Sekadar renungan


Bila Allah cepat makbulkan Doamu, Maka DIA Menyayangimu,

Bila DIA Lambat Makbulkan doamu, Maka DIA Ingin Mengujimu,

Bila DIA Tidak Makbulkan Doamu, Maka Dia Merancang Sesuatu Yang lebih Baik Untukmu.

Oleh itu, Sentiasalah Bersangka Baik Pada ALLAH Dalam Apa Jua Keadaan Pun... Kerana Kasih sayang ALLAH Itu Mendahului KemurkaanNya.

********************************************************

Saat itu, hadir syaitan yang terkuat, sementara si hamba dalam kondisi paling lemah. Siapakah yang selamat?


Ya Allah, jadikanlah amal terbaik kami sebagai penutup amal kami. Jadikanlah umur terbaik kami sebagai akhirnya. Dan jadikanlah hari terbaik kami sebagai hari kami menjumpai-Mu
.


Sabda Nabi s.a.w ;"...dan sesungguhnya waktu yang paling syaitan dengan manusia adalah disaat kematian (nazak) ","(Riwayat Abu Na'im)" didalam sepotong ayat Mursyal , Nabi s.a.w bersabda dengan membawa maksud ," Saat paling hampir musuh Allah (syaitan) itu dengan manusia ialah dikala terbit rohnya".

ZIKIR HARIAN

HARI AHAD: Ya Hayyu Ya Qayyum ( 1000 X )
HARI ISNIN: La haula wala quwwata illa billa hil 'aliyyil 'a ziim ( 1000 X )
HARI SELASA: Allahumma salli 'ala 'abdika warasulika wanabiyyikal amiina wa'ala alihi wasahbihi wasallim ( 1000 X )
HARI RABU: Astagh firullahal 'a ziim ( 1000 X )
HARI KHAMIS: Subhanallahii 'a ziim , Subhanallahi wabihamdihi ( 1000 X )
HARI JUMAAT: Ya Allah ( 1000 X )
HARI SABTU: La ilaha illallah ( 1000 X )

Sedikit Ilmu untuk dikongsi bersama...



Imam Ja’far Ash-shadiq (sa) berkata: “Barangsiapa yang membaca surat Ar-Rahman, dan ketika membaca kalimat ‘Fabiayyi âlâi Rabbikumâ tukadzdzibân’, ia mengucapkan: Lâ bisyay-in min âlâika Rabbî akdzibu (tidak ada satu pun nikmat-Mu, duhai Tuhanku, yang aku dustakan), jika saat membacanya itu pada malam hari kemudian ia mati, maka matinya seperti matinya orang yang syahid; jika membacanya di siang hari kemudian mati, maka matinya seperti matinya orang yang syahid.” (Tsawabul A’mal, hlm 117).

Bacaan Surah

.

Followers

Blog ini mengandungi Maklumat dan Koleksi ibadah untuk diri saya . Sekiranya ia baik , kita kongsi bersama , sekiranya ianya tidak baik , elakkanlah. Saya hanya insan biasa yang mencari ilmu selagi hayat dikandung badan...

.

Wednesday, November 14, 2012

Tanda Suami Tidak Sayang !



“Bersyukurlah kepada Allah SWT kerana telah melimpahkan rahmat-Nya di hati suami lalu kerana rahmat itu suami pun menyayangi anda.”

Jika suami menunjukkan tanda-tanda tak sayang kepada anda, itu disebabkan telah tercabutnya rahmat Allah dari rumah anda. Seharusnya suami dan isteri bermuhasabah mengapa boleh terhakis rasa sayang itu? Ada saja masalah yang muncul ke permukaan apatah lagi yang mendap di dasar hati menjadi dendam. Apakah puncanya kemarahan, benci dan bosan yang makin menjadi-jadi?

Tanda-tanda suami tak sayang boleh dirasai apabila tiada lagi keamanan dalam rumah, sentiasa mahu berperang mencari salah dan silap anda. Tak puas hati dengan sikap dan layanan anda, boleh jadi suami mendiamkan diri saja seolah-olah anda tidak wujud bersamanya. Kemuncaknya bila suami mula seronok dengan pergaulan di luar rumah, mencari kebebasan sesuka hati dan lupakan tanggungjawabnya sebagai ketua rumahtangga.

Setiap perkahwinan mesti diuji, tak kira siapakah yang menjadi suami atau isteri. Pasangan ustaz atau ustazah, raja-raja, guru, orang-orang kaya atau miskin, semuanya diuji tanpa terkecuali. Ramai yang risau apabila suami tak sayang lagi tapi berapa ramai yang risau apabila Allah Taala tak sayang disebabkan kelalaian dan maksiat yang dilakukan?

Dosa menyebabkan hati manusia kotor, hati pula menyuruh anggota badan melakukan apa yang dimahunya. Semua berpunca dari hati, jika suci hatinya maka baiklah seluruh anggotanya dan sebaliknya. Maknanya semua masalah di dunia ini berpunca dari dosa kepada Allah dan dosa kepada makhluk. Contohnya apabila seorang isteri tinggal sembahyang, hatinya lalai dan tenggelam dalam kesibukan dunia, mencari kepuasan dunia dengan kerja lebih masa dan berhibur pun lebih masa, sampai menghabiskan duit pun berlebih-lebihan. Hati isteri tak tenang kerana tak puas-puas juga mengikuti hawa nafsunya. Hubungan dengan suami diabaikan kerana hatinya terlalu fokus kepada kerja, duit dan bergaya.

Anak-anak terabai, suami tak selesa dan rumah pun tak terurus kerana isteri lupa tanggungjawabnya. Semua bermula dari hati yang kotor oleh dosa. Begitu pula suami yang tak suka mendekati Allah, lemah imannya, tak peduli halal dan haram asalkan nikmat, tak takut Tuhan Maha Melihat. Hidup mereka takkan tenang selagimana belum bertaubat. Bagaimana mahu mencintai keluarga jika tak mampu mencintai diri sendiri? Orang yang membiarkan dirinya menjadi mangsa syaitan dan nafsu adalah mereka yang tak sayang diri sendiri.

Hubungan suami isteri berkait rapat dengan hubungan mereka kepada Allah, jika baik dengan Allah maka baiklah dengan pasangannya. Dan jika jauh dengan Allah maka jauhlah dengan pasangannya. Kerana kasih sayang itu datangnya dari rahmat Allah SWT yang diturunkan ke lubuk hati sanubari insan.

Sebagaimana sabda RAsulullah SAW yang bermaksud: “Jika Allah mencintai hamba-Nya, Dia akan memangil Jibril seraya berfirman: Wahai Jibril sesungguhnya Aku mencintai hamba ini maka cintailah dia, lalu Jibril pun mencintainya. Kemudian Jibril menyeru kepada penduduk langit: Wahai penduduk langit sesungguhnya Allah mencintai hamba ini maka cintailah ia. Maka penduduk langit pun mencintainya sehingga Allah menjadikan penduduk bumi pun mencintai hamba itu.” (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim)

Bagaimanakah mendapatkan cinta Allah? Di manakah jalan-jalan yang harus ditempuhi dan ke arah mana kaki mesti melangkah menghampiri-Nya?

Al-Quran telah menunjukkan manusia di mana letaknya cinta Allah iaitu;

1. Bertaubat, dalam firman-Nya yang bermaksud; “Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang bertaubat dan membersihkan diri.” (Surah Al-Baqarah ayat: 222)
2. Berbuat baik dalam firman-Nya yang bermaksud; “Sesungguhnya Allah mencintai orang yang berbuat baik.” (Surah Al-Baqarah ayat: 195)
3. Berlaku adil dalam firman-Nya yang bermaksud; “Sesungguhnya Allah mencintai orang yang berbuat adil.” (Surah Al-Maidah ayat: 42)

Tiga kekuatan inilah yang akan melonjakkan rasa cinta di hati suami terhadap isterinya dan begitu juga sebaliknya. Bertaubatlah, berbuat baiklah dan berlaku adillah, nescaya kasih sayang pasangan anda bertambah-tambah setiap hari hingga ke hujung nyawa, berpisah kerana Allah dan bertemu kerana Allah jua.

Rasulullah SAW menjelaskan tentang bagaimana seorang hamba mendapat cinta Allah dengan melakukan perintah dan menjauhi larangan-Nya.

Sabda baginda SAW yang bermaksud: Allah berfirman: Tidaklah hamba-Ku mendekat kepada-Ku dengan sesuatu yang lebih baik dari apa yang Aku fardhukan ke atasnya. Dan hamba-Ku sentiasa mendekat kepada-Ku dengan amalan sunnah sehingga Aku mencintai-Nya.” (Hadis riwayat Al-Bukhari dan Mulim)

Telah diterangkan melalui Al-Quran dan Sunnah Nabi SAW bagaimana mendapat cinta Allah supaya cinta suami semakin kuat kepada isteri. Bertaubat, berbuat baik kepada manusia, berlaku adil, menunaikan yang fardhu dan menambahi dengan ibadah sunat, begitulah jalannya. Jangan cari jalan syirik yang memusnahkan! Semoga kita dimudahkan Allah, Amin Ya Rab !

DrJuanda.com

0 comments:

Post a Comment