BAGI orang-yang memahami hukum fizik dan banyak mengkaji tentang   kehebatan Mekah akan menemukan sesuatu yang baru. Penemuan itu   menguatkan lagi keyakinan, Islam agama yang datang dari Tuhan yang Maha   Esa. Sekali gus, menjadikan diri semakin dekat kepada pencipta dan  terasa kerdilnya diri di sisi tuhan.
Prof.  Norhisham Wahab, Pengasas Color Vaibration Therapy yang banyak   mengkaji tentang kaitan amalan haji dengan sains menjelaskan, Mekah  adalah kawasan yang mempunyai graviti paling stabil.  Boleh dikatakan ia  kawasan paling selamat di dunia. Tidak keterlaluan  kalau dikatakan,  jika suatu hari nanti bumi mengalami kekacauan dan  malapetaka, Mekah  adalah bumi yang paling selamat untuk didiami.
 “Itulah  kawasan yang dicari-cari selama ini, di mana manusia boleh  tinggal  dengan selamat dan aman sehingga berlakunya kiamat. Sebagai   pusat bumi memang banyak keistimewaannya.  Tekanan gravitinya tinggi,   dan di situlah berpusatnya bunyi-bunyian yang membina yang tidak  boleh  didengar oleh telinga".
 “Suatu  masa dulu kiblat kita adalah masjid al-Aqsa dan di situlah pusat  bumi  ketika itu. Kemudian Allah perintahkan Nabi untuk berpaling ke  arah  Kaabah sebagai kiblat. Dari apa yang saya pernah kaji, berlaku  gempa  bumi dan pergerakan lempeng bumi di tanah Arab clan menyebabkan  pusat bumi berubah ke Mekah,” katanya.
Prof. Nohisham juga menjelaskan tekanan  graviti yang tinggi memberi  kesan langsung kepada sistem imun badan  untuk bertindak sebagai  pertahanan daripada segala serangan penyakit. Sebenarnya ketika berada  di sana, sistem imun akan menjadi lebih kuat secara semula jadi tanpa  bantuan vaksin.

Pengaruh graviti banyak memainkan peranan untuk merangsang kelenjar   pineal yang terletak di otak tengah untuk mengawal kekuatan sistem   imun. Memang sudah dibuktikan apabila berada di Mekah yang sakit akan  jadi sihat clan yang lemah akan bertenaga.   Apabila graviti tinggi maka  banyak elektron ion negatif yang berkumpul di situ. Sebab itulah doa  akan termakbul kerana di situ adalah tempat gema atau ruang dan masa  serentak.
Apa yang diniatkan di hati adalah gema yang tidak boleh  didengar tetapi boleh dikesan frekuensinya. Pengaruh elektron  menyebabkan kekuatan dalaman kembali tinggi, penuh bersemangat untuk  melakukan ibadat, tidak ada sifat putus asa, mahu terus hidup, penyerahan diri sepenuhnya kepada Allah.
 Ketika  berada di sisi Kaabah perasaan akan segera berubah menjadi  hening,  tenang, sayu, rendah diri, kerdil pada kebesaran tuhan. Semua  itu adalah pengaruh dari tekanan graviti yang tinggi. Meskipun ada niat  jahat Yahudi atau Kristian untuk menghancurkan Mekah, cubaan itu tidak  akan berjaya. Setinggi mana teknologi ketenteraan negara-negara maju  tetapi tidak dapat menembusi Mekah. Andai kata ada peluru berpandu yang  dihalakan ke Mekah untuk menghancurkannya, itu pun tidak akan berjaya. Gelombang radio tidak boleh mengesan kedudukan Kaabah. Begitulah  hebatnya tempat yang Allah pilih sebagai kiblat bagi umat Islam. Sudah  pastinya manusia biasa tidak mampu mencipta sesuatu sehebat itu. Malah  teknologi satelit pun tidak  boleh meneropong apa yang ada di dalam  Kaabah. Frekuensi radio tidak  mungkin dapat membaca apa-apa yang ada di  dalam Kaabah kerana tekanan graviti yang tinggi.
 “Tempat  yang paling tinggi tekanan gravitinya, mempunyai kandungan  garam dan  aliran anak sungai di bawah tanah yang banyak. Sebab itulah  jika bersembahyang di Masjidilharam walaupun di tempat yang terbuka  tanpa bumbung masih terasa sejuk. Sujud, dahi mencecah lantar masih  terasa dingin mamar yang dipanah matahari kerana tekanan graviti tinggi  itu,” terangnya.

Selama ini kita hanya diajar tentang melakukan ibadat haji, rukunnya,   sejarahnya, perkara yang dilarang semasa ihram clan penjagaan  kesihatan  ketika di Mekah. Mengapa tidak pernah ada ulama atau tokoh agama yang  memberitahu apa rahsia di sebalik rukun haji itu.  Hikmah-hikmah yang  selalu dilaung-laungkan tentang haji sudah terlalu  biasa sangat. Haji  dilihat sebagai satu pengorbanan, memerlukan  kesabaran yang tinggi,  persaudaraan, mengabdikan diri, melawan nafsu,  dugaan, persamaan,  perpaduan, kesudan rohani, menghambakan diri dan  satu cita-cita. Semua  yang dijelaskan terlalu subjektif.
 Justeru,  Al Islam mengambil kesempatan ini untuk merungkaikan nikmat di   sebalik tuntutan rukun haji dan larangan di dalam ihram berdasarkan   hubungannya di dalam sains. Ia sudah pasti dimulakan dengan niat. Nampak  mudah tetapi besar impaknya pada keseluruhan ibadat.  Niat di sini bukan  saja niat ihram tetapi juga niat kali pertama yang  terlintas di hati  untuk menunaikan haji. Menurut Prof Norhisham, apabila niat untuk  mengerjakan haji sudah terlintas di hati, ia sebenarnya sudah sampai ke  Kaabah.  Untuk mendapatkan haji yang mabrur bermula dari niat semasa di  tanah  air. Akuinya, memang ramai yang mampu untuk mengerjakan haji namun   untuk mendapatkan yang mabrur cukup sukar. Budaya masyarakat Melayu   sebenarnya banyak menghalang tujuan mendapatkan haji yang mabrur.

Katanya ramai yang tidak faham tentang ibadat tersebut. Ibadat haji  mempunyai hubungan yang sangat rapat antara manusia dengan tuhan.  Justeru tidak boleh ada rasa riak dan bangga diri. Jika membuat kenduri  pun tidaklah sampai menjemput satu kampung.
 ‘Niat ke sana untuk apa? Belum pun habis kita menyusun niat sebenamya  Kaabah sudah boleh mengesan apa yang di dalam hati kita. Niat itu ibarat  bar kod yang akan diimbas semasa di sana nanti.
  “Kita pergi ke sana untuk penyerahan diri pada tuhan, rasa kerdil pada  kebesaran Nya.  Secara automatik akan menyebabkan kita lupa pada urusan  dunia dan  kesusahan yang ditempuhi. Pemusatan fikiran hanya kepada Allah  tuhan  yang satu, ia akan datang dengan sendirinya apabila berada di  Mekah  kerana semua itu ada kaitan dengan kekuatan Kaabah sebagai pusat  bumi,” ujarnya.
 
Tambahnya lagi, Kaabah  bukan sekadar bangunan hitam empat persegi  tetapi satu tempat yang  ajaib kerana di situ pemusatan tenaga, graviti,  zon magnetisme sifar  dan tempat yang paling dirahmati. Mengapa bermalam  di  Muzdalifah dan Mina menjadi satu perkara yang wajib sebelum melontar   ketiga-ti
 ga jamrah. Di sebalik semua itu ada tujuan apabila Allah   menurunkan perintahnya. Menurut Prof Norhisham, wajib haji itu   bertujuan mendapatkan cukup rehat bagi memulihkan tenaga sebelum   kembali semula ke Masjidilharam menunaikan tawaf dan sai.
 “Tidur dengan posisi menghadap Kaabah secara automatik otak tengah akan  terangsang sangat aktif hingga tulang belakang.  Pengaruh graviti itu  penting untuk menentukan kedudukan kan tulang  belakang bagi mengha
 silkan  sel darah. Ini adalah sebagai langkah  persediaan untuk melakukan rukun  haji yang berikutnya sebab itulah diwajibkan bermalam.

“Semasa tawaf nanti memerlukan tenaga yang banyak untuk mengelilingi  Kaabah sebanyak tujuh kali. Bila bermalam di Mina seolah-olah kita  sudah dapat bateri baru untuk melakukan rukun yang lebih mencabar lagi,”   jelasnya. Manakala mengenai tawaf pula memang banyak keistimewaannya.   Pergerakan mengelilingi Kaabah arah lawan jam memberikan tenaga hayat   secara semula jadi daripada alam semesta. Sebenarnya pusat bumi itu   bukan sekadar untuk bumi saja tetapi ia seakan satu ruang atau suis yang   mengawal seluruh cakerawala, bintang, matahari, planet dan ruang   angkasa. Bermakna pusat bumi itu ada tenaga yang cukup kuat yang tidak   boleh dilihat, dengar, rasa tetapi boleh dikesan frekuensinya. Prof   Norhisham turut menjelaskan pergerakan lawan jam di dalam jumlah tujuh   pusingan. Katanya, semua yang ada di alam ini bergerak mengikut lawan  jam,  Allah telah tentukan hukumnya begitu. Elektron mengelilingi  nukles,  molekul protein terbentuk dari kiri ke kanan, darah beredar  juga dari  arah yang sama di dalam badan, sperma juga beredar mengikut  lawan jam,  matahari, bulan dan planet semuanya berputar mengikut hukum  yang sama.
Peredaran darah atau apa saja di dalam tubuh manusia mengikut lawan jam. Justeru dengan  mengelilingi Kaabah mengikut lawan jam, bermakna  peredaran darah di  dalam badan meningkat dan sudah tentunya akan  menambahkan tenaga.   Sebab itulah orang yang berada di Mekah sentiasa  bertenaga, sihat dan panjang umur.
  “Manakala bilangan tujuh itu adalah simbolik kepada tidak terhingga   banyaknya. Angka tujuh itu membawa maksud tidak terhad atau terlalu   banyak. Dengan melakukan tujuh kali pusingan sebenarnya kita mendapat   ibadat yang tidak terhad jumlahnya,” terang Prof Norhisham.  Manakala di  dalam menunaikan rukun haji, ada perkara yang dilarang  semasa berihram  seperti tidak boleh tutup kepala, muka dan tapak  tangan. Rambut, janggut  tidak boleh disapu minyak, tidak boleh  menanggalkan bulu dan rambut,  memotong kuku dan memakai pakaian  bersarung yang berjahit- khususnya  bagi lelaki.
Semua larangan itu ada penerangan-nya. Larangan memakai topi, songkok  atau menutup kepala kerana rambut clan bulu roma adalah ibarat antena  untuk menerima gelombang yang balk yang dipancarkan terus dari Kaabah.  Begitu juga, muka clan tangan mempunyai fungsi yang sama. Sebab itulah  selepas  melakukan haji kita seperti dilahirkan semula sebagai manusia  baru  kerana segala yang buruk telah ditarik keluar clan digantikan  dengan  nur atau cahaya yang baru. 
Selepas selesai semua  itu barulah bercukur atau tahalul. Tujuannya  untuk melepaskan diri  daripada pantang larang dalam ihram. Namun rahsia  di  sebaliknya adalah untuk membersihkan antena atau reseptor kita dari   segala kekotoran supaya hanya gelombang yang baik saja akan diterima   oleh tubuh. 
Sambungnya lagi, penggunaan kain kapas sebagai kain ihram selain untuk  menonjolkan persamaan di sisi tuhan, wujud rahsia yang lebih mendalam.  Kain kapas menurut Prof Norhisham adalah simbolik tanah hitam yang  berunsur karbon. Kapas adalah unsur yang paling bersih. Sudah dikaji,  kain kapas boleh membiaskan atau memantulkan semula radiasi gelombang   jarak jauh atau gelombang infra merah. Gelombang ini memang sudah   dikenal pasti mempunyai kesan yang tidak baik kepada badan,” jelas.   
 
Sumber: Majalah Al Islam (keluaran Sept)