Sekadar renungan


Bila Allah cepat makbulkan Doamu, Maka DIA Menyayangimu,

Bila DIA Lambat Makbulkan doamu, Maka DIA Ingin Mengujimu,

Bila DIA Tidak Makbulkan Doamu, Maka Dia Merancang Sesuatu Yang lebih Baik Untukmu.

Oleh itu, Sentiasalah Bersangka Baik Pada ALLAH Dalam Apa Jua Keadaan Pun... Kerana Kasih sayang ALLAH Itu Mendahului KemurkaanNya.

********************************************************

Saat itu, hadir syaitan yang terkuat, sementara si hamba dalam kondisi paling lemah. Siapakah yang selamat?


Ya Allah, jadikanlah amal terbaik kami sebagai penutup amal kami. Jadikanlah umur terbaik kami sebagai akhirnya. Dan jadikanlah hari terbaik kami sebagai hari kami menjumpai-Mu
.


Sabda Nabi s.a.w ;"...dan sesungguhnya waktu yang paling syaitan dengan manusia adalah disaat kematian (nazak) ","(Riwayat Abu Na'im)" didalam sepotong ayat Mursyal , Nabi s.a.w bersabda dengan membawa maksud ," Saat paling hampir musuh Allah (syaitan) itu dengan manusia ialah dikala terbit rohnya".

ZIKIR HARIAN

HARI AHAD: Ya Hayyu Ya Qayyum ( 1000 X )
HARI ISNIN: La haula wala quwwata illa billa hil 'aliyyil 'a ziim ( 1000 X )
HARI SELASA: Allahumma salli 'ala 'abdika warasulika wanabiyyikal amiina wa'ala alihi wasahbihi wasallim ( 1000 X )
HARI RABU: Astagh firullahal 'a ziim ( 1000 X )
HARI KHAMIS: Subhanallahii 'a ziim , Subhanallahi wabihamdihi ( 1000 X )
HARI JUMAAT: Ya Allah ( 1000 X )
HARI SABTU: La ilaha illallah ( 1000 X )

Sedikit Ilmu untuk dikongsi bersama...



Imam Ja’far Ash-shadiq (sa) berkata: “Barangsiapa yang membaca surat Ar-Rahman, dan ketika membaca kalimat ‘Fabiayyi âlâi Rabbikumâ tukadzdzibân’, ia mengucapkan: Lâ bisyay-in min âlâika Rabbî akdzibu (tidak ada satu pun nikmat-Mu, duhai Tuhanku, yang aku dustakan), jika saat membacanya itu pada malam hari kemudian ia mati, maka matinya seperti matinya orang yang syahid; jika membacanya di siang hari kemudian mati, maka matinya seperti matinya orang yang syahid.” (Tsawabul A’mal, hlm 117).

Bacaan Surah

.

Followers

Blog ini mengandungi Maklumat dan Koleksi ibadah untuk diri saya . Sekiranya ia baik , kita kongsi bersama , sekiranya ianya tidak baik , elakkanlah. Saya hanya insan biasa yang mencari ilmu selagi hayat dikandung badan...

.

Monday, July 11, 2011

Murtad berleluasa .


100,000 kes murtad membabitkan masyarakat melayu di Malaysia adalah suatu kenyataan yang begitu mencabar institusi keagamaan, inilah fakta yang dikeluarkan oleh Mufti Perak, Dato’ Seri Haji Kharussani Zakaria.

“Murtad, Jangan Pandang Sebelah Mata” oleh ustaz Ann Wan Seng, dilancarkan oleh Mufti Perak, Dato’ Seri Haji Kharussani Zakaria.

Antara ayat Al-Quran yang dimasukkan di dalam buku ini

Allah berfirman, “…Barangsiapa yang murtad di antara kamu dari agamanya lalu dia mati dalam kekafiran, maka mereka itulah yang sia-sia amalannya di dunia dan di akhirat dan mereka itulah penghuni neraka, mereka kekal di dalamnya.”Surah Al-Baqarah, ayat 217.

Terdapat juga contoh-contoh kes murtad berbagai jenis antaranya perincian kes Lina Joy dan beberapa kes lagi yang berlaku di serata tanah air. Dimasukkan juga oleh ustaz Ann Wan Seng berkenaan institusi yang bertanggungjawab membanteras gejala murtad yang semakin berleluasa di Malaysia.



Siapakah ustaz Ann Wan Seng? Ustaz Ann Wan Seng ialah setiausaha agung kehormat, Persatuan Cina Muslim Malaysia, mendapat hidayah Islam pada tahun 1996, penerima Anugerah Tokoh Maal Hijrah peringkat negeri Selangor pada tahun 2009 dan penerima Anugerah Saudara Muslim Cemerlang peringkat Kebangsaan pada tahun 2008.

Antara isi di dalam Bab 2 bertajuk Kewibawaan Mahkamah Syariah Dicabar

Mahkamah Tinggi telah menolak permohonan isteri Muhammad Abdullah (M.Moorthy sebelum memeluk Islam) kerana tiada mempunyai kuasa untuk mencampuri urusan Mahkamah Syariah apatah lagi membatalkan keputusan yang telah dibuat itu. Halangan untuk Mahkamah Sivil berbuat demikian ialah kerana adanya Perkara 121 (1A).

Isi buku ini sangat mantap, membuka mata bukan sahaja dari segi agama, pandangan syariah, pandangan perundangan syariah dan sebagainya. Isi yang mantap diiringi dengan tona perkataan yang ringan dan mudah difahami menjadikan buku ini sesuai untuk bacaan umum. Ustaz Ann Wan Seng juga mengetengahkan isu-isu yang cuba dibawa untuk membatalkan perlembagaan yang melindungi hak mahkamah syariah.

Buku ini juga mengandungi banyak enakmen, cadangan untuk meningkatkan kesedaran tentang bahaya murtad, hukuman murtad di mana sebenarnya di dalam islam terdapat beberapa jenis hukuman murtad berdasarkan tahap dan keadaan. Buku ini mengupas murtad dengan Al-Quran dan Hadith, memasukkan penerangan hukuman sewajarnya dan juga statistik-statistik .






14 TUNTUTAN AMBIGA MELALUI IFC .


1. Seseorang anak yang dilahirkan oleh ibu bapa Islam tidak seharusnya secara terus menjadi orang Islam.


2. Orang bukan Islam yang telah memeluk Islam hendaklah diberikan kebebasan untuk kembali ke agama asal mereka (murtad) dan tidak boleh… dikenakan tindakan undang-undang.


3. Sebarang kes pertukaran agama orang Islam kepada bukan Islam tidak sepatutnya dikendalikan oleh Mahkamah Syariah tetapi dikendalikan oleh Mahkamah Sivil.


4. Tidak perlu dicatatkan di dalam kad pengenalan seseorang Muslim bahawa ia beragama Islam. Orang

Islam hendaklah dibenarkan keluar daripada Islam (murtad) sekiranya ingin berkahwin dengan orang bukan Islam tanpa boleh dikenakan tindakan undang-undang.


5. Orang bukan Islam tidak perlu dikehendaki menganut Islam sekiranya ingin berkahwin dengan Orang Islam.


6. Seseorang atau pasangan suami isteri yang menukar agamanya dengan memeluk Islam tidak patut diberikan hak penjagaan anak.


7. Orang yang bukan Islam yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan seorang yang memeluk Islam hendaklah diberikan hak menuntut harta pusakanya selepas kematiannya.


8. Kerajaan hendaklah menyediakan dana yang mencukupi untuk membina dan menyelenggara rumah-rumah ibadat orang bukan Islam sebagaimana kerajaan menyediakan dana yang serupa untuk masjid.


9. Orang bukan Islam hendaklah dibenarkan dan tidak boleh dihalang daripada menggunakan perkataan-perkataan suci Islam dalam percakapan dan sebagainya.


10. Bibel dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Indonesia sepatutnya dibenarkan untuk diedarkan kepada umum secara terbuka.


11. Pelajaran agama bukan Islam untuk penganut agama itu hendaklah diajar di semua sekolah.


12. Program-program berunsur Islam dalam bahasa ibunda sesuatu kaum hendaklah ditiadakan. Program dakwah agama lain selain Islam pula hendaklah dibenarkan untuk disiarkan dalam bahasa ibunda masing-masing.


13. Orang Islam yang membayar zakat tidak sepatutnya dikecualikan daripada membayar cukai pendapatan dan wang Hasil zakat sepatutnya digunakan juga untuk keperluan orang-orang bukan Islam.


14. Sepatutnya Islam tidak disebut sebagai pilihan pertama masyarakat Malaysia seperti dalam soal pakaian menutup aurat kepada pelajar sekolah.




Apa itu IFC ?


IFC ditubuhkan oleh Malaysian Consultative Council Of Buddhism, Christianity, Hinduism dan Sikhism atau singkatannya MCCBCHS ataupun Majlis Perundingan Malaysia Agama Buddha, Kristian, Hindu dan Sikh melalui memorandum bertarikh 21 Ogos 2001 kepada Majlis Peguam Negara.


IFC berasal dari IRC( Inter Religion Council ) yang merupakan Suruhanjaya Antara Kepercayaan yang dicadangkan sebagai sebuah badan berkanun yang mempunyai kuasa undang-undang yang boleh mengubah ajaran sesetengah agama(cth: Agama Islam) atas desakan penganut agama lain. IFC berfungsi seakan SUHAKAM yang turut menerima dan melayan aduan berkaitan agama.aru.




0 comments:

Post a Comment