Sekadar renungan


Bila Allah cepat makbulkan Doamu, Maka DIA Menyayangimu,

Bila DIA Lambat Makbulkan doamu, Maka DIA Ingin Mengujimu,

Bila DIA Tidak Makbulkan Doamu, Maka Dia Merancang Sesuatu Yang lebih Baik Untukmu.

Oleh itu, Sentiasalah Bersangka Baik Pada ALLAH Dalam Apa Jua Keadaan Pun... Kerana Kasih sayang ALLAH Itu Mendahului KemurkaanNya.

********************************************************

Saat itu, hadir syaitan yang terkuat, sementara si hamba dalam kondisi paling lemah. Siapakah yang selamat?


Ya Allah, jadikanlah amal terbaik kami sebagai penutup amal kami. Jadikanlah umur terbaik kami sebagai akhirnya. Dan jadikanlah hari terbaik kami sebagai hari kami menjumpai-Mu
.


Sabda Nabi s.a.w ;"...dan sesungguhnya waktu yang paling syaitan dengan manusia adalah disaat kematian (nazak) ","(Riwayat Abu Na'im)" didalam sepotong ayat Mursyal , Nabi s.a.w bersabda dengan membawa maksud ," Saat paling hampir musuh Allah (syaitan) itu dengan manusia ialah dikala terbit rohnya".

ZIKIR HARIAN

HARI AHAD: Ya Hayyu Ya Qayyum ( 1000 X )
HARI ISNIN: La haula wala quwwata illa billa hil 'aliyyil 'a ziim ( 1000 X )
HARI SELASA: Allahumma salli 'ala 'abdika warasulika wanabiyyikal amiina wa'ala alihi wasahbihi wasallim ( 1000 X )
HARI RABU: Astagh firullahal 'a ziim ( 1000 X )
HARI KHAMIS: Subhanallahii 'a ziim , Subhanallahi wabihamdihi ( 1000 X )
HARI JUMAAT: Ya Allah ( 1000 X )
HARI SABTU: La ilaha illallah ( 1000 X )

Sedikit Ilmu untuk dikongsi bersama...



Imam Ja’far Ash-shadiq (sa) berkata: “Barangsiapa yang membaca surat Ar-Rahman, dan ketika membaca kalimat ‘Fabiayyi âlâi Rabbikumâ tukadzdzibân’, ia mengucapkan: Lâ bisyay-in min âlâika Rabbî akdzibu (tidak ada satu pun nikmat-Mu, duhai Tuhanku, yang aku dustakan), jika saat membacanya itu pada malam hari kemudian ia mati, maka matinya seperti matinya orang yang syahid; jika membacanya di siang hari kemudian mati, maka matinya seperti matinya orang yang syahid.” (Tsawabul A’mal, hlm 117).

Bacaan Surah

.

Followers

Blog ini mengandungi Maklumat dan Koleksi ibadah untuk diri saya . Sekiranya ia baik , kita kongsi bersama , sekiranya ianya tidak baik , elakkanlah. Saya hanya insan biasa yang mencari ilmu selagi hayat dikandung badan...

.

Monday, April 1, 2013

Wasilah


Firman Allah yang bermaksud:

“Dan carilah jalan yang boleh menyampaikan kepadaNya.” (Surah al-Maidah: 35)

Al-Wasilah ialah jalan yang menyampaikan kamu kepada Allah SWT dan menghasilkan maksud dan tujuannya.

Al-Wasilah juga bermakna, suatu tempat yang paling tinggi dalam syurga yang diberi keistimewaan hanya kepada seorang sahaja iaitulah Nabi s.a.w.

Tempat ini ialah tempat yang paling hampir dengan ‘Arasy.

Disebut di dalam hadis sahih yang diriwayatkan oleh Bukhari dan lain-lain dari Jabir bin Abdullah r.a., sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

“Sesiapa yang berkata (membaca), ketika mendengar azan atau iqamah, doa selepas azan, dia akan memperolehi syafaat aku pada hari kiamat.”

Yakni diwajibkan menerima syafaat Nabi pada hari kiamat kepada orang yang berdoa dengan doa itu yang bermaksud,

“Ya Allah Ya Tuhanku, Yang Memiliki Seruan yang sempurna dan sembahyang yang didirikan. Kurniakanlah kepada Nabi Muhammad s.a.w akan al-Wasilah (tempat yang tinggi di dalam syurga) dan kelebihan. Dan bangkitlah dia ke suatu makam yang terpuji yang Engkau telah janjikan kepadanya.”

Dalam kitab Sahihnya, Imam Muslim meriwayatkan hadis yang sama dengan tambahan, sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

“Apabila kamu mendengar muazin melaungkan azan maka sebutlah sebagaimana dia sebutkan kecuali pada ‘hayya ‘alassolah dan hayya ‘alal falah’.

“Kemudian berselawatlah kamu kepada aku, nescaya Allah akan berselawat kepada kamu dengan 10 selawat.”

Yakni Allah mengurniakan kepada kamu 10 rahmat.

“Kemudian mintalah untuk aku ‘al-Wasilah’. Sesungguhnya ia suatu tempat di dalam di dalam syurga yang tidak sayugia melainkan untuk seorang hamba sahaja di kalangan hamba-hamba Allah.”

“Aku berharap bahawa akulah orangnya. Maka sesiapa memohon untuk aku al-Wasilah nescaya berlangsunglah baginya syafaatku.”

Dalam hadis yang lain yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan At-Tirmizi, dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:

“Apabila kamu berselawat kepadaku maka mintalah kepada aku al-wasilah.” Lalu seorang sahabat bertanya, “Wahai Rasulullah! Apakah dia wasilah?” Sabda Rasulullah s.a.w.: “Tempat itu ialah satu tempat atau satu darjat yang paling tingi dalam syurga. Tidak boleh mencapainya melainkan seorang lelaki sahaja dan aku berharap bahawa akulah orangnya.”

Hadis yang lain yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas r.a., sabda rasulullah s.a.w. yang bermaksud:

“Mintalah kepada Allah, untuk aku, al-Wasilah, maka sesungguhnya tidak meminta untuk aku al-wasilah oleh seseorang hamba di dalam dunia ini melainkan akulah yang menjadi saksi atau yang memberi syafaat kepadanya pada hari kiamat.”

Ini adalah hadis-hadis yang menunjukkan kelebihan kita berdoa selepas azan sebagaimana doa yang diajar oleh Nabi s.a.w. di mana di dalam doa itu menyebut al-Wasilah yang bermaksud, tempat yang tinggi yang diberi kepada Nabi s.a.w. di dalam syurga.

sisaflah.blogspot

0 comments:

Post a Comment