiayaan, melainkan putera Adam yang pertama dahulu itu, mendapat bahagian dari penumpahan darah itu, kerana ia yang pertama membuka jalan untuk penumpahan darah.”

(Diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Imam Muslim)



KENAPA QABIL BUNUH HABIL ?


Sebuah kisah dicatatkan oleh Allah s.w.t dalam al Quran untuk menjadi pelajaran untuk umat manusia sepanjang zaman. Habil dan Qabil adalah dua beradik. Mereka berdua merupakan anak kepada nabi Allah Adam a.s.

Namun mereka berdua bergaduh bukan kerana perkara dunia tetapi kerana ibadah seorang daripada mereka diterima Allah dan seorang lagi ditolak.

Pada zaman itu Allah s.w.t menentukan peraturan dalam persembahan untuk memperdekatkan diri kepada Allah. Mengikut riwayatnya jika persembahan itu diterima Allah s.w.t, akan datang api dari langit yang akan menjilatnya.

Itulah peristiwa yang berlaku kepada Qabil dan Habil. Oleh kerana Qabil mengemukan persembahan yang disebut qurban yang tidak elok, lalu qurbannya tidak diterima Allah s.w.t. Allah s.w.t menerima persembahan Habil dan menolak persembahan Qabil. Kejadian itu menyebabkan Qabil dengki kepada Habil dan membunuhnya.

Ia bukan kerana merebut harta dunia, tetapi dengki melihat orang lain lebih maju, berkembangan dan diberkati oleh Allah dari dirinya. Lalu ia melakukan berbagai ikhtiar untuk mensabotaj kerja-kerja yang dilakukan oleh orang lain. Ini akhlak yang mewarisi akhlak datuk mereka Qabil.

Qabil sepatutnya memperbetulkan amalnya dan mengemukan amal yang berkualiti kepada Allah s.w.t supaya Allah menerima persembahannya, bukan berdengki dengan Habil dan bertindak membunuhnya.

Demikianlah sepanjang sejarah sifat orang hatinya berpenyakit, sentiasa berdengki dan berusaha memusnahkan kejayaan orang lain, bukan kembali kepada dirinya mengikhlaskan hati dan memberbaiki amalan supaya ia menjadi lebih baik dan diterima Allah.

Pengajaran yang menarik juga yang ditunjukkan dalam kisah ini ialah sikap Habil yang tidak mengikut rentak Qabil, “Kalau kamu hulur tangan untuk membunuhku, akau tidak akan menghulur tangan untuk membunuh mu”.

Kita tidak perlu menghalang orang lain untuk kita berjaya… yang betul ialah bersihkan hati daripada sebarang penyakit hasad dan perbetulkan amal kita barulah persembahan kita berkembang dan diterima Allah s.w.t.



ustabdullahzaik.wordpress.com

"Tidak Berkumpul Di dalam Hati seorang Manusia Antara IMAN dan DENGKI "


Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:


"Tidak berkumpul di dalam hati seorang manusia antara iman dan dengki"

Riwayat Ibnu Hibban dan Al-Baihaqi

Huraian


1. Hasad dengki itu adalah seumpama api yang akan memakan segala kebaikan yang dilakukan oleh seseorang seperti api yang membakar kayu.

2. Adanya perasaan dengki menunjukkan iman seseorang itu belum sempurna malah dengki merupakan sifat yang diwarisi daripada syaitan. Kerana dengkilah maka syaitan menggoda Adam a.s hingga terkeluar daripada syurga dan kerana dengki juga maka terjadinya pembunuhan di antara Qabil dan Habil.

3. Seorang pujangga Arab pernah berkata: "Orang hasad tidak akan senang hidupnya dan orang bakhil tidak akan berbudi dan tidak dapat dijadikan kawan orang yang selalu jemu dan tidak ada kemanusiaan bagi pendusta. Dan tidak dapat diterima pendapat orang yang khianat dan tiada budi bagi orang yang tidak berakhlak.

4. Dengki yang diharuskan dalam Islam hanyalah dengki yang menjadikan manusia berebut-rebut melakukan kebaikan seperti berlumba-lumba menuntut ilmu atau berlumba-lumba melakukan ibadat dan yang seumpamanya.

Hak Seorang Muslim Sesama Muslim


Al-alaa' bin Abdurrahman dari ayahnya dari Abuhurairah r.a. berkata:

"Ia bertanya kepada Nabi Muhammad s.a.w. tentang kewajipan seorang muslim terhadap sesama muslim?"

Jawab Nabi Muhammad s.a.w.:

"Hak kewajipan seorang muslim terhadap muslim yang lain ada enam iaitu:


  • Jika bertemu harus diberi salam

  • Jika mengundang harus didatangi

  • Jika diminta nasihat harus ditunjukkan yang benar (dinasihati)

  • Jika bersin dan membaca Alhamdulillah harus didoakan dengan berdoa Yarhamukallah

  • Jika sakit harus diziarah

  • Jika mati harus dihantar jenazahnya

Orang Hasud


Seorang cendikiawan berkata:

"Orang hasud telah menentang Allah s.w.t. dengan lima hal iaitu:

  • Kerana ia membenci nikmat Allah s.w.t. terhadap orang lain

  • Dia tidak suka pembahagian Allah s.w.t. untuk dirinya seolah-olah ia berkata: "Mengapa Engkau membagi begini?"

  • Ia bakhil terhadap kurniaan Allah s.w.t.

  • Dia menghina waliyullah sebab ia ingin tercabut nikmat Allah s.w.t. yang diberikan kepadanya

  • Dia membantu kepada iblis laknatullah


Orang yang hasud tidak memperolehi dalam pergaulan kecuali hina dan kerendahan dan dari Malaikat kecuali laknat (kutukan) dan benci, dan jika sendirian hanya kerisauan dan duka dan ketika nazak (sakartul maut) hanya kesukaran, keberatan dan ketakutan dan dihari kiamat kecuali malu dan siksa, kemudian dalam neraka tempat bakarannya."

Tuesday, April 17, 2012

Jika Isteri Kita Sakit.


Di satu petang, kita balik dari pejabat dengan hati yang penuh harapan, harapan disambut oleh isteri dan anak-anak di depan pintu. Pintu diketuk dan salam diberi. Apabila pintu dibuka, hanya anak sahaja yang menjawab salam. Bagi anak perempuan kita cium pipinya dan anak lelaki pula kita usap kepalanya. Kebiasaannya, emak mereka juga akan menyambut dengan tersenyum simpul. Tetapi tiada pada petang ini. Kita pun terus ke bilik untuk meletakkan beg kita. Kita ke bilik tidur dan dapati isteri kita terbaring berselimut atau yang serupa dengan itu.

Kita pun bertanya, "Sakit ke?"... Isteri kita diam dengan wajah yang menggambarkan dia memang sakit. Kita pun terus ke dapur bancuh minuman sendiri dan minum depan TV. Lima minit kemudian isteri kita turun dan terus ke dapur menyediakan makanan untuk malam. Disebabkan kita nampak dia boleh ke dapur dan sediakan makanan maka kita pun terus ke bilik study sambung kerja pejabat atau keluar rumah untuk bermain badminton atau cuci kereta.





Dalam hati kita berkata,'isteri tu taklah teruk sangat sakitnya, sebab nampak dia boleh berjalan ke dapur. Cuba kita selami, apa pula hati isteri kita berkata."Alhamdulillah, Abang dah balik, nanti nak ajak abang ke klinik jumpa doktor dan ambil ubat. Badan ni tak larat nak bangun. nanti dia naik ke bilik baru nak bersiap tukar pakaian ke klinik."

Abang pun tanya, "Sakit ke?" Dalam hatinya,
"Hai takkan tak nampak orang tengah sakit ni, tanya pulak. Tengok tu, dia buat tak peduli aje.. tengok TV pulak, sepatutnya ajaklah ke klinik"

Sambil turun ke dapur hatinya berkata, "Orang sakit, dia bukan peduli, tapi kalau dia yang sakit, macam-macamlah dia suruh kita buat untuk dia kalau dah tak dapat bangun sangat, baru terhegeh-hegeh nak tolong usung ke klinik."

Maka diusahakan juga ke dapur walaupun dirinya sakit, untuk berbakti pada anak-anaknya.

Suami-suami yang dimuliakan, isteri kita mempunyai jiwa 'anak kecil' apabila dia terkena demam, sakit kepala dan sebagainya dan lebih-lebih lagi. Walaupun sakitnya itu tidak seberapa pada pandangan kita, tetapi sangat besar ertinya di sisi mereka. Mereka memerlukan kita membelai mereka sebagaimana doktor membelai pesakitnya yang datang mengadu sakit minta diubati. Mereka tidak minta di belai berjam-jam. Kalau lebih sekalipun, hanya lebih sikit daripada doktor.

Suami sepatutnya mesti menjadi doktor yang pertama dulu. Bila nampak dia terbaring atau duduk yang menggambarkan dia sedang sakit. Maka, hendaklah terus mengadapnya sebaik saja kita masuk ke rumah. Bila tanya pada anak, "Emak mana?" Anak jawab, "Dalam bilik ". Dan belailah bagaimana doktor membelai pesakitnya. Dapatkan suhu badannya walaupun dia tak demam - letaklah tangan di dahinya atau tengkoknya.

Peganglah lengannya untuk mengira denyutan jantungnya walaupun kita tak tahu kadar yang menunjukkan dia tu memang sakit. Dengarlah bunyi paru-parunya bila dia bernafas dengan meletakkan tapak tangan kita di belakangnya dan urut sedikit walaupun kita tidak menggunakan alat yang doktor guna itu.

Sentuhan-sentuhan begini sudah cukup untuk menyembuh psikologinya. Tanyalah dia bila dia kena demam... dsb supaya dia luahkan penyakit psikologinya dulu dengan menceritakan puncanya dan offer cepat-cepat nak bawa ke klinik agar dia boleh berfikir dan menilai tahap sakitnya sama ada berbalui untuk di bawa ke klinik. Sebab kekuatan psikologinya telah diperolehinya dari "doktor yang disayangi" ini. Tidak perlu lagi dari doktor perubatan yang lain.

Biasanya dia akan kata, "Tak apalah bang, demam ni sikit aje, ...." Jika ini jawapannya, maka Alhamdulillah, ini bermakna hati dan jiwanya telah puas dan kuat dengan belaian kita dan dia REDHA akan demamnya itu. Begitu juga kepada si isteri jika suami anda sakit.


sumber : irvineislam

Monday, April 16, 2012

Tazkirah - Lembut Dalam Kehidupan

LEMBUT DALAM KEHIDUPAN : Dr Muhaya (Sila klik)

Thursday, April 12, 2012

22 Soalan dan Jawapan


SOALAN :


1.Sebutkan satu yang tiada duanya,

2.dua yang tiada tiganya,

3.tiga yang tiada empatnya,

4.empat yang tiada limanya,

5.lima yang tiada enamnya,

6.enam yang tiada tujuhnya,

7.tujuh yang tiada delapannya,

8.delapan yang tiada sembilannya,

9.sembilan yang tiada sepuluhnya,

10.sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh,

11.sebelas yang tiada dua belasnya,

12.dua belas yang tiada tiga belasnya,

13.tiga belas yang tiada empat belasnya.

14.Sebutkan sesuatu yang dapat bernafas namun tidak mempunyai ruh!

15.Apa yang dimaksud dengan kuburan berjalan membawa isinya?

16.Siapakah yang berdusta namun masuk ke dalam surga?

17.Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah namun Dia tidak menyukainya?

18.Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah dengan tanpa ayah dan ibu!

19.Siapakah yang tercipta dari api, siapakah yang diadzab dengan api dan

siapakah yang terpelihara dari api?

20.Siapakah yang tercipta dari batu, siapakah yang diadzab dengan batu dan

siapakah yang terpelihara dari batu?

21.Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap besar!

22.Pohon apakah yang mempunyai 12 ranting, setiap ranting mempunyai 30

daun, setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah naungan dan dua di bawah

sinaran matahari?"

JAWAPANNYA :


1.Satu yang tiada duanya ialah Allah SWT.


2.Dua yang tiada tiganya ialah malam dan siang. Allah SWT berfirman, "Dan

Kami jadikan malam dan siang sebagai dua tanda (kebesaran kami)."

(Al-Isra': 12).


3.Tiga yang tiada empatnya adalah kekhilafan yang dilakukan Nabi Musa

ketika Khidir menenggelamkan sampan, membunuh seorang anak kecil dan

ketika menegakkan kembali dinding yang hampir roboh.


4.Empat yang tiada limanya adalah Taurat, Injil, Zabur dan al-Qur'an.


5.Lima yang tiada enamnya ialah shalat lima waktu.


6.Enam yang tiada tujuhnya ialah jumlah hari ketika Allah SWT menciptakan

makhluk.


7.Tujuh yang tiada delapannya ialah langit yang tujuh lapis. Allah SWT

berfirman, "Yang telah menciptakan tujuh langit berlapis-lapis. Kamu

sekali-kali tidak melihat pada ciptaan Rabb Yang Maha Pemurah sesuatu yang

tidak seimbang." (Al-Mulk: 3).


8.Delapan yang tiada sembilannya ialah malaikat pemikul Arsy ar-Rahman.

Allah SWT berfirman, "Dan malaikat-malaikat berada di penjuru-penjuru

langit. Dan pada hari itu delapan orang malaikat men-junjung 'Arsy Rabbmu

di atas (kepala) mereka." (Al-Haqah: 17).


9.Sembilan yang tiada sepuluhnya adalah mu'jizat yang diberikan kepada

Nabi Musa yaitu: tongkat, tangan yang bercahaya, angin topan, musim

paceklik, katak, darah, kutu dan belalang.*


10.Sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh ialah kebaikan. Allah SWT

berfirman, "Barangsiapa yang berbuat kebaikan maka untuknya sepuluh kali

lipat." (Al-An'am: 160).


11.Sebelas yang tiada dua belasnya ialah jumlah saudara-saudara Nabi Yusuf


12.Dua belas yang tiada tiga belasnya ialah mu'jizat Nabi Musa yang

terdapat dalam firman Allah, "Dan (ingatlah) ketika Musa memohon air untuk

kaumnya, lalu Kami berfirman, 'Pukullah batu itu dengan tongkatmu.' Lalu

memancarlah daripadanya dua belas mata air." (Al-Baqarah: 60).


13.Tiga belas yang tiada empat belasnya ialah jumlah saudara Nabi Yusuf

ditambah dengan ayah dan ibunya.


14.Adapun sesuatu yang bernafas namun tidak mempunyai ruh adalah waktu

Shubuh. Allah SWT ber-firman, "Dan waktu subuh apabila fajarnya mulai

menyingsing." (At-Takwir: 18).


15.Kuburan yang membawa isinya adalah ikan yang menelan Nabi Yunus AS.


16.Mereka yang berdusta namun masuk ke dalam surga adalah saudara-saudara

Nabi Yusuf , yakni ketika mereka berkata kepada ayahnya, "Wahai ayah kami,

sesungguhnya kami pergi berlomba-lomba dan kami tinggalkan Yusuf di dekat

barang-barang kami, lalu dia dimakan serigala." Setelah kedustaan

terungkap, Yusuf berkata kepada mereka, " tak ada cercaaan terhadap

kalian." Dan ayah mereka Ya'qub berkata, "Aku akan memohonkan ampun bagimu

kepada Rabbku. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha

Penyayang." (Yusuf:98)


17.Sesuatu yang diciptakan Allah namun tidak Dia sukai adalah suara

keledai. Allah SWT berfirman, "Sesungguhnya sejelek-jelek suara adalah

suara keledai." (Luqman: 19).


18.Makhluk yang diciptakan Allah tanpa bapak dan ibu adalah Nabi Adam,

malaikat, unta Nabi Shalih dan kambing Nabi Ibrahim.


19.-Makhluk yang diciptakan dari api adalah Iblis, yang diadzab dengan api

ialah Abu Jahal dan yang terpelihara dari api adalah Nabi Ibrahim. Allah

SWT berfirman, "Wahai api dinginlah dan selamatkan Ibrahim." (Al-Anbiya':

69).


20.Makhluk yang terbuat dari batu adalah unta Nabi Shalih, yang diadzab

dengan batu adalah tentara bergajah dan yang terpelihara dari batu adalah

Ash-habul Kahfi (penghuni gua).


21.Sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap perkara besar adalah tipu

daya wanita, sebagaimana firman Allah SWT? "Sesungguhnya tipu daya kaum

wanita itu sangatlah besar." (Yusuf: 28).


22.Adapun pohon yang memiliki 12 ranting setiap ranting mempunyai 30 daun,

setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah teduhan dan dua di bawah sinaran

matahari maknanya: Pohon adalah tahun, ranting adalah bulan, daun adalah

hari dan buahnya adalah shalat yang lima waktu, tiga dikerjakan di malam

hari dan dua di siang hari.


Sunday, April 8, 2012

Tolong teruskan hidup ... .Jangan sebut namaku ...


Aku maafkan kamu
Tak perlu kita bertemu
Cukup kau tahu
Yang aku
Maafkan kamu
Tolong teruskan hidup
Jangan sebut namaku .....




lirik Aku Maafkan Kamu.



Dr. Yahya Maurice Bucaille

PADA pertengahan tahun 1975, Perancis yang ketika itu di bawah pemerintahan Presiden Francisco Mitterand menawarkan kerajaan Mesir bantuan untuk meneliti, mempelajari dan menganalisis mumia Firaun, Ramsess II yang sangat terkenal.



Firaun yang dikatakan hidup di zaman Nabi Musa yang akhirnya mati tenggelam dalam Laut Merah ketika mengejar Musa dan para pengikut baginda yang melarikan diri daripada kekejamannya.

Mesir menyambut baik tawaran itu dan membenarkan mumia itu diterbangkan ke Paris. Malah ketika sampai di sana kedatangan mumia itu disambut dengan pesta dan keramaian.

Ini termasuklah apabila Mitterand dan para pemimpin Perancis yang lain tunduk hormat ketika mumia itu dibawa lalu di hadapan mereka.

Mumia itu kemudiannya diletakkan di ruang khas di Pusat Arkeologi Perancis. Di situ ia bakal diperiksa sekali gus membongkar rahsianya oleh para pakar, doktor bedah dan autopsi Perancis yang dipimpin oleh doktor yang sangat terkenal, Prof. Dr. Maurice Bucaille.

Bucaille seorang pakar bedah kenamaan Perancis yang dilahirkan di Pont-L’Eveque pada 19 Julai 1920. Memulakan kerjaya di bidang perubatan am dan pada tahun 1945 beliau diiktiraf sebagai pakar di bidang gastroentorologi.

Ramai kerabat diraja dan keluarga pemimpin dunia menggunakan khidmat Dr. Bucaille, termasuk Raja Faisal Arab Saudi dan pemimpin Mesir, Anwar Sadat.

Lalu kesempatan beliau untuk membedah dan menyiasat mumia Firaun, mengerah seluruh tenaga dan mindanya untuk menguak misteri di sebalik penyebab kematian raja Mesir kuno itu.

Ternyata, hasilnya sangat mengejutkan. Dr. Bucaille menemukan sisa-sisa garam yang masih melekat pada jasad mumia tersebut sebagai bukti terbesar bahawa Firaun itu mati akibat tenggelam di dalam laut. Iaitu jasadnya segera dikeluarkan dari laut, ‘dirawat’ segera dan dijadikan mumia supaya jasad itu kekal awet.

Namun penemuan itu menimbulkan persoalan yang sangat besar kepada Dr. Bucaille. Bagaimana jasad tersebut masih dalam keadaan sangat baik berbanding jasad-jasad yang lazimnya tenggelam dan dikeluarkan daripada laut?

Lalu beliau menyiapkan sebuah laporan akhir yang diyakininya sebagai penemuan baru, iaitu proses menyelamatkan mayat Firaun dari laut dan kaedah pengawetannya.

Laporan tersebut diterbitkan dengan tajuk; Mumia Firaun: Sebuah Penelitian Perubatan Moden (judul asalnya; Les Momies Des Pharaons Et La Midecine). Ekoran penerbitan laporan itu, Dr Bucaille dianugerah penghargaan tertinggi kerajaan iaitu Le Prix Diane Potier-Boes (Penghargaan Dalam Sejarah) oleh Academie Frantaise dan anugerah Prix General daripada Academie Nationale De Medicine, Perancis.

Namun seorang rakan sempat membisikkan kepada Dr. Bucaille bahawa penemuan ini sebenarnya bukan sesuatu yang baru.

“Jangan tergesa-gesa kerana sesungguhnya umat Islam telah berbicara mengenai peristiwa Firaun yang mati lemas dan mayatnya dipelihara sehingga hari ini!”

Namun kata-kata itu ditentang keras oleh Dr. Bucaille kerana beliau menganggap sangat mustahil. Baginya membongkar sesebuah misteri yang lama tidak mungkin dapat diketahui kecuali dengan perkembangan teknologi moden, peralatan dan makmal canggih yang mutakhir dan tepat.

Kisah Firaun dalam al-Quran

Hakikatnya Dr. Bucaille menjadi serba salah dan bingung apabila diberitahu bahawa al-Quran yang diyakini dan dipercayai oleh umat Islam telahpun meriwayatkan kisah tenggelamnya Firaun dan kemudian mayatnya diselamatkan.

Beliau semakin tertanya-tanya, bagaimana perkara seperti itu dapat diterima oleh akal kerana mumia itu baru sahaja ditemui sekitar tahun 1898. Sedangkan al-Quran telah ada di tangan umat Islam sejak ribuan tahun sebelumnya.

Sambil mata tidak lepas memandang mumia Firaun yang terbujur di hadapannya, Dr. Bucaille terus tertanya-tanya bagaimana al-Quran dapat membicarakan kisah Firaun yang jasadnya diselamatkan dari hancur sejak ribuan tahun lalu.

“Apakah masuk akal di hadapanku ini adalah Firaun yang cuba menangkap Musa (Nabi)? Apakah masuk akal Muhammad (Nabi) mengetahui hal sejarah ini? Pada hal kejadian Musa dikejar Firaun telah berlaku sebelum al-Quran diturunkan,” bicara hatinya sendirian.

Lalu beliau mendapatkan kitab Injil yang di dalamnya hanya membicarakan Firaun yang tenggelam di tengah laut saat mengejar Nabi Musa tetapi tidak diceritakan mengenai mayat Firaun.

Sementara dalam Kitab Perjanjian Lama (Injil Lama) pula yang diceritakan dalam kitab itu hanyalah: “Air (laut) pun kembali seperti sebuah lautan yang berombak dan beralun, menenggelamkan kereta-kereta (chariot) kuda, pasukan berkuda dan seluruh bala tentera Firaun tanpa ada seorang pun yang berjaya menyelamatkan diri. Tetapi anak-anak Israel dapat menyelamatkan diri atas daratan kering di tengah-tengah laut itu”. (Exodus 14:28 dan Psalm 136:15)

Dr. Bucaille sangat terkejut kerana tidak ada disebut langsung mengenai apa yang terjadi seterusnya kepada mayat Firaun selepas tenggelam itu.

Ini menjadikan beliau semakin kebingungan.

Apabila mumia dikembalikan semula ke Mesir, Dr. Bucaille terus mendapatkan kepastian mengenai mumia itu. Lalu beliau memutuskan untuk bertemu dengan para ilmuwan Islam mengenai sejarah Nabi Musa, kekejaman Firaun sehinggalah Bani Israel meninggalkan Mesir dan dikejar Firaun dengan seluruh bala tentera di belakang mereka.

Maka salah seorang mereka terus bangun dan membaca ayat al-Quran berhubung sejarah tersebut untuk Dr. Bucaille mendengarkannya sendiri:

“Maka pada hari ini Kami selamatkan badan kamu supaya kamu dapat menjadi pelajaran bagi orang-orang yang datang sesudah kamu dan sesungguhnya kebanyakan manusia lengah dari tanda-tanda kekuasaan Kami. (Yunus: 92).”

Apabila mendengar ayat ini, hati Dr. Bucaille benar-benar tersentuh. Beliau akhirnya mengakui kebenaran ayat itu kerana ia dapat diterima akal dan memberikan satu inspirasi serta dorongan kepada sains untuk maju meneroka lebih jauh lagi.

Lalu dengan hati yang begitu bergetaran dalam menahan sebak dan keharuan, beliau pun bangun dan dengan suara yang lantang berkata: “Sesungguhnya aku masuk Islam dan beriman dengan al-Quran ini.”

Tidak sekadar beliau mengakui kebenaran dan memeluk Islam tetapi beliau kemudiannya pulang ke Perancis dengan menggali seluruh isi al-Quran.

Akhirnya beliau berjaya menerbitkan buku yang sangat mengejutkan seluruh dunia dan sehingga kini telah diterjemahkan dalam pelbagai bahasa pada tahun 1976, iaitu The Bible, the Qur’an, and Science : The Holy Scriptures Examined in the Light of Modern Knowledge.

Melalui buku ini, Dr. Bucaille yang kemudiannya dikenali sebagai Dr. Yahya Maurice Bucaille berjaya membuktikan bahawa al-Quran adalah selari dengan fakta-fakta sains sementara kitab Injil adalah sebaliknya.

“Sains dan Islam umpama saudara kembar yang tidak boleh berpisah. Ini kerana dalam Injil terdapat pelbagai kesilapan dari aspek saintifik tetapi tiada sedikitpun kesilapan seperti itu ada dalam al-Quran.

“Al-Quran yang di dalamnya diceritakan segala penjelasan mengenai fenomena alam semula jadi yang sangat bertepatan dengan sains moden,” katanya.

Beliau memberikan kesimpulan bahawa tidak syak lagi al-Quran benar-benar kalam Allah.


sumber : tranung kite