Sekadar renungan


Bila Allah cepat makbulkan Doamu, Maka DIA Menyayangimu,

Bila DIA Lambat Makbulkan doamu, Maka DIA Ingin Mengujimu,

Bila DIA Tidak Makbulkan Doamu, Maka Dia Merancang Sesuatu Yang lebih Baik Untukmu.

Oleh itu, Sentiasalah Bersangka Baik Pada ALLAH Dalam Apa Jua Keadaan Pun... Kerana Kasih sayang ALLAH Itu Mendahului KemurkaanNya.

********************************************************

Saat itu, hadir syaitan yang terkuat, sementara si hamba dalam kondisi paling lemah. Siapakah yang selamat?


Ya Allah, jadikanlah amal terbaik kami sebagai penutup amal kami. Jadikanlah umur terbaik kami sebagai akhirnya. Dan jadikanlah hari terbaik kami sebagai hari kami menjumpai-Mu
.


Sabda Nabi s.a.w ;"...dan sesungguhnya waktu yang paling syaitan dengan manusia adalah disaat kematian (nazak) ","(Riwayat Abu Na'im)" didalam sepotong ayat Mursyal , Nabi s.a.w bersabda dengan membawa maksud ," Saat paling hampir musuh Allah (syaitan) itu dengan manusia ialah dikala terbit rohnya".

ZIKIR HARIAN

HARI AHAD: Ya Hayyu Ya Qayyum ( 1000 X )
HARI ISNIN: La haula wala quwwata illa billa hil 'aliyyil 'a ziim ( 1000 X )
HARI SELASA: Allahumma salli 'ala 'abdika warasulika wanabiyyikal amiina wa'ala alihi wasahbihi wasallim ( 1000 X )
HARI RABU: Astagh firullahal 'a ziim ( 1000 X )
HARI KHAMIS: Subhanallahii 'a ziim , Subhanallahi wabihamdihi ( 1000 X )
HARI JUMAAT: Ya Allah ( 1000 X )
HARI SABTU: La ilaha illallah ( 1000 X )

Sedikit Ilmu untuk dikongsi bersama...



Imam Ja’far Ash-shadiq (sa) berkata: “Barangsiapa yang membaca surat Ar-Rahman, dan ketika membaca kalimat ‘Fabiayyi âlâi Rabbikumâ tukadzdzibân’, ia mengucapkan: Lâ bisyay-in min âlâika Rabbî akdzibu (tidak ada satu pun nikmat-Mu, duhai Tuhanku, yang aku dustakan), jika saat membacanya itu pada malam hari kemudian ia mati, maka matinya seperti matinya orang yang syahid; jika membacanya di siang hari kemudian mati, maka matinya seperti matinya orang yang syahid.” (Tsawabul A’mal, hlm 117).

Bacaan Surah

.

Followers

Blog ini mengandungi Maklumat dan Koleksi ibadah untuk diri saya . Sekiranya ia baik , kita kongsi bersama , sekiranya ianya tidak baik , elakkanlah. Saya hanya insan biasa yang mencari ilmu selagi hayat dikandung badan...

.

Tuesday, April 19, 2011

Penyakit Ketagih Kerja


Ketagih kerja merupakan satu fenomena hidup yang popular di kalangan masyarakat dunia hari ini. Orang yang ketagih kerja samalah seperti orang yang ketagih arak dan dadah. Dia merasakan sesuatu tidak kena pada dirinya melainkan jika dia berada dalam suasana pekerjaannya, samada dia melakukan pekerjaan ataupun memikirkan tentang pekerjaan. Dia pergi ke tempat kerjanya lebih awal daripada pekerja-pekerja lain dan dia pulang paling lewat. Dia biasa pergi ke pejabatnya pada waktu malam untuk menyiapkan kerjanya. Dia juga biasa membawa pulang fail-fail pejabat ke rumah untuk disiapkan .

Sebelum menjelang waktu kerja pagi esoknya. Dia memberus gigi sambil memikirkan tentang kerjanya. Dia bersarapan sambil memikirkan tentang kerjanya. Dia memandu kereta sambil memikirkan tentang kerjanya. Dia berjalan sambil memikirkan tentang kerjanya. Walaupun kebanyakan daripada masa sudah dihabiskan untuk kerja namun, dia masih merasakan masih ada kerja yang belum diselesaikannya. Dia masih juga mecari peluang untuk membuat kerjanya.

Orang ini melakukan kerjanya dengan cermat. Begitu yang dikehendakinya daripada pekerja-pekerja di bawahnya. Dia membuat kerjanya dengan teliti. Dia juga mengawasi kerja orang lain supaya mereka juga membuatnya dengan teliti. Dia tidak dapat menerima sebarang kesilapan, walaupun kesilapan itu kecil pada pandangan orang lain. Dia mahu kerja dilakukan dengan tepat, kemas dan sempurna.

Semua masa dan kesempatan digunakannya untuk kerja. Dia tidak ada masa untuk kegiatan yang tidak bersangkutan dengan kerjanya. Dia jarang mengambil peluang untuk menghadiri majlis perkahwinan dan kematian yang diadakan dalam masyarakat sekalipun melibatkan keluarga yang terdekat. Dia juga tidak berkesempatan untuk menghantarkan anaknya yang sakit ke klinik, apalagi mahu membawa keluarganya bersiar-siar. Semuanya diuruskan oleh isterinya. Urusan rumahtangga adalah urusan isteri. Dia pula bertanggungjawab ke atas tugas menyara kehidupan keluarga. Bila tugas utama dilakukannya dengan baik dan sempurna maka perkara-perkara lain yang kurang utama boleh dilakukan oleh orang lain. Dia tidak Perlu lagi diganggu dengan perkara yang tidak penting.

Prinsip hidup orang ini ialah “Pekerjaan diutamakan!”.

Orang sakit boleh sampai ke hospital tanpa campur-tangannya.

Orang mati boleh bersemadi di dalam tanah tanpa campur-tangannya.

Orang yang mahu berkahwin boleh menghadap Qaddi tanpa campur-tangannya.

Anak isteri boleh meneruskan kehidupan mereka dengan segala kemudahan yang disediakannya, tidak perlu lagi merenget kepadanya. Tetapi, pekerjaannya tidak boleh menjadi sempurna tanpa penglibatan dirinya. Sentuhan ajaibnya penting bagi menjamin urusan pekerjaan berjalan dengan lancar. Di tempat kerja itu dia adalah umpama jantung yang mengepam darah ke seluruh anggota tenaga kerjanya. Jika dia tidak berfungsi maka semua anggota akan menjadi lumpuh. Oleh sebab anggota kerjanya tidak boleh berfungsi dengan baik jika dia tidak hadir, sebaliknya masyarakat boleh terus bergerak tanpa kehadirannya, oleh itu wajar baginya menumpukan sepenuh perhatian kepada pekerjaan dan dia tidak perlu melibatkan dirinya dengan aktiviti masyarakat.




Kes yang diibuat kajian

Darif adalah anak yang paling tua dalam satu keluarga yang sangat miskin. Dia mempunyai lima orang adik beradik semuanya. Keluarganya tinggal di sebuah pondok buruk beratap nipah. Bila hari hujan tidak ada satu ruang di dalam pondok itu yang cukup luas bagi menampung seorang manusia untuk tidur tanpa terkena air hujan. Darif pernah mengalami kejadian serpihan atap nipah jatuh ke dalam pinggan ketika dia sedang makan nasi. Darif dipaksa oleh kemiskinan keluarganya supaya menyaksikan peristiwa adik bongsunya yang sangat disayanginya diserahkan kepada sepasang suami isteri yang datang dari bandar. Berpisah dengan adik bongsu tersayang sangat menyayat hatinya tetapi dia tidak berkuasa berbuat apa-apa. Dia tidak menyalahkan ibu bapanya kerana berubat demikian. Dia sedar semuanya itu terjadi disebabkan kemiskinan yang mereka hadapi.


Diam-diam Darif berazam untuk membawa dirinya dan keluarganya keluar dari alam kemiskinan itu dan dia mengambil semula adik bongsu kesayangannya yang ‘dirampas’ daripadanya. Cita-cita, azam dan tekad membuat Darif belajar bersungguh-sungguh. Dia tidak memperdulikan hal lain kecuali pelajarannya. Dia merasakan orang lain tidak memperdulikannya kerana keluarganya miskin. Kaum keluarga sebelah ibu dan bapanya tidak pernah menjenguk mereka kerana mereka orang miskin. Darif mengalami peristiwa sedih kali keduanya apabila ibunya meninggal dunia. Hanya beberapa orang sahaja yang mengiringi jenazah ibunya ke tanah perkuburan. Darif melihat orang miskin sepertinya hidup tidak diperdulikan dan mati juga tidak diperdulikan. Masyarakat tidak memperdulikan keluarganya kerana mereka miskin. Darif yang miskin itu menyisihkan dirinya daripada masyarakat. Dia hanya bertemankan pelajarannya.

Satu hari di dalam kelasnya, Darif telah tersalah membuat karangan dan guru darjahnya menjadikan kesalahan itu sebagai teladan kepada murid-murid yang lain. Darif dipaksa membacakan karangannya di hadapan kelas. Semua murid mentertawakannya. Darif berasa sangat terhina. Walaupun dia anak orang miskin tetapi dia masih mempunyai harga diri. Dia tidak suka ditertawakan.

Sejak hari itu dia sangat cermat dan teliti dalam membuat tugasan sekolahnya. Dia tidak mahu maruahnya tercemar lagi. Dipendekkan cerita Darif telah berjaya dalam persekolahannya. Dia kemudiannya mendapati pekerjaan yang baik. Pada hari pertama dia melaporkan diri bosnya telah memberi peringatan bahawa dia mahu melihat pekerja-pekerja di bawahnya bekerja dengan rajin, jujur, cermat dan berdedikasi. Dia tidak akan bertolak ansur dengan pekerja yang tidak mampu menyumbangkan hasil kerja yang baik. Darif memegang sungguh-sungguh pada peringatan pertama bosnya itu. Dia tidak mahu kehilangan pekerjaannya dan hidup susah seperti bapanya. Dia menumpukan sepenuh perhatian kepada pekerjaannya. Dia tidak menghiraukan apa yang berlaku di sekelilingnya. Tumpuannya hanyalah pekerjaan. Dia sentiasa mencari jalan memperbaiki mutu kerjanya.

Hari-hari yang baharu menampakkan mutu kerja Darif yang lebih baik, sentiasa meningkat kebaikannya sehingga mencapai peringkat cemerlang. Darif dinaikkan pangkat dan kemudian dinaikkan lagi ke pangkat yang lebih tinggi sehingga dia menjadi orang penting dalam organisasinya. Dia menjadi mata yang mengawasi perjalanan organisasinya. Dia terlibat membuat dasar organisasi. Dia adalah umpama jantung yang menghantar darah kepada semua anggota organisasinya. Begitulah kejayaan yang telah dicapai oleh Darif yang asalnya seorang anak miskin yang terpaksa berpisah daripada adik bongsu kesayangannya, dihina oleh kawan-kawan sedarjahnya dan disisih oleh masyarakat.



Mengapa Darif mudah tersinggung dengan kritikan ketuanya?

Jika diselam dengan mendalam ke dalam lautan sejarahnya maka akan didapati ia berkait rapat dengan peristiwa guru kelas yang telah menjadikannya bahan tertawaan. Peristiwa tersebut sentiasa hidup dalam jiwanya. Setiap kali ketuanya membuat kritikan terhadap dirinya, ‘lampu’ peristiwa itu akan menyala. Keadaan ini bukan bermakna wajah guru darjahnya itu yang sentiasa muncul dalam fikiran Darif. Perkara pokok yang menghantui fikiran Darif ialah pengalamannya yang merangkumi perasaan dan sebagainya.

Kita ambil satu contoh. Katakan kita pernah terpegang seekor ular pada masa lalu. Pengalaman itu melahirkan rasa geli yang amat sangat. Kejadian memegang ular hanyalah satu pengalaman yang berlaku beberapa ketika sahaja tetapi rasa geli yang lahir daripadanya tertanam dan tersembunyi erat dalam jiwa kita. Rasa geli itu akan muncul apabila kita berhadapan dengan sesuatu yang menyerupai ular, misalnya tali atau tali pinggan.

Peristiwa adalah alat yang melahirkan sesuatu daya-rasa atau sifat. Misalnya, seorang pemuda pernah dikecewakan oleh seorang gadis. Pengalaman itu melahirkan sifat tidak mempercayai semua perempuan pada jiwa pemuda tersebut. Setiap kali ada perempuan yang cuba mendekati pemuda itu maka perempuan tersebut akan mendapat layanan yang kasar. Begitulah juga keadaan Darif yang memakai sifat-sifat yang terbentuk oleh kejadian yang menimpanya terutamanya ketika dia kanak-kanak.

Mengapa pula Darif sangat sensitif dengan isterinya? Kehidupan awalnya membuat Darif bermusuhan dengan kemiskinan. Kemiskinan adalah musuh tradisinya. Dia telah berusaha bersungguh-sungguh, berjuang dan berkorban sehingga akhirnya dia berjaya mengalahkan musuhnya itu. Kejayaan dalam pekerjaan adalah kemenangan baginya. Bila isterinya cuba menariknya daripada hal-hal yang berkaitan dengan pekerjaannya, dia merasakan isterinya tidak menghargai pengorbanan dan kejayaannya. Baginya tanpa pengorbanan dan kejayaan itu tidak mungkin mereka sekeluarga boleh hidup senang, tidak seperti keluarganya di kampung dahulu. Sesiapa sahaja yang tidak menyebelahi pekerjaannya bermakna mereka menyebelahi musuh tradisinya. Dia boleh menerima jika orang lain berbuat demikian tetapi dia sangat tersinggung jika isterinya sendiri bersefahaman dengan musuhnya. Atas dasar yang sama dia mudah naik radang dengan anaknya.

Darif pernah mengalami penderitaan batin akibat berpisah daripada adik bongsunya. Perpisahan itu menyebabkan terjadi kekosongan pada satu bahagian daripada hatinya. Kekosongan tersebut melahirkan satu bentuk peribadi pada dirinya. Anaknya menjadi suis yang menyalakan peribadi tersebut. Kemarahannya kepada anaknya lebih merupakan rasa kecewanya terhadap dirinya kerana tidak berdaya menghalang perpisahan daripada adik bongsunya dahulu. Pada zahirnya dia memarahi anaknya tetapi hakikatnya dia memarahi dirinya sendiri ketika dia kanak-kanak dahulu.

Darif mencapai kejayaan dalam kerjayanya. Tetapi, dia terus juga menambahkan kelajuannya kerana dia telah mendidik dirinya bertahan-tahun menggunakan keupayaan pada aras yang maksimum. Dia hanya mahu menambahkan kelajuan sahaja. Sikap ini mengakibatkan dia kelesuan dan membawanya sesat dalam kebuntuan.

Darif boleh mengesan punca penyakitnya dengan menyelam ke dalam lautan sejarahnya sendiri. Pengetahuannya tentang proses pembentukan sifat dan keperibadiannya akan membantunya mengubati penyakitnya. Perjalanan kehidupan telah mengasuhnya supaya mempunyai jiwa yang kuat. Perkara ini adalah bagus. Kekuatan jiwa itu telah membawanya mencapai apa yang dia cita-citakan. Kesilapannya hanya sedikit sahaja iaitu dia membiarkan kekuatan jiwanya itu mengawal dirinya dia sendiri yang mengawal kekuatan itu.

Kita misalkan jiwa sebagai sebuah negara. Negara tersebut dijajah dan rakyat perlu menentang penjajahan tersebut. Rakyat memerlukan pemimpin yang berjiwa kuat dan mempunyai satu bentuk keperibadian yang boleh memandu dan memberi semangat kepada rakyat untuk berjuang. Biasanya pemimpin yang berjiwa dan berperibadian demikian, walaupun berjaya membawa kemerdekaan kepada negaranya namun, dia mempunyai kekurangan dalam menggunakan sebaik mungkin kemerdekaan yang telah dicapai.

Banyak negara di dunia mengalami kemunduran selepas mencapai kemerdekaan dan dipimpin oleh pejuang kemerdekaan. Hal ini disebabkan semangat menentang penjajah berkobar terus, tidak berubah menjadi semangat membangun negara. Perubahan ke arah yang lebih baik hanya berlaku apabila negara tersebut diperintah oleh orang lain yang tidak terlibat dalam menentang penjajah. Semangat dan kekuatan mencari kemerdekaan boleh merosakkan kemerdekaan jika tidak dikawal. Perkara yang sama juga boleh terjadi kepada diri kita. Kekuatan untuk mencapai kejayaan, dan kekuatan mengawal kejayaan yang sudah diperolehi adalah berbeza. Kejayaan diperolehi dengan kekuatan yang melonjak-lonjak dan kurang kawalan, Setelah kejayaan diperolehi kekuatan tersebut perlu dikawal agar kejayaan tidak menjadi rosak.

Darif perlu menyusun semula dirinya dengan meletakkan semua peralatan yang ada Padanya, di bawah kawalan yang matang dan berhemah. Darif perlu mengubah peranannya daripada menjadi ‘mata’ yang mengawasi anggota organisasi kepada ‘jambatan’ yang menyambung individu dalam organisasi. Dia tidak perlu menjadi nadi organisasi, dia hanya perlu menjadi penyelaras yang mengharmonikan perjalanan organisasi. Dia tidak perlu melihat kepada pencapaian peribadinya tetapi melihat pencapaian kumpulannya. Dia hendaklah lebih yakin untuk mengagihkan kerja kepada individu-individu di bawahnya. Perubahan sikap begini akan menjadikannya lebih bijak mengawal pekerjaan tanpa menjejaskan produktiviti secara berkumpulan. Pada masa yang sama juga dia berpeluang untuk mengisi masanya bersama-sama keluarga dan masyarakat.

Darif adalah contoh manusia yang terjebak dalam penyakit ketagih kerja akibat pengalaman hidup sewaktu kecil.

Ada juga orang yang menjadikan pekerjaan sebagai tempat pelarian kerana masalah rumahtangga.


“Tidak Aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepada Aku.”

(Az-Zariat: 56)


0 comments:

Post a Comment