Tuesday, November 27, 2012
Ikhlas
Ketahuilah,
memelihara ikhlas lebih sukar daripada menghidupkan ikhlas.
Seseorang hanya perlu berperang sekejap sahaja dengan nafsunya
sebelum berjaya melakukan sesuatu perbuatan dengan ikhlas,
tetapi dia perlu berperang dengan nafsunya sepanjang hayatnya
untuk memelihara ikhlas yang sudah dilakukannya dahulu.
Walau melalui arah mana pun diperhatikan,
persoalannya tetap kembali kepada hati.
Hati menjadi medan perebutan kuasa di antara nafsu dengan ikhlas.
Modal nafsu adalah kepentingan diri.
Nafsu mengingatkan sesuatu yang dia ada kepentingan
atau hak padanya telah dilepaskan kepada orang lain.
Oleh kerana nafsu tidak mati maka ingatannya
kepada yang kehilangan itu juga tidak mati.
Jihad terhadap nafsu ini berpanjangan.
Ikhlas adalah umpama bayi suci yang perlu dipelihara
dan dilindungi daripada dibaham oleh harimau nafsu.
Cara menundukkan harimau nafsu adalah jangan memberinya makan.
Makanannya adalah cerita
mengenai haknya yang telah terlepas ke tangan orang lain.
Racun bagi harimau nafsu
adalah cerita mengenai kebaikan Tuhan
yang membahagikan nikmat yang tidak terhingga kepada makhluk-Nya.
Penetapan hak Allah atau Allah jualah Pemilik sebenar,
akan melindungi bayi suci
daripada musuh-musuh yang mahu mencederakannya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment