Sekadar renungan


Bila Allah cepat makbulkan Doamu, Maka DIA Menyayangimu,

Bila DIA Lambat Makbulkan doamu, Maka DIA Ingin Mengujimu,

Bila DIA Tidak Makbulkan Doamu, Maka Dia Merancang Sesuatu Yang lebih Baik Untukmu.

Oleh itu, Sentiasalah Bersangka Baik Pada ALLAH Dalam Apa Jua Keadaan Pun... Kerana Kasih sayang ALLAH Itu Mendahului KemurkaanNya.

********************************************************

Saat itu, hadir syaitan yang terkuat, sementara si hamba dalam kondisi paling lemah. Siapakah yang selamat?


Ya Allah, jadikanlah amal terbaik kami sebagai penutup amal kami. Jadikanlah umur terbaik kami sebagai akhirnya. Dan jadikanlah hari terbaik kami sebagai hari kami menjumpai-Mu
.


Sabda Nabi s.a.w ;"...dan sesungguhnya waktu yang paling syaitan dengan manusia adalah disaat kematian (nazak) ","(Riwayat Abu Na'im)" didalam sepotong ayat Mursyal , Nabi s.a.w bersabda dengan membawa maksud ," Saat paling hampir musuh Allah (syaitan) itu dengan manusia ialah dikala terbit rohnya".

ZIKIR HARIAN

HARI AHAD: Ya Hayyu Ya Qayyum ( 1000 X )
HARI ISNIN: La haula wala quwwata illa billa hil 'aliyyil 'a ziim ( 1000 X )
HARI SELASA: Allahumma salli 'ala 'abdika warasulika wanabiyyikal amiina wa'ala alihi wasahbihi wasallim ( 1000 X )
HARI RABU: Astagh firullahal 'a ziim ( 1000 X )
HARI KHAMIS: Subhanallahii 'a ziim , Subhanallahi wabihamdihi ( 1000 X )
HARI JUMAAT: Ya Allah ( 1000 X )
HARI SABTU: La ilaha illallah ( 1000 X )

Sedikit Ilmu untuk dikongsi bersama...



Imam Ja’far Ash-shadiq (sa) berkata: “Barangsiapa yang membaca surat Ar-Rahman, dan ketika membaca kalimat ‘Fabiayyi âlâi Rabbikumâ tukadzdzibân’, ia mengucapkan: Lâ bisyay-in min âlâika Rabbî akdzibu (tidak ada satu pun nikmat-Mu, duhai Tuhanku, yang aku dustakan), jika saat membacanya itu pada malam hari kemudian ia mati, maka matinya seperti matinya orang yang syahid; jika membacanya di siang hari kemudian mati, maka matinya seperti matinya orang yang syahid.” (Tsawabul A’mal, hlm 117).

Bacaan Surah

.

Followers

Blog ini mengandungi Maklumat dan Koleksi ibadah untuk diri saya . Sekiranya ia baik , kita kongsi bersama , sekiranya ianya tidak baik , elakkanlah. Saya hanya insan biasa yang mencari ilmu selagi hayat dikandung badan...

.

Friday, April 26, 2013

Terima Kasih Abang



Aku duduk keseorangan di pasir putih.. menatap ke arah laut yg terbentang luas ¦ sambil ku perhatikan riak-riak air ditepian pantai¦ teringat semula aku pada remajaku yang penuh dengan detik-detik hitam¦

Aku berasal dari sebuah keluarga yang kuat dengan  pegangan agama dan kedua ibubapaku adalah orang-orang yang berdisiplin.   Aku .. pada asalnya seorang gadis yang begitu taat dengan ibubapa dan tidak pernah sekali melawan apatahlagi mengherdik mereka berubah menjadi seorang yang biadab dan kurang ajar.. Ini semua disebabkan salah pergaulaan sewaktu aku di sekolah menengah.  Sepatah ibu cakap sepuluh aku menjawabnya. Semasa di menengah lima aku sentiasa pulang lewat.. kadang kala hingga ke pukul dua belas tengah malam. Telah berkali-kali dinasihati dan dimarahi tetapi kepalaku ini sudah tidak dimakan ajar.. Seluruh keluargaku menjadi bimbang dengan perubahan sikapku ¦  terutama  sekali abang kesayanganku.

Pada suatu hari.. terjadi pertengkaran yang hebat diantara aku dan abangku¦ "Ela, kenapa kau asyik balik lambat aje.. kan tak baik anak gadis balik lewat-lewat malam selalu, apa nanti orang-orang kata!!" tegur abangku yang berdiri di muka pintu pada malam aku balik dari Fire Disco.

"Aahh¦ kalau abang balik malam-malam tak apa.. kalau Ela tak boleh???.. Mana adil.!!. Kalau abang boleh balik malam Ela pun bolehlah..!!" jawabku marah ¦"Kau tu perempuan Ela.. kalau jadi sesuatu .. keluarga yang dapat malu nanti.."kata abang dengan nada yang agak tinggi.."Sudahlah abang¦. Abang dengan emak dan ayah sama aje.. kuno.. Sekarang moden bang.. perempuan dan lelaki dah setaraf.."jawabku selamba¦

"Tapi kau mesti ingat aku tak boleh mengandung.. kau boleh.." sambung abang ku.. "Sudahlah bang.. Ela penat okay!!!. Ela nak tidur.." kata ku.."Ela!!! Dengar sini.. Kalau lain kali kau balik lambat lagi.. aku bilang mak suruh kunci kau jangan kasi kau kebebasan lagi.."

"Apa ni bang.. abang agak Ela ni binatang ye??   Boleh dikunci¦.Jalan dah!!!.. siapa kisah kalau pintu kunci Ela boleh keluar dari tingkap.."

"Kau semakin biadab sekarang nie ye Ela!!" kata abang marah.

Dengan tiba-tiba tangan abangku yg kasa itu hinggap ke mukaku.. aku ditamparnya.. Tangan yang dahulunya selalu membelai dan bermain denganku hinggap ke pipiku yang dahulunya selalu dikucupnya.. Aku tergamam sebentar.. tanpa berkata apa-apa lagi aku pun mengangkat begku yang belum panas duduk di kerusi dan terus bergegas keluar dari rumah tanpa berkata apa-apa.. Ibu tersentak dari tidur. Ibu cuba menahanku tetapi abang melarang.

"Biarkan dia mak.. kalau sudah tidak dapat dididik lagi biar dia keluar daripada memalukan keluarga¦nanti dia sedar, dia balik¦"kata abang tegas.

Aku berlari dengan airmata berlinangan membasahi pipiku.. hatiku terasa pilu.. abang kesayanganku telah menamparku.. Aku yang tidak pernah dipukul apalagi ditampar oleh ayah atau ibu telah ditampar oleh abang .. abang kesayanganku.. Aku berlari tanpa tujuan.. akhirnya kakiku membawaku ke rumah Ina.. kawan baikku .. Ku ceritakan segala-galanya kepadanya. Ina.. kawan sepermainnanku sejak kecil yang sentiasa menjadi tempat aku mengongsi rahsia.. Tetapi sejak berkawan dengan Jo.. Ina ku tinggalkan.. Tetapi kini aku ke rumah Ina lagi¦Ku ceritakan segala yang telah terjadi diantara aku dan abangku tadi¦

"Sabarlah Ela, tapi yang dikatakan oleh abang kau tu banyak kebenarannya.. Engkau yang bersalah dalam hal ini Ela.." nasihat Ina kepadaku..

"Kau pun salahkan aku???" tanyaku pantas¦ olehkerana kepenatan kata-kata Ina ku diamkan sahaja.

Malam itu aku bermalam di rumah Ina.. Esok pagi setelah sarapan .. aku mula beredar untuk ke rumah Jo.. setibanya di sana ku ceritakan kisahku kepada teman lelaki ku itu..

"Sudahlah Ela .. apa yang you fikirkan sangat¦ mari ikut I.. I tahu bagaimana you boleh lupakan all your problems tu¦" katanya sambil tersenyum manis..

Jo mengajakku ke satu tempat yang tidak pernah akupergi.. Aku dibawanya ke sebuah pondok yang terpencil dan usang di Punggol.. Apabila aku masuk.. aku dapati rumah itu penuh dengan asap dan remaja-remaja yang berpasang-pasangan di kawasaan sudut rumah yang mungkin roboh dua tiga bulan lagi itu ¦ Mereka kelihatan seperti berada di dalam keadaan mabuk.. dalam alam khayalan... Jo membawaku ke satu sudut yang mana tidak diduduki oleh penghuni-penghuni rumah itu¦ Aku disuruhnya mencuba barang yang dikatakannya membawa ketenangan itu.. Pada awalnya aku cuba menolak¦tetapi Jo terus memujukku..

"Come on Ela.. try it.. enjoylah.. I guarantee you boleh lupakan semua masalah you tu.."

Dengan perasaan ragu-ragu aku memberanikan diri mencuba benda yang memberi khayalan kepada ku itu¦..    Jo menyuntikkan dadah yang dikatanya heroin itu ketangan kiri ku¦  Setelah beberapa minit kemudian, ku dengar imbasan suara orang merumpuh masuk ke pondok yang usang itu . Aku cuba amati wajah marah yang menatapku di dedaun pintu..

"Mari balik Ela!!!!" teriak suara seakan-akan suara  abangku.. nadanya yang marah menyebabkan aku kebingungan.. terasa seakan-akan aku berada dirumah .. dan dihadapannya..

"Hey!!! Lu sapa nie nak suruh Ela balik hah????" halang Jo.. Pada saat itu.. kepala ku telah pun merasa pusing.. aku terasa seperti aku berada di langit yang ke tujuh..

Segala yang terjadi disekelilingku tidak ku sedari lagi¦mata ku terasa berat¦….tanganku mula longlai¦  aku terasa tanganku ditarik¦ ku rasa bilik yang aku berada pada ketika itu menjadi semakin panas¦  Pandangan mataku menjadi hitam dengan tiba-tiba ..

Sebaiknya aku sedar.. aku berada di katil hospital¦  Aku dimasukkan ke Hospital Besar Singapura.. dan aku dikelilingi oleh Ina dan ibuku ..

"Abangggggg¦.. Mana abang???".. perkataan yang pertama keluar dari mulut ku…. Ku lihat seraut wajah ibu yang tiba-tiba bertukar seakan-akan ditutupi awan mendung¦ ibu menangis¦ airmata bercucuran membasahi pipi ibu ..


"Ayah.. mana ayah mak???".. tanyaku risau¦"Ayah kau berada di dalam wad intensif .. dia diserang sakit jantung dengan tiba-tiba.."jawab Ina perlahan..  "Mana abangku Ina???" soalanku itu ku tujukan lagi.. tetapi kali ini kepada Ina.. Ina terdiam.. soalan itu ku ulangi buat kali ketiga.. "Mana abangku Ina!!???"

Air kaca menyaluti mata Ina¦  dengan nada rendah dia berkata.. "Ela.. bawak bertenang.. abangmu telah pergi menemui Ilahi".. Ina menangis¦

"Astaghfirullaah"¦ kalimah allah ku keluarkan.. aku menjadi lesu¦ " What happened Ina???"

"Ela.. kau ingat tak masa kau di pondok usang yang terletak di punggol itu???¦" "Pada waktu abang kau ingin membawa kau pulang .. satu pergelutan telah terjadi di antara abang kau dengan Jo .. tiba-tiba¦ api yang dinyalakan di dalam pondok tu terjatuh dan telah menyebabkan kebakaran pada pondok itu.. Sewaktu abang engkau cuba menyelamatkan kau.. rumah itu telah terbakar teruk.. akibatnya seluruh anggota belakang abangmu terbakar teruk sewaktu mengangkatmu keluar dari rumah itu ..

Akibat dari itu.. abang mu hangus di kebanyakkan  bahagian badannya dan tidak dapat diselamatkan oleh doktor.. Mayatnya telah dikebumikan semalam.".."Ela .. kau sebenarnya sudah tiga hari tak sedarkan diri.." katanya perlahan..

Hatiku pilu.. badanku lesu.. akalku seperti tidak dapat menerima kenyatan yang baru disampaikan oleh temanku Ina tadi.. kali ini .. tidak dapat ku tahan lagi airmata dari jatuh mengalir ke pipiku.. Abang ku meninggal kerana menyelamatkan ku.. aku kesal.. kesal dengan sikapku yang menyebabkan kematian abang kesayangan ku itu.. satu-satunya saudaraku¦

Seminggu kemudiannya .. aku dimasukkan ke pusat pemulihan dadah untuk menjalani rawatan selama tiga bulan.

Bapaku pula.. alhamdulillaah.. pulih sepenuhnya setelah empat minggu menjalani rawatan intensif di Hospital Besar Singapura..

Tiap kali ku terkenang peristiwa pahit yang meragut nyawa abangku itu.. hatiku terasa sebak .. dan airmata pasti mengalir mestipun aku cuba menahannya¦ tiada lain yang dapat ku lakukan kecuali mendoakan agar roh Allahyarham abangku sentiasa dirahmati Allah SWT¦

"Abang.... Maafkan Ela!!!"



0 comments:

Post a Comment