Tuesday, August 21, 2012
Ancaman bagi yang melalaikan kewajipan Haji
Pesanan Nabi SAW kepada umat Islam yang mampu, tetapi tidak mahu menunaikan ibadat Haji, sabdanya yang bermaksud: “Sesiapa yang mempunyai bekal dan kenderaan, kemudian dia tidak juga menunaikan ibadat Haji, maka tidak ada halangan lagi baginya untuk memilih matinya sebagai seorang Yahudi atau Nasrani”. (HR At-Tirmizi dan Imam Ahmad)
Umat Islam yang berkemampuan, tapi tidak juga mahu mengerjakan ibadat Haji, mereka ini diancam sama ada mati sebagai seorang Yahudi atau Nasrani. Kemampuan bermaksud, mampu dari segi perbelanjaan wang ringgit, kesihatan tubuh badan dan juga ada mempunyai kenderaan serta perjalanan yang selamat.
Saidina Umar Al-Khattab RA ketika menjadi khalifah pernah menyampaikan suatu ancaman bagi orang yang melalaikan kewajipan ibadat Haji, katanya:
“Sesungguhnya ada maksudku hendak mengutus beberapa orang ke negeri-negeri besar itu, supaya mereka selidiki tiap-tiap orang yang mempunyai kemampuan, pada hal dia tidak juga mahu pergi Haji. Untuk orang ini supaya dikenakan saja jizyah (cukai). Sebab mereka bukan Islam. Mereka bukan Islam”.
Inilah ketegasan dan hikmah kebijaksanaan seorang khalifah Islam dalam mempastikan aqidah dan Syariat Islam terpelihara dalam kalangan umat Islam yang mempunyai kemampuan agar selamat dan tidak mati dalam keadaan Yahudi dan Nasrani.
Ini juga bermakna bahawa ibadat Haji itu amat penting bagi umat Islam yang telah cukup syarat-syarat wajib untuk mengerjakan ibadat Haji. Ia hanya diwajibkan sekali seumur hidup bagi yang mampu.
Demikianlah, antara kelebihan ibadat Haji dan peringatan kepada kita semua supaya bersegera
mengerjakannya jika telah mempunyai kemampuan untuk melaksanakannya, insya Allah.
jheains.sabah.gov.my
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment