Sekadar renungan


Bila Allah cepat makbulkan Doamu, Maka DIA Menyayangimu,

Bila DIA Lambat Makbulkan doamu, Maka DIA Ingin Mengujimu,

Bila DIA Tidak Makbulkan Doamu, Maka Dia Merancang Sesuatu Yang lebih Baik Untukmu.

Oleh itu, Sentiasalah Bersangka Baik Pada ALLAH Dalam Apa Jua Keadaan Pun... Kerana Kasih sayang ALLAH Itu Mendahului KemurkaanNya.

********************************************************

Saat itu, hadir syaitan yang terkuat, sementara si hamba dalam kondisi paling lemah. Siapakah yang selamat?


Ya Allah, jadikanlah amal terbaik kami sebagai penutup amal kami. Jadikanlah umur terbaik kami sebagai akhirnya. Dan jadikanlah hari terbaik kami sebagai hari kami menjumpai-Mu
.


Sabda Nabi s.a.w ;"...dan sesungguhnya waktu yang paling syaitan dengan manusia adalah disaat kematian (nazak) ","(Riwayat Abu Na'im)" didalam sepotong ayat Mursyal , Nabi s.a.w bersabda dengan membawa maksud ," Saat paling hampir musuh Allah (syaitan) itu dengan manusia ialah dikala terbit rohnya".

ZIKIR HARIAN

HARI AHAD: Ya Hayyu Ya Qayyum ( 1000 X )
HARI ISNIN: La haula wala quwwata illa billa hil 'aliyyil 'a ziim ( 1000 X )
HARI SELASA: Allahumma salli 'ala 'abdika warasulika wanabiyyikal amiina wa'ala alihi wasahbihi wasallim ( 1000 X )
HARI RABU: Astagh firullahal 'a ziim ( 1000 X )
HARI KHAMIS: Subhanallahii 'a ziim , Subhanallahi wabihamdihi ( 1000 X )
HARI JUMAAT: Ya Allah ( 1000 X )
HARI SABTU: La ilaha illallah ( 1000 X )

Sedikit Ilmu untuk dikongsi bersama...



Imam Ja’far Ash-shadiq (sa) berkata: “Barangsiapa yang membaca surat Ar-Rahman, dan ketika membaca kalimat ‘Fabiayyi âlâi Rabbikumâ tukadzdzibân’, ia mengucapkan: Lâ bisyay-in min âlâika Rabbî akdzibu (tidak ada satu pun nikmat-Mu, duhai Tuhanku, yang aku dustakan), jika saat membacanya itu pada malam hari kemudian ia mati, maka matinya seperti matinya orang yang syahid; jika membacanya di siang hari kemudian mati, maka matinya seperti matinya orang yang syahid.” (Tsawabul A’mal, hlm 117).

Bacaan Surah

.

Followers

Blog ini mengandungi Maklumat dan Koleksi ibadah untuk diri saya . Sekiranya ia baik , kita kongsi bersama , sekiranya ianya tidak baik , elakkanlah. Saya hanya insan biasa yang mencari ilmu selagi hayat dikandung badan...

.

Friday, February 8, 2013

MASALAH KHATAM AL-NUBUWWAH NABI MUHAMMAD S.A.W.


Khatam al-Nubuwwah diterjemahkan oleh sesetengah orang sebagai penutup kenabian. Perkataan ini boleh dirujuk dalam al-Qur'an, surah al-Ahzab ayat 40. Kebanyakan ahli tafsir menterjemahkan perkataan itu dengan kesudahan Nabi. Perkataan khatam juga dalam bahasa Arab membawa erti cincin, kerana Nabi Muhammad s.a.w. merupakan penutup bulatan kenabian. Bulatannya yang berupa cincin itu diakhiri Nabi Muhammad s.a.w. kerana baginda adalah Nabi penutup dan terakhir. Dalam sebuah hadith lain disebutkan juga bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bagaikan seketul batu-bata terakhir menyempurnakan sebuah bangunan besar. Bangunan itu ialah bangunan Nabi-nabi. (Sila rujuk Bukhari 6/418, Muslim, bilangan 2286).

Riwayat Bukhari dan Muslim menyatakan, pada badan baginda Rasulullah s.a.w. terdapat seketul daging sebesar telur burung merpati, di atasnya tumbuh beberapa helai rambut hitam. Ketulan ini pernah dilihat pada masa kecilnya oleh seorang paderi Kristian, tatkala baginda keluar ke Sham untuk berniaga bersama-sama bapa saudaranya Abu Talib. Melihat ketulan itu, paderi Buhaira menasihatkan Abu Talib agar segera membawa pulang anak saudaranya itu kerana keselamatannya dibimbangi akan diganggu oleh orang yang mengetahui rahsia ketulan itu.

Paderi itu menasihati demikian kerana ia pernah membaca dalam kitab-kitab suci agamanya bahawa suatu masa nanti akan lahir seorang Nabi daripada bangsa Arab, pada belakangnya ada tanda kenabian iaitu ketul daging seperti yang dilihatnya pada belakang Nabi s.a.w. yang masih kecil waktu itu.

Banyak riwayat menyatakan bentuk rupa ketulan Khatam al-Nubuwwah itu. Ada yang menyatakan ukurannya sebesar ini, sebesar itu, warna pun pelbagai bahkan ada riwayat menyebutkan hitamnya bagaikan tahi lalat. Saya berpandangan, tiada percanggahan pada semua keterangan itu, hanya kelainan orang yang melihat, menjadikan laporan itu berbeza-beza dan berbagai.

Soalnya, sejauhmanakah kebenaran Khatam al-Nubuwwah yang berupa tulisan. Ibn Hajar dalam kitabnya Fath al-Bari 6/563 mengulas sebagai tidak benar, sambil memperkukuhkan kenyataan al-Qurtubi bahawa Khatam al-Nubuwwah adalah ketulan daging berwarna merah, letaknya di bahu baginda Rasulullah s.a.w. di sebelah kiri, ia membesar dan mengecil, ketika kecil ukurannya sebesar telur merpati, ketika besar ukurannya sebesar genggam tangan.

Mengikut Fatwa Syeikh Atiyyah Saqar, Pengerusi Badan Fatwa Universiti al-Azhar tatkala menjawab soalan yang dikemukakan kepadanya tentang Khatam al-Nubuwwah itu, katanya: "Khatam al-Nubuwwah memang tersebut dalam hadith-hadith sahih yang diriwayatkan oleh Bukhari, Muslim dan lain-lain. Ia merupakan seketul daging yang tumbuh di antara dua bahu Nabi s.a.w. Ukurannya sebesar telur merpati, atau seperti butang kain penutup kubah atau bumbung, di atasnya tumbuh beberapa helai rambut hitam, ia kelihatan seperti tahi lalat".

Beberapa riwayat lain menyatakan sifat khatam ini, antaranya ada yang dhaif dan ada yang palsu, Misalnya riwayat al-Hakim al-Tirmizi yang menyebutkan ia berbentuk tulisan pada badan Nabi s.a.w. yang membawa makna : "Allah Maha Esa, tiada sekutu baginya. Hadapkan muka anda ke manapun, anda pasti diberi pertolongan". Riwayat ini karut dan segala khawas yang dihubungkan dengannya juga tidak ada kebenarannya dalam agama ini.

Bertitik tolak daripada jawapan Syeikh Atiyyah Saqar, saya ingin mengutarakan beberapa perhatian berikut sebagai suatu kesimpulan:

1. Khatam al-Nubuwwah sebagaimana yang telah disahkan oleh hadith-hadith sahih dan kitab-kitab suci agama langit adalah seketul daging yang tumbuh di belakang Nabi, atau lebih tepatnya di antara dua bahu Nabi s.a.w. Ketumbuhan ini seharusnya diterima oleh kaum bukan Islam sebagai bukti kebenaran agama ini.

2. Isu-isu yang karut berhubung khatam al-Nubuwwah dan sirah Nabi s.a.w. sepatutnya dibersihkan daripada masyarakat kita. Kepercayaan terhadap tulisan yang dikatakan khatam al-Nubuwwah boleh memelihara manusia daripada sebarang gangguan yang tidak diingini adalah sebahagian daripada khurafat yang sekian lama berakar umbi dalam pemikiran masyarakat Melayu yang dihubungkan dengan Islam.

3. Tulisan Khatam al-Nubuwwah yang dikatakan tidak benar itu sebahagiannya berpunca daripada riwayat al-Hakim al-Tirmizi. Tokoh ini bukan seorang yang terkenal sebagai tokoh hadith dan pengumpul sunan al-Tirmizi. Beliau ialah seorang sufi yang sangat terkenal dalam dunia tasaufnya.Beliau mengamalkan fahaman Wahdat al-Wujuh yang ditolak oleh ramai ulama' Islam. Riwayat yang diterima daripada beliau berhubung rupa tulisan Khatam al-Nubuwwah yang memberi jaminan istimewa kepada pengamalnya jelas membuktikan beliau adalah seorang ahli agama yang sukakan amalan fada'il, sekalipun kesahihannya diragui.

4. Kedudukan hadith dalam Islam masih banyak disalahfahamkan sama ada dengan sengaja atau tidak disengajakan. bahkan hadith-hadith palsu masih mendapat tempat di kalangan masyarakat Melayu terutama apabila berbicara tentang isu-isu yang ada hubungan dengan agama dan akidah. Berhati-hatilah apabila berbicara soal hadith dan juga soal agama agar hujjah yang diketengahkan itu, sahih dan terbukti nyata.
Setakat ini sahaja, bicara tinta dapat dicoretkan buat seketika. Wallahu A'lam.

BY PENSYARAH JABATAN PENDIDIKAN ISLAM DAN MORAL (JAPIM) 

0 comments:

Post a Comment