Sekadar renungan


Bila Allah cepat makbulkan Doamu, Maka DIA Menyayangimu,

Bila DIA Lambat Makbulkan doamu, Maka DIA Ingin Mengujimu,

Bila DIA Tidak Makbulkan Doamu, Maka Dia Merancang Sesuatu Yang lebih Baik Untukmu.

Oleh itu, Sentiasalah Bersangka Baik Pada ALLAH Dalam Apa Jua Keadaan Pun... Kerana Kasih sayang ALLAH Itu Mendahului KemurkaanNya.

********************************************************

Saat itu, hadir syaitan yang terkuat, sementara si hamba dalam kondisi paling lemah. Siapakah yang selamat?


Ya Allah, jadikanlah amal terbaik kami sebagai penutup amal kami. Jadikanlah umur terbaik kami sebagai akhirnya. Dan jadikanlah hari terbaik kami sebagai hari kami menjumpai-Mu
.


Sabda Nabi s.a.w ;"...dan sesungguhnya waktu yang paling syaitan dengan manusia adalah disaat kematian (nazak) ","(Riwayat Abu Na'im)" didalam sepotong ayat Mursyal , Nabi s.a.w bersabda dengan membawa maksud ," Saat paling hampir musuh Allah (syaitan) itu dengan manusia ialah dikala terbit rohnya".

ZIKIR HARIAN

HARI AHAD: Ya Hayyu Ya Qayyum ( 1000 X )
HARI ISNIN: La haula wala quwwata illa billa hil 'aliyyil 'a ziim ( 1000 X )
HARI SELASA: Allahumma salli 'ala 'abdika warasulika wanabiyyikal amiina wa'ala alihi wasahbihi wasallim ( 1000 X )
HARI RABU: Astagh firullahal 'a ziim ( 1000 X )
HARI KHAMIS: Subhanallahii 'a ziim , Subhanallahi wabihamdihi ( 1000 X )
HARI JUMAAT: Ya Allah ( 1000 X )
HARI SABTU: La ilaha illallah ( 1000 X )

Sedikit Ilmu untuk dikongsi bersama...



Imam Ja’far Ash-shadiq (sa) berkata: “Barangsiapa yang membaca surat Ar-Rahman, dan ketika membaca kalimat ‘Fabiayyi âlâi Rabbikumâ tukadzdzibân’, ia mengucapkan: Lâ bisyay-in min âlâika Rabbî akdzibu (tidak ada satu pun nikmat-Mu, duhai Tuhanku, yang aku dustakan), jika saat membacanya itu pada malam hari kemudian ia mati, maka matinya seperti matinya orang yang syahid; jika membacanya di siang hari kemudian mati, maka matinya seperti matinya orang yang syahid.” (Tsawabul A’mal, hlm 117).

Bacaan Surah

.

Followers

Blog ini mengandungi Maklumat dan Koleksi ibadah untuk diri saya . Sekiranya ia baik , kita kongsi bersama , sekiranya ianya tidak baik , elakkanlah. Saya hanya insan biasa yang mencari ilmu selagi hayat dikandung badan...

.

Friday, June 8, 2012

Penyakit Kesepian


Kesepian biasanya dikaitkan dengan kehidupan bersendirian, tidak bercampur gaul dengan orang ramai dan tidak memperdulikan apa yang berlaku di sekeliling. Ramai orang tidak sedar bahawa kesepian boleh menimpa sesiapa sahaja termasuklah orang yang nampaknya aktif di dalam masyarakat dan sentiasa dikelilingi oleh orang ramai. Kesepian bukanlah benteng yang memisahkan jasmani seseorang daripada orang lain. Ia adalah suasana dalam jiwa. Benteng berada di dalam jiwa bukan berada di luar tubuh badan. Orang boleh berada di tengah-tengah hingar bingar pasar tetapi jiwanya berasa kesepian. Orang boleh berada di tengah-tengah hilai ketawa keluarga tetapi jiwanya berasa sepi. Orang boleh berada di tengah-tengah kesibukan pekerjaan tetapi jiwanya masih berada sepi. Orang yang gemar bersendirian pula tidak bermakna dia kesepian. Seorang pengarang lebih suka bersendirian dengan mesin taipnya tanpa dia berasa kesepian. Seorang penyair lebih suka bersendirian dengan kertas dan kalamnya tanpa dia berasa sepi. Seorang ‘abid lebih suka bersendirian dalam bilik khalwat tanpa dia berasa sepi. Seorang pelukis lebih suka bersendirian di puncak gunung dengan kertas lukisannya tanpa dia berasa kesepian.

Lawan kepada kesepian ialah keriangan atau keceriaan. Manusia yang paling riang ialah kanak-kanak. Hujan yang turun perlahan-perlahan membuatnya riang kerana dia dapat berendam di dalam lumpur. Hujan yang turun lebat sehingga banjir masih membuatnya riang kerana dia boleh bermain sampan dan pelampung. Angin yang bertiup perlahan membuatnya riang kerana dia dapat bermain tanpa terasa keterikan panas matahari. Angin yang bertiup kencang membuatnya riang kerana dia boleh bermain laying-layang. Angin ribut juga membuatnya riang melihat pepohon menari-nari. Kerbau berlagak membuatnya riang. Arnab melompat membuatnya riang.

Oleh sebab kanak-kanak sentiasa riang dan tidak mudah dihimpit oleh kesepian maka perubahan pada jiwa kanak-kanak atau jiwa keanakan itu yang patut dikaji bagi memahami maksud kesepian. Kita perhatikan peristiwa yang menimpa Sinani. Sinani tinggal bersama-sama dengan ibunya di sebuah kampung. Dia adalah seorang kanak-kanak yang cerdik, cergas dan periang. Satu hari ibunya membawanya berjalan-jalan ke bandar. Sinani terpandang sebuah anak patung di sebuah kedai. Hatinya sangat berkenaan dengan anak patung itu. Dimintanya ibunya membelikannya anak patung itu tetapi ibunya tidak dapat membelinya kerana kesempitan wang. Sinani tidak memaksa ibunya tetapi hatinya tetap mengingini anak patung tersebut. Dia juga telah memberikan nama kepada anak patung itu. Namanya Si Comel.

Sinani berazam untuk membeli Si Comel pada satu hari nanti. Sejak hari itu Sinani mengumpulkan wang untuk Si Comel. Dia sanggup menahan lapar. Wajah Si Comel selalu di ruang matanya. Setelah lama berjimat mengumpulkan wang akhirnya Sinani berjaya mengumpulkan sejumlah yang mencukupi untuk membeli Si Comel. Satu hari dia pergi ke bandar seorang diri untuk mendapatkan Si Comelnya. Sesampai sahaja di kedai anak patung Sinani terus mengambil Si Comel, ditimang, didakap dan diciumnya. Dia benar-benar merasakan yang Si Comel sudah menjadi miliknya. Dia tidak ragu-ragu lagi untuk memiliki Si Comel yang sudah sekian lama dia idamkan. Kemudian Sinani menyeluk sakunya untuk mengambil wang dan membayar harga Si Comel. Alangkah terkejutnya dia mendapati sakunya kosong. Rupa-ruapanya penyeluk saku sudah mengebas wang untuk membeli Si Comelnya. Dengan hati yang berat diletakkannya kembali Si Comel. Direnungnya Si Comel dengan hati yang sayu. Baharu sebentar tadi dia merasakan Si Comel sudah menjadi miliknya. Kini dirasakannya Si Comel begitu jauh sekali walaupun dia dapat memandangnya. Dia merasakan di antaranya dengan Si Comel terdapat jurang yang sangat dalam dan luas. Cita-citanya untuk memiliki Si Comel sudah musnah. Dalam keadaan sayu begitu dia terkenangkan ibunya. Apabila dia berasa sedih dia akan merebahkan kepalanya keribaan ibunya. Belaian mesra ibunya akan menghilangkan kerisauan dan kesedihan di jiwanya. Dia berjalan pulang membawa kesayuan dan berharap mendapatkan penawar pada dakapan dan belaian ibu tersayang.

Dalam perjalanan pulang Sinani terserempak dengan seekor harimau. Harimau itu mengejarnya. Dia lari dengan penuh ketakutan. Keinginan terhadap ibunya semakin kuat untuk menyelamatkannya daripada harimau yang sedang mengejarnya itu. Dia lari dan terus lari tanpa menoleh ke belakang. Akhirnya dia sampai ke rumahnya. Dia masih lagi berasa sayu dan diselubungi rasa takut yang amat sangat. Dia sangat letih. Dia mahu mencurahkan ketakutan, kesayuan dan keletihannya ke atas riba ibunya. Dia mahukan belaian sayang ibunya untuk menyapu segala duka di hatinya. Dengan harapan yang menggunung itu dia menaiki tangga rumahnya. Apabila memasuki rumahnya Sinani melihat ramai orang berkumpul mengelilingi ibunya. Datang seseorang membisikkan ke telinganya. Ibunya baharu sahaja meninggal dunia. Sinani menjerit memanggil ibunya dan menerpa mayat ibunya. Ibunya tidak bergerak. Ibunya tidak menjawab seruannya. Ibunya tidak memandang kepadanya. Ibunya tidak dapat membelainya untuk menghilangkan kesedihan di hatinya. Ibunya sudah pergi buat selama-lamanya. Ibunya sudah meninggalkannya keseorangan. Dia sudah hilang segala-galanya. Apa juga perasaan yang terkandung dalam dirinya mati bersama-sama ibunya. Dia tidak berasa takut lagi. Dia tidak berasa sayu lagi. Dia juga tidak berasa keletihan lagi. Dia sudah lupakan Si Comel. Dia juga sudah lupakan harimau yang tadi mengejarnya. Sinani sudah tidak merasakan apa-apa lagi. Seluruh isi dunia ini sudah tidak bererti apa-apa lagi baginya. Jeritannya memanggil ibunya adalah perkataan yang terakhir yang keluar dari mulutnya. Kini dirinya sudah tertutup. Apa sahaja yang datang dari luar tidak dapat menembusi ke dalam jiwanya. Apa juga yang ada dalam jiwanya tidak dapat mencari jalan keluar. Jiwanya sudah kehilangan daya rasa. Hanya satu sahaja daya rasa yang ada dalam jiwanya, iaitu dia keseorangan dan dia sudah kehilangan segala-galanya. Dia tidak memperdulikan apa yang berlaku di sekelilingnya dan tidak memperdulikan juga apa yang berlaku kepada dirinya. Dia seolah-olah berada dalam bekas kaca yang menghalang apa sahaja yang dari luar sampai kepadanya dan apa sahaja yang dari dirinya terlepas keluar. Dalam bekas kaca itulah wujud satu alam bagi Sinani. Alam itu bernama kesepian.

Jadi, kesepian adalah keadaan hati yang tidak dapat menerima bahan dari luar dan tidak dapat mengeluarkan bahan dari dalam. Ia merupakan benteng ghaib yang memisahkan seseorang daripada dunia luar dan memisahkannya daripada dirinya sendiri. Ia terbina akibat kehilangan sesuatu yang sangat dihajati. Biasanya ia terbentuk melalui satu-satu peristiwa yang sangat kuat mencengkam hati, seperti kematian orang yang sangat dikasihi dan diharapkan. Peristiwa itu menjadi suis menghidupkan lampu kesepian dan memadamkan lampu yang mengeluarkan cahaya atau warna yang sensitif dengan suasana keliling.

Dia adalah umpama orang yang hidungnya tersumbat. Walaupun disiram dengan minyak wangi namun, kewangian itu tidak mampu dihidunya. Dia juga umpama orang yang pekak telinganya. Suara halilintar menggegar bumi tidak berupaya menggetarkan gendang telinganya. Dia adalah umpama orang yang lidahnya tidak dapat membezakan antara manis dengan masin. Dia adalah umpama orang buta yang tidak dapat melihat suasana di kelilingnya. Dia seolah-olah berada dalam bola kaca sementara isi dunia berada di luar ataupun semua isi dunia berada dalam bola kaca dan dia berada di luar.

Kesepian bukan sahaja menimpa jiwa kanak-kanak. Orang dewasa juga boleh dihinggapi penyakit ini. Secara umumnya manusia ini mempunyai lampu keanakan yang terus menyala sejak dari kecil Hinggalah dia tua dan mati. Seorang yang telah tua masih dapat menyertai permainan ‘bodoh’ cucu-cucunya. Dia berasa seronok dengan permainan itu seolah-olah dia juga seorang kanak-kanak seperti cucunya. Seorang yang telah dewasa berasa seronok dan gembira bila mendengar cerita tentang kelakuannya sewaktu kanak-kanak dahulu hinggakan dia seolah-olah dapat melihat keadaannya di zaman kanak-kanak itu. Inilah lampu keriangan yang menerangi jiwa seseorang. Andainya lampu ini diserkup daripada menerangi jiwa maka jiwa itu akan merasai kekosongan yang boleh membawa kepada kesepian.

Bagaimana lampu keriangan seorang dewasa boleh padam sehingga kegelapan cahaya kesepian menyelubungi jiwanya?

Orang yang mengalami kekecewaan, kejatuhan dam bala bencana berpeluang menemui kekudusan yang sukar ditemuinya jika dia berjaya dan sejahtera. Adik yang kecil memberikan kekudusan. Alam semulajadi memberikan kekudusan. Keperitan hidup mencungkil kekudusan. Sumber kepada segala kekudusan adalah Tuhan Yang Maha Kudus. Dia sentiasa menanti hamba-Nya yang jatuh ke dalam kesepian agar kembali kepada-Nya.

Sebab itulah orang yang mampu keluar dari alam kesepian akan ikut keluar bersamanya ialah tenaga positif yang sangat kuat. Dia akan menjadi seorang manusia yang tahu memberi tanpa berfikir untuk menerima. Kesenangan tidak menghilangkan syukurnya dan kesusahan tidak mencabut sabarnya. Bahkan senang dan susah menjadi sama sahaja baginya. Pada kedua-duanya itu ada nikmat dan Hikmat yang tersembunyi. Bukan sedikit bilangan manusia yang terlalu kecewa hinggakan hampir membunuh diri kemudian mereka bangkit semula menaburkan khidmat bakti kepada manusia sejagat tanpa penat lelah tanpa meminta upah, pujian atau sanjungan. Orang yang tidak dapat keluar dari alam kesepian akan rugi dua kali, rugi di dunia dan lebih rugi lagi di akhirat.


tamansufi.tripod



0 comments:

Post a Comment