Tuesday, June 25, 2013
Lilin atau Mentol ?
Biarku menjadi lilin, berkorban apa saja, harta atau pun nyawa..
satu mentaliti yang berabad-abad lamanya di pegang oleh masyarakat kita
khususnya dan kebanyakan masyarakat lain amnya. Tetapi adakah itu satu
mentaliti yang baik dan betul?
Menjadi lilin menerangi
hidup orang lain akan membakar diri sendiri dan memusnahkan, Allah
melarang kita membahayakan badan kita dengan bendasing seperti arak,
dadah dan rokok contoh yang meracuni badan dan fikiran kita, jadi
menjadi lilin memusnah kan diri itu tiada bezanya, prinsipnya tetap
sama. Jadi apakah berkorban dengan memusnahkan diri itu betul?
Di
zaman yang makin maju ini pemikiran lilin harus diganti dengan mentol
atau lebih sesuai lagi lampu kalimantang... dapat menerangi hidup orang
lain tanpa perlu membakar diri, terus menerangi hingga akhir hayat,
bertahun-tahun lamanya dan tidak seperti lilin yang bertahan cuma
beberapa jam sahaja.
Tetapi ada diantara kita yang bertanya,
jika mahu menjadi mentol, kena la ada arus elektriknya, dari mana
datangnya arus elektrik tersebut? Jawapannya datang dari diri kita
sendiri. Bagaimana?
Ambil contoh insan yang berkorban memutuskan
hubungan dengan kekasihnya kerana mendapat tentangan ibu bapa, kerana
menghormati ibu bapa dia merelakan tetapi pada masa yang sama dirinya
menderita kerana apa yang diingini tidak tercapai. Jadilah dia ibarat
lilin, membakar diri untuk menggembirakan ibu bapa walaupun diri penuh
duka. Jika diubah sedikit cara pemikiran, insan ini boleh menjadi
mentol, bagaimana?
Mula2 harus beristigfar dan harus sedar yang
semua kejadian adalah kehendak Allah, sentiasa berniat baik kepadaNya,
percayalah yang Allah sentiasa ingin memberi yang terbaik kepada setiap
hambaNya.
Kita tidak tahu apa kesudahan kita jika kita teruskan
niat kita seperti kes diatas jika insan tersebut bertegas untuk
meneruskan hubungan dgn cara kahwin lari contohnya, banyak hubungan akan
rosak di kedua2 belah keluarga.
Tetapi Allah maha mengetahui,
bagi Allah semua kejadian itu sudah berlaku, tiada masa bagiNya, jadi
Allah mencorakkan dunia ini untuk memberi kita yg terbaik agar hubungan
itu tidak diteruskan.
Kita harus fokus kembali apa sebenarnya yg
kita inginkan, pastinya kebahagiaan dan kegembiraan, tetapi adakah
kebahagiaan dan kegembiraan itu hanya boleh dikecapi dgn si A? Mungkin
si B yang kita akan kenal selepas ini boleh memberi yang lebih baik.
Jika
kita boleh sedar dan menerima hakikat yang Allah itu maha pengasih dan
sentiasa memberikan kita yang terbaik, kita tidak akan menganggap
pengorbanan ibarat lilin membakar diri, tenaga yang terhasil dr sifat
bersyukur dan keimanan kepadaNya pasti menyalakan mentol diri kita yang
akan menerangi insan disekeliling tanpa perlu memusnahkan diri.
Apa
yang perlu kita semat didalam hati adalah dunia ini penuh kegembiraan
dan kebahagiaan, cuma kita sahaja yang menganggap ianya hanya boleh
diperolehi dari insan lain, kita terlalu mengharapkan orang lain
menggembirakan kita, memberi kebahagiaan kepada kita, kemudian kecewa
dan marahkan insan tersebut jika dia gagal berbuat demikian.
Kegembiraan
dalaman sebenarnya yang wajib didahulukan, tingkatkan sehingga ia
melimpah ruah dan secara langsung mengalir dan menyinari semua insan
disekeliling kita, berkat dari keimanan dan ketakwaan kepadaNya...
syurgadidunia.blogspot
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment