Tuesday, November 27, 2012
Wirid dan Warid
SESUNGGUHNYA WIRID MENDATANGKAN KEPADA KAMU WARID SUPAYA KAMU MENDEKAT DAN MASUK KE HADRAT ALLAH S.W.T.
WIRID MENDATANGKAN KEPADA KAMU WARID SUPAYA KAMU TERSELAMAT DARI KEKUASAAN DEBU-DEBU DUNIA DAN SUPAYA KAMU MERDEKA DARI PERBUDAKAN MATA BENDA DAN SYAHWAT KEDUNIAAN.
WIRID MENDATANGKAN KEPADA KAMU WARID SUPAYA KAMU BEBAS DARI PENJARA WUJUD KAMU DAN MASUK KEPADA SYUHUD (PENYAKSIAN).
Tidak mungkin bayi suci yang lahir dalam hati dapat dipelihara dan dilindungi dengan kekuatan dan kepandaian seseorang manusia itu. Manusia berhajat kepada Allah s.w.t untuk memelihara dan melindunginya. Hanya kurniaan Allah s.w.t yang mendatangi hati seseorang hamba itu yang mampu menjadi tentera menjaga khazanah kebaikan yang ada dalam hati. Kurniaan Allah s.w.t itu hanya menetap jika suasana hati sesuai untuknya. Allah s.w.t berkuasa mencabut semula apa juga kurniaan-Nya kepada hamba-Nya. Kesalihan telah dicabut daripada Azazil sehingga dia menjadi iblis. Kesalihan juga telah dicabut daripada Bal’am bin Ba’ura sehingga dia hidup di hutan seperti haiwan. Sesiapa yang menyangka kebaikan dan kelebihan yang ada padanya sebagai hak mutlaknya, lupa dia kepada kurniaan Allah s.w.t dan kekuasaan-Nya, sesungguhnya orang itu menanti masa untuk menerima kemurkaan Allah s.w.t. Sekiranya Allah s.w.t mengasihani seseorang hamba itu Dia akan meletakkan sesuatu kelemahan pada hamba tersebut. Kelemahan itu sentiasa membayanginya untuk memperingatkannya tentang tarafnya sebagai hamba Tuhan yang sentiasa berhajat kepada-Nya. Nabi Muhammad s.a.w dihadapkan dengan kelemahan dalam membuat bapa saudara baginda s.a.w, Abu Talib, mengucapkan dua kalimah syahadah. Nabi Nuh a.s dihadapkan dengan kelemahan dalam memujuk isteri dan anak supaya ikut menaiki kapalnya. Orang kaya dihadapkan dengan penyakit yang hartanya tidak mampu mengubatinya. Orang yang diberi kebolehan dihadapkan dengan kelemahan mendapatkan sesuatu yang sangat diingininya. Setiap orang berdiri dengan kelemahan yang tidak mungkin dia mengatasinya, kecuali dengan izin Allah s.w.t. Hal yang demikian menjadi rahmat yang memelihara kehambaan pada seseorang hamba itu.
Hikmat-hikmat di atas menceritakan tentang persiapan hati untuk menerima kedatangan kurniaan Allah s.w.t. Persiapan hati itu dinamakan wirid dan kurniaan Allah s.w.t dinamakan warid.
Aurad atau wirid adalah amal ibadat yang dilakukan secara berterusan menurut satu pola yang tertentu. Orang yang mengamalkan wirid akan melakukan jenis ibadat yang serupa pada tiap-tiap hari. Jika satu-satu amalannya tidak dapat dilakukannya pada masa yang biasa dia melakukannya kerana sesuatu halangan yang tidak dapat dielakkannya, maka dia akan melakukan amalan yang tertinggal itu pada masa lain. Apabila seseorang sudah beramal secara demikian dengan teguh, maka dia dikatakan beramal secara aurad atau wirid. Amal ibadat yang dilakukan dengan banyak hanya pada hari-hari tertentu dan tidak dilakukan dengan banyak pada hari-hari lain tidak dinamakan wirid.
Wirid yang terbaik adalah yang menggabungkan sembahyang, puasa dan zikir, seperti yang diamalkan oleh Rasulullah s.a.w semasa hidup baginda s.a.w. Wirid yang diamalkan oleh Rasulullah s.a.w diikuti oleh para sahabat. Dari para sahabat amalan ini berkembang kepada generasi-generasi kemudian hinggalah ke hari ini. Guru-guru yang arif kemudiannya menyusun wirid-wirid yang boleh diamalkan oleh murid-murid mereka mengikut darjat rohani mereka. Murid yang tekun mengamalkan wirid yang ditalkinkan oleh gurunya berkemungkinan didatangi oleh warid.
Warid adalah pengalaman rohani yang dikurniakan Allah s.w.t kepada hati murid yang mengekali wirid. Selain dinamakan warid, ia juga dipanggil dengan nama-nama lain seperti hal, pengalaman hakikat, waridah, Nur Ilahi, Sir dan lain-lain, menurut istilah tasauf . Banyaknya istilah yang digunakan adalah kerana sukarnya mahu menceritakan tentang apa yang sebenar berlaku pada hati seseorang yang menerima kurniaan Allah s.w.t. Nur atau warid yang datang kepada hati seorang murid tidak sama dengan yang lain. Masa kedatangannya juga tidak serupa, walaupun murid-murid tersebut mengamalkan wirid yang serupa. Ada murid yang cepat mendapat warid dan ada yang lambat bahkan ada juga yang tidak pernah memperolehinya. Tempoh warid menetap di dalam hati juga tidak serupa. Ada yang memperolehi warid hanya sekadar beberapa minit sahaja, kemudian ia menghilang. Ada yang bertahan selama satu minggu, sebulan, setahun dan sebagainya. Keadaan tidak menentu itu terjadi kerana murid belum mencapai keteguhan atau istiqamah. Warid yang menetap hingga menjadi sifat murid itu dinamakan wisal dan dia akan hidup berterusan dengan wisal yang menyerap pada dirinya, hingga ke akhir hayatnya.
Seorang murid atau salik perlulah bersungguh-sungguh mengamalkan wirid atau aurad bagi menyucikan hati agar hati itu berada dalam keadaan yang sesuai dan layak menerima kedatangan warid atau Nur Ilahi. Wirid adalah amalan untuk mempersiapkan diri, bukan wirid itu yang mengangkat seseorang ke Hadrat Allah s.w.t, bukan wirid yang mendatangkan warid. Warid adalah semata-mata kurniaan Allah s.w.t, tetapi hanya hati yang sesuai sahaja yang boleh menanggung kedatangannya, seperti juga wahyu yang merupakan kurniaan Allah s.w.t namun, hanya hati nabi-nabi yang boleh menerima kedatangannya. Apabila seseorang itu menerima kedatangan warid itu tandanya Allah s.w.t berkenan membawanya hampir dengan-Nya. Warid yang diterima oleh hati itu menarik hati kepada Allah s.w.t dengan mengeluarkannya dari penjara dunia dan syaitan. Kekuatan dunia, hawa nafsu, syaitan dan mata benda tidak dapat menyekat hati yang berjalan dengan warid kerana warid itu adalah tarikan langsung dari Allah s.w.t, bahkan orang yang menerima warid itu sendiri tidak dapat menghalang berlakunya kesan warid ke atas dirinya. Tarikan langsung dari Allah s.w.t mengelurkan hati nurani dari penjara wujud dan masuk ke dalam tauhid yang hakiki, menyaksikan (syuhud) dengan mata hatinya akan keesaan Allah s.w.t.
Orang yang hatinya didatangi warid akan mengalami perubahan yang luar biasa. Jiwanya akan berasa tenang dan fikirannya tidak lagi kusut-masai. Dia dapat merasakan kelazatan beribadat dan berzikir. Warid yang masuk ke dalam hati menghancurkan sifat-sifat yang keji dan melahirkan sifat-sifat yang terpuji.
Warid yang diterima oleh hati melahirkan beberapa jenis perasaan. Hati mungkin berasa gembira dan mungkin juga berasa sayu bila menerima kedatangan warid. Warid dalam suasana gembira adalah tajalli Allah s.w.t kepada hamba-Nya dengan sifat Jamal (keindahan). Warid yang melahirkan rasa sedih dan kecut hati adalah tajalli Allah s.w.t dengan sifat Jalal (kebesaran). Orang yang mengalami suasana sifat keindahan Allah s.w.t akan merasai kedamaian, ketenangan, keseronokan, kelazatan dan sangat membahagiakan. Pengalaman rohani tersebut membuatnya mengenali Allah s.w.t sebagai Tuhan Yang Maha Pemurah, Maha Penyayang, Maha Lemah-lembut, Maha Pengampun dan sifat-sifat lain yang menyenangkan. Apabila hati rohani mengalami sifat-sifat keagungan dan keperkasaan Allah s.w.t maka akan terasa kecut hatinya, menggeletar tubuhnya dan mungkin dia jatuh pengsan. Pengalaman begini membuatnya mengenali Allah s.w.t sebagai Tuhan Yang Maha Perkasa, Maha Keras, Maha Tegas, Maha Hebat seksaan-Nya dan tidak ada sesuatu yang terlepas dari genggaman-Nya.
Pengalaman warid adalah umpama Mikraj (tangga) untuk mencapai Allah s.w.t. Warid peringkat pertama menggerakkan hati supaya rajin beribadat dan mendekatkan diri kepada Allah s.w.t. Warid peringkat kedua memutuskan si hamba dari pergantungan kepada makhluk dan membulatkan semangatnya untuk berpegang kepada Allah s.w.t semata-mata. Warid peringkat ke tiga melepaskan si hamba dari sifat-sifat kemanusiaan dan seterusnya bebas dari kewujudan yang terbatas lalu masuk kepada Wujud Mutlak yang tiada batas. Kesedarannya tidak ada lagi pada dirinya dan alam maujud seluruhnya, yang ada hanya Allah s.w.t Yang Maha Esa lagi Maha Berdiri Dengan Sendiri.
Al Hikam
Ikhlas
Ketahuilah,
memelihara ikhlas lebih sukar daripada menghidupkan ikhlas.
Seseorang hanya perlu berperang sekejap sahaja dengan nafsunya
sebelum berjaya melakukan sesuatu perbuatan dengan ikhlas,
tetapi dia perlu berperang dengan nafsunya sepanjang hayatnya
untuk memelihara ikhlas yang sudah dilakukannya dahulu.
Walau melalui arah mana pun diperhatikan,
persoalannya tetap kembali kepada hati.
Hati menjadi medan perebutan kuasa di antara nafsu dengan ikhlas.
Modal nafsu adalah kepentingan diri.
Nafsu mengingatkan sesuatu yang dia ada kepentingan
atau hak padanya telah dilepaskan kepada orang lain.
Oleh kerana nafsu tidak mati maka ingatannya
kepada yang kehilangan itu juga tidak mati.
Jihad terhadap nafsu ini berpanjangan.
Ikhlas adalah umpama bayi suci yang perlu dipelihara
dan dilindungi daripada dibaham oleh harimau nafsu.
Cara menundukkan harimau nafsu adalah jangan memberinya makan.
Makanannya adalah cerita
mengenai haknya yang telah terlepas ke tangan orang lain.
Racun bagi harimau nafsu
adalah cerita mengenai kebaikan Tuhan
yang membahagikan nikmat yang tidak terhingga kepada makhluk-Nya.
Penetapan hak Allah atau Allah jualah Pemilik sebenar,
akan melindungi bayi suci
daripada musuh-musuh yang mahu mencederakannya.
Hati Yang Mati
SEBAHAGIAN DARIPADA TANDA MATINYA HATI IALAH APABILA TIDAK BERASA SEDIH JIKA TERLEPAS SESUATU AMAL KEBAIKAN DARIPADANYA DAN TIDAK MENYESAL JIKA TERJADI PERBUATAN YANG TIDAK BAIK OLEHNYA.
Jika kita renungi kembali kepada diri zahir manusia,
Haiwan yang cerdik (manusia), dipanggil nafsu natiqah menurut istilah tasauf .
Manusia menjadi istimewa kerana memiliki hati rohani.
Hati yang sihat melahirkan takwa, iaitu pengabdian kepada Allah s.w.t.
Haiwan yang pandai berfikir inilah yang dikatakan manusia yang mati hatinya.
Kematian hati tidak dapat dikenal
Apa juga kejayaan dan kecemerlangan yang diperolehi
Kita telah dinasihatkan supaya jangan meninggalkan zikir
walaupun tidak hadhir hati ketika berzikir.
Begitu juga dengan ibadat dan amal kebaikan.
Janganlah meninggalkan ibadat lantaran hati tidak khusyuk ketika beribadat
dan jangan meninggalkan amal kebaikan
lantaran hati belum ikhlas dalam melakukannya.
Khusyuk dan ikhlas adalah sifat hati yang sempurna.
lantaran hati belum ikhlas dalam melakukannya.
Khusyuk dan ikhlas adalah sifat hati yang sempurna.
Zikir, ibadat dan amal kebaikan
adalah cara-cara untuk membentuk hati agar menjadi sempurna.
Hati yang belum mencapai tahap kesempurnaan dikatakan hati itu berpenyakit.
Jika penyakit itu dibiarkan, tidak diambil langkah mengubatinya,
pada satu masa, hati itu mungkin boleh mati.
Mati hati berbeza daripada mati tubuh badan.
Orang yang mati tubuh badan ditanam di dalam tanah.
Orang yang mati hatinya,
tubuh badannya masih sihat
dan dia masih berjalan ke sama ke mari di atas muka bumi ini.
Jika kita renungi kembali kepada diri zahir manusia,
kita akan dapat menyusunnya
sebagai tubuh, nyawa, naluri-naluri dan akal fikiran.
Bila dibandingkan dengan haiwan,
kita akan mendapati susunan haiwan seperti susunan manusia juga..
Haiwan mempunyai tubuh badan, nyawa dan naluri-naluri.
Bezanya adalah haiwan tidak mempunyai akal fikiran.
Oleh sebab manusia memiliki akal fikiran
maka manusia boleh diistilahkan sebagai haiwan yang cerdik.
Haiwan yang cerdik (manusia), dipanggil nafsu natiqah menurut istilah tasauf .
Pemilikan akal tidak mengubah manusia dari status kehaiwanan.
Jika ada haiwan berbangsa monyet, harimau, kuda dan lain-lain,
maka ada haiwan berbangsa manusia.
Haiwan berbangsa manusia menjadi raja memerintah semua haiwan yang lain.
Akal fikiran yang ada pada mereka
membuat mereka boleh membentuk kehidupan yang lebih sempurna
dari haiwan lain yang tidak berakal.
Akal fikiran juga mampu membuat haiwan bangsa manusia
menawan daratan, lautan dan udara.
Walaupun mereka berjaya menawan daratan dengan kenderaan mereka namun,
itu tidak membezakan mereka daripada kuda dan haiwan lain
yang mampu juga menawan daratan.
Walaupun mereka berjaya menawan lautan namun,
itu tidak membezakan mereka daripada haiwan ikan yang juga menggunakan lautan. Walaupun mereka berjaya menawan udara namun,
itu tidak membezakan mereka daripada haiwan burung yang juga menggunakan udara. Kemampuan yang ditunjukkan oleh akal fikiran
tidak mengubah status haiwan yang ada pada manusia.
Apakah yang menjadikan manusia sebagai insan, bukan haiwan?
Manusia menjadi istimewa kerana memiliki hati rohani.
Hati mempunyai nilai yang mulia yang tidak dimiliki oleh akal fikiran.
Semua anggota dan akal fikiran menghala kepada alam benda
sementara hati rohani menghala kepada Pencipta alam benda.
Hati mempunyai persediaan untuk beriman kepada Tuhan.
Hati yang menghubungkan manusia dengan Pencipta.
Hubungan dengan Pencipta memisahkan manusia daripada daerah haiwan
dan mengangkat darjat mereka menjadi makhluk yang mulia.
Hati yang cergas, sihat dan dalam keasliannya yang murni,
berhubung erat dengan Tuhannya.
Hati itu menyuluh akal fikiran
agar akal fikiran dapat berfikir tentang Tuhan dan kejadian Tuhan.
Hati itu menyuluh juga kepada anggota tubuh badan
agar mereka tunduk kepada perintah Tuhan dan menjauhi larangan-Nya.
Hati yang berjaya menaklukkan akal fikiran dan anggota tubuh badannya serta mengarahkan mereka berbuat taat kepada Allah s.w.t adalah hati yang sihat.
Hati yang sihat melahirkan takwa, iaitu pengabdian kepada Allah s.w.t.
Takwalah yang membezakan kedudukan seseorang hamba pada sisi Tuhan.
Semakin tinggi darjat ketakwaan semakin hampir seorang hamba dengan Tuhannya. Semakin rendah darjat takwa semakin hampir seseorang dengan daerah kehaiwanan.
Jika takwa tidak ada jadilah manusia itu haiwan yang pandai berfikir dan berkata-kata.
Haiwan yang pandai berfikir inilah yang dikatakan manusia yang mati hatinya.
Dia tidak dapat menggerakkan fikiran dan anggotanya menuju kepada Allah s.w.t.
Bahagian yang menghala kepada Pencipta tidak berfungsi,
hanya bahagian yang menghala kepada alam benda merupakan bahagian yang aktif. Manusia yang mati hatinya atau manusia yang berbangsa haiwan ini
tidak berasa sedih
jika terlepas peluang baginya
untuk melakukan amalan yang mendekatkan diri dengan Tuhan
dan dia tidak berasa kesal jika dia berbuat dosa dan maksiat
yang menjauhkan dirinya daripada Allah s.w.t.
Kematian hati tidak dapat dikenal
jika seseorang itu mengambil daya nilai keduniaan sebagai piawaian.
Ramai orang yang menurut pengertian tasauf sudah mati hatinya
tetapi mereka mencapai berbagai-bagai kecemerlangan dalam kehidupan dunia.
Mereka menjadi pemimpin kepada orang ramai.
Mereka menciptakan berbagai-bagai benda keperluan manusia.
Mereka berjaya mendaki Gunung Everest.
Mereka memegang bermacam-macam rekod kejohanan.
Mereka menguasai kekayaan dan berbagai-bagai lagi kejayaan dan kecemerlangan.
Apa juga kejayaan dan kecemerlangan yang diperolehi
hendaklah diletakkan di atas neraca akhirat.
Jika kejayaan dan kecemerlangan itu mampu menambahkan berat dacing kebaikan,
maka kejayaan dan kecemerlangan itu adalah benar.
Jika tidak
ia hanyalah fatamorgana.
Alhikam.
Friday, November 23, 2012
Hari Asyura
Dari Ibnu Abbas r.a. katanya, ketika Nabi s.a.w. tiba di Madinah,
Baginda melihat orang yahudi berpuasa pada hari asyura. Nabi pun
bertanya, "Hari apa ini ?". Jawab mereka, "Hari ini ialah hari yang
baik. Pada hari ini Allah melepaskan Bani Israil dari musuh mereka,
kerana itu Nabi Musa berpuasa kerananya". Sabda Nabi, "Aku lebih berhak
daripada kamu dengan Musa". Oleh itu Nabi berpuasa dan menyuruh orang
lain berpuasa pada hari asyura. (HR Bukhari)
Dari Aisyah r.a. katanya "Biasanya orang Quraisy pada masa jahiliah berpuasa pada hari asyura dan Nabi s.a.w. pun berpuasa. Ketika Baginda tiba di Madinah, Baginda juga berpuasa pada hari asyura dan menyuruh orang lain berpuasa juga". (HR Muslim)
Dari Salamah bin Akwa r.a. dia menceritakan bahawa Rasulullah s.a.w. mengutus seorang lelaki suku Aslam pada hari Asyura dan memerintahkan kepadanya supaya mengumumkan kepada orang ramai, "Sesiapa yang belum puasa hari ini hendaklahlah dia berpuasa dan siapa yang telah terlanjur makan hendaklahlah dia puasa juga sejak mendengar pemgumuman ini sampai malam". (HR Muslim)
Dari Ibnu Abbas r.a katanya, " Penduduk Khaibar berpuasa pada hari asyura dan menjadikannya sebagai hari raya, dimana wanita mereka memakai perhiasan dan pakaian yang indah pada hari itu. Lalu Rasulullah s.a.w. bersabda, "Puasalah kamu pada hari itu". (HR Muslim)
Dari Abu Qatadah Al-Anshari r.a. katanya Rasulullah s.a.w. ditanya orang tentang puasa hari arafah (9 Zulhijjah). Jawab baginda, "Dapat menghapus dosa tahun yang lalu dan tahun yang akan datang". Kemudian Nabi ditanya pula tentang puasa hari asyura (10 Muharram). Jawab baginda, "Dapat menghapus dosa tahun yang lalu". (HR Muslim)
Imam Syafi`e Rahimahullahu Ta`ala menyebutkan di dalam Kitab Al-Umm dan Al-Imla', disunatkan berpuasa tiga hari iaitu hari kesembilan (Tasu`a'), kesepuluh (`Asyura') dan kesebelas bulan Muharram. Tetapi tidak ditegah jika berpuasa hanya pada 10 Muharram sahaja.
Dari Aisyah r.a. katanya "Biasanya orang Quraisy pada masa jahiliah berpuasa pada hari asyura dan Nabi s.a.w. pun berpuasa. Ketika Baginda tiba di Madinah, Baginda juga berpuasa pada hari asyura dan menyuruh orang lain berpuasa juga". (HR Muslim)
Dari Salamah bin Akwa r.a. dia menceritakan bahawa Rasulullah s.a.w. mengutus seorang lelaki suku Aslam pada hari Asyura dan memerintahkan kepadanya supaya mengumumkan kepada orang ramai, "Sesiapa yang belum puasa hari ini hendaklahlah dia berpuasa dan siapa yang telah terlanjur makan hendaklahlah dia puasa juga sejak mendengar pemgumuman ini sampai malam". (HR Muslim)
Dari Ibnu Abbas r.a katanya, " Penduduk Khaibar berpuasa pada hari asyura dan menjadikannya sebagai hari raya, dimana wanita mereka memakai perhiasan dan pakaian yang indah pada hari itu. Lalu Rasulullah s.a.w. bersabda, "Puasalah kamu pada hari itu". (HR Muslim)
Dari Abu Qatadah Al-Anshari r.a. katanya Rasulullah s.a.w. ditanya orang tentang puasa hari arafah (9 Zulhijjah). Jawab baginda, "Dapat menghapus dosa tahun yang lalu dan tahun yang akan datang". Kemudian Nabi ditanya pula tentang puasa hari asyura (10 Muharram). Jawab baginda, "Dapat menghapus dosa tahun yang lalu". (HR Muslim)
Imam Syafi`e Rahimahullahu Ta`ala menyebutkan di dalam Kitab Al-Umm dan Al-Imla', disunatkan berpuasa tiga hari iaitu hari kesembilan (Tasu`a'), kesepuluh (`Asyura') dan kesebelas bulan Muharram. Tetapi tidak ditegah jika berpuasa hanya pada 10 Muharram sahaja.
Wednesday, November 14, 2012
Tanda Suami Tidak Sayang !
“Bersyukurlah kepada Allah SWT kerana telah melimpahkan rahmat-Nya di
hati suami lalu kerana rahmat itu suami pun menyayangi anda.”
Jika suami menunjukkan tanda-tanda tak sayang kepada anda, itu
disebabkan telah tercabutnya rahmat Allah dari rumah anda. Seharusnya
suami dan isteri bermuhasabah mengapa boleh terhakis rasa sayang itu?
Ada saja masalah yang muncul ke permukaan apatah lagi yang mendap di
dasar hati menjadi dendam. Apakah puncanya kemarahan, benci dan bosan
yang makin menjadi-jadi?
Tanda-tanda suami tak sayang boleh dirasai apabila tiada lagi
keamanan dalam rumah, sentiasa mahu berperang mencari salah dan silap
anda. Tak puas hati dengan sikap dan layanan anda, boleh jadi suami
mendiamkan diri saja seolah-olah anda tidak wujud bersamanya.
Kemuncaknya bila suami mula seronok dengan pergaulan di luar rumah,
mencari kebebasan sesuka hati dan lupakan tanggungjawabnya sebagai ketua
rumahtangga.
Setiap perkahwinan mesti diuji, tak kira siapakah yang menjadi suami
atau isteri. Pasangan ustaz atau ustazah, raja-raja, guru, orang-orang
kaya atau miskin, semuanya diuji tanpa terkecuali. Ramai yang risau
apabila suami tak sayang lagi tapi berapa ramai yang risau apabila Allah
Taala tak sayang disebabkan kelalaian dan maksiat yang dilakukan?
Dosa menyebabkan hati manusia kotor, hati pula menyuruh anggota badan
melakukan apa yang dimahunya. Semua berpunca dari hati, jika suci
hatinya maka baiklah seluruh anggotanya dan sebaliknya. Maknanya semua
masalah di dunia ini berpunca dari dosa kepada Allah dan dosa kepada
makhluk. Contohnya apabila seorang isteri tinggal sembahyang, hatinya
lalai dan tenggelam dalam kesibukan dunia, mencari kepuasan dunia dengan
kerja lebih masa dan berhibur pun lebih masa, sampai menghabiskan duit
pun berlebih-lebihan. Hati isteri tak tenang kerana tak puas-puas juga
mengikuti hawa nafsunya. Hubungan dengan suami diabaikan kerana hatinya
terlalu fokus kepada kerja, duit dan bergaya.
Anak-anak terabai, suami tak selesa dan rumah pun tak terurus kerana
isteri lupa tanggungjawabnya. Semua bermula dari hati yang kotor oleh
dosa. Begitu pula suami yang tak suka mendekati Allah, lemah imannya,
tak peduli halal dan haram asalkan nikmat, tak takut Tuhan Maha Melihat.
Hidup mereka takkan tenang selagimana belum bertaubat. Bagaimana mahu
mencintai keluarga jika tak mampu mencintai diri sendiri? Orang yang
membiarkan dirinya menjadi mangsa syaitan dan nafsu adalah mereka yang
tak sayang diri sendiri.
Hubungan suami isteri berkait rapat dengan hubungan mereka kepada
Allah, jika baik dengan Allah maka baiklah dengan pasangannya. Dan jika
jauh dengan Allah maka jauhlah dengan pasangannya. Kerana kasih sayang
itu datangnya dari rahmat Allah SWT yang diturunkan ke lubuk hati
sanubari insan.
Sebagaimana sabda RAsulullah SAW yang bermaksud: “Jika Allah
mencintai hamba-Nya, Dia akan memangil Jibril seraya berfirman: Wahai
Jibril sesungguhnya Aku mencintai hamba ini maka cintailah dia, lalu
Jibril pun mencintainya. Kemudian Jibril menyeru kepada penduduk langit:
Wahai penduduk langit sesungguhnya Allah mencintai hamba ini maka
cintailah ia. Maka penduduk langit pun mencintainya sehingga Allah
menjadikan penduduk bumi pun mencintai hamba itu.” (Hadis riwayat Imam
Al-Bukhari dan Muslim)
Bagaimanakah mendapatkan cinta Allah? Di manakah jalan-jalan yang
harus ditempuhi dan ke arah mana kaki mesti melangkah menghampiri-Nya?
Al-Quran telah menunjukkan manusia di mana letaknya cinta Allah iaitu;
1. Bertaubat, dalam firman-Nya yang bermaksud; “Sesungguhnya Allah
mencintai orang-orang yang bertaubat dan membersihkan diri.” (Surah
Al-Baqarah ayat: 222)
2. Berbuat baik dalam firman-Nya yang bermaksud; “Sesungguhnya Allah
mencintai orang yang berbuat baik.” (Surah Al-Baqarah ayat: 195)
3. Berlaku adil dalam firman-Nya yang bermaksud; “Sesungguhnya Allah
mencintai orang yang berbuat adil.” (Surah Al-Maidah ayat: 42)
Tiga kekuatan inilah yang akan melonjakkan rasa cinta di hati suami
terhadap isterinya dan begitu juga sebaliknya. Bertaubatlah, berbuat
baiklah dan berlaku adillah, nescaya kasih sayang pasangan anda
bertambah-tambah setiap hari hingga ke hujung nyawa, berpisah kerana
Allah dan bertemu kerana Allah jua.
Rasulullah SAW menjelaskan tentang bagaimana seorang hamba mendapat
cinta Allah dengan melakukan perintah dan menjauhi larangan-Nya.
Sabda baginda SAW yang bermaksud: Allah berfirman: Tidaklah hamba-Ku
mendekat kepada-Ku dengan sesuatu yang lebih baik dari apa yang Aku
fardhukan ke atasnya. Dan hamba-Ku sentiasa mendekat kepada-Ku dengan
amalan sunnah sehingga Aku mencintai-Nya.” (Hadis riwayat Al-Bukhari dan
Mulim)
Telah diterangkan melalui Al-Quran dan Sunnah Nabi SAW bagaimana
mendapat cinta Allah supaya cinta suami semakin kuat kepada isteri.
Bertaubat, berbuat baik kepada manusia, berlaku adil, menunaikan yang
fardhu dan menambahi dengan ibadah sunat, begitulah jalannya. Jangan
cari jalan syirik yang memusnahkan! Semoga kita dimudahkan Allah, Amin
Ya Rab !
DrJuanda.com
3 Tanda
Tipu daya syaitan dan bisikan hawa nafsu sentiasa mempermain-mainkan
kehidupan seorang insan, setiap saat kedua-duanya bersatu tenaga
merancang untuk merobohkan benteng iman di hati manusia. Namun begitu
tidaklah Allah Taala menyerahkan sebulat-bulatnya diri orang mukmin
untuk menjadi hidangan syaitan dan hawa nafsu mereka, bahkan Allah Taala
membersih jiwa orang mukmin itu setiap saat hingga mereka kembali
kepada-Nya dalam keadaan sebersih-bersihnya
Apakah tanda-tanda Allah mensucikan diri seorang hamba?
1. Diturunkan musibah kepadanya lalu dia reda.
2. Dihidupkan jiwanya lalu dia bertaubat.
3. Dituntun hatinya lalu dia suka beribadat
Tiga perkara yang amat besar fungsinya untuk memastikan hamba yang
beriman tetap terjaga dan terlindung dari jenayah hawa nafsu dan tipu
daya syaitan. Sehingga dia bertemu Allah dalam keadaan suci, bersih lagi
diredai.
Diturunkan musibah kepadanya lalu dia reda.
Sesunggguhnya musibah akan membentuk tiga karakter manusia.
Sesunggguhnya musibah akan membentuk tiga karakter manusia.
1. Jiwa yang unggul, teruji dan benar cintanya kepada Allah Taala.
Musibah amat berkait rapat dengan perasaan kejiwaan manusia, apakah dia reda dan akur atas kehendak Allah kemudian percaya dengan ganjaran bagi orang yang sabar? Apakah dia menerima musibah itu sebagai hadiah terindah dari kekasih Yang Maha mengasihani? Apakah musibah itu mampu melonjakkan imannya ke tahap yang lebih tinggi sehingga dia sentiasa meneliti kekurangan diri? Kemudian bertanya: “Mengapakah Allah memilih diriku? Apakah dosa-dosaku yang harus disucikan dengan datangnya musibah ini, bagaimanakah aku harus memperbaiki diri dan amalku?” Akhirnya, lahir satu keyakinan bahawa Allah akan mengganti musibah itu dengan kebaikan yang akan datang selepasnya. Sesuai dengan Firman-Nya: “Sesungguhnya bersama kesusahan itu ada kemudahan.” (Surah Al-Insyirah ayat 5)
2. Jiwa yang memberontak.
Apabila seseorang menerima musibah dengan hati yang berprasangka buruk kepada Allah. Dia berkata: “Tuhan telah menghinakan aku, menyerahkan aku kepada orang-orang yang jahat lalu mereka menzalimiku. Tuhan menolak doa-doaku, mencampakkan ibadatku sehingga empat puluh hari, Dia tidak menerima amal salehku. Dia menghukum, menutup pintu langit, menahan rezeki dan mengazabku dengan musibah ini. Nauzu billahimin dzalik, betapa bijaknya syaitan meniupkan penyakit putus harapan yang mematikan jiwa reda seorang hamba. Hal ini amat bertentangan dengan suruhan Allahkepada orang yang berdosa didalam surah al-Zumar ayat: 53.
Katakanlah: “Wahai hamba-hamba-Ku yang malampaui batas terhadap diri
mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah.
Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dia-lah
yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
3. Jiwa yang mudah berpaling.
Kesetiaan menjadi faktor terpenting dalam perhubungan, sebagaimana seorang hamba mesti membuktikan setianya kepada Allah dalam setiap keadaan. Susah atau senang, sibuk atau lengang, kaya atau miskin, terkenal atau terlupakan, diatas atau dibawah, disanjung atau dijatuhkan. Bagaimanapun situasi yang terjadi, hubungan hati dengan Allah Taala tetap terjaga. Tidak pernah melupakan Allah saat senang sebagaimana dia mengingati-Nya di kala susah. Tetapi Al-Quran telah merakamkan keadaan orang yang mudah berpaling ketika dilanda musibah dalam hidupnya. Sebagaimana firman-Nya:
“Dan di antara manusia ada orang yang menyembah Allah dengan berada
di tepi. Maka jika ia memperoleh kebajikan, tetaplah ia dalam keadaan
itu, dan jika ia ditimpa oleh suatu bencana, berbaliklah ia ke belakang.
Rugilah ia di dunia dan di akhirat yang demikian itu adalah kerugian
yang nyata. (Surah al-Hajj ayat: 11)
Sudah selayaknya setiap hamba Allah memandang musibah sebagai satu
tanda bahawa Allah Taala mahu membersihkan dirinya, memberi jaminan
kafarah atas segala dosanya sehingga dia bertemu Allah dengan jiwa yang
reda lagi diredai. Sebagaimana sabda Rasulullah SAW: “Tiada seorang
muslim yang menderita kelelahan, atau penyakit atau kesusahan hati
bahkan gangguan berupa duri yang menyakitinya melainkan semua itu
menjadi penebus dosa-dosanya.” (Hadis riwayat al-Bukhari Muslim)
Kemudian tanda yang kedua, ialah: Dihidupkan jiwanya lalu dia bertaubat.
Setiap kali berbuat dosa hati akan tersiksa, takut, sedih dan putus
asa mengingati kejahatan diri. Disitulah rahmat bagi orang beriman yang
melakukan dosa, dia sentiasa ingat untuk bertaubat, merayu dan memohon
maaf kepada Allah, merintih dan menangis, sesal yang tidak terperi
sakitnya, lalu dia mendekat serapat-rapatnya kepada Allah dan mengetuk
pintu taubat setiap kali melakukan kesilapan.
Kemudian hatinya berbisik: “Siapakah yang berkuasa membuka relung
hatiku dan membersihkannya dari karat dan noda maksiat? Siapakah yang
memberi cahaya ke jiwaku dan menggetarkan perasaan dengan ilmu-Nya
sehingga menitislah airmata penyesalanku? Engkaulah Tuhan Yang Maha
Menerima Taubat yang telah berfirman: “Apabila hamba-hamba-Ku bertanya
kepadamu tentang Aku katakanlah bahawa Aku adalah dekat.” (Surah
al-Baqarah ayat: 186)
Bagaikan mati hidup semula, begitulah perumpamaan tentang jiwa orang
mukmin yang kembali kepada Allah, sebagaimana perumpamaan Al-Quran: “Dan
apakah orang yang sudah mati kemudian dia kami hidupkan dan kami
berikan kepadanya cahaya yang terang, yang dengan cahaya itu dia dapat
berjalan di tengah-tengah masyarakat manusia, serupa dengan orang yang
keadaannya berada dalam gelap gulita yang sekali-kali tidak dapat keluar
dari padanya?” (Surah Al-An’am ayat: 122)
Selain menghidupkan jiwa orang mukmin, taubat juga menjadi cara dan
kaedah termudah untuk diterima kembali oleh Allah Taala dalam pelukan
rahmat-Nya. Namun kadang-kadang jiwa manusia bersikap angkuh, merasa
diri telah sempurna dan tidak pernah terseleweng walau sesaat, memandang
orang lain dengan pandangan kehinaan, seolah-olah aib dan kelemahan itu
hanya milik orang sedang dirinya tiada cela.
Beristighfarlah untuk masa yang dibuang percuma tanpa mengingati
Allah. Beristighfarlah untuk diri yang kurang amanah terhadap keluarga
dan kerjaya. Beristighfarlah untuk membersihkan hati dari sangka buruk,
riya, tamak, dengki, cemburu dan lidah yang menyengat perasaan orang
lain. Beristighfarlah kerana rela menjadi sahabat syaitan angkara
kejahilan diri dan ketandusan ilmu. Beristighfarlah untuk diri yang
tidak merasa perlu untuk beristighfar. Lakukanlah sepanjang masa hingga
bertemu Allah dalam keadaan bersih lagi diredai.
Yang ketiga, tanda Allah mensucikan seorang hamba ialah dituntun hatinya lalu dia suka beribadat.
Yang ketiga, tanda Allah mensucikan seorang hamba ialah dituntun hatinya lalu dia suka beribadat.
Sepatutnya para ahli ibadat bersyukur kepada Allah kerana mereka
telah dipilih sebagai orang-orang yang dekat di sisi-NYa. Roh ibadah itu
telah menjadi darah dan daging mereka, kemana saja mereka melangkah
semuanya diniatkan untuk ibadah kepada Allah. Tetapi berhati-hatilah
dengan tipu daya syaitan yang suka memuji diri kita kerana ibadah kita
itu sehingga membuat diri lupa bahawa semua itu atas sebab pertolongan
Allah Taala. Syaitan juga memujuk diri manusia supaya cepat berpuas hati
dengan ibadahnya dan melupakan kelemahan ilmu dalam melakukan ibadah
hingga ramai yang beribadah tanpa dalil daripada nash yang sahih.
Apabila sudah berpuas hati dengan ibadahnya maka mereka seolah-olah
mendapat lesen untuk bermaksiat semula. Mungkinkah roh ibadat itu hilang
dalam diri orang yang suka beribadat?
Ya, apabila ibadat yang dilakukan tidak ditujukan untuk mengubat
diri, memperbaiki akhlak, meluruskan moral, membangkitkan kekuatan
supaya cemerlang sebagai mukmin berjaya di arena dunia yang mencabar dan
ibadah itu tidak mampu memaparkan gambaran hidup tentang siksa kubur
dan nikmatnya, syurga dan neraka, peristiwa hari kebangkitan. Apabila
ibadat hanya dianggap sekadar melunaskan hutang, membayar kewajipan,
mendirikan rukun dan syaratnya saja tanpa diselami dengan penghayatan.
Bagaimanakah ibadah Rasulullah SAW? Aisyah RA berkata, RAsulullah
bangun sembahyang di waktu malam, sehingga pecah-pecah kaki baginda.
Saya bertanya: Mengapakah kamu berbuat begini YA RAsulullah, padahal
Allah telah mengampuni dosa-dosamu yang telah lalu dan yang kemudian?
RAsulullah SAW bersabda: Tidak bolehkah aku menjadi seorang hamba yang
bersyukur (atas nikmat Allah tersebut).” (Hadis riwayat Imam Bukhari dan
Imam Muslim)
Tergeraknya hati untuk melakukan ibadah merupakan tuntunan Allah
kepada hamba-Nya semata-mata mahu mensucikan kita dan memberi ganjaran
yang baik di sisi-Nya. Bukankah sembahyang menjadi pengapus dosa-dosa
kecil selama tidak dilakukan dosa besar? Jummat ke Jumaat, Ramadhan ke
Ramadhan merupakan proses pergiliran penghapusan dosa yang sepatutnya
disyukuri. Jauh sekali melahirkan jiwa yang sombong dan suka memuji diri
sendiri dengan ibadah yang masih masin lagi (tidak sedap untuk
dinikmati)!
Sumber :- DrJuanda.com
Thursday, November 8, 2012
Siapakah Tetamu-Tetamu Allah ?
النسائي, كتاب مناسك الحج، باب فضل الحج، برقم 2625، وصححه الألباني في صحيح النسائي 2/
239
Bermaksud :Dari Abu Hurairah ra katanya ; Rasulullah saw bersabda :
“ Rombongan yang menjadi tetamu Allah swt ada tiga; Yang berperang di jalan Allah swt, yang mengerjakan haji dan juga umrah".
عَنْ ابْنِ عُمَرَ
عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ الْغَازِي فِي
سَبِيلِ اللَّهِ وَالْحَاجُّ وَالْمُعْتَمِرُ وَفْدُ اللَّهِ دَعَاهُمْ
فَأَجَابُوهُ وَسَأَلُوهُ فَأَعْطَاهُمْ
ابن ماجه، كتاب المناسك، باب فضل دعاء الحاج، برقم 2893، وحسنه الألباني في صحيح ابن ماجه، 3/ 8، وفي الأحاديث الصحيحة 4/433
Bermaksud :
Dari Ibn Umar ra dari Nabi saw bersabda : Orang yang berperang di jalan
Allah swt, orang yang mengerjakan haji, dan yang datang umrah adalah
tetamu istimewa Allah swt. Allah yang menjemput mereka lalu mereka
menerima jemputan itu. Maka apabila mereka meminta dari Allah, Dia pasti
akan mengurniakannya kepadanya.
Wednesday, November 7, 2012
Hadis Nabi
Dalam
Islam, sikap menghargai orang lain merupakan identiti seorang Muslim
sejati. Seorang yang mengakui dirinya Muslim, ‘wajib’ mampu menghargai
orang lain. Baginda Rasulullah Sallallahu alaihi wasallam menjelaskan,
“Tidak termasuk golongan umatku orang yang tidak menghormati mereka yang lebih tua dan tidak mengasihi mereka yang lebih muda darinya, serta tidak mengetahui hak-hak orang berilmu.” (HR. Ahmad).
Orang yang lebih tua tidak boleh mencerca atau menghina yang lebih muda. Begitu juga sebaliknya. Orang yang suka mencerca dan mencela serta menghina saudaranya menunjukkan bahwa dia juga sebenarnya “orang hina”, tidak terhormat. Abu Hurairah ra menuturkan bahwa Nabi Sallallahu alaihi wasallam pernah bersabda,
“Tidak termasuk golongan umatku orang yang tidak menghormati mereka yang lebih tua dan tidak mengasihi mereka yang lebih muda darinya, serta tidak mengetahui hak-hak orang berilmu.” (HR. Ahmad).
Orang yang lebih tua tidak boleh mencerca atau menghina yang lebih muda. Begitu juga sebaliknya. Orang yang suka mencerca dan mencela serta menghina saudaranya menunjukkan bahwa dia juga sebenarnya “orang hina”, tidak terhormat. Abu Hurairah ra menuturkan bahwa Nabi Sallallahu alaihi wasallam pernah bersabda,
“Hanya orang buruk, yang menghinakan saudaranya sesama Muslim.” (HR. Muslim).
Friday, November 2, 2012
Taufan Sandy
Surah At-Taubah
Ayat : [40]
"Kalau kamu tidak menolongnya (Nabi Muhammad) maka sesungguhnya Allah telahpun menolongnya, iaitu ketika kaum kafir (di Makkah) mengeluarkannya (dari negerinya Makkah) sedang ia salah seorang dari dua (sahabat) semasa mereka berlindung di dalam gua, ketika ia berkata kepada sahabatnya: “Janganlah engkau berdukacita, sesungguhnya Allah bersama kita”. Maka Allah menurunkan semangat tenang tenteram kepada (Nabi Muhammad) dan menguatkannya dengan bantuan tentera (malaikat) yang kamu tidak melihatnya. Dan Allah menjadikan seruan (syirik) orang-orang kafir terkebawah (kalah dengan sehina-hinanya), dan Kalimah Allah (Islam) ialah yang tertinggi (selama-lamanya), kerana Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana".
Surah Al-Hijr
Ayat : [40]
"Kalau kamu tidak menolongnya (Nabi Muhammad) maka sesungguhnya Allah telahpun menolongnya, iaitu ketika kaum kafir (di Makkah) mengeluarkannya (dari negerinya Makkah) sedang ia salah seorang dari dua (sahabat) semasa mereka berlindung di dalam gua, ketika ia berkata kepada sahabatnya: “Janganlah engkau berdukacita, sesungguhnya Allah bersama kita”. Maka Allah menurunkan semangat tenang tenteram kepada (Nabi Muhammad) dan menguatkannya dengan bantuan tentera (malaikat) yang kamu tidak melihatnya. Dan Allah menjadikan seruan (syirik) orang-orang kafir terkebawah (kalah dengan sehina-hinanya), dan Kalimah Allah (Islam) ialah yang tertinggi (selama-lamanya), kerana Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana".
Bukan sedikit penindasan demi penindasan yang dilakukan kepada umat Islam melalui peperangan oleh "tangan-tangan ghaib" yang tidak terdaya kita buktikan jauh sekali membela mereka yang teraniaya . Seorang demi seorang pemimpin Islam dibunuh yang akhirnya mengheret penguasaan dan pembunuhan anak-anak kecil , wanita malah sekian ramai rakyat yang tidak berdosa menjadi mangsa . Malah tidak cukup dengan itu , junjungan besar kita Nabi Muhammad s.a.w turut tidak terlepas dari agenda licik mereka.
Hari ini Taufan Sandy membawa berita yang sebenarnya menenangkan hati seluruh umat Islam. Ketakutan mereka tentang Kiamat 2012 kini menjadi mimpi ngeri yang seakan-akan benar-benar terjadi. Kiamat kecil yang Allah turunkan untuk memberi amaran "kita hanya Hamba Allah" . Tidak selayaknya terus sombong dimuka bumi . Allah jua yang Maha Besar atas segala sesuatu dialam maya ini.
Terima kasih Ya Rabbi ! Lindungilah kami . Ampunilah Kami , Peliharalah kami ....
Surah Al-Hijr
Ayat : [95]
Sesungguhnya Kami tetap memelihara dan mengawalmu dari kejahatan orang-orang yang mengejek-ejek dan mempersendakanmu, -
[96]
(Iaitu) mereka yang mengadakan tuhan yang lain bersama-sama Allah, maka mereka akan mengetahui kelak (akibatnya).
[97]
Dan demi sesungguhnya Kami mengetahui, bahawa engkau bersusah hati dengan sebab apa yang mereka katakan.
[98]
Oleh itu, bertasbihlah engkau dengan memuji Tuhanmu, serta jadilah dari orang-orang yang sujud.
[99]
Dan sembahlah Tuhanmu, sehingga datang kepadamu (perkara yang tetap) yakin.
Subscribe to:
Posts (Atom)