Sesungguhnya, berkat doa Nabi Ibrahim ‘Alahissalam ketika Allah S.W.T memerintahkan baginda untuk meninggalkan Siti Hajar dan Nabi Ismail dengan doanya berbunyi:
“Wahai Tuhanku, aku tinggalkan zuriatku di lembah yang gersang di sisi rumah-Mu (Baitikal Haram) untuk didirikan solat diatasnya. Oleh itu Ya Allah, jadikan hati manusia rindu kepadanya moga-moga mereka selalu kembali kepadanya (Mekah)”.
Allah S.W.T memakbulkan doa tersebut dan disebabkan itulah manusia yang pernah menjejakkan kaki ke sana akan merindu-rindu untuk ke sana lagi. Ya, aku rindu. Walaupun tak mampu nak ke sana lagi. Aku tahu.
Baru-baru ini dalam kelas, lecturer aku membebel tanpa mengetahui bahawa aku baru je balik dari Umrah. Sebelum datang ke kelas dia baru je hantar mertua dia kat KLIA sebab nak pergi Umrah.
“Saya tak tahu kenapa orang nak pergi Umrah banyak-banyak kali?”
Allah….soalan…Dalam hati aku berdoa semoga beliau diberi kesempatan untuk menunaikan ibadah Umrah dan merasakan perasaan yang orang lain rasa bila dah sekali pergi Umrah. Beliau melanjutkan pertanyaan untuk kami satu kelas cari jawapannya yang berbunyi:
“Rasulullah S.A.W pergi umrah berapa kali?”.
Diulangnya soalan itu berkali-kali sebagai penegasan beliau bahawa beliau tak bersetuju dengan orang yang menunaikan umrah banyak kali. Kata beliau lebih baik guna duit banyak-banyak tu untuk bersedekah di mana pahalanya akan mengalir panjang. Tapi beliau tahu ke orang yang nak pergi Umrah banyak kali tu dah bersedekah ke belum? Kalau orang banyak duit, harta berlebih-lebih, kalau jiwa dia bersih, mesti nak ke tanah haram juga. Macam aku ni memang tak layak nak pergi umrah banyak kali, duit tak ada, harta pun tak ada. Itu lain cerita.
Ya, aku tahu Nabi Muhammad S.A.W menunaikan Umrah hanya satu kali dalam seumur hidupnya. Ibadah haji pun begitu. Tapi Nabi Muhammad S.A.W adalah asalnya dari tanah arab pastinya akses untuk melihat kaabah itu setiap hari, tak macam kita yang asalnya dari Malaysia, meredah awannya yang jauh beribu batu untuk melihat kaabah yang menjadi qiblat kita setiap hari.
Masalahnya sekarang, bila kita sekali kita tengok kaabah di depan mata, kita rasa nak tengok lagi, kalau boleh nak tengok setiap hari. Jadi, takkanlah dari Malaysia ni kita bayar duit tambang untuk tengok kaabah sahaja, bukankah lebih baik tunaikan Umrah tu kan? Entahlah, aku nak huraikan panjang-panjang pun tak reti. Hanya mereka yang memahami perasaan aku faham jugalah situasi dan apa yang aku ingin sampaikan.
Dari Ibnu Abbas Rasulullah bersabda :
SETIAP HARI TURUN KE RUMAH INI (KAABAH) 120 RAHMAT. SEBANYAK 60 BAGI MEREKA YANG MENGERJAKAN TAWAF, 40 BAGI MEREKA YANG MENGERJAKAN SOLAT DAN 20 BAGI MEREKA YANG MELIHAT KAABAH”.
cetusanhati.com
0 comments:
Post a Comment