Sekadar renungan


Bila Allah cepat makbulkan Doamu, Maka DIA Menyayangimu,

Bila DIA Lambat Makbulkan doamu, Maka DIA Ingin Mengujimu,

Bila DIA Tidak Makbulkan Doamu, Maka Dia Merancang Sesuatu Yang lebih Baik Untukmu.

Oleh itu, Sentiasalah Bersangka Baik Pada ALLAH Dalam Apa Jua Keadaan Pun... Kerana Kasih sayang ALLAH Itu Mendahului KemurkaanNya.

********************************************************

Saat itu, hadir syaitan yang terkuat, sementara si hamba dalam kondisi paling lemah. Siapakah yang selamat?


Ya Allah, jadikanlah amal terbaik kami sebagai penutup amal kami. Jadikanlah umur terbaik kami sebagai akhirnya. Dan jadikanlah hari terbaik kami sebagai hari kami menjumpai-Mu
.


Sabda Nabi s.a.w ;"...dan sesungguhnya waktu yang paling syaitan dengan manusia adalah disaat kematian (nazak) ","(Riwayat Abu Na'im)" didalam sepotong ayat Mursyal , Nabi s.a.w bersabda dengan membawa maksud ," Saat paling hampir musuh Allah (syaitan) itu dengan manusia ialah dikala terbit rohnya".

ZIKIR HARIAN

HARI AHAD: Ya Hayyu Ya Qayyum ( 1000 X )
HARI ISNIN: La haula wala quwwata illa billa hil 'aliyyil 'a ziim ( 1000 X )
HARI SELASA: Allahumma salli 'ala 'abdika warasulika wanabiyyikal amiina wa'ala alihi wasahbihi wasallim ( 1000 X )
HARI RABU: Astagh firullahal 'a ziim ( 1000 X )
HARI KHAMIS: Subhanallahii 'a ziim , Subhanallahi wabihamdihi ( 1000 X )
HARI JUMAAT: Ya Allah ( 1000 X )
HARI SABTU: La ilaha illallah ( 1000 X )

Sedikit Ilmu untuk dikongsi bersama...



Imam Ja’far Ash-shadiq (sa) berkata: “Barangsiapa yang membaca surat Ar-Rahman, dan ketika membaca kalimat ‘Fabiayyi âlâi Rabbikumâ tukadzdzibân’, ia mengucapkan: Lâ bisyay-in min âlâika Rabbî akdzibu (tidak ada satu pun nikmat-Mu, duhai Tuhanku, yang aku dustakan), jika saat membacanya itu pada malam hari kemudian ia mati, maka matinya seperti matinya orang yang syahid; jika membacanya di siang hari kemudian mati, maka matinya seperti matinya orang yang syahid.” (Tsawabul A’mal, hlm 117).

Bacaan Surah

.

Followers

Blog ini mengandungi Maklumat dan Koleksi ibadah untuk diri saya . Sekiranya ia baik , kita kongsi bersama , sekiranya ianya tidak baik , elakkanlah. Saya hanya insan biasa yang mencari ilmu selagi hayat dikandung badan...

.

Friday, April 12, 2013

Hak Untuk Ditunai, Bukan Dituntut.



Assalammualaikum semua,saya kini berada di Mafraq, satu wilayah yang terletak diutara Jordan,ianya mengambil masa satu jam perjalanan dari Irbid dengan menaiki bas.Ketika sedang asyik menikmati pemandangan hamparan bumi Jordan sepanjang perjalanan menuju ke Mafraq, tiba-tiba "mundurnya negara Jordan ni"...hatiku bermonolog,  lantas terus teringat apa yang berlaku dibeberapa negara arab yang ditimpa benca pemberontakan rakyat.  Saya berfikir sejenak  ,kenapa perkara ini boleh berlaku...??

Saudaraku yang disayangi , sesungguhnya kewujudan kita di persada alam ini bukan satu kebetulan atau sekadar untuk hidup semata-mata atau untuk tujuan bermain-main serta memburu keseronokan.Sebaliknya kehidupan yang diberikan dalam jangkamasa yang terbatas ini adalah medan untuk kita memberikan sumbangan dan pemberian sebanyak yang boleh.Namun bukan itu yang ingin saya cetuskan di sini,anggaplah ia sekadar pembuka bicara. Berbalik kepada persoalan tadi,kenapa pemberontakan di beberapa buah negara Arab ini boleh berlaku..?

Konflik Global 

Kebanyakkan akhbar dan media massa melaporkan,"rakyat bangkit menuntut hak yang dinafikan kerajaan".Ya,kerana kerajaan menafikan hak rakyat,rakyat bangun untuk mendapatkan hak mereka.Dan sekarang kita lihat apa yang terjadi,adakah sang rakyat mendapat apa yang dipinta,dan adakah kerajaan boleh meneruskan tugas memajukan negara..? Sudah tentu kedua-dua pihak dalam kecelakaan dan mereka semua adalah orang-orang yang rugi.  Ya,mereka semua rugi.Tidak cukup lagi mereka dikenali negara mundur sebelum ini,ditambah pula kini lebih jauh jatuh dalam kancah kemunduran, setentunya statistik inflasi semakin mendaki,  pengangguran rakyat makin meningkat, yang paling teruk jenayah akan tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan, itu yang pasti....!

Siapa yang bersalah dalam drama ini...?

Kini bukan masa untuk kita menunding jari untuk mencari dan menghukum pihak mana yang bersalah,kita perlu mencari titik penamat untuk permasalahan ini.  Rumusnya mudah untuk menyelesaikan masalah ini,iaitu rakyat menunaikan hak mereka sebagai rakyat,dan kerajaan menunaikan hak sebagai kerajaan.  Apa yang pasti hasil dari rumus ini ialah,negara aman , maju dan mampu menjadi negara contoh kepada masyarakat dunia.Ini contoh diperingkat antarabangsa.Mari kita lihat skop yang lebih kecil.

Konflik Domestik

Seringkali kita melihat didada akhbar tempatan tentang masalah berbentuk "tuntutan".Sebagai contoh masalah rumah tangga,tidak dinafikan bahawa ada juga permasalahan rumah tangga berpunca dari faktor lain,tetapi kebanyakkannnya berpunca dari tuntutan hak dari suami isteri kepada pasangan masing-masing.  Si isteri menuntut hak sepencarian dari suami,tidak kurang juga si suami menuntut hak penjagaan anak-anak dari isteri, maka bermulalah episod kehancuran sebuah rumah tangga yang dahulunya dipenuhi dengan taburan janji untuk hidup semati  ,susah senang ,suka duka ingin dilalui bersama ,hanya kerana MENUNTUT HAK,  semuanya menjadi debu yang bertebangan di sahara Andalus,  yang setentunya sang anak menjadi mangsa keadaan.

Sedarlah wahai saudaraku,sudah sekian lama kita dididik dengan satu sistem yang membutakan sikap "menunai" dan lebih mencelikkan sikap "menuntut",  dan serangan dari perang saraf ini telah berjaya mengubah sikap kita.  Lihat sahaja kepada sistem yang ada pada hari ini yang sering kali melaung-laungkan perkataan "hak keistimewaan","hak itu","hak ini".   Sesungguhnya mereka telah berjaya mendidik kita untuk menjadi penuntut tegar yang hanya tahu menuntut dan terus menuntut.

Solusi dan Penutup

Sidang pembaca yang dirahmati Allah ,suka untuk saya mengajak diri sendiri dan saudara semua untuk menanam sikap "menunaikan hak" tidak kira walau siapa pun kita.Jika hari ini kita sebagai seorang anak ,ibu, ayah, adik, abang ,kakak ,kawan, sahabat, pelajar, guru, suami ,isteri, tetamu, tuan rumah  ,pelanggan, taukey, rakyat,  kerajaan hatta khalifah yang memimpin 2/3 dunia sekalipun,  tunaikanlah hak kita,  kerana memberi itu lebih ringan dari meminta.  Jika masih ada diantara kita yang masih lagi berpegang kepada sikap "menuntut",  tunggulah saat kehancuran datang menjemput kita secara senyap tanpa sebarang notis....!


Akhir kata dari saya, sama-sama kita bahagiakan kehidupan kita dengan menunaikan hak,  bukan menuntut hak.  Ingat,  what you give , you get back.


Muizz Ashari
Mafraq Jordan

0 comments:

Post a Comment