Sekadar renungan


Bila Allah cepat makbulkan Doamu, Maka DIA Menyayangimu,

Bila DIA Lambat Makbulkan doamu, Maka DIA Ingin Mengujimu,

Bila DIA Tidak Makbulkan Doamu, Maka Dia Merancang Sesuatu Yang lebih Baik Untukmu.

Oleh itu, Sentiasalah Bersangka Baik Pada ALLAH Dalam Apa Jua Keadaan Pun... Kerana Kasih sayang ALLAH Itu Mendahului KemurkaanNya.

********************************************************

Saat itu, hadir syaitan yang terkuat, sementara si hamba dalam kondisi paling lemah. Siapakah yang selamat?


Ya Allah, jadikanlah amal terbaik kami sebagai penutup amal kami. Jadikanlah umur terbaik kami sebagai akhirnya. Dan jadikanlah hari terbaik kami sebagai hari kami menjumpai-Mu
.


Sabda Nabi s.a.w ;"...dan sesungguhnya waktu yang paling syaitan dengan manusia adalah disaat kematian (nazak) ","(Riwayat Abu Na'im)" didalam sepotong ayat Mursyal , Nabi s.a.w bersabda dengan membawa maksud ," Saat paling hampir musuh Allah (syaitan) itu dengan manusia ialah dikala terbit rohnya".

ZIKIR HARIAN

HARI AHAD: Ya Hayyu Ya Qayyum ( 1000 X )
HARI ISNIN: La haula wala quwwata illa billa hil 'aliyyil 'a ziim ( 1000 X )
HARI SELASA: Allahumma salli 'ala 'abdika warasulika wanabiyyikal amiina wa'ala alihi wasahbihi wasallim ( 1000 X )
HARI RABU: Astagh firullahal 'a ziim ( 1000 X )
HARI KHAMIS: Subhanallahii 'a ziim , Subhanallahi wabihamdihi ( 1000 X )
HARI JUMAAT: Ya Allah ( 1000 X )
HARI SABTU: La ilaha illallah ( 1000 X )

Sedikit Ilmu untuk dikongsi bersama...



Imam Ja’far Ash-shadiq (sa) berkata: “Barangsiapa yang membaca surat Ar-Rahman, dan ketika membaca kalimat ‘Fabiayyi âlâi Rabbikumâ tukadzdzibân’, ia mengucapkan: Lâ bisyay-in min âlâika Rabbî akdzibu (tidak ada satu pun nikmat-Mu, duhai Tuhanku, yang aku dustakan), jika saat membacanya itu pada malam hari kemudian ia mati, maka matinya seperti matinya orang yang syahid; jika membacanya di siang hari kemudian mati, maka matinya seperti matinya orang yang syahid.” (Tsawabul A’mal, hlm 117).

Bacaan Surah

.

Followers

Blog ini mengandungi Maklumat dan Koleksi ibadah untuk diri saya . Sekiranya ia baik , kita kongsi bersama , sekiranya ianya tidak baik , elakkanlah. Saya hanya insan biasa yang mencari ilmu selagi hayat dikandung badan...

.

Thursday, January 26, 2012

Hati Yang Redha

SYEIKH 'Ali Abu al-Fadl al-Wasiti yang bergelar al-Syeikh al-Imam al-Qadi al-Thiqqah telah memberi kami khabar (ketika beliau berada di madrasahnya di Wasit) daripada http://www.blogger.com/img/blank.gifAbu 'Ali al-Hasanbin 'Ali bin al-Muhadzdzab, daripada Abu Bakr Ahmad bin Ja'far al-Qati'i, daripada 'Abd Allah bin Ahmad bin Hanbal, daripada ayahnya, daripada Qutaibah bin Sa'id al-Layth bin Sa'd, daripada Ibn al_hadi daripada Muhammad bin Ibrahim bin al-Harth, daripada 'Amir bin Sa'd, daripada al-'Abbas bin 'Abd al-Mutallib. Beliau telah mendengar Rasulullah SAW bersabda:

"Orang yang dapat merasakan nikmatnya iman adalah orang yang redha Allah sebagai Tuhan, Islam sebagai agama, serta Nabi Muhammad SAW sebagai nabinya." (HR. Imam Ahmad)

Perasaan yang terpancar daripada keredhaan tersebut adalah makrifat kepada Allah Taala. Adapun makrifat yang dimaksudkan adalah cahaya yang ditempatkan oleh Allah di dalam hati setiap orang yang dikehendaki daripada hamba-hambaNya. Tidak ada satu benda pun yang lebih besar lagi mulia selain daripada cahaya tersebut. Sesungguhnya hakikat makrifat adalah hati yang dihidupkan oleh Allah SWT. Sebagaimana firman Allah di dalam Surah al-An'aam ayat 122:

"Dan adakah orang yang mati (hatinya dengan kufur), kemudian Kami hidupkan dia semula (dengan hidayah petunjuk)....." (Al-An'aam: 122)

Dar firman Allah dalam Surah Yasin ayat 70:

"Supaya dia memberi peringatan kepada orang yang sedia hidup (hatinya)...." (Yaasin: 70)

Firman Allah juga di dalam Surah al-Nahl ayat 97:

"...Maka seseungguhnya Kami akan menghidupkan dia dengan kehidupan yang baik..." (An-Nahl: 97)

Serta firman Allah di dalam Surah al-Anfaal ayat 24:

"Wahai orang-orang yang beriman, sahut dan sambutlah seruan Allah dan seruan RasulNya apabila Ia menyeru kamu kepada perkara-perkara yang menjadikan kamu hidup sempurna...." (Al-Anfaal: 24)

Oleh itu bagi sesiapa yang jiwanya telah mati, maka dia akan dijauhkan daripada kehidupan dunia. Dan sesiapa yang hatinya telah tertutup, maka jauhlah dia daripada Allah. Ibn al-Samak telah ditanya: "Bilakah seorang hamba itu mengetahui bahawa dia berada pada hakikat suatu makrifat?" Beliau menjawab: "Apabila dia dapat menyaksikan sesuatu yang hak dengan sorot mata iktibar dan menafikan kehendak yang lain."

Dikatakan makrifat tersebut adalah menafikan segala sesuatu selain daripada Allah, dengan maksud bahawa makrifat tersebut mencakupi segala sesuatu yang kecil bahkan lebih kecil daripada biji sawi. Firman Allah di dalam Surah al-An'aam ayat 91:

"Katakanlah (kepada mereka): "Allah jualah (yang menurunkannya)", kemudian, biarkanlah mereka leka bermain-main dalam kesesatannya."

Oleh itu bagi sesiapa yang semata-mata melihat kepada Allah sesungguhnya dia tidak akan melihat kepada kehidupan dunia atau mengharap balasan dari perbuatan baik yang dia lakukan. Sinar hati seorang ahli makrifat adalah lebih terang berbanding sinar matahari pada waktu siang, bahkan lebih elok berbanding sinar dan cahaya yang terpancar daripada sumbernya. Sebuah syair mengakatakan:

Terbitnya matahari adalah harapan bagi orang ramai yang mengharapkan terangnya malam,
Oleh itu bersinarlah dan jangan pernah terbenam,
Sesungguhnya sinaran matahari pada sebalah siang akan terbenam pada sebelah malam,
manakala sinaran hati tidak akan pernah sirna sampai bila-bila.

Dzu al-Nun rahimahullah berkataL Pengetahuan tentang sesuatu yang hak terhadap perkara-perkara yang sulit dan tersembunyi adalah melalui pertolongan daripada Allah SWT. Perkara tersebut umpama munculnya matahari yang menyinari bumi dengan terbit dari sebelah Timur. Oleh itu, hendaklah kamu mensucikan hati, kerana sesungguhnya hati yang suci dapat menerangi pandangan kamu dalam kehidupan ini. Sesungguhnya sesiapa yang mengetahui Allah, maka dia tidak akan pernah memilih sesuatu selainNya, dan tidak akan pernah mencintai sesuatu selain Allah SWT.

Dalam sebuah hadith dikatakan:

"Sesungguhnya Allah Taala menciptakan makhlukNya dalam kegelapan. Kemudian Dia memberikan kepada mereka cahayaNya. Oleh itu, bagi sesiapa yang mendapat cahaya tersebut pada suatu masa, maka dia akan mendapat hidayah. Dan bagi sesiapa yang tidak mendapatnya, maka dia akan berada dalam kesesatan." (HR. Imam Ahmad)

Itulah cahaya yang keluar sebagai anugerah dan bertempat di dalam hati. Cahaya tersebut disinari dengan perkara-perkara yang baik lagi berfaedah. Sinaran itu boleh mencapai sehingga batas kekuasaan Allah, serta tiada satu benda pun yang boleh menghalannya daripada kekuasaan Allah. Ketika seorang hamba mendapat cahaya tersebut, maka dia akan menjadikan segala perbuatan, tutur kata, gerak-geri serta keinginannya, baik dalam kehidupan mahupun kematiaannya kelak adalah berdasarkan cahaya Ilahi. Firman Allah dalam Surah al-Nuur ayat 35:

"Allah yang menerangi langit dan bumi. Bandingan nur hidayah petunjuk Allah (Kitab Suci al-Quran) adalah sebagai sebuah 'misykaat' yang berisi sebuah lampu; Lampu itu dalam geluk kaca (qandil), geluk kaca itu pula (jernih terang) laksana bintang yang bersinar cemerlang; Lampu itu dinyalakan dengan minyak dari pokok yang banyak manfaatnya, (iaitu) pokok zaitun yang bukan sahaja disinari matahari semasa naiknya dan bukan sahaja semasa turunnya (tetapi ia sentiasa terdedah kepada matahari); Hampir-hampir minyaknya itu (dengan sendirinya) memancarkan cahaya bersinar (kerana jernihnya) walaupun ia tidak disentuh apil (Sinaran nur hidayah yang demikian bandingannya adalah sinaran yang berganda-ganda): Cahaya berlapis cahaya. Allah memimpin sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang dan peraturanNya) kepada nur hidayahNya itu."

Sebuah syair mengatakan:

Meskipun Engkau tidak ada di sisiku,
Tetapi ingatan kepadaMu akan sentiasa bersamaku,
Hatiku dapat melihatMu,
Walaupun Engkau tiada dari pandanganku.

Berkata Yahya bin Mu'az RA: "Makrifat itu adalah cara untuk mendekatkan hati kepada Allah SWT. Makrifat juga adalah sebagai pengawas roh serta keinginan untuk menyerahkan jiwa kepada Penguasa Yang Maha Menjawab tentang benda-benda keduniaan."

Dzu al-Nun pula berkata: "Makrifat itu adalah khayalan sebuah rahsia daripada segala keinginan dan meninggalkan kebiasaan dunia serta menenangkan hati kepada Allah secara langsung tanpa bantuan perantara."

Sebahagiaan orang ada yang mengatakan bahawa bentuk makrifat itu adalah kegilaan , "Gambarannya adalah kebodohan serta maknanya adalah kebingungan dan keraguan." Sesungguhnya seorang ahli makrifat adalah orang yang menyibukkan diri dengan berbagai ilmu Allah sehingga apabila ada orang melihatnya, maka seorang yang bodoh. Akan tetapi sebaliknya, dia (ahli makrifat) selamanya akan berada dalam kemuliaan.

Seorang ahli makrifat akan sentiasa bersedihi apabila mengingati dosanya sehingga hampir hilang akal dan kesedaran. Apabila orang ramai melihatnya, mereka beranggapan bahawa ahli makrifat itu adalah orang gila. Seorang ahli makrifat juga sentiasa mengingati Allah dan melupakan selainNya, sehingga apabila orang ramai melihatnya mereka akan bingung dan tercengang!

Tidak ada seorang manusia pun yang sanggup menjelaskan tentang makrifat Allah SWT, kerana makrifat Ilahi itu boleh kelihatan hanya dengan kebesaran dan kekuasaan daripadaNya. Oleh itu, seseorang ahli makrifat tidak akan kekal dalam mengetahui rahsia Ilahi. Dia akan merasa berada dalam mengetahui rahsia Ilahi. Dia akan merasa berada dalam tanah Allah SWT yang luas tanpa diri dan sebab. Dia juga akan nampak seperti orang mati yang hidup, kemudian hidup lalu mati. Keadaannya akan tertutup oleh hijab dan terbuka, kemudian terbuka lalu tertutup kembali.

Sebagai ahli makrifat selalu merasa takut terhadap perintah-perintah Ilahi. Perasaannya sentiasa meluap dalam lingkungan kebaikanNya, bermanja-manja di bawah keindahan tabirNya, dan sentiasa tunduk terhadap kekuasaan hikmahNya, serta kekal di atas permaidani kelembutanNya.

Dia juga akan nampak seperti orang yang bingung kerana kerana cintanya yang mendalam kepada Allah. Tiada daya dan kekuatan baginya kecuali kekuasaan dan keabadian daripada Allah SWT. Dengan ketentuan dan ketetapannya daripadaNya, para ahli makrifat dijadikan sebagai manusia biasa yang tidak akan kekal. Kefakiran mereka adalah kepada Allah, dan kekayaan mereka semata-mata milik Allah, serta kemuliaan dan kehinaan mereka adalah kerana Allah SWT.

Diriwayatkan bahawasanya Allah SWT telah berfirman ketika menurunkan wahyu kepada Daud AS: "Hai Daud! Kenalilah Aku dan kenali pula dirimu." Kemudian Daud berfikir dan berkata: "Tuhanku! Aku telah mengetahui Engkau, iaitu dengan keesaanMu, kudratMu dan dengan ketetapanMu. Dan aku jugatelah mengetahui diriku dengan kelemahan da nketidak kekalan." Allah Taala berfirmanL "Sekarang engkau telah mengenal Aku."

Dijelaskan dalam satu riwayat: "Apabila kamu telah mengenali Allah dengan sebaik-baik pengetahuan, maka pelajarilah ilmu yang tiada kebodohan selepas mempelajarinya, dan gunung-gunung kan ikut mendoakanmu. Sesungguhnya tidak akan pernah ada batas akhir bagi seorang hamba yang mempelajari ilmu Allah, kerana sesungguhnya Allah SWT Maha Agung untuk seseorang dalam mencapai makrifatNya."

Imam Ja'far al-Sadiq RA berkata: "Seseorang tidak akan dapat mengetahui Allah dengan sebenar-benar pengetahuan apabila dia berpaling daripadaNya, kerana makrifat itu adalah hati yang melayang dalam kemah anugerah dan penjagaan Allah, berkeliling dalam tabir kemuliaan dan kekuasaanNya. Demikianlah keadaan orang yang ditutup pendengarannya dari perkara-perkara yang batil, dan dilenyapkan penglihatannya daripada melihat benda-benda yang membangkitkan nafsu syahwat, serta lisannya yang dikunci daripada berucap perkara-perkara yang tidak berguna.

Abu Yazid rahimahullah ditanya: "Bagaimana kamu melihat ciptaan Allah?" Beliau menjawab: "Aku melihat segala ciptaan Allah dengan ilmu makrifatNya." Muhammad bin Wasi' rahimahullah pula telah ditanya: "Apakah kamu telah mengetahui Rabbmu?" Beliau terdiam beberapa saat, lalu berkata: "Orang yang mengetahui Allah adalah orang yang sedikit bicaranya dan sentiasa diam, serta tidak kekal terhadap gambaran sesuatu perbuata. Diamnya adalah berzikir kepada Allah dan sentiasa mendekatkan diri kepadaNya dalam segala hal, juga menyerahkan setiap kedaan semata-mata kepada pemilik keadaan, kerana sesungguhnya segala sesuatu itu mesti dilihat hakikatnya, tidak dengan perasaan dan hasil rekaan manusia."

Abu Yazid rahimahullah berkata: "Bukanlah hakikat daripada makrifat apabila seseorang redha dengan sesuatu keadaan tanpa kebenaran daripada Allah, kerana sesungguhnya orang yang mengenal Allah adalah orang yang lisannya penat dengan menyebut nama Penciptanya dan akalnya sentiasa takjub dengan segala ciptaanNya. Dan ahli makrifat itu adalah orang yang apabila banyak bicara dengan segala kelemahannya boleh merosakkan, dan apabila banyak berdiam boleh membakar perasaannya kepada Allah."

Berkata Abu Bakr al-Wasiti rahimahullah pula: "Makrifat itu terbahagi kepada dua jenis, makrifat keyakinan dan makrifat keimanan. Makrifat keimanan adalah kesaksian lisan terhadap keesaan Allah dan pengakuan terhadap kebenaran yang terdapat dalam al-Quran. Manakala makrifat keyakinan adalah kesaksian seseorang kepada Allah melalui perantaraan hati."

Sesetengah orang berkata: "Makrifat itu terbahagi kepada dua bentuk. Pertama adalah apabila seseorang mengetahui bahawa nikmat itu datangnya daripada Allah. Firman Allah di dalam Surah al-Nahl ayat 53:

"Dan apa-apa nikmat yang ada pada kamu maka adalah ia dan Allah." (An-Nahl: 53)

Oleh itu, setiap ahli makrifat akan sentiasa bersyukur ke atas nikmat yang Allah berikan, kemudian mereka sentiasa memohon tembahan nikmat hanya kepada Allah Taala semata-mata. Ini sebagaimana firman Allah SWT di dalam Surah Ibrahim ayat 7:

"Jika kamu bersyukur nescaya. Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu." (Ibrahim: 7)

Adapun makrifat yang kedua adalah melihat kepada Allah Yang Maha memberi nikmat tanpa berpaling kepad anikmat itu sendiri. Kemudian bertambah kerinduannya kepada Allah dan melakukan setiap perbuatan mengikut kebenaran makrifat dan perasaan cintanya kepada Allah. Firman Allah SWT dalam Surah al-Anfaal ayat 64:

"Wahai Nabi, cukuplah Allah menjadi Penolongmu." (An-Anfaal: 64)

Kemudian firmanNya dalam Surah at-Taubah ayat 129:

"Kemudian jika mereka berpaling ingkar, maka katakanlah (wahai Muhammad): "Cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku)." (At-Taubah: 129)

Manakala Dzu al-Nun al-Misri rahimahullah berpendapat bahawa makrifat itu terbahagi kepada tiga jenis. Pertama adalah makrifat tauhid, iaitu makrifat bagi orang-orang Mukmin secara umum. Kedua adalah makrifat alasan dan keterangan, iaitu makrifat bagi para ulama, pemimpin dan pentadbir undang-undang. Dan ketiga adalah makrifat sifat tunggal bagi Allah, iaitu makrifat bagi para wali Allah dan juga para sufi yang diperlihatkan oleh Allah perkara-perkara yang tidak dapat dilihat oleh orang lain dan mereka juga diberikan kemuliaan yang tidak dimiliki oleh orang lain yang bukan waliNya.

Allah Taala mengkhususkan mereka berbanding makhluk yang lainnya dan Dia memilih mereka khusus untukNya. Hidup mereka adalah rahmat, manakala kematian mereka adalah kegembiraan. Berbahagialah mereka orang-orang yang menjadi pilihan Allah SWT.

Sesetengah orang pula berpandapat bahawa makrifat itu terbahagi kepada dua perkara. Pertama adalah makrifat tauhid, iaitu pengukuhan terhadap keesaan 'Asma' Allah dan kedua adalah makrifat tambahan, iaitu makrifat yang tiada jalan bagi seseorang untuk mencapainya.

Imam Rifa'i berkata: Makrifat itu umpama pokok yang mempunyai tida dahan: tauhid, tajrid dan tafrid. Tauhid bermakna pengakuan, sedangkan tajrid bermakna penyerahan diri sepenuhnya kepada Allah, manakala tafrid bermakna hubungan seluruh anggota badan kepadaNya dalam setiap keadaan.

Adapun tingkatan yang pertama dalam makrifat adalah tauhid yang membawa maksud naik saksi terhadap Allah SWT dan RasulNya. Kemudian tajrid yang membawa maksud menyerahkan segala sebab hanya kepada Allah SWT. Dan yang terakhir adalah tafrid yang membawa maksud berhubung kepada Allah SWT tanpa bantuan perantara!

Imam Rifa'i berkata dengan lebih lanjutL "Makrifat juga mempunyai lima metod. Pertama adalah selalu merasa takut kepada Allah SWT dalam berinteraksi, baik secara rahsia mahupun secara terang-terangan. Kedua adalah mengikat jiwa kepada Allah dalam mengabadikan diri kepadaNya. Ketiga adalah melakukan hubungan kepada Allah dengan seluruh anggota badan. Keempat adalah ikhlas untuk Allah dalam perkataan, perbuatan dan niat. Dan kelima adalah pengawasan diri kepada Allah pada setiap waktu dan keadaan."

'Abd al-Bari rahimahullah bercerita: "Aku berjalan bersama saudaraku Dzu al-Nun rahimahullah. Kemudian kami bertemu budak-budak yang sedang melempar seseorang dengan batu. Saudaraku bertanya kepada mereka: "Apakah yang kalian kehendaki daripadanya?" Mereka menjawab: "Dia adalah orang gila! Dia mengaku bahawa dia dapat melihat Allah!" Kemudian kami mendekati orang tersebut dan kami lihat dia adalah seorang pemuda yang elok parasnya. Nampak dari wajahnya tanda-tanda ahli makrifat. Kemudian kami mengucapkan salam dan berkata kepadanya: "Mereka berdalih bahawa kamu mengaku dapat melihat Allah Taala!" Anak muda itu menjawab: "Demi Allah! Apabila aku kehilangan Dia dalam sekelip mata, seketika itu juga aku akan mati." Lalu beliau mengungkapkan beberapa syair:

Seorang kekasih meminta dari kekasihnya keredhaan,
Dan cita-cita seorang kekasih adalah apabila dia dapat berjumpa dengan kekasihnya,
Selamanya dia akan mengintai sang kekasih dengan kedua mata hatinya,
Dan hati seorang kekasih dapat mengetahui Tuhannya serta melihatNya,
Seorang kekasih akan redha daripada kekasihnya apabila saling berdekatan,
Dia tidak menginginkan hamba yang lainnya kecuali Allah SWT.

Selepas mendengar syair tersebut, aku berkata kepadanya: "Apakah kamu sudah gila?" Dia menjawab: "Bagi ahli dunia ini memang, tetapi aku tidak bagi ahli langit." Aku bertanya: "Bagaimanakah keadaanmu kepada Allah?" Dia menjawab: "Semenjak aku mengenalNya, tidak pernah aku berpaling daripadaNya." Aku bertanya lagi: "Semenjak bila kamu mengetahui Tuhanmu?" Dia menjawab: "Semenjak mereka menganggapku sebagai orang gila."


Petikan dari buku terbaru Darul Nu'man '40 Kapsul Terapi Hati - DN 534'

0 comments:

Post a Comment