Sekadar renungan


Bila Allah cepat makbulkan Doamu, Maka DIA Menyayangimu,

Bila DIA Lambat Makbulkan doamu, Maka DIA Ingin Mengujimu,

Bila DIA Tidak Makbulkan Doamu, Maka Dia Merancang Sesuatu Yang lebih Baik Untukmu.

Oleh itu, Sentiasalah Bersangka Baik Pada ALLAH Dalam Apa Jua Keadaan Pun... Kerana Kasih sayang ALLAH Itu Mendahului KemurkaanNya.

********************************************************

Saat itu, hadir syaitan yang terkuat, sementara si hamba dalam kondisi paling lemah. Siapakah yang selamat?


Ya Allah, jadikanlah amal terbaik kami sebagai penutup amal kami. Jadikanlah umur terbaik kami sebagai akhirnya. Dan jadikanlah hari terbaik kami sebagai hari kami menjumpai-Mu
.


Sabda Nabi s.a.w ;"...dan sesungguhnya waktu yang paling syaitan dengan manusia adalah disaat kematian (nazak) ","(Riwayat Abu Na'im)" didalam sepotong ayat Mursyal , Nabi s.a.w bersabda dengan membawa maksud ," Saat paling hampir musuh Allah (syaitan) itu dengan manusia ialah dikala terbit rohnya".

There was an error in this gadget

ZIKIR HARIAN

HARI AHAD: Ya Hayyu Ya Qayyum ( 1000 X )
HARI ISNIN: La haula wala quwwata illa billa hil 'aliyyil 'a ziim ( 1000 X )
HARI SELASA: Allahumma salli 'ala 'abdika warasulika wanabiyyikal amiina wa'ala alihi wasahbihi wasallim ( 1000 X )
HARI RABU: Astagh firullahal 'a ziim ( 1000 X )
HARI KHAMIS: Subhanallahii 'a ziim , Subhanallahi wabihamdihi ( 1000 X )
HARI JUMAAT: Ya Allah ( 1000 X )
HARI SABTU: La ilaha illallah ( 1000 X )

Sedikit Ilmu untuk dikongsi bersama...



Imam Ja’far Ash-shadiq (sa) berkata: “Barangsiapa yang membaca surat Ar-Rahman, dan ketika membaca kalimat ‘Fabiayyi âlâi Rabbikumâ tukadzdzibân’, ia mengucapkan: Lâ bisyay-in min âlâika Rabbî akdzibu (tidak ada satu pun nikmat-Mu, duhai Tuhanku, yang aku dustakan), jika saat membacanya itu pada malam hari kemudian ia mati, maka matinya seperti matinya orang yang syahid; jika membacanya di siang hari kemudian mati, maka matinya seperti matinya orang yang syahid.” (Tsawabul A’mal, hlm 117).

Bacaan Surah

There was an error in this gadget

.

Followers

Blog ini mengandungi Maklumat dan Koleksi ibadah untuk diri saya . Sekiranya ia baik , kita kongsi bersama , sekiranya ianya tidak baik , elakkanlah. Saya hanya insan biasa yang mencari ilmu selagi hayat dikandung badan...

.

Friday, July 22, 2011

HADIS PALSU DI DALAM KITAB TAFSIR


Karena peranan hadis yang sangat besar dalam menafsirkan kandungan Al-Qur’an, para ulama yang menulis dalam bidang tafsir selalu memenuhi kitab-kitab karangan mereka dengan hadis. Namun tidak semua pakar tafsir juga pakar dalam bidang ilmu hadis. Akibatnya, banyak sekali hadis-hadis yang palsu atau sangat lemah terdapat di dalam buku-buku karangan ahli tafsir sehingga tidak boleh kita jadikan pegangan meskipun penulisnya adalah ulama-ulama terkemuka. Kebanyakan hadis-hadis palsu itu berkenaan dengan fadilat surah-surah Al-Qur’an dan kisah-kisah Israiliyat. Setiap pembaca wajib berwaspada apabila membaca hadis-hadis tersebut di kitab-kitab tafsir ini.

Saya akan menyebutkan di bawah ini nama-nama kitab tafsir yang sering kali memuat hadis-hadis palsu dan sangat lemah agar kita berhati-hati setiap kali menemukan sebuah riwayat hadis di dalamnya.

1. Tafsir Al-Tha’labi dan Al-Wahidi

Al-Tha’labi atau Al-Tha’alibi adalah Syiekh Abu Ishaq Ahmad bin Muhammad Al-Naisaburi [w. 427 H]. Beliau menulis sebuah kitab tafsir bertajuk “Al-Kasyf wal Bayan fi Tafsir Al-Qur’an”. Adapun Al-Wahidi, maka beliau adalah murid Al-Tha’labi yang bernama Syeikh Abul Hasan ‘Ali bin Ahmad Al-Wahidi Al-Naisaburi [w. 468 H]. Kitab tafsirnya berjudul Al-“Wajiz” telah dicetak di Mesir di tepi kitab tafsir “Murah Labid” karya Syeikh Muhammad bin Umar Nawawi Al-Jawi.

Berkata Syiekhul Islam Ibn Taimiyyah, “Ulama hadis telah bersepakat bahawa Al-Tha’labi meriwayatkan sekumpulan hadis-hadis palsu seperti hadis yang diriwayatkan di awal setiap surah dari Abu Umamah tentang keutamaan surah tersebut. oleh itu, mereka berkata bahawa beliau bagai orang yang mengumpulkan kayu di tengah malam. Begitu juga Al-Wahidi, muridnya, dan ahli-ahli tafsir yang seumpamanya. Mereka meriwayatkan hadis-hadis sahih dan lemah. Oleh karena Al-Baghawi mengetahui ilmu hadis, lebih pakar daripada Al-Tha’labi dan Al-Wahidi, meski tafsirnya merupakan ringkasan tafsir Al-Tha’labi, beliau tidak menyebutkan di dalam tafsirnya hadis-hadis palsu dan penafsiran-penafsiran ahli bid’ah yang disebutkan Al-Tha’labi.” [Minhaj Al-Sunnah 4/4]

2.Tafsir Al-Naqqasy

Beliau adalah Syeikh Abu Bakar Muhammad bin Al-Hasan Al-Baghdadi Al-Naqqasy [w. 351 H]. Kitab tafsir tulisannya bertajuk “Syifaus Sudur” memuat banyak sekali hadis-hadis palsu sehingga Imam Abu Bakar Al-Barqani pernah berkata, “Tidak ada satu pun hadis sahih di dalam tafsirnya.”

3. Tafsir Al-Zamakhsyari

Al-Zamakhsyari seorang pakar bahasa dan sastra Arab sekaligus ulama kalam bermazhab Muktazilah. Nama penuh beliau Jarullah Mahmud bin ‘Umar Al-Khawarizmi [w. 538 H]. Beliau menulis sebuah kitab tafsir yang sangat terkenal hingga ke hari ini bertajuk “Al-Kassyaf ‘an Haqaiq Al-Tanzil”.

Karena hadis bukan bidang kepakarannya, kitab tafsir ini berisi banyak sekali hadis-hadis yang lemah dan palsu. Meski begitu, kitab ini sangat baik, bahkan terbaik, dalam menyingkap keindahan sastra dan ketinggian bahasa Al-Qur’an. Oleh itu, Al-Hafiz Abdullah bin Yusuf al-Zaila’i [w. 762 H] mentakhrij setiap hadis yang tercantum di dalam tafsir ini, lalu diringkas oleh Al-Hafiz Ibn Hajar dalam kitabnya “Al-Kaf Al-Syaf fi Tahrir Ahadith Al-Kassyaf ”.

4. Tafsir Ruhul Bayan fi Tafsir Al-Qur’an

Kitab tafsir ini ditulis oleh seorang ahli tasauf asal Turki bernama Syeikh Ismail Haqqi bin Syiekh Mustafa Al-Istanbuli [w. 1137 H]. Kitab ini sangat menekankan pembersihan jiwa dan isyarat-isyarat sufistik sehingga menjadi kegemaran para penceramah [al-wu’aaz]. Namun perhatian penulisnya tentang status hadis yang diriwayatkan sangat lemah sebagaimana ucapan Syeikh Abdul Fattah Abu Ghuddah, “Hadis-hadis lemah dan palsu laku keras di dalam kitab tafsirnya ini sebab beliau tidak memiliki pengetahuan tentang ilmu hadis.” [“Al-Ta’liqat Al-Hafilah” hal.132]

5.Tafsir Al-Qurtubi

Beliau adalah Abu Abdillah Muhammad bin Ahmad Al-Qurtubi [w. 668 H], seorang pakar hadis dan fiqh mazhab Maliki asal Andalusia. Beliau menulis kitab “Al-Jami Li Ahkamil Qurán” sebuah kitab tafsir yang sangat memfokuskan perhatian kepada ayat-ayat hukum. Meski beliau sangat besar dalam bidang fiqh dan hadis, namun kitab ini tidak sedikit memuat hadis-hadis yang munkar dan palsu.

Syeikh Abdul Fattah Abu Ghuddah berkata, “Menurut pemerhatian saya bagi kitab tafsirnya ini, kebiasaan beliau apabila meriwayatkan hadis sahih maka menyebutkan kitab-kitab rujukannya dengan berkata, “Al-Bukhari meriwayatkan …, Muslim meriwayatkan …, di dalam kitab Abu Dawud …, dalam kitab Ibn Majah …,” dan begitu seterusnya. Dan kebiasaan beliau dalam meriwayatkan hadis-hadis yang belum diteliti maka beliau tidak menyebutkan sumber rujukannya. Beliau lalu berkata, “Bersabda Rasulullah Saw …, Diriwayatkan dari Nabi Saw …” [“Al-Ta’liqat Al-Hafilah” hal.138]

6. Tafsir Ibn Kathir

Tafsir yang satu ini berbeza dengan tafsir-tafsir sebelumnya. Penulisnya Al-Hafiz Abul Fida Ismail bin Umar bin Kathir Al-Dimasyqi [w. 744 H], seorang pakar hadis sehingga sangat teliti dalam memilah hadis-hadis yang sahih dan yang lemah apalagi palsu. Beliau banyak menyebutkan riwayat-riwayat dan kisah-kisah yang terdapat di dalam kitab-kitab tafsir sebelumnya namun menjelaskan status riwayat dan kisah tersebut setelahnya.

Berkata Syeikh Abdul Fattah Abu Ghuddah, “Al-Hafiz Ibn Kathir mengambil jalan yang sangat baik dalam tafsirnya. Beliau menjelaskan ‘illat dan kelemahan yang terdapat di dalam hadis-hadis, tidak hanya menyebutkan sanadnya dan para perawinya sahaja. Sebab beliau sadar bahawa ilmu hadis telah ‘tenggelam’ di masanya, apalagi di masa-masa setelahnya.”

Dengan metode ini, Tafsir Ibn Kathir menempati posisi yang paling penting dan paling selamat untuk mendapatkan penafsiran Al-Qur’an berdasarkan hadis tanpa sembarang kekhuatiran. Berkata Syeikh Abdul Fattah lagi, “Boleh kita katakana bahawa tafsir bersanad yang terbaik di tangan kita pada hari ini adalah Tafsir Ibn Kathir. Namun begitu, sebagaimana kata pepatah: gadis cantik tidak sunyi daripada celaan.” [“Al-Ta’liqat Al-Hafilah” hal.108]




Umar Muhammad Noor

Himpunan Hadis Palsu dan Dhaif

HADITH 1-10 (KOLEKSI HADITH DHAIF)

1- ((من لم تنهه صلاته عن الفحشاء والمنكر، لم يزدد من الله إلا بعداً)). وفي لفظ: ((من لم تنهه صلاته عن الفحشاء والمنكر ، فلا صلاة له)). قال الذهبي : قال ابن الجنيد: كذب وزور. قال الحافظ العراقي: حديث إسناده لين، قال الألباني : باطل لا يصح من قبل إسناده ولا من جهة متنه. "ميزان الاعتدال" (3/293) . "نخريج الإحياء" (1/143) . "السلسلة الضعيفة" (2 ، 985).

Barangsiapa yang dengan solatnya tidak dapat mencegah fahsya' dan munkar, tidak akan bertambah daripada Allah melainkan semakin jauh dariNya. (Albani: Bathil & tidak sah dari sudut sanad dan matan)


2- ((الحديث في المسجد يأكل الحسنات كما تأكل البهائم الحشيش)). وفي لفظ : ((الحديث في المسجد يأكل الحسنات كما تأكل النار الحطب)). قال الحافظ العراقي: لم أقف له على أصل، قال عبد الوهاب ابن تقي الدين السبكي : لم أجد له إسناداً ، قال الألباني : لا أصل له. "تخريج الإحياء" (1/136) . "طبقات الشافعية" للسبكي (4/145) . "الضعيفة" (4) .

Bercakap di dalam masjid dapat menghapuskan kebaikan-kebaikan sebagaimana binatang ternak memakan rumput. (Albani: Tidak ada asalnya)

3- ((اعمل لدنياك كأنك تعيش أبداً ، واعمل لآخرتك كأنك تموت غداً)). قال الألباني: لا يصح مرفوعاً أي: ليس صحيح عن النبي صلى الله عليه وسلم. "الضعيفة" (8) .

Berkerjalah untuk duniamu seolah-olah kamu akan hidup selama-lamanya. Dan beramallah untuk akhiratmu seolah-olah kamu akan mati keesokan harinya. (Albani: Tidak sah dari Nabi s.a.w.)

4- ((أنا جدُّ كل تقي)) قال السيوطي: لا أعرفه. قال الألباني : لا أصل له. "الحاوي" للسيوطي (2/89) . "الضعيفة" (9) .

Aku adalah datuk kepada setiap orang yang bertaqwa. (Albani: Tiada asalnya)

5- ((إنما بعثتُ مُعَلِّماً)) قال العراقي: سنده ضعيف، قال الألباني : ضعيف. "تخريج الإحياء" (1/11) . "الضعيفة" (11) .

Hanyasanya aku dibangkitkan sebagai guru. (Albani: Dha'if)

6 - ((أوحى الله إلى الدنيا أن اخدمي من خدمني وأتعبي من خدمك)) قال الألباني : موضوع. "تنزيه الشريعة" للكناني (2/303) . "الفوائد المجموعة" للشوكاني (712) . "الضعيفة" (12) .

Ertinya: Allah telah mewahyukan kepada dunia: Berkhidmatlah kepada sesiapa yang berkhidmat kepadaKu dan sengsaralah kepada sesiapa yang berkhidmat kepadamu. (Albani: Maudhu')

7- ((إياكم وخضراءُ الدِّمن فقيل: ما خضراء الدِّمن؟ قال المرأةُ الحسناء في المنبت السوء)). قال العراقي: ضعيف وضعفه ابن الملقن . قال الألباني: ضعيف جداً. "تخريج الإحياء" (2/42) . "الضعيفة" (14) .

Berhati2lah kamu terhadap Khadra' ad-Dimn/kehijauan kotoran binatang ternak. Baginda ditanya, "apakah khadra' ad-dimn itu? Sabdanya: Perempuan cantik yang tumbuh disuasana buruk (rupawan tetapi hatinya jahat). (Albani: Terlalu Dha'if)

8- ((صنفان من أمتي إذا صلحا، صلح الناس: الأمراء والفقهاء)). وفي لفظ ((صنفان من أمتي إذا صلحا، صلح الناس: الأمراء والعلماء)). قال الإمام أحمد : في أحد رواته كذاب يضع الحديث ، قال ابن معين والدارقطني مثله، قال الألباني: موضوع. "تخريج الإحياء" (1/6) . "الضعيفة" (16) .

Dua golongan dari kalangan umatku, apabila baik mereka maka baiklah manusia. Iaitu umara' dan fuqaha'. Di dalam satu lafaz lain, umara' dan ulama'. (Albani: Maudhu')

9- ((توسلوا بجاهي ، فإن جاهي عند الله عظيم)). قال ابن تيمية والألباني : لا أصل له."اقتضاء الصراط المستقيم" لابن تيمية (2/415) . "الضعيفة" (22) .

Bertawassullah dengan kemegahan dan kemuliaanku kerana sesungguhnya jah-ku di sisi Allah adalah agung. (Albani: Tiada asalnya)

10- ((من خرج من بيته إلى الصلاة فقال : اللهم إني أسألك بحق السائلين عليك، وأسألك بحق ممشاي هذا ......... أقبل الله عليه بوجهه واستغفر له ألفُ ملكٍ)). ضعفه المنذري، قال البوصيري: سنده مسلسل بالضعفاء. قال الألباني : ضعيف. "الترغيب والترهيب" للمنذري (3/272) . "سنن ابن ماجه" (1/256) .

Barangsiapa yang keluar rumah pergi solat dan mengucapkan: Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepadaMu dengan hak orang yang memohon kepadaMu dan aku memohon dengan hak perjalanan ini………… Allah akan mengadap wajahnya dan seribu malaikan akan memohon keampunan untuknya. (Albani: Dha'if)

HADITH 11-20

11- (الخير فيَّ وفي أمتي إلى يوم القيامة)). قال ابن حجر : لا أعرفه . "المقاصد الحسنة" للسخاوي (ص 208). وهو في "تذكرة الموضوعات" للفتني (68) . وفي "الأسرار المرفوعة في الأخبار الموضوعة" للقاري (ص 195).

Kebaikan ada padaku dan pada umatku hingga hari kiamat. (Ibnu Hajar: Aku tidak mengenalinya).

12- ((من نام بعد العصر ، فاختُلس عقله، فلا يلومنَّ إلا نفسه)). أورده ابن الجوزي في "الموضوعات" (3/69) . والسيوطي في "اللآلئ المصنوعة" (2/279) . والذهبي في "ترتيب الموضوعات" (839) .

Barangsiapa yang tidur selepas Asar maka akan terganggulah akalnya. Maka janganlah dia mencela melainkan kepada dirinya sendiri. (Ibnu al-Jauzi di al-Maudhu'aat, al-Sayuthi di al-la'ali al-Masnu'ah & al-Zahabi di Tartib al-Maudhu'aat)

13- ((من أحدث ولم يتوضأ فقد جفاني ......)). قال الصغاني : موضوع . "الموضوعات" (53) . والألباني : موضوع."الضعيفة" (44) .

Barangsiapa yang berhadas dan tidak berwudhu' maka sesungguhnya dia telah memalingkan diri dariku. (Albani: Dha'if)

14- ((من حج البيت ولم يزرني . فقد جفاني)). موضوع. قاله الذهبي في "ترتيب الموضوعات" (600) . والصغاني في "الموضوعات" (52) . والشوكاني في "الفوائد المجموعة" (326) .

Barangsiapa yang berhaji ke Baitillah dan tidak menziarahiku, maka sesungguhnya dia telah memalingkan diri dariku. (al-Zahabi, al-Shaghani & al-Syaukani: Maudhu')

15- ((من حج، فزار قبري بعد موتي، كان كمن زارني في حياتي)). قال ابن تيمية: ضعيف . "قاعدة جليلة" (57) . قال الألباني: موضوع. "الضعيفة" (47) . وانظر "ذخيرة الحفاظ" لابن القيسراني (4/5250).

Barangsiapa yang berhaji lalu menziarahiku selepas kewafatanku, dia seolah2 menziarahiku semasa aku hidup. (Albani: Maudhu')

16- ((اختلاف أمتي رحمة)). موضوع. "الأسرار المرفوعة" (506) . "تنزيه الشريعة" (2/402) . وقال الألباني: لا أصل له. "الضعيفة" (11) .

Ikhtilaf di kalangan umatku adalah rahmat. (Albani: Tiada asalnya)

17- ((أصحابي كالنجوم بأيهم اقتديتم اهتديتم)). وفي لفظ: ((إنما أصحابي مثل النجوم فأيهم أخذتم بقوله اهتديتم)).قال ابن حزم : خبر مكذوب موضوع باطل لم يصح قط."الإحكام في أصول الأحكام"(5/64) و (6/82) . وقال الألباني: موضوع. "الضعيفة" (66) . وانظر "جامع بيان العلم وفضله" لابن عبد البر (2/91).

Para sahabatku adalah seperti bintang-bintang di langit. Mana2 yang kamu ikuti pasti akan mendapat petunjuk. (Albani: Maudhu')

18- ((من عَرَفَ نفسهُ فقد عرف ربَّه)).موضوع."الأسرار المرفوعة" (506) . و "تنزيه الشريعة"(2/402) . "تذكرة الموضوعات" (11) .

Barangsiapa yang mengenali dirinya maka sesungguhnya dia telah mengenali tuhannya. (al-Asrar al-Marfu'ah & tazkirah al-Maudhu'aat: Maudhu')

19- ((أدَّبني ربي. فأحسن تأديبي)). قال ابن تيمية: لا يعرف له إسناد ثابت ."أحاديث القصاص" (78) .وأورده الشوكاني في "الفوائد المجموعة" (1020) . والفتني في "تذكرة الموضوعات" (87) .

Tuhanku telah mendidikku dan membaikkan adabku. (Ibn Taimiyah: Tiada isnad yg tsabit)

20- ((الناس كلهم موتى إلا العالمون، والعالمون كلهم هلكى إلا العاملون والعاملون كلهم غرقى إلا المخلصون والمخلصون على خطر عظيم)). . قال الصغاني : هذا الحديث مفترى ملحون والصواب في الإعراب: العالمين والعالمين ."الموضوعات" (200) . وأورده الشوكاني في "الفوائد المجموعة" (771) . والفتني في "تذكرة الموضوعات" (200) .

Semua manusia ibarat mayat kecuali orang-orang alim. Dan orang-orang alim semuanya binasa kecuali orang-orang yang beramal. Dan orang-orang beramal semuanya tenggelam kecuali orang-orang yang ikhlas. Dan orang-orang yang ikhlas semuanya dalam bahaya yang besar. (Al-Saghani: Maudhu')

Hadith 21-30

21- (سؤر المؤمن شفاء) . لا أصل له . "الأسرار المرفوعة" (217) . "كشف الخفاء" (1/1500) . "الضعيفة" (78) .

Bekas mulut orang beriman adalah ubat. (Tiada asalnya)

22- (إذا رأيتم الرايات السود خرجت من قبل خراسان، فأتوها ولو حبواً فإن فيها خليفة الله المهدي)(. ضعيف . "المنار المنيف" لابن القيم (340) . "الموضوعات" لابن الجوزي (2/39) . "تذكرة الموضوعات" (233) .

Apabila kamu melihat bendera-bendera hitam yang keluar dari arah Khurasan, maka kamu datangilah walaupun dalam keadaan merangkak. Kerana sesungguhnya di situ ada khalifah Allah, al-Mahdi. (Dha'if)

23- (التائب حبيبُ الله). لا أصل له . "الأحاديث التي لا أصل لها في الإحياء" للسبكي (356) . "الضعيفة" (95) .

Orang yang bertaubat adalah kekasih Allah. (Tiada asalnya)

24- (أما إني لا أنسى ، ولكن أُنَسَّ لأُشَرِّع) . لا أصل له . "الأحاديث التي لا أصل لها في الإحياء" (357) . "الضعيفة" (101) .

Adapun aku tidak lalai, tetapi dilalaikan agar aku membimbing. (Tiada asalnya)

25- (الناس نيام فإذا ماتوا انتبهوا). لا أصل له . "الأسرار المرفوعة" (555) . "الفوائد المجموعة" (766) . "تذكرة الموضوعات" (200).

Manusia itu tidur, apabila mereka mati barulah mereka terjaga. (Tiada asalnya)

26- (من حدث حديثاً، فعطس عنده ، فهو حق). موضوع . "تنزيه الشريعة" (483) . "اللآلئ المصنوعة" (2/286) . "الفوائد المجموعة" (669) .

Barangsiapa yang berkata suatu perkataan, kemudian dia bersin, maka perkataannya itu adalah benar. (Maudhu')

27- (تزوجوا ولا تطلقوا، فإن الطلاق يهتز له العرش). موضوع . "ترتيب الموضوعات" (694) . "الموضوعات" للصغاني (97) . "تنزيه الشريعة" (2/202) .

Berkahwinlah dan jangan bercerai, maka sesungguhnya talak itu menggoncangkan Arasy. (Maudhu')

28- (تعاد الصلاة من قدر الدرهم من الدم). موضوع . "ضعاف الدار قطني" للغساني (353) . "الأسرار المرفوعة" (138) . "الموضوعات" لابن الجوزي (2/76)


Sembahyang perlu diulang apabila ada darah sekadar satu dirham. (Maudhu')

29- (السخي قريب من الله، قريب من الجنة. قريب من الناس، بعيد من النار، والبخيل بعيد من الله، بعيد من الجنة، بعيد من الناس ، قريب من النار وجاهل سخي أحب إلى الله من عابد بخيل). ضعيف جدّاً . "المنار المنيف"(284) . "ترتيب الموضوعات" (564) . "اللآلئ المصنوعة" (2/91) .

Orang yang pemurah itu hampir dengan Allah, hampir dengan syurga dan jauh dari neraka. Orang bakhil itu jauh dari Allah, jauh dari syurga, jauh dari manusia dan hampir dengan neraka. Orang jahil yang pemurah itu lebih dicintai Allah daripada seorang ahli ibadah yang bakhil. (Terlalu Dha'if)

30- (أنا عربي والقرآن عربي ولسان أهل الجنة عربي) . "تذكرة الموضوعات" (112) . "المقاصد الحسنة" (31) . "تنزيه الشريعة" (2/30)

Aku berbangsa Arab, al-Quran berbahasa Arab dan lisan para ahli syurga adalah bahasa Arab.

Hadith 31-40

31- ((إن لكل شيء قلباً، وإن قلب القرآن (يس) من قرأها، فكأنما قرأ القرآن عشر مرات)). موضوع . "العلل" لابن أبي حاتم (2/55) . "الضعيفة" (169) .

Setiap sesuatu itu ada hatinya. Sesungguhnya hati al-Quran adalah Yasiin. Barangsiapa yang membacanya, maka seolah-olah dia membaca al-Quran sebanyak 10 kali. (Maudhu')


32- ((فكرة ساعة خير من عبادة ستين سنة)) . موضوع . "تنزيه الشريعة" (2/305) . "الفوائد المجموعة" (723) . "ترتيب الموضوعات" (964) .

Berfikir sesaat lebih baik daripada beribadah selama 60 tahun. (Maudhu')


33- ((لا صلاة لجار المسجد إلا في المسجد)) . ضعيف . "ضعاف الدارقطني" (362) . "اللآلئ المصنوعة" (2/16) . "العلل المتناهية" (1/693).

Tiada sembahyang (tidak sah) bagi orang yang berjiran dengan masjid melainkan di masjid. (Dha'if)


34- ((الحجر الأسود يمين الله في الأرض يصافح بها عباده)). موضوع . "تاريخ بغداد" للخطيب (6/328) . "العلل المتناهية" (2/944) . "الضعيفة" (223) .

Hajar al-Aswad adalah tangan kanan Allah di mukabumi ini yang berjabat dengan hamba-hambaNya. (Maudhu')


35- ((صوموا تصحوا)) . ضعيف . "تخريج الإحياء" (3/87) . "تذكرة الموضوعات" (70) . "الموضوعات" للصغاني (72) .

Berpuasalah, nescaya kamu akan sihat. (Dha'if)


36- ((أوصاني جبرائيل عليه السلام بالجار إلى أربعين داراً. عشرة من ها هنا، وعشرة من ها هنا ، وعشرة من ها هنا ، وعشرة من ها هنا)) . ضعيف . "كشف الخفاء" (1/1054) . "تخريج الإحياء" (2/232) . "المقاصد الحسنة" للسخاوي (170) .

Jibril a.s. telah berpesan agar aku berbaik dengan jiran hingga 40 buah rumah. Sepuluh dari sini ke sana. Sepuluh dari sini ke sana. Sepuluh dari sini ke sana. Sepuluh dari sini ke sana. (Dha'if)


37- ((لولاك ما خلقت الدنيا)) . موضوع . "اللؤلؤ المرصوع" للمشيشي (454) . "ترتيب الموضوعات" (196) . "الضعيفة" (282).

Kalau tidak kerana engkau (Muhamad), nescaya tidak aku jadikan dunia. (Maudhu')


38- ((من قرأ سورة الواقعة في كل ليلة لم تصبه فاقة أبداً)). ضعيف. "العلل المتناهية" (1/151) . "تنزيه الشريعة" (1/301) . "الفوائد المجموعة" (972) .

Barangsiapa yang membaca surah al-Waqi'ah setiap malam, nescaya tidak akan ditimpa kefakiran selama2nya. (Dha'if).


39- ((من أصبح وهمه غير الله عز وجل ، فليس من الله في شيء ومن لم يهتم للمسلمين فليس منهم)) . موضوع . "الفوائد المجموعة" (233) . "تذكرة الموضوعات" (69) . "الضعيفة" (309-312) .

Barangsiapa yang penumpuannya bukan kepada Allah, maka tiada lagi peliharaan dari Allah. Dan barangsiapa yang tidak memerhatikan urusan umat Islam, maka dia bukan dari kalangan mereka. (Dha'if)


40- ((كما تكونوا يولي عليكم)) . ضعيف . "كشف الخفاء" (2/1997) . "الفوائد المجموعة" (624) . "تذكرة الموضوعات" (182).

Sebagaimana keadaan kamu sekelian, maka seperti keadan itulah yang diberikan kepada orang yang memimpian kalian. (Dha'if)

Hadith 41-50

41- ((كما تكونوا يولي عليكم)) . ضعيف . "الفوائد المجموعة" (624) . "تذكرة الموضوعات" (182) . "كشف الخفاء" (2/1997).

Sebagaimana keadaan kamu sekelian, maka seperti keadan itulah yang diberikan kepada orang yang memimpian kalian. (Dha'if)



42- ((من ولد له مولود. فأذن في أذنه اليمنى وأقام في أذنه اليسرى لم تضره أم الصبيان)) . موضوع . "الميزان" للذهبي (4/397) . "مجمع الزوائد" للهيثمي . "تخريج الإحياء" (2/61) .

Barangsiapa yang dikurniakan anak, lalu diazankan ditelinga kanannya, dan di-iqamah di telinga kirinya, maka anak ini tidak akan diganggu oleh syaitan/jin. (Maudhu')


43- ((من تمسك بسنتي عند فساد أمتي ، فله أجر مئة شهيد)) . ضعيف جدا . "ذخيرة الحفاظ" (4/5174) . "الضعيفة" (326) .

Barangsiapa yang berpegang dengan sunnah-ku ketika umatku dalam kerosakan, maka baginya seratus pahala mati syahid. (Terlalu Dha'if)


44- ((المتمسك بسنتي عند فساد أمتي له أجر شهيد)) . ضعيف ."الضعيفة" (327)


Orang yang berpegang dengan sunnah-ku ketika umatku dalam kerosakan, maka dia mendapat pahala mati syahid. (Dha'if)

45- ((أنا ابن الذبيحين)) . لا أصل له . "رسالة لطيفة" لابن قدامة (23) . "اللؤلؤ المرصوع" (81) . "النخبة البهية" للسنباوي (43) .

Aku adalah anak dua calun yang disembelih (Abdullah bin Abdul Muttalib dan Ismail bin Ibrahim a.s.) – (Tiada asalnya)


46- ((النظر في المصحف عبادةٌ، ونظر الولد إلى الوالدين عبادةٌ، والنظر إلى علي بن أبي طالب عبادةٌ)) . موضوع . ""الضعيفة" (356) .

Melihat al-Quran itu ibadah, anak melihat ibubapanya adalah ibadah dan melihat kepada Ali bin Abi Thalib adalah ibadah. (Dha'if)


47- ((من صلى في مسجدي أربعين صلاة لا يفوته صلاة كتبت له براءة من النار ونجاة من العذاب، وبرئ من النفاق)) . ضعيف . "الضعيفة" (364) .

Barangsiapa yang bersembahyang dimasjid-ku selama 40 fardu tanpa tertinggal satu sembahyangpun, nescaya ditulis baginya kelepasan dari neraka dan azab serta bebas dari sifat munafiq. (Dha'if)


48- ((الأقربون أولى بالمعروف)) . لا أصل له . "الأسرار المرفوعة" (51) . "اللؤلؤ المرصوع" (55) . "المقاصد الحسنة" للسخاوي (141) .

Sanak saudara itu lebih utama dilayan dengan baik. (Tiada asalnya)


49- ((آخر من يدخل الجنة رجل من جهينة ، يقال له: جهينة ، فيسأله أهل الجنة: هل بقي أحد يعذب؟ فيقول: لا فيقولون: عند جهينة الخبر اليقين)). موضوع . "الكشف الالهي" للطرابلسي (1/161) . "تنزيه الشريعة" (2/391) . "الفوائد المجموعة" (1429) .

Orang terakhir yang akan masuk syurga ialah seorang lelaki dari Juhainah. Dia bernama Juhainah. Ahli syurga bertanya: Apakah masih ada orang yang sedang diazab? Dia menjawab: Tiada. Ahli syurga berkata: Berita yang diyakini kebenarannya ialah yang dibawa oleh Juhainah. (Maudhu')


50- ((خير الأسماء ما عبِّد وما حـمِّد)) . موضوع . "الأسرار المرفوعة" (192) . "اللؤلؤ المرصوع" (189) . "النخبة" (117) .

Sebaik-baik nama ialah yang menghambakan diri dan memujiNya. (Maudhu')

Hadith 50-60

51 - ((اطلبوا العلم ولو بالصين)) . موضوع . "الموضوعات" لابن الجوزي (1/215) . "ترتيب الموضوعات" للذهبي (111) . "الفوائد المجموعة" (852) .

Tuntutlah ilmu sekalipun ke negeri China. (Maudhu')

52- ((شاوروهن - يعني: النساء - وخالفوهن)) . لا أصل له . "اللؤلؤ المرصوع" (264) . "تذكرة الموضوعات" (128) . "الأسرار المرفوعة" (240).

Berbincanglah dengan mereka (perempuan), dan sanggahlah mereka. (Tiada asalnya)

53- ((يدعى الناس يوم القيامة بأمهاتهم ستراً من الله عز وجل عليهم)) . موضوع . "اللآلئ المصنوعة" للسيوطي (2/449) . "الموضوعات" لابن الجوزي (3/248) . "ترتيب الموضوعات" (1123) .

Pada hari kiamat, manusia akan dipanggil dengan nama ibu mereka sebagai tabir dari Allah ke atas mereka (menutup rahsia anak zina). (Maudhu')

54- ((السلطان ظل الله في أرضه، من نصحه هدي ، ومن غشه ضل)). موضوع . "تذكرة الموضوعات" للفتني (182) . "الفوائد المجموعة" للشوكاني (623) . "الضعيفة" (475) .

Sultan adalah bayangan Allah di mukabumiNya. Barangsiapa yang setia kepadanya akan diberi petunjuk. Dan, barangsiapa yang mengkhianatinya nescaya akan sesat. (Maudhu')

55- ((من خاف الله خوف الله منه كل شيء ، ومن لم يخف الله خوفه الله من كل شيء)) . ضعيف . "تخريج الإحياء" للعراقي (2/145) . "تذكرة الموضوعات" (20) . "الضعيفة" (485) .

Barangsiapa yang takut azab Allah, maka Allah akan menjadikan segala sesuatu takut kepadanya. Dan, barangsiapa yang tidak takut kepada Allah, maka Allah akan menjadikan takut terhadap segala sesuatu. (Dha'if)

56- ((قال الله تبارك وتعالى : من لم يرض بقضائي ويصبر على بلائي، فليتمس رباً سوائي)) . ضعيف . "الكشف الإلهي" للطرابلسي (1/625) . "تذكرة الموضوعات" (189) . "الفوائد المجموعة" (746) .

Allah Taala berfirman: Barangsiapa yang tidak redha dengan qadha'-Ku dan tidak bersabar atas bala'-Ku, maka hendaklah dia mencari Tuhan selainKu. (Dha'if)

57- ((ليس لفاسق غيبة)) . موضوع . "الأسرار المرفوعة" للهروي (390) . "المنار المنيف" لابن القيم (301) . "الكشف الإلهي" (1/764) .

Tidak dinamakan mengumpat apabila membicarakan perihal orang yg fasiq. (Hadist Maudhu’)

58- ((إذا مات الرجل منكم فدفنتموه فليقم أحدكم عند رأسه. فليقل: يا فلان بن فلانة! فإنه سيسمع ، فليقل : يا فلان بن فلانة! فإنه سيستوي قاعداً .... اذكر ما خرجت عليه من دار الدنيا: شهادة أن لا إله إلا الله وحده لا شريك له ... الخ)) . ضعيف . "تخريج الإحياء" (4/420) . "زاد المعاد" لابن القيم (1/206) . "الضعيفة" (599) .

Apabila mati salah seorang drp kamu dan setelah selesai kamu mengebumikannya, maka hendaklah salah-seorang yang hadir itu berdiri di sisi kepalanya seraya berkata: Wahai Si Fulan ! Wahai Si Fulanah. Kerana dia (si mati) itu akan mendengarnya. Hendaklah yang bangun itu berkata lagi: Wahai Si Fulan Anak kepada Si Fulanah. Maka si mati itu akan bangun di dalam keadaan duduk. Sebutkanlah apa yang telah menyebabkan dia keluar daripada dunia iaitu syahadah LA ILAHA ILLAH WAHDAHU LA SYARIKALAH …sehingga akhir. (Hadis ini Dho’ief)


59- ((ما خاب من استخار ، ولا ندم من استشار ولا عال من اقتصد)). موضوع . "الكشف الإلهي" (1/775) . "الضعيفة" (611) .

Tidaklah sia-sia orang yang melakukan solat istikharah , tidaklah menyesal bagi orang yang meminta pandangan orang lain dan tidaklah berlaku aniaya orang yang bersederhana. (Hadist Maudhu’)


60- ((كان إذا أخذ من شعره أو قلم أظفاره ، أو احتجم بعث به إلى البقيع فدفن)) . موضوع . "العلل" لابن أبي حاتم (2/337) . "الضعيفة" (713) .

Baginda Rasulullah s.a.w apabila digunting rambutnya, ataupun mengerat kukunya ataupun jika Baginda s.a.w dibekam, maka Baginda s.a.w akan membawa lebihan tersebut – dari rambut, kuku dan darah yang dibekam – ke tanah perkuburan Baqie’ untuk ditanam. (Hadist Maudhu’)

Hadith 61-69

61- ((المؤمن كيِّس فطِن حذر)) . موضوع . "كشف الخفاء" للعجلوني (2/2684) . "الكشف الإلهي" للطرابلسي (1/859) . " الضعيفة" (760) .

Seorang mukmin yang cerdik itu sentiasa berhati-hati. (Maudhuk: Kasyful Khafa')

62- ((يا أيها الناس قد أظلكم شهر عظيم ، شهر فيه ليلة خير من ألف شهر جعل الله صيامه فريضة وقيام ليلة تطوعاً..الخ)). ضعيف . "العلل" لابن أبي حاتم (1/249) . "الضعيفة" (871) .

Wahai manusia sesungguhnya kamu berada di dalam bulan yang agung, bulan di mana di dalamnya lebih baik dari seribu bulan, menjadikan puasa di dalamnya sebagai fardu dan qiyamul lail sebagai ibadah.. (Dha'if, al-Ilal Ibnu Abi Hatim)

63- ((يا جبريل صف لي النار، وانعت لي جهنم: فقال جبريل: إن الله تبارك وتعالى أمر بجهنم فأوقد عليها ألف عام حتى ابيضت، ثم أمر بها فأوقد عليها ألف عام حتى احمرت، ثم أمر فأوقد عليها ألف عام حتى اسودت فهي سوداء مظلمة..الخ)) . موضوع . "الهيثمي" (10/387) . "الضعيفة" (910) .

"Wahai Jibril, ceritakan kepadaku tentang sifat neraka dan sifat jahannam?" Maka Jibril menjawab: "Sesungguhnya Allah Tabaraka Wa Taala telah memerintahkan jahannam supaya menyalakan apinya selama seribu tahun sehingga menjadi putih. Kemudian memerintahkannya lagi supaya menyalakan apinya selama seribu tahun sehingga menjadi merah. Kemudian diperintahkannya lagi supaya menyalakannya selama seribu tahun sehingga menjadi hitam yang gelap.." (Maudhu', al-Haitsami)


64- ((لا تكثروا الكلام بغير ذكر الله، فإن كثرة الكلام بغير ذكر الله قسوة للقلب، وإن أبعد الناس من الله القلب القاسي)). ضعيف. "الضعيفة" (920) .

Janganlah kamu banyak bercakap selain dari zikir kepada Allah. Maka sesungguhnya banyak bercakap selain dari zikir kepada Allah itu mengeraskan hati dan sesungguhnya sejauh-jauh manusia kepada Allah ialah yang keras hatinya (Dha'if)


65- ((إذا انتهى أحدكم إلى الصف وقد تم فليجبذ إليه رجلاً يقيمه إلى جنبه)) ضعيف . "التلخيص الحبير" لابن حجر (2/37) . "الضعيفة" (921) .

Apabila sampai salah seorang dari kamu ingin masuk ke saf dan saf itu telah penuh, maka hendaklah ia menarik seorang untuk bersama dengannya di tepinya. (Dha'if)



66- ((الأبدال في هذه الأمة ثلاثون. مثل إبراهيم خليل الرحمن عز وجل كلما مات رجل أبدل الله تبارك وتعالى مكانه رجلاً)) . موضوع . "الأسرار المرفوعة" لعلي القاري (470) . "تمييز الطيب من الخبيث" لابن الديبع (7) . "المنار المنيف" لابن القيم (308) .

Wali abdal untuk umat ini ada 30 orang seperti Ibrahim Khalilur Rahman. Ketika seorang mati, maka Allah akan menggantikan tempatnya dengan seorang lelaki lain. (Maudhu')


67- ((ما فضلكم أبو بكر بكثرة صيام ولا صلاة ، ولكن بشيء وقر في صدره)). لا أصل له . "الأسرار المرفوعة" لعلي القاري (452) . "الأحاديث التي لا أصل لها في الإحياء" للسبكي (288) . "المنار المنيف" (246).

Tidak lebih Abu Bakar dari kamu dengan banyaknya berpuasa dan solat. Tetapi dengan sesuatu yang hebat di dalam hatinya. (Tiada sumbernya)


68- ((تحية البيت الطواف)) . لا أصل له . "الأسرار المرفوعة" (130) . "اللؤلؤ المرصوع" (143) . "الموضوعات الصغرى" للقاري (88) .

Tahiyat Ka'bah adalah tawaf. (Tiada sumbernya)


69- ((إن العبد إذا قام في الصلاة فإنه بين عيني الرحمن فإذا التفت قال له الرب: يا ابن آدم إلى من تلتفت؟ إلى من هو خير لك مني؟ ابن آدم أقبل على صلاتك فأنا خير لك ممن تلتفت إليه)) . ضعيف جداً . "الأحاديث القدسية الضعيفة والموضوعة" للعيسوي (46) . "الضعيفة" (1024) .

Sesungguhnya seorang hamba apabila mendirikan solat maka sesungguhnya dia berada di dalam pemerhatian Allah. Apabila dia selesai sembahyang dan berpaling, Tuhan berfirman kepadanya: Wahai anak Adam, kepada siapa engkau mahu berpaling? Kepada yang mereka yang lebih baik untuk engkau daripadaKu? Anak Adam, hadapkanlah solat engkau kepadaKu, maka Aku bagi engkau adalah sebaik-baik yang patut dipalingkan kepadanya. (Dhaif jiddan)


Maksud :

Madhu - PALSU
Dhaif - LEMAH


hadithpalsu.blogspot.com


Hadis Palsu Berkenaan Solat - 2

9.Doa kepada mu'minin dan mu'minat

Asy-Syaukani menyebutkan dalam Al-Fawaid bahawa Rasululullah s.a.w bersabda :


Ertinya:
Barangsiapa yang mengerjakan satu solat yang ia tidak mendoa'kan padanya bagi Mu'minin dan Mu'minat maka solatnya kurang segala - galanya .

Hadith ini adalah Maudhu'. Di dalam sanadnya Nuh bin Zakwan tidak bernilai apa-apa ( laisa bisyai-in ) dan padanya ada seorang matruk . Demikian kata Asy - Syaukani .

Hadith riwayat Ad-Dailami dari Anas bin Malik. Dalam sanadnya terdapat Nuh bin Zakwan dan Suwaid bin Abdul Aziz.

Sumber: Himpunan Hadis Dhaif dan Maudhu' (Jld 1) - Drs Abdul Ghani Azmi- m.s. 287


10.Bersolat di sudut-sudut rumah

Al-Ghazali menyebutkan dalam kitab Al-'Ihya bahawa Rasulullah s.a.w bersabda :


Ertinya: Hai Abu Hurairah , bersolatlah di sudut - sudut rumahmu nescaya cahaya rumahmu di langit bagaikan bintang - bintang di sisi penduduk dunia.

Kata Al-'Iraqi : Hadith ini tiada asalnya

Sumber: Himpunan Hadis Dhaif dan Maudhu' (Jld 1) - Drs Abdul Ghani Azmi- m.s. 287



11.Solat orang yang berkahwin lebih utama dari orang bujang


Al-'Uqaili meriwayatkan dari Anas r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda :


Ertinya: Dua rakaat itu solat orang yang berkahwin lebih utama daipada tujuh puluh rakaat orang bujang .

Kata Ibnul- Jauzi dan Al-Albani : Hadith ini adalah maudhu'. Dalam sanadnya terdapat Mujasyi' bin 'Amru. Kata Al-'Uqaili : Hadithnya mungkar . Kata Ibnu Ma'in : Aku nampak ianya seorang pembohong. Kata Ibnu Hibban : Ia membuat Hadith atas orang - orang yang thiqah, tidak halal menyebutnya melainkan dengan menyebutkan cacat celanya. Dalam sanadnya pula terdapat Abdur-Rahman bin Zaid bin Aslam yang diuduh berbohong , meriwayatkan ajaib - ajaib dan Hadith - hadith Maudhu'

Sumber: Himpunan Hadis Dhaif dan Maudhu' (Jld 1) - Drs Abdul Ghani Azmi- m.s. 296



12.Rasulullah s.a.w senantiasa berqunut dalam solat subuh

Abdur-Razaq , Ibnu Abi Syaibah, Ah - Thahawi , Ad-Daruquthni , Al Hakim , Al-Baihaqi , Al- Baghawi dan Ahmad mentakhrijkan dari Rabi' bin Anas katanya :


Ertinya: Rasulullah s.a.w senantiasa berqunut dalam solat subuh sehingga beliau meninggal dunia.

Kata Al-Albani : Hadith ini mungkar . Hadith ini diriwayatkan juga oleh Ibnul-Jauzi dalam kitab Al-Wahiat. Dalam sanadnya terdapat Abu Ja'far ' Isa bin Mahan Ar-Razi seorang yang dha'if. Kata Ibnul Hanbal dan An-Nasai : ia tidak kuat . Kata Abu Zur'ah : Ia banyak wahamnya . Kata Al-Fallas : Hafalannya sangat jelek. Kata Ibnu Hibban : Ia meriwayatkan hadith - hadith mungkar dari orang - orang yang mashur . Hadith ini diriwayatkan dai jalan lain sebagai syahidnya oleh Ad Daruquthni dan al-Baihaqi tetapi dalam sanadnya terdapat dua orang yang matruk . Al-Baihaqi ada meriwayatkan dai jalan lain lagi tetapi dalam sanadnya terdapat perawi yang dha'if juga , bahkan matruk .

Sumber: Himpunan Hadis Dhaif dan Maudhu' (Jld 1) - Drs Abdul Ghani Azmi- m.s. 297


13.Menyapu muka apabila selesai solat

Ath-Thabarani meriwayatkan dari Anas r.a katanya :


Ertinya: Rasulullah s.a.w. apabila selesai solatnya , beliau menyapu dahinya dengan telapak tangan kanannya kemudian beliau berkata :


Hadith ini sangat dha'if. Demikian kata Al-Albani . Ia diriwayatkan juga oleh Ibnu Sam'un dari Salam Al-madini dari Zaid Al'Ammi dari Anas . Yang dituduh ialah Salam Al-Madaini iaitu Ath-Thawil seorang pembohong dan Zaid Al'-Ammi adalah seorang yang dha'if .

Sumber: Himpunan Hadis Dhaif dan Maudhu' (Jld 1) - Drs Abdul Ghani Azmi- m.s. 309


14.Menyapu dahi apabila selesai solat

Abu Nu'aim meriwayatkan dari Anas bin Malik r.a katanya :


Ertinya: Adalah Rasulullah s.a.w. apabila selesai solatnya beliau menyapu dahinya dengan telapak tangan kanannya kemudian melakukannya atas mukanya sampai ke janggutnya dan beliau berkata :

Hadith ini adalah Maudhu' . Demikian kata Al-Albani : Yang dituduh membuatnya ialah Daud bin Al-Muhabbar , iaitu pengarang kitab Al-'Aqlu seorang pembohong . Dan Al-Bazzar meriwayatkan dari Hadith Jabir dari riwayat Al-Fadhl bin 'Isa Ar-Raqasyi. Al-Fadhl ini adalah mungkar Hadithnya seperti yang dikatakan oleh Al-hafiz Ibnu Hajar Al-'Asqalani

Sumber: Himpunan Hadis Dhaif dan Maudhu' (Jld 1) - Drs Abdul Ghani Azmi- m.s. 310


15.Ibnu An-Najjar mentakhrijkan dari Ibnu Umar r.a bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda :


Ertinya: Satu solat dengan memakai serban menyamai dua puluh lima solat tanpa serban dan satu solat Jumaat dengan memakai serban menyamai tujuh puluh Jumaat tanpa serban , dan sesungguhnya para Malaikat pasti akan menyaksikan solat Jumaat dengan memakai serban dan mereka terus menerus bersalawat ke atas orang - orang yang memakai serban sampailah jatuh matahari

Kata Asy-Syaukani : Ini adalah Hadith Maudhu' seperti yang dikatakan oleh Al-Hafiz Ibnu Hajar Al-Asqalani

Sumber: Himpunan Hadis Dhaif dan Maudhu' (Jld 1) - Drs Abdul Ghani Azmi- m.s. 324



16.Al-Albani menyebutkan dalam kitab Silsilah bahawa Rasulullah s.a.w bersabda :


Ertinya: Satu shalat dengan memakai serban lebih utama ( lebih baik ) daripada tujuh puluh rakaat tanpa serban

Kata Al-Albani : Saya melihat tulisan Al-Hafiz Ibnu Rajab Al-Hanbali atas sepotong ke atas At-Tirmizi ( 2/83), nashnya seperti berikut : Abu Abdullah yakni Ahmad bin Hambal ditanya orang mengenai seorang syaikh Nashibi yang dikenali sebagai Muhammad bin Nu'aim yang dikatakan ada meriwayatkan sebuah Hadith dari Sahal , dari bapanya , dari Abu Hurairah , dari Rasulullah s.a.w. mengenai Hadith di atas , maka beliau menjawab : Ini adalah pembohong dan Hadith ini adalah batil .

Sumber: Himpunan Hadis Dhaif dan Maudhu' (Jld 1) - Drs Abdul Ghani Azmi- m.s. 329

Hadis Palsu Berkenaan Solat

1. SEMBAHYANG DENGAN MEMAKAI SERBAN


Ertinya : Sembahyang dengan memakai serban itu ( ganjarannya ) sama dengan 25 sembahyang yang tidak memakai serban dan sekali sembahyang Jumaat dengan memakai serban itu ( ganjarannya ) sama dengan 70 kali sembahyang Jumaat dengan tidak memakai serban . Dan sembahyang dengan memakai serban itu ganjarannya sama dengan melakukan 10,000 kebaikan

Penjelasan : Hadis ini Palsu

Syihabuddin Ahmad bin Muhamamd Abdis Salaam Al-Manafi ( murid kepada Al-Hafiz As-Sakhaawi ) telah mengatakan bahawa semua riwayat yang berhubung dengan masalah ini adalah Maudhu atau Palsu , bukan termasuk hadis dari Nabi s.a.w.

Sumber: Himpunan Hadis-Hadis Lemah dan Palsu - Imam Bukhari - Syk Nurulhas - m.s. 29


2. SEMBAHYANG DENGAN MEMAKAI SERBAN PUTIH


Ertinya : Sesungguhnya bagi Allah ada beberapa malaikat yang ditugaskan untuk menjaga pintu - pintu ( masjid ) jamik pada hari Jumaat . Mereka akan memohon maghfirah kepada Allah untuk orang - orang yang suka memakai serban putih .

Penjelasan : Hadis ini Palsu

Diriwayatkan oleh Khatiib tetapi dalam sanadnya ada rawi yang bernama Yahya bin Al-Yamani , dia adalah seorang yang suka meriwayatkan hadis - hadis yang 'bathil'

Sumber: Himpunan Hadis-Hadis Lemah dan Palsu - Imam Bukhari - Syk Nurulhas - m.s. 31


3. DUA RAKAAT YANG DILAKUKAN OLEH ORANG YANG SUDAH BERKAHWIN ITU LEBIH BAIK DARIPADA ORANG YANG BELUM KAHWIN


Ertinya : Yang paling rugi di antara kamu ialah orang yang tidak berkeluarga ( bujang ). Dua rakaat yang dilakukan oleh orang yang sudah berkeluarga itu adalah lebih baik daripada 70 rakaat yang dilakukan oleh orang yang belum berkeluarga .

Penjelasan : Hadis ini Palsu

Dalam riwayat lain dikatakan : Dua rakaat yang dilakukan oleh orang yang sudah kahwin itu lebih utama daripada 70 rakaat yang dilakukan oleh orang yang belum kahwin

Dalam sanad riwayat ini rawi yang bernama Mujaasy' . Dia suka meriwayatkan hadis - hadis 'Mungkar'.

Dalam riwayat lain pula dikatakan : Dua rakaat yang dilakukan oleh orang yang sudah kahwin itu lebih baik daripada 82 rakaat yang dilakukan oleh orang yang belum kahwin.

Ibnu Hajar Al-Asqalaani mengatakan , "Riwayat ini 'Mungkar'"

Sumber: Himpunan Hadis-Hadis Lemah dan Palsu - Imam Bukhari - Syk Nurulhas - m.s. 40



4. KHUSYUK DALAM SEMBAHYANG


Ertinya : Dari Ummi Salamah , dia berkata,"Adalah Nabi s.a.w. apabila beliau sedang bersembahyang orang yang ( melihatnya ) beranggapan bahawa sesungguhnya beliau hanya sebuah jasad yang tidak ada rohnya ".


Penjelasan : Hadis ini Palsu

Ibnu Hibban mengatakan : Hadis ini 'tidak ada asalnya' kerana dalam sanadnya ada rawi yang bernama Ja'far . Dia adalah seorang rawi yang biasa meroboh sesuatu berita , sehingga tidak ada keraguan lagi bahawa yang memalsukan hadis ini adalah rawi yang bernama Ja'far ini .
Ahmad bin Adi mengatakan : Ja'far adalah rawi yang dituduh suka memalsukan Hadis

ULASAN PENTERJEMAH:

Boleh jadi riwayat ini dijadikan oleh golongan tarikat sebagai dasar untuk lebih khusyuk dan Khudhu dalam mengerjakan sembahyang dan lain - lain ibadat.

Sumber: Himpunan Hadis-Hadis Lemah dan Palsu - Imam Bukhari - Syk Nurulhas - m.s. 49



5. SUJUD SESUDAH SELESAI SEMBAHYANG


Ertinya : Telah berkata Abu Sa'iid , telah menjadi kebiasaan sebahagian orang yang melakukan sujud sesudah selesai sembahyang untuk berdoa .


Penjelasan : Sujud dalam bentuk ini tidak ada dalam ajaran Islam dan tidak pernah dilakukan oleh Rasulullah s.a.w., dan tidak pula dari sahabatnya . Perbuatan ini adalah Bid'ah. Imam Ghazali dalam kitabnya Ihyaa-u ' Uluumuddin menerangkan bahawa di antara kebiasaan yang sering dilakukan oleh sebahagian orang awam ialah melakukan sujud pada waktu muazzin sedang qamat pada hari Jumaat . Perbuatan ini tidak ada sumbernya dari hadis Nabi yang sahih atau yang dhaif sekalipun.

Sumber: Himpunan Hadis-Hadis Lemah dan Palsu - Imam Bukhari - Syk Nurulhas - m.s. 56


6. KELEBIHAN SEMBAHYANG DI MASJID NABI ( MASJID NABAWI )


Ertinya : Barang siapa yang bersembahyang di masjidku ( masjid Nabawi ) dengan 40 kali sembahyang dengan tidak putus - putus satu sembahyangpun , maka dia akan dicatat sebagai orang yang selamat dari api neraka , lepas dari azab siksaan serta bersih daripada nifak

Penjelasan : Hadis ini Daif

Diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan Thabrani dengan sanad yang Daif dari jalan Abdir Rahman bin Abdir Rijaal dari Nabiith bin Amar dari Anas bin Malik

Muhammad Nashruddin Albani mengatakan : Hadis ini Daif kerana dalam sanadnya ada rawi yang bernama Nabiith bin ' Amar, dia tidak dikenali oleh para ahli hadis melainkan dalam riwayat ini sahaja.


Sumber: Himpunan Hadis-Hadis Lemah dan Palsu - Imam Bukhari - Syk Nurulhas - m.s. 70


7. MEMBACA QUL HUALLAH HUAHAD SEBANYAK 100 KALI SESUDAH SEMBAHYANG SUBUH


Ertinya : Barang siapa yang mengerjakan sembahyang subuh sesudah itu dia membaca Qul Huallahu Ahad 100 kali sebelum dia berkata - kata , maka tiap - tiap kali dia membaca Qul Huallahu Ahad diampuni segala dosanya selama setahun


Penjelasan : Hadis ini Palsu

Diriwayatkan oleh Imam Thabrani , Hakkim dan Ibnu Asakir dari jalan Muhammad bin Abdir Rahman Al-Qusairi dari Asma binti Waa-illah bin Al-Asqa dia berkata : Apabila ayahku mengerjakan solat subuh, apabila dia telah selesai dia duduk duduk menghadap kiblat dan tidak berkata apa - apa sehingga terbit matahari , sehingga aku terpaksa berkata kepadanya akan sesuatu keperluan yang dikehendakinya . Tetapi beliau tidak menjawab sepatah kata pun . Setelah segalanya selesai barulah dia menjelaskan kepadaku isi hadis tersebut.

Muhammad Nashruddin Albaniy mengatakan : Imam haakim telah mendiamkan riwayat ini .

Al-Haitsaamy mengatakan : Dalam sanadnya ada rawi yang bernama : Muhammad bin Abdir Rahman , dia adalah seorang rawi yang Matruk .

Muhammad Nashrudin mengatakan : Rawi tersebut adalah seorang pendusta sebagaimana yang telah dikatakan oleh Al-Azdi

Ibnu Abi Haatim mengatakan : Aku telah bertanya kepada ayahku tentang riwayat hidup rawi ini , maka beliau berkata , dia adalah seorang rawi yang Matruk dan riwayatnya tidak boleh di pakai dan adalah seorang pendusta

Sumber: Himpunan Hadis-Hadis Lemah dan Palsu - Imam Bukhari - Syk Nurulhas - m.s. 87



8.Anggota akan khusyuk bila hati orang yang bersembahyang khusyuk

Al-Hakim At-Tirmizi * meriwayatkan dari Abu Hurairah dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda :


Ertinya: Rasulullah s.a.w . melihat seorang laki - laki sedang mempermainkan janggutnya sedangkan dia dalam solat , maka Rasulullah s.a.w. bersabda : Jika hati orang ini khusyu' tentulah anggota - anggotanya khusyu '.

Kata Al-Albani : Hadith ini adalah Maudhu'

Dalam sanadnya terdapat Sulaiman bin ' Amru iaitu Abu Daud An-Nakha'iy yang menurut Ibnu ' Adiy ia disepakati membuat Hadith palsu .

*Al-Hakim At-Tirmizi bukanlah Imam At- Tirmizi . Beliau adalah pengarang kitab Nawadirul-Usul. Seorang Sufi. Dikatakan bahawa dalam kitabnya Khatamul-Walayah beliau berpendapat bahawa wali lebih agung daripada Nabi. Beliau dibuang dari Tirmiz dan beliau pergi ke Nisabur.

Sumber: Himpunan Hadis Dhaif dan Maudhu' (Jld 1) - Drs Abdul Ghani Azmi- m.s. 284

Contoh Hadis Hadis Palsu

Pertama:

Maksudnya: Tuntutlah ilmu walaupun hingga ke negeri China.

Kedudukan Hadis:

Ini adalah hadis palsu. Hadis ini telah disebutkan sebagai palsu oleh Ibn al Jauzi di dalam buku al Maudhu’at[1]. Pembaca juga boleh melihat buku Menangkis Pencemaran Terhadap Agama dan Tokoh-Tokohnya karya Mohd. Asri Zainul Abidin untuk mendapat maklumat lanjut tentang hadis ini. Hadis ini dikritik juga oleh pengkaji hadis seperti Ibnu Tahir al Maqdisi (507H)[2], al Iraqi[3], Ibn Hibban[4] dan Muhammad Nasiruddin al Albani[5].

Ulasan:

Hadis ini kerap dijadikan hujah bagi membuktikan bahawa Islam menggalakkan umatnya menuntut ilmu sejauh yang mungkin walaupun ke negara China. Sedangkan pada hakikatnya hadis ini adalah palsu. Telah ada dalil-dalil serta hujah-hujah yang jelas dalam Al Quran dan hadis-hadis sahih tentang kewajipan menuntut ilmu serta kelebihan mereka yang mempunyai ilmu. Terdapat ayat-ayat Al Quran yang mengiktiraf golongan yang berilmu contohnya:

Maksudnya : ALLAH mengangkat kedudukan orang-orang yang beriman dan yang mempunyai ilmu dengan beberapa darjat[6].

Begitu juga di dalam hadis-hadis sahih terdapat saranan ke arah menuntut ilmu antaranya seperti hadis:

Maksudnya: Sesiapa yang melalui jalan ke arah menuntut ilmu maka ALLAH mudahkan untuknya jalan ke syurga[7].

Maksudnya: Menuntut ilmu adalah kewajipan ke atas setiap muslim [8].

Telah diketahui umum bahawa menuntut ilmu adalah kewajipan dalam kehidupan umat Islam. Apa yang ingin saya sebutkan di sini adalah kesalahan menggunakan hadis palsu dalam menyatakan sesuatu perkara yang telah sedia ada dalam Islam sama ada di dalam Al Quran atau hadis-hadis sahih. Tindakan menggunakan hadis palsu ini boleh menjadikan kita lupa bahawa ayat Al Quran atau hadis sahih sudah pun memadai dan mencukupi untuk kita menyatakan sesuatu yang berkaitan dengan Islam. Berhati-hatilah dalam menggunakan sesuatu hadis. Pastikan bahawa hadis tersebut adalah sahih sebelum menggunakannya sebagai dalil atau hujah.

Kedua:

Maksudnya: Tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad

Kedudukan Hadis:

Hadis ini adalah hadis palsu. Menurut Yusuf al Qaradhawi, walaupun maksud hadis ini benar, bukanlah bermakna itu adalah hadis yang benar-benar datang dari Nabi SAW[9]. Hadis ini juga ditolak kesahihannya sebagai sabda Nabi SAW oleh seorang pengkaji hadis zaman ini, Abd. Fattah Abu Ghuddah[10].

Ulasan:

Seperti yang telah disebutkan dalam komen saya terhadap hadis pertama, terdapat banyak dalil dalam Al Quran dan hadis-hadis yang sahih yang menyuruh dan menggalakkan umat Islam menuntut ilmu. Dalil-dalil itu sudah mencukupi dan kita tidak perlu lagi menggunakan hadis-hadis palsu yang direka. Penggunaan hadis-hadis palsu adalah salah walaupun dengan niat yang baik.

Wujudnya segolongan pendakwah atau penceramah yang tidak mendalami bidang hadis telah menyebabkan ramai pendengar yang terkeliru dengan hadis-hadis yang tidak sahih tetapi disangkanya sahih. Bahkan disangkanya hadis ini menjadi kaedah utama dalam agama Islam sehingga dia terlupa dalil yang sudah sedia ada dalam Al Quran dan hadis-hadis sahih. Pendakwah atau penceramah selalunya mencari jalan singkat untuk mengumpulkan bahan ceramahnya lalu mereka menggunakan buku-buku berbentuk akhlak atau buku cerita yang kadangkala tidak memperdulikan kesahihan fakta yang dimuatkan di dalamnya. Ada yang mengambil hadis-hadis daripada buku al Ghazali iaitu Ihya’ Ulumiddin yang sememangnya mengandungi banyak hadis dhaif dan palsu. al Iraqi telah berusaha untuk menyemak kembali hadis-hadis di dalam buku Ihya’ Ulumiddin dan mengkaji kesahihannya atau kedhaifannya. Segala kajian al Iraqi itu beliau muatkan di dalam bukunya berjudul al Mughni ‘An Hamli al Asfar dan jika kita membaca kajian beliau, kita akan dapati terlalu banyak hadis yang tidak sahih ada dalam buku al Ghazali itu.

Kepada pembaca buku Ihya’ Ulumiddin, saya nasihatkan supaya mereka melihat kajian al Iraqi dan memastikan adakah hadis itu sahih atau tidak. Terdapat beberapa versi buku Ihya’ Ulumiddin yang dicetak bersama dengan kajian al Iraqi sebagai nota kaki. Tidak ada sesiapa yang menyalahkan al Ghazali kerana kesilapannya dalam buku Ihya’ Ulumiddin kerana al Ghazali adalah manusia biasa yang tidak terlepas daripada kesilapan. Beliau berkemungkinan besar tidak tahu bahawa sesuatu hadis itu palsu lalu menyebutnya dalam Ihya’ Ulumiddin. Tetapi kita sebagai pembaca pada zaman ini perlulah mengelak dari menggunakan hadis-hadis palsu dalam Ihya’ Ulumiddin kerana kita telah pun tahu tentang kepalsuannya berdasarkan kajian al Iraqi serta ulama lain. Kita menghormati al Ghazali tetapi kita tidak akan mengulangi kesilapan yang beliau telah lakukan iaitu tersalah dalam menyebut hadis-hadis palsu yang disangka beliau sebagai sahih.

Ketiga:

Maksudnya: Tidur selepas subuh/ waktu pagi menghalang rezeki.

Kedudukan Hadis:

Hadis ini adalah hadis palsu. Hadis ini dilabelkan sebagai palsu oleh al Hasan Ibn Muhammad al Shoghoni dan disokong oleh ahli hadis masa kini, Abd. Fattah Abu Ghuddah[11]. Manakala di antara ulama yang melabelkan hadis ini sebagai sangat dhaif pula ialah al Haithami[12], Ahmad Syakir[13], Muhammad Nasiruddin al Albani[14]dan Syuaib al Arnaouth[15].

Ulasan:

Tiada tegahan dan tiada pula suruhan ke arah perkara ini. Perkara ini dilakukan mengikut kesesuaian keadaan dan keperluan. Sedangkan sesiapa sahaja yang ingin mencari hadis ini pasti akan menemui bahawa para ulama hadis yang terkenal telah mengkritik hadis ini sekaligus menjadikannya hadis yang tidak sahih. Ada pula yang berhujah bahawa logik akal menyokong hadis ini kerana orang yang bekerja akan lewat ke tempat kerja dan tidak dapat menjalankan tugas sekiranya tidur selepas subuh. Mereka seolah-olah lupa bahawa ada juga masyarakat kita yang bekerja pada waktu petang dan malam. Adakah mereka tidak dapat menjalankan tugas jika tidur selepas subuh?

Persoalan rezeki ini adalah persoalan besar dan untuk menyatakan sesuatu perkara itu menghalang rezeki, kita memerlukan hujah dan dalil yang kuat daripada Al Quran atau hadis sahih. Terdapat beberapa perkara lagi yang dikatakan menghalang rezeki seperti minum daripada gelas sumbing, menjahit baju di badan sendiri dan lain-lain lagi tetapi semuanya tidak mempunyai dalil atau hujah daripada Al Quran atau hadis sahih.

Keempat:

Kisah sahabat Nabi bernama Sa’labah ثعلبة yang tidak membayar zakat.

Kedudukan Hadis:

Hadis ini adalah hadis palsu. Maklumat lanjut ada di dalam buku al Sohih al Musnad Min Asbab al Nuzul karya Syeikh Muqbil bin Hadi al Wadii[16]. Buku ini merupakan antara hasil karya yang terbaik daripada Syeikh Muqbil yang merupakan seorang pengkaji hadis dari negara Yaman. Beliau berusaha mengumpulkan asbab nuzul (sebab-sebab ayat Al Quran diturunkan) yang sahih sahaja. Ini kerana sememangnya telah diketahui bahawa tidak semua asbab nuzul yang tercatat dalam buku-buku terdahulu adalah sahih. Menurut Syeikh Muqbil, kisah Sa’labah yang tidak membayar zakat ditolak kesahihannya oleh imam-imam hadis terkenal seperti Ibnu Hazm (al Muhalla) , al Suyuthi (Lubab al Nuqul) , Ibnu Hajar al Asqalani (Takhrij al Kasyaf dan Fath al Bari), al Haithami (Majma’ al Zawaaid), al Zahabi (Tajrid Asma’ al Sahabah), al Munawi (Faidh al Qadir) dan al Iraqi (al Mughnitakhrij Ihya’ Ulumiddin). Di dalam sanad hadis tersebut terdapat periwayat yang dikritik sebagai dhaif iaitu Ali bin Yazid al Alhani.

Syeikh Muqbil al Wadii juga menyatakan bahawa terdapat riwayat yang disebutkan daripada Ibnu Abbas yang menceritakan bahawa kisah ini adalah berkaitan dengan seorang sahabat bernama Sa’labah bin Abi Hathib dan bukan Sa’labah bin Hathib. Namun riwayat itu juga tidak sahih kerana bersumberkan daripada periwayat-periwayat yang tidak diterima.

Salah seorang ulama dan pendakwah terkemuka Mesir, Muhammad Hassan telah menyenaraikan beberapa hujah yang membuktikan bahawa kisah Sa’labah ini adalah kisah yang tidak benar. Hujah-hujah untuk mendhaifkan hadis ini disebut dalam salah satu ceramah beliau dan boleh didengari dari laman web www.islamway.com.

Kisah ini juga dikritik kesahihannya oleh Yusof al Qaradhawi dalam bukunya Kaifa Nata’amalu Ma’a al Sunnah al Nabawiyyah[17], Al Iraqi[18] dan Muhammad Nasiruddin al Albani[19].

Ulasan:

Boleh dikatakan semua ulama tafsir dan hadis yang terkenal telah mendhaifkan hadis ini. Tidak ada seorang ulama pun yang mengatakan kisah ini benar. Sayangnya hadis ini amat popular terutama dalam kalangan yang ingin mengajak masyarakat supaya membayar zakat serta tidak melengahkan pembayarannya. Kisahnya berkisar tentang seorang sahabat Nabi SAW yang bernama Sa’labah bin Hathib yang pada asalnya miskin. Namun setelah didoakan oleh Nabi SAW, dia telah menjadi kaya raya. Kekayaannya menjadikannya sombong dan enggan menunaikan zakat. Akhirnya beliau tidak diterima taubatnya oleh Rasulullah SAW kerana turunnya ayat daripada surah at Taubah. Selepas baginda wafat, para khalifah tidak ingin menerima zakat yang ingin diberikan oleh Sa’labah. Kisah ini adalah kisah yang tidak benar.

Azab siksa yang dijanjikan kepada mereka yang tidak membayar zakat telah ada disebutkan di dalam nas-nas yang sahih iaitu Al Quran dan hadis sahih. Oleh sebab itu kita melihat dalam sejarah Islam berlakunya peperangan yang dipimpin oleh khalifah pertama Islam , Abu Bakr al Siddiq menentang golongan yang tidak mahu membayar zakat.

Kelima:

Maksudnya: Sesiapa yang tidur selepas Asar lalu hilang akalnya, maka janganlah dia mencela melainkan dirinya sendiri.

Kedudukan Hadis:

Hadis ini adalah hadis dhaif seperti yang telah dihuraikan oleh al Albani di dalam bukunya Silsilah al Ahadith al Dhaifah[20]. Sebelum daripada al Albani, hadis ini juga telah didhaifkan oleh al Haithami[21].

Ulasan:

Setahu penulis, tidur selepas Asar belum dibuktikan kemudharatannya dari segi perubatan. Kalaulah sekiranya dapat dibuktikan dari segi perubatan bahawa perbuatan ini memberikan kesan kepada akal manusia, maka kita akan menyatakan bahawa ia dilarang berhujahkan kenyataan dari aspek perubatan tersebut dan bukannya berhujahkan hadis yang tidak sahih ini. Hadis dhaif dan palsu tetap tidak boleh dijadikan hujah atau dalil untuk melarang sesuatu perkara yang asalnya tidak dilarang.

Terdapat satu kisah berkaitan persoalan tidur selepas waktu Asar. Seorang imam fiqh dan hadis yang masyhur, al Laith bin Saad (175H) pernah ditegur oleh salah seorang rakannya kerana beliau mendapati al Laith tidur selepas Asar pada bulan Ramadhan. Rakannya itu membacakan hadis yang telah disebutkan di atas tadi (riwayat Ibnu Adi dalam buku al Kamil) sebagai hujah untuk menegur al Laith. Apabila al Laith mendengar sanad hadis itu dibaca, maka beliau telah mengesan satu kecacatan dalam hadis tersebut iaitu terdapat periwayat bernama Abdullah bin Lahi’ah yang meriwayatkan hadis itu daripada periwayat bernama Aqil. Al Laith lalu berkata: “Aku tidak akan meninggalkan perkara yang bermanfaat kepada diriku ini (tidur selepas Asar) hanya kerana hadis yang diambil dari jalan Ibnu Lahi’ah dari Aqil”. Maksud al Laith ialah beliau tidak akan meninggalkan tidur selepas Asar yang bermanfaat baginya hanya kerana satu hadis yang tidak sahih[22].

Keenam:

Maksudnya: Kebersihan itu separuh daripada iman.

Kedudukan Hadis:

Hadis ini telah dikritik dan dilabelkan sebagai hadis dhaif jiddan (sangat dhaif) oleh al Iraqi[23] dan dinyatakan sebagai palsu oleh al Albani[24] dengan lafaz yang hampir sama iaitu “kebersihan itu menyeru kepada keimanan”.

Ulasan:

Telah disepakati oleh semua orang yang mempelajari tentang Islam melalui sumber utamanya iaitu Al Quran dan hadis sahih bahawa Islam memang mementingkan kebersihan. Tetapi tidak ada hadis yang menyatakan bahawa“Kebersihan itu separuh daripada iman”. Kita perlu berhati-hati apabila menyebutkan sesuatu hadis dan tidak sekadar menyebutnya kerana maknanya bertepatan dengan ajaran Islam.

Terdapat satu perkara yang menarik yang saya pernah temui iaitu satu hadis yang diriwayatkan oleh Muslim dalam Sahih Muslim[25] dengan lafaz: الطهور شطر الإيمان yang diterjemahkan dengan maksud: “Kebersihan itu sebahagian daripada iman”. Terjemahan sebegini saya temui di dalam salah sebuah majalah yang pernah saya baca. Sedangkan maksud hadis itu yang sebenar menurut kata para pengkaji hadis dalam buku-buku mereka ialah: “Bersuci dari hadas adalah separuh daripada solat”. Terdapat perselisihan pendapat tentang maksud hadis ini dalam buku Jami’ al Ulum wa al Hikam karya Ibnu Rejab al Hanbali (795H). Ibnu Rajab telah membincangkan maksud sebenar perkataanالطهور dan perkataan الإيمان dengan membawa banyak pendapat para ulama. Kesimpulan yang diambil oleh Ibnu Rajab ialah perkataan الطهور membawa maksud ‘bersuci daripada hadas’ dan maksudالإيمان pula ialah ‘solat’[26]. Maksud hadis ini betul, namun hakikat ini tidak bermakna kata-kata tersebut telah benar-benar diucapkan oleh Rasulullah SAW. Kita mesti berhati-hati dalam menyebut sesuatu berkaitan Rasulullah SAW[27].

Ketujuh:

Maksudnya: Perselisihan dalam umatku adalah rahmat.

Kedudukan Hadis:

Hadis ini telah dikategorikan oleh beberapa orang ulama hadis sebagai tidak ada asalnya. Perkataan ini bermaksud tidak ada asal usulnya dalam mana-mana buku hadis. Begitulah pendapat yang dikemukakan oleh al Subki sebagaimana dicatatkan oleh al Albani dalam bukunya Silsilah al Ahadith al Dhaifah[28]. Al Iraqi juga menolak kesahihan hadis ini[29].

Ulasan:

Hadis ini telah menyatakan bahawa menjadi satu rahmat bagi kita jika kita berselisih pendapat. Ini adalah pandangan yang perlu diteliti dengan mendalam kerana kita amat yakin bahawa perselisihan selalunya membawa kepada perpecahan. Ibn Hazm dalam bukunya al Ihkam Fi Usul al Ahkam telah menyatakan bahawa jika sekiranya perselisihan itu rahmat, maka sudah pasti permuafakatan pula akan menjadi satu perkara yang tidak dirahmati. Ini adalah pendapat yang tidak benar sama sekali[30].

Ada sesetengah penulis yang menafsirkan perselisihan dalam hadis ini dengan maksud perselisihan dalam bidang fiqh dan bukan perselisihan dalam bidang aqidah. Tafsiran sebegini adalah tepat tetapi pada pandangan penulis, kita tidak perlu membuat tafsiran sebegini kerana hadis ini bukanlah hadis yang sahih. Tafsiran sebegini diperlukan sekiranya hadis ini sahih dan kita tidak dapat memahami maksudnya. Ada pun sekiranya sesuatu hadis itu tidak sahih, tidak perlulah kita bersusah payah hendak memahaminya. Tumpukan usaha kita kepada hadis yang sahih sahaja. Wallahu a’lam.

Kelapan:

Maksudnya: Sabar itu separuh daripada iman

Kedudukan Hadis:

Menurut Ibn Rajab al Hanbali, ini adalah kata-kata sahabat dan bukan hadis Nabi SAW[31]. Di antara yang menyebutnya sebagai hadis Nabi SAW ialah al Ghazali dalam bukunya Ihya’ Ulumiddin. Menurut al Iraqi yang mengkaji hadis-hadis Ihya’ Ulumiddin, hadis tersebut adalah dhaif[32]. Begitu juga dengan al Albani yang menyatakannya sebagai sangat dhaif[33]. Menurut al Baihaqi dan al Zubaidi, kata-kata ini mauquf (kata-kata sahabat)[34].

Ulasan:

Memandangkan bahawa kata-kata ini adalah kata-kata sahabat dan melihat kepada maksudnya yang tidak menyalahi mana-mana asas dalam Islam, maka boleh diucapkan dan disebarkan kepada masyarakat. Apa yang perlu ialah menyatakannya sebagai kata-kata sahabat atau kata-kata hikmah dengan tidak menyatakannya sebagai hadis Nabi SAW. Kita juga mesti mengutamakan ayat-ayat Al Quran yang menceritakan perihal kesabaran dan kepentingannya seperti ayat-ayat di dalam surah Luqman yang menceritakan nasihat Luqman kepada anaknya yang antara lainnya mengandungi nasihat supaya bersabar di atas segala ujian yang menimpa diri. Begitu juga dengan hadis-hadis sahih yang menceritakan soal kesabaran dan pahala orang-orang yang sabar. Itu mesti didahulukan daripada kata-kata hikmah atau kata-kata sahabat agar masyarakat sentiasa memahami kewajipan mendahulukan Al Quran dan hadis sahih dalam kehidupan.

Kesembilan:

Maksudnya: Kita telah pulang dari jihad yang kecil ( peperangan) dan kita menuju kepada jihad yang lebih besar/paling besar. Para sahabat berkata: Apakah jihad yang paling besar? Rasulullah berkata: Jihad menentang hawa nafsu.

Kedudukan Hadis:

Hadis ini telah dinilai sebagai hadis dhaif oleh Syuaib al Arnaouth ketika beliau menyemak hadis-hadis di dalam buku Jami’ al ‘Ulum Wa al Hikam tulisan Ibn Rajab al Hanbali[35].Beliau telah mengambil pandangan Ibnu Hajar al Asqalani yang menyatakan bahawa kata-kata ini ialah kata-kata seorang ulama tabiin yang bernama Ibrahim Bin ‘Ablah.

Menurut al Albani dalam Silsilah al Ahadith al Dhaifah: Munkar. Al Albani telah menukilkan kata-kata Ibnu Taimiyyah (728H) dalam Majmu’ al Fatawa:

Tidak ada asalnya (hadis tersebut) dan tidak diriwayatkan oleh pakar-pakar yang mengetahui tentang kata-kata Nabi SAW dan perbuatan baginda. Dan memerangi orang-orang kafir (jihad) adalah sebesar-besar amalan bahkan merupakan amalan yang terbaik yang dilakukan oleh seseorang manusia[36].

Ulasan:

Hadis ini boleh menyebabkan sebahagian umat Islam tersalah anggap lantas memperkecilkan kefardhuan jihad dan keagungan pahala mereka yang berjihad sebagaimana yang telah disebutkan di dalam Al Quran dan hadis-hadis sahih. Hadis ini sering digunakan oleh mereka yang bercakap atas nama kesufian untuk menunjukkan betapa pentingnya jihad melawan kehendak hawa nafsu. Tiada siapa yang menafikan perlunya kita melawan nafsu yang ingin mengajak ke arah maksiat dan sudah sedia ada di dalam hadis-hadis sahih tentang kepentingan mujahadah menentang kehendak nafsu ini seperti hadis Nabi SAW:

Maksudnya: Orang yang berjihad ialah yang berjuang menentang kehendak dirinya (yang buruk)[37].

Tetapi hadis ini tidaklah sampai bermaksud seperti yang digambarkan oleh hadis palsu tadi sehingga ke tahap menjadikan peperangan itu kecil dan melawan nafsu lebih besar mengatasi segalanya. Firman ALLAH:

Maksudnya : Orang-orang yang beriman, berhijrah dan berjihad pada jalan ALLAH dengan diri mereka sendiri dan harta mereka lebih besar pahalanya (dari orang yang hanya memberikan harta dan tidak pergi ke medan peperangan) di sisi ALLAH dan itulah orang-orang yang berjaya[38].

Di dalam Islam terdapat pelbagai jenis jihad dan di antaranya ialah jihad peperangan mempertahankan Islam daripada musuh, jihad dalam menuntut ilmu, jihad membangunkan ekonomi, jihad menentang hawa nafsu yang menjurus ke arah maksiat dan lain-lain lagi. Namun begitu, hadis yang disebutkan tadi adalah dhaif atau lebih rendah kedudukannya dan kita dilarang menggunakan hadis sedemikian dalam menyatakan sesuatu hukum. Marilah kita menggunakan hadis-hadis sahih dalam menentukan sesuatu perkara atau hukum. Inilah perkara yang telah disarankan oleh para ulama sejak dahulu hingga kini.

Kesepuluh:

Maksudnya: Berbual di masjid memakan pahala seperti binatang liar memakan rumput.

Kedudukan Hadis:

Menurut beberapa orang ulama hadis, hadis ini adalah palsu. Hadis ini disebut di dalam buku-buku seperti Ihya’ Ulumiddin karya al Ghazali. Al Iraqi telah memberikan komennya terhadap hadis ini dengan kata beliau: “Aku tidak menemui asalnya”[39]. Pendapat tersebut disokong oleh al Albani di dalam bukunya Silsilah al Ahadith al Dhaifah[40]. Di antara ulama hadis lain yang menyatakan bahawa hadis ini palsu ialah al Zubaidi, al Fairuz Abadi, Ibn Hajar al Asqalani, Ali al Qari dan Abd. Fattah Abu Ghuddah[41].

Ulasan:

Hadis ini secara zahirnya seolah-olah melarang kita daripada berbual atau berbincang di masjid. Sedangkan di dalam hadis-hadis yang sahih, kita dapati Rasulullah SAW seringkali berbincang dan berbual dengan para sahabat di dalam masjid. Bahkan lebih dari itu, sekumpulan orang Islam dari Habsyah telah bermain di dalam Masjid Nabawi dengan permainan pisau. Permainan tersebut bertujuan mengisi masa lapang dan juga melatih kemahiran bersenjata. Maka Rasulullah SAW dan isterinya Aisyah bersama-sama melihat kepakaran orang-orang Habsyah bermain senjata dan tidak melarangnya[42].

Masjid merupakan tempat untuk kita berbincang, menuntut ilmu, merancang perkara-perkara kebaikan dan juga bertegur sapa serta beramah mesra. Inilah yang berlaku pada zaman Rasulullah SAW dan ia berlainan dengan apa yang disebutkan oleh hadis yang tidak sahih ini. Seharusnya masjid berperanan seperti zaman Rasulullah SAW bagi memastikan umat Islam terus maju dan berjaya seperti pada zaman Rasulullah SAW dan para sahabat.

http://hafizfirdaus.com