Sekadar renungan


Bila Allah cepat makbulkan Doamu, Maka DIA Menyayangimu,

Bila DIA Lambat Makbulkan doamu, Maka DIA Ingin Mengujimu,

Bila DIA Tidak Makbulkan Doamu, Maka Dia Merancang Sesuatu Yang lebih Baik Untukmu.

Oleh itu, Sentiasalah Bersangka Baik Pada ALLAH Dalam Apa Jua Keadaan Pun... Kerana Kasih sayang ALLAH Itu Mendahului KemurkaanNya.

********************************************************

Saat itu, hadir syaitan yang terkuat, sementara si hamba dalam kondisi paling lemah. Siapakah yang selamat?


Ya Allah, jadikanlah amal terbaik kami sebagai penutup amal kami. Jadikanlah umur terbaik kami sebagai akhirnya. Dan jadikanlah hari terbaik kami sebagai hari kami menjumpai-Mu
.


Sabda Nabi s.a.w ;"...dan sesungguhnya waktu yang paling syaitan dengan manusia adalah disaat kematian (nazak) ","(Riwayat Abu Na'im)" didalam sepotong ayat Mursyal , Nabi s.a.w bersabda dengan membawa maksud ," Saat paling hampir musuh Allah (syaitan) itu dengan manusia ialah dikala terbit rohnya".

ZIKIR HARIAN

HARI AHAD: Ya Hayyu Ya Qayyum ( 1000 X )
HARI ISNIN: La haula wala quwwata illa billa hil 'aliyyil 'a ziim ( 1000 X )
HARI SELASA: Allahumma salli 'ala 'abdika warasulika wanabiyyikal amiina wa'ala alihi wasahbihi wasallim ( 1000 X )
HARI RABU: Astagh firullahal 'a ziim ( 1000 X )
HARI KHAMIS: Subhanallahii 'a ziim , Subhanallahi wabihamdihi ( 1000 X )
HARI JUMAAT: Ya Allah ( 1000 X )
HARI SABTU: La ilaha illallah ( 1000 X )

Sedikit Ilmu untuk dikongsi bersama...



Imam Ja’far Ash-shadiq (sa) berkata: “Barangsiapa yang membaca surat Ar-Rahman, dan ketika membaca kalimat ‘Fabiayyi âlâi Rabbikumâ tukadzdzibân’, ia mengucapkan: Lâ bisyay-in min âlâika Rabbî akdzibu (tidak ada satu pun nikmat-Mu, duhai Tuhanku, yang aku dustakan), jika saat membacanya itu pada malam hari kemudian ia mati, maka matinya seperti matinya orang yang syahid; jika membacanya di siang hari kemudian mati, maka matinya seperti matinya orang yang syahid.” (Tsawabul A’mal, hlm 117).

Bacaan Surah

.

Followers

Blog ini mengandungi Maklumat dan Koleksi ibadah untuk diri saya . Sekiranya ia baik , kita kongsi bersama , sekiranya ianya tidak baik , elakkanlah. Saya hanya insan biasa yang mencari ilmu selagi hayat dikandung badan...

.

Wednesday, August 28, 2013

6 Kes Murtad Yang Terkenal di Malaysia

Isu murtad sememangnya antara isu yang sentitif.. Terdapat banyak kes murtad yang dilaporkan sekarang, tetapi cuma sebahagian sahaja yang dapat pendedahan meluas media...  Jadi jom kita selongkar antara kes-kes murtad yang mendapat perhatian di Malaysia...

1. Lina Joy
  1. Nama asal: Azlina Jailani, pernah memohon pada tahun 1997 untuk ditukar kepada Azlina Lelani tetapi ditolak sebab          beralasan telah tukar agama Kristian.
  2. Permohonan kedua untuk tukar kepada Lina Joy pada 1999 tanpa menyatakan sebab pertukaran kepada agama Kristian telah diluluskan, dengan Kad Pengenalan Baru tertera perkataan Agama Islam.
  3. Ayah bernama Jailani bin Shariff dan ibu bernama Kalthum binti Omar, keduanya beragama Islam dan mengamalkan hidup sebagai Muslim.
  4. Berwajah typical Malay, berbangsa Melayu keturunan Jawa, berumur 42 tahun.
  5. Mengisytiharkan tidak pernah mempraktikkan Islam sejak lahir, beragama Kristian sepenuhnya sejak tahun 1990, mempunyai sijil Baptis yang dikeluarkan pada 11-May-1998, dan pada tahun 2000 menyatakan hasrat untuk berkahwin dengan seorang India Kristian, dan meminta untuk didaftarkan perkahwinan tersebut untuk mengesahkan perkahwinan beliau.
  6. Telah beberapa kali dipanggil dan dinasihatkan oleh Majlis Agama berkenaan kemurtadan beliau, tetapi beliau mempertahankan yang pilihan keluar dari Islam adalah kehendak sendiri dan telah dimaklumkan pada kedua ibu bapa.
  7. Bekerja di ProQuest di Taipan, Subang Jaya.menetap di Taman Dato’ Tan Yeiw Lai, Kuala Lumpur.


FAKTA KES
1.  Selepas berkahwin dengan seorang Kristian, beliau memohon untuk pendaftaran perkahwinan, tetapi tidak dibenarkansebab di dalam Kad Pengenalan masih tertulis beragama Islam walaupun beliau berjaya menukar nama dalam Kad Pengenalan kepada Lina Joy.
2.   Berusaha untuk menghilangkan perkataan agama Islam tersebut dengan permohonan kepada Jabatan Pendaftaran Negara(JPN) pada tahun 2000.
3.     Permohonan tidak dibenarkan oleh JPN disebabkan tidak ada kebenaran dari Mahkamah Syariah yang membenarkan memperakui beliau keluar Islam.
4.      Mahkamah Syariah mengguna pakai undang-undang Islam yang tidak membenarkan (MENGHARAMKAN) seseorang Muslim keluar dari Islam (Murtad), dan Sijil Tukar Agama (Murtad) seperti yang dikehendaki oleh JPN tidak dapat dikeluarkan.
5.       Permohonan bermula di Mahkamah Tinggi tahun 2000, seterusnya ke Mahkamah Rayuan pada 19-Septemebr-2005, dan keduanya mengiktiraf bahawa kes adalah dalam kuasa Mahkamah Syariah untuk membenarkan beliau keluar dari Islam dan membolehkan dibuang perkataan Islam di dalam Kad Pengenalan.Setelah semuanya tidak berjaya, peguambela, Dato’ Dr Cyrus Das, juga bekas Presiden Majlis Peguam, berjaya  
1.       mendapat kebenaran untuk kes dibawa kepada Mahkamah Persekutuan.


2.     Kes didengar oleh 3 Hakim (2 Muslim & 1 non-Muslim ~ Ketua Hakim Tun Fairuz, Dato’ Alauddin, & Dato’ Richard) pada dasarnya berpendirian yang sama menyokong tindakan Mahkamah Rayuan, HINGGALAH Majlis Peguam yang di ketuai oleh Peguam Malik Imtiaz Sarwar dan beberapa yang lain, yang hanya menjadi barisan peguam pemerhati beserta banyak lagi NGO yang menyokong Lina Joy meminta untuk memberi hujah & bersuara, dan DIBENARKAN oleh mahkamah yang terlibat.
3.       Itu adalah permulaan isu ini dibesarkan yang mana tidak pernah dalam sejarah perundangan negara peguam pemerhati dibenarkan berhujah di dalam Mahkamah.
4.       Hujah yang dibawa oleh barisan peguam pemerhati yang diketuai oleh Majlis Peguam tersebut melarikan isu utama kes berkenaan daripada hak & kuasa Mahkamah Syariah TETAPI memberi hujah bahawa Lina Joy adalah berhak untuk mempraktikkan kepercayaannya dan dilindungi oleh perlembagaan sebagai hak individu seperti yang terkandung di dalam Artikel 11 Perlembagaan Persekutuan.
5.      Isu Mahkamah Syariah seperti yang diputuskan oleh mahkamah terdahulu sudah tidak releven lagi pada hujah Majlis Peguam, dan isu yang diperjuangkan oleh Kumpulan Artikel 11 & IFC dijadikan isu utama kes ini di Mahkamah Persekutuan.
6.    Isu yang diperjuangkan oleh kesebelas NGO non-Mulsim atas nama kumpulan Artikel 11 & Inter-Faith Council (IFC) adalah untuk mendefinisikan perkataan "person" (individu) yang terkandung di dalam Artikel 11 tersebut untuk merujuk kepada individu as per sey, bukan lagi kumpulan atau agama secara umumnya.
7.   Ini adalah kali pertama dalam sejarah Malaysia penghujahan yang sebegitu berani & bersikap kurang ajar yang dilakukan untuk menghuraikan definisi tersebut bagi menguraikan ikatan Islam mengikut kefahaman peribadi seseorang penganut itu sendiri, dan menafikan hak Islam sebagai agama untuk mewajibkan umatnya mempraktikkan amalan & syariat Islam seperti yang terkandung dalam undang-undang Islam.

  
IMPLIKASI DARI DEFINISI "INDIVIDU"
Nampak & dengar terlalu kecil, tetapi implikasinya melampaui batas pemikiran kita…!
  1. Orang Islam dibenarkan meninggalkan Islam pada bila-bila masa sahaja, walaupun mengakui mereka adalah Melayu pada bangsanya. Ini bermakna Melayu di Malaysia bukan lagi terikat dengan agama Islam seperti yang telah digazetkan dalam perlembagaan.
  2. Apabila definisi "person" didefinisikan sebagai hak individu, maka agama Islam boleh ditafsirkan mengikut kefahaman individu sendiri tanpa ada undang-undang Islam yang boleh mengongkongnya;

  • Orang Islam boleh keluar-masuk Islam pada bila-bila masa.
  • Islam boleh diamalkan mengikut kefahaman sendiri sepenuhnya. 
  • Kesalahan syarie oleh seorang Muslim tidak boleh diambil tindakan disebabkan perundangan Syariah sudah tidak relevent.
  • a.       Sebagai contoh, solat boleh dilakukan mengikut sedap hati mengikut rakaat solat yang difahami sendiri, puasa dalam Ramadhan boleh ditinggalkan apabila membuat deklarasi “bukan Islam” pada bulan itu tanpa boleh diambil tindakan.
    b.     Semua badan-badan Islam tidak relevant lagi dalam perundangan semasa, sebab hak mempraktikkan secara individu diperjuangkan.
    • Raja-raja Melayu hilang kuasa sebagai benteng & simbol agama.
    • Kanak-kanak apabila masuk umur 18 tahun, ibu bapa akan terus hilang kuasa untuk menetapkan agama dan fahaman mereka, dan tindakan boleh diambil ke atas ibu bapa yang memaksa anak mereka mengamalkan Islam.
    • Perukunan Islam pada dasar sudah tidak valid disebabkan tiada satu pun akta-akta berkaitan Islam contohnya Akta Solat, Akta Puasa, Akta Haji, Akta Zakat yang mengikat seseorang Muslim di dalam perlembagaan
MENGAPA KES LINA JOY?
  1.  Kes Lina Joy adalah kes yang sudah lama didiamkan, tetapai ianya telah diheboh-hebohkan diperingkat antarabangsa secara bersungguh-sungguh, dan ia adalah satu daripada ratusan ribu kes yang menanti untuk diketengahkan.
  2. Kes Lina Joy adalah kes yang mengambil kesempatan dalam kekalutan semasa umat Islam di dunia, dan di Malaysia khususnya yang amat lemah dan tidak ada keupayaan untuk digembleng bagi mempertahankan Islam di mana-mana sahaja, hatta mempertahan aqidah seorang muslim yang lain.
  3. Kes ini pada dasarnya adalah rentetan daripada tuntutan kumpulan “Artikel 11” yang pernah berkumpul di Petaling Jaya & Melaka, dan pernah cuba berkumpul di Pulau Pinang pada 14-Mei-2006 yang menuntut kepada pemerintah untuk membenarkan sepenuhnya kebebasan Murtad di bawah Artikel 11 Perlembagaan Persekutuan, setelah kekalahan untuk kes Mohamed Abdullah @ Moorthy, S. Sharmala dan Nyonya Tahir.
  4. Amat mendukacitakan sekali apabila kumpulan Artikel 11 yang juga dikenali Inter-Faith Council (IFC) disertai oleh beberapa individu Melayu & Islam termasuklah Sister-in-Islam, yang digerakkan oleh pemimpin-pemimpin & sekutu pemimpin-pemimpin negara yang beragama Islam.
  5. Kes Lina Joy adalah percubaan yang akan memberikan impact yang amat besar, dan diistilah kan sebagai “beyond our imgination” yang mana ia secara langsung mencabar undang-undang Syariah oleh Mahkamah Syariah di bawah Perkara 121(A) Perlembagaan Persekutuan, samaada ianya akan dipinda atau dihapuskan sepenuhnya, dan seterusnya mancabar hukum yang Allah SWT telah tetapkan di dalam Al Quran & As Sunnah.
    Berikutan kes Lina Joy, maka terlalu banyak kes-kes permohonan Murtad dan sebagainya yang telah lama 
1      menunggu & sedang menunggu, dan kejayaan dari kes ini akan membenarkan permohonan lebih 250,000 untuk keluar Islam akan dibenarkan oleh perlembagaan.
2.  Kes ini menjadi PERHATIAN PENUH organisasi & individu bukan Islam seluruh dunia, dan seluruh negara-negara besar di dunia menghantar wakil untuk memberikan pressure yang besar ke atas hakim & sistem perundangan negara yang AMAT LEMAH untuk membela aqidah seorang rakyat Islam.
3.     www.becketfund.com, www.malaysianbar.org.my,  www.bernama.com.my menyenaraikan dengan jelas fakta kes dan bagaimana organisasi besar satu dunia ini menjadi tembok & dalang yang begitu kuat yang membela Lina Joy. Ianya dianggotai oleh pelbagai pertubuhan hak asasi manusia sedunia.
4.       Di Malaysia pula 11 NGO dan organisasi menghantar wakil ke Mahkamah Persekutuun untuk memberi pressure kepada Hakim yang terlibat setelah mereka dibenarkan bersuara untuk membela Lina Joy, antaranya;
  • Malaysian Bar Council
  • All Women’s Action Society (AWAM)
  • Sisters in Islam (SIS)
  • Catholic Lawyers Society
  • Interfaith Spiritual Fellowship
  • Malaysian Civil Liberties Society (MCLS)
  • Malaysian Consultative Council of Buddhism, Christianity, Hinduism and Sikhism (MCCBCHS)
  • National Human Rights Society (HAKAM)
  • Pure Life Society
  • Suara Rakyat Malaysia (SUARAM)
  • Vivekananda Youth Movement, Seremban
  • Women’s Aid Organization (WAO)
  • Women’s Development Collective (WDC)
5.    Wakil dari pertubuhan antarabangsa khususnya juga bercakap menyatakan pendirian mereka bahawa agama adalah pilihan 100% pada diri individu tanpa paksaan.  Mereka membentangkan paper & kes study yang begitu panjang lebar kepada hakim-hakim yang terlibat untuk meletakkan mereka pada tahap kekeliruan yang amat tinggi.
6.       Dalang utama pihak yang membela Lina Joy adalah wakil Bar Council yang beragama Islam (Malik Imtiyaz Sarwar) telah mengambil partisan stand untuk memberi hujjah yang menyokong tindakan Lina Joy tersebut tanpa mendapat restu dari Bar Council member. Malik sendiri berpendirian agar seorang Muslim dibenarkan untuk menukar agama mereka kepada apa jua pilihan mereka…
7.    Suatu yang amat menyedihkan kerana tidak ada wakil daripada pertubuhan Islam yang begitu banyak di Malaysia, kecuali ABIM dan Persatuan Peguam Muslim Malaysia sahaja yang bercakap mempertahankan hujah.
8.       Suatu fakta yang dinyatakan oleh Peguambela pihak Lina Joy di dalam mengakhiri kes itu menyebut;
“…it is time that we must knock into the heads of Malasy that our country Malaysia has never been an Islamic country. Strong message must be thrown to Muslim to tell them that in Malaysia Islam is just subservient to constitution…”
    ibunda Azlina Jailani


Nama asalnya ialah Azlina Jailani. Berwajah typical Malay, berbangsa Melayu, keturunan Jawa dan berumur 42 tahun. Bekerja di ProQuest di Taipan, Subang Jaya dan menetap di Taman Dato’ Tan Yeiw Lai, Kuala Lumpur. Beliau pernah memohon untuk ditukar namanya kepada Azlina Lelani pada tahun 1997 tetapi ditolak disebabkan alasan telah bertukar agama Kristian. Permohonan kedua untuk menukar nama kepada Lina Joy pada 1999 tanpa menyatakan sebab pertukaran

kepada agama Kristian telah diluluskan, dengan kad pengenalan baru tertera perkataan Agama Islam. Ayahnya bernama Jailani bin Shariff dan ibunya bernama Kalthum binti Omar, keduanya beragama Islam dan mengamalkan cara hidup sebagai Muslim.

Azlina mengisytiharkan tidak pernah mempraktikkan Islam sejak lahir, beragama Kristian sepenuhnya sejak tahun 1990, mempunyai sijil baptis yang dikeluarkan pada 11 Mei 1998 dilahirkan oleh ibu bapa Melayu pada 1963. Dia menukar agama Islam kepada Kristian Katolik pada usia 26 tahun pada 1998. Dia telah dibaptiskan dan cuba mendapatkan pengesahanan daripada Mahkamah Malaysia, tanpa melalui mahkamah syariah. Namanya di dalam kad pengenalan berjaya ditukar kepada Lina Joy pada 1999. Selagi dia dikatakan sebagai orang Islam, Lina Joy tidak boleh berkahwin dengan pasangannya yang beragama Kristian, seorang kaum India. Sebaliknya pasangannya hendaklah menukar agama kepada Islam.



2. Hartina Haji Kamaruddin

Haji Kamarudian seorang penjual sate di Perak. Beliau lepaskan anaknya selepas 18 tahun ke KL untuk cari kerja. Tak terlintas langsung di kepalanya anaknya akan murtad. Tak sampai 9 bulan, Hartina balik ke restoran bapanya dalam keadaan Hindu dengan nandek kat dahi . Bukan itu saja. Anak yang dimanjakan begitu rupa balik mencabar bapanya, bawa boyfriend dan kawan-kawan boyfriendnya sambil berpeluk-peluk dalam keadaan dia pun dah Hindu dengan nandek. Haji Kamarudin takek si kafir tu kat tengkuk. menggelupur dia depan kedai tu.

Haji Kamarudin juga dipelupur oleh kawan-kawan si Hindu tu sampai nak pengsan. Adik lelaki Kartina umur 16 tahun turut kena belasah kerana nak menyelamatkan akidah kakaknya depan kedai tempat bapanya meniaga.

Apa Hartina buat masa tu? Hartina papah kekasihnya dan biarkan bapanya menggelupur sendirian. Tak cukup dengan itu, dia pergi ke balai polis buat report bapak dia pukul boyfriend dia. 14 hari Haji Kamarudin dengan adik lelaki Hartina merengkok dalam lokap sebab report anak Kesayangannya yang mempertahankan kekasih Hindunya. Tak cukup dengan itu disaman pula bapanya 3 juta. Remuk hati seorang bapa yang diheret ke penjara kerana anak sendiri. Tak cukup lagi, dia telah menghina bapanya dengan menukar nama Hartina Haji Kamarudin kepada Nivasni Rajeswari. Nama Hindu.

Semasa masih terlantar kat hospital (akibat dipukul binatang Hindu laknatullah), Haji Kamarudin ditangkap polis semula sebab Hindu laknatullah ditembak oleh seorang yang tak dikenali. Jadi, Haji Kamarudin, anaknya dan anak saudaranya kena kurung masuk lokap kerana menjadi suspek utama kes tembakan tersebut. Anak yang ditatang begitu rupa akhirnya menyebabkan dia merana dalam keadaan hina. 


3. Siti Fatimah Abdul Karim

Siti Fatimah binti Ab Karim, 29 tahun dilahirkan pada tahun 1978, merupakan anak kepada pasangan India Muslim, Ab Karim Masoosai bin Abdullah dan Zaleha binti Mohd Ali. Beliau dibesarkan oleh ibubapa beliau mengikut agama Islam dan beliau sendiri mengamalkan ajaran Islam sehinggalah usia 20 tahun apabila beliau melarikan diri bersama teman lelakinya yang beragama Hindu. Namun begitu, dalam affidavitnya dan laporan yang diperolehi Jerusalem Post mendakwa bahawa beliau telah dibesarkan oleh neneknya yang beragama hindu sedangkan mengikut maklumat dari ibunya, nenek sebelah ibunya beragama Islam manakala nenek sebelah bapanya pula beragama Kristian.

Berdasarkan kenyataan dalam laman web juga pada tahun 2001, beliau telah membuat suatu deklarasi melalui ‘statutory declaration’ bahawa beliau seorang Hindu dan menukar nama kepada Revathi Masoosai tanpa membuat sebarang permohonan di Mahkamah Syariah untuk meninggalkan agama Islam. Oleh kerana itu, kad pengenalan diri beliau masih mencatatkan nama beliau sebagai Siti Fatimah binti Ab Karim dan agama beliau adalah Islam. Menurut ibunya, ibubapa serta keluarganya telah berusaha untuk mencarinya dan membawanya pulang ke pangkuan keluarga namun kesemua usaha itu gagal kerana mereka sering diancam oleh keluarga teman lelakinya dan pernah bapa dan adik lelakinya ditahan dalam lokap polis berpunca dari pergaduhan antara kedua-dua belah pihak.

Setelah beberapa tahun melarikan diri bersama teman lelakinya, pada tahun 2004, beliau telah berkahwin dengan teman lelakinya, Suresh a/l Veerappan, seorang Hindu mengikut upacara perkahwinan agama Hindu. Oleh kerana itu, perkahwinan tersebut tidak boleh didaftarkan mengikut mana-mana undang-undang yang berkuatkuasa kerana perbezaan agama.

Seterusnya, hasil daripada perkahwinan tersebut, pada 19 Disember 2005 beliau telah melahirkan seorang anak di Hospital Besar Melaka. Ibunya telah mendapatkan bantuan Jabatan Agama Islam Melaka untuk mendapatkan anak tersebut memandangkan Siti Fatimah masih seorang yang beragama Islam di sisi undang-undang.

4. Anak-anak Yusof bin Abdullah

Lagi satu kes lain saudara baru kita, nama Yusof bin Abdullah , nama asal Hindunya Santana. Ada seorang isteri, namanya apa entah. Ada anak lelaki,nama Sunjay kalau tak silap. Usia 2 tahun masa tu. Ajak isterinya masuk Islam. Abangnya telah lebih 20 tahun masuk Islam. Isterinya kata ?eh!? Yusof bawa anaknya sekali masuk Islam dengan nama Mohamad Syazani bin Yusof. Dia hidup 2 beranak tu selama 2 tahun. Lepas 2 tahun si minaci datang semula dan bawak lari anak ini ke KL dengan boyfriend barunya. Yusof tak tahu apa nak buat, dia minta mahkamah syariah Alor Setar keluarkan perintah penjagaan hak ke atas anaknya.

Mahkamah pun bagi. Dia pun datang ke KL dan ambil balik budak tu. Si emak ni pergi mahkamah tinggi KL mintak hak jaga anak. Mahkamah tinggi bagi pada si minachi ni. Heran sungguh. Bila si minachi ni tak dapat nak ambil balik budak tu, dia pergi report polis. Tahu polis buat apa? Cari Yusof dan tangkap. (padahal Yusof dapat hak penjagaan daripada mahkamah syariah Alor Setar). Yusof masuk lokap 8 hari.

Lepas tu polis ambil balik budak tu kasi pada emaknya. Hari ni, budak-budak tu kembali jadi Hindu. Tak cukup dengan itu, kurang ajarnya si minachi ni, dia minta pulak mahkamah tinggi batalkan perintah jagaan anak yang dikeluarkan oleh makamah Syariah Alor Setar yang diberi pada Yusof.




5. Nyonya Tahir

SEREMBAN 23 Jan. - Mahkamah Tinggi Syariah di sini hari ini memutuskan bahawa Nyonya Tahir, wanita Melayu beragama Islam tetapi didakwa mengamalkan cara hidup orang Cina dan ajaran Buddha sejak lebih 80 tahun lalu, bukan beragama Islam semasa kematiannya.

Hakim Mohd. Shukor Sabudin dalam keputusannya juga membenarkan mayat Nyonya yang disimpan di rumah mayat Hospital Tampin sejak kematiannya Jumaat lalu, diserahkan kepada keluarga wanita itu untuk disemadikan mengikut agama Buddha.

Beliau berkata, keputusan itu dibuat berdasarkan bidang kuasa Mahkamah Syariah untuk mendengar dan membicarakan kes-kes berkaitan dengan kepentingan orang Islam termasuk masalah akidah di negara ini.

Katanya, keputusan itu juga berdasarkan afidavit anak bongsu Nyonya, Chiang Ah Fatt, 40, dan keterangan bersama kakak Ah Fatt, Kwang Ying, 43, di mahkamah hari ini.

``Mahkamah yang berpuas hati dengan keterangan-keterangan tersebut memutuskan bahawa Nyonya yang memegang kad pengenalan bernombor 180425-04-5054 @ 02033418 adalah bukan beragama Islam semasa kematiannya.

``Mahkamah juga membenarkan keluarga dan warisnya menguruskan pengebumian Nyonya. Hospital Tampin juga diarahkan supaya menyerahkan mayat ini kepada keluarganya,'' kata beliau.

Beliau berkata demikian dalam penghakiman lisan selepas mendengar permohonan sebelah pihak (ex-parte) oleh Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JAINS) serta pengarahnya berhubung pengisytiharan agama Nyonya.

Jumaat lalu, plaintif memohon keputusan mahkamah bagi menentukan status agama Nyonya dan permintaan keluarganya bagi dikebumikan mengikut adat Cina dan agama Buddha.

Plaintif-plaintif diwakili oleh peguam syarie, Siti Harlina Shahran manakala peguam syarie, Koo Chin Nam yang dibantu oleh Kevin Koo S. K. bertindak sebagai peguam pemerhati bagi keluarga Nyonya.

Sementara itu, peguam syarie, Muhamad Burok yang juga Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia bertindak sebagai peguam pemerhati bagi pihak persatuan itu.

Terdahulu, Hakim Mohd. Shukor memetik tulisan ulama Islam, Sheikh Abu Sujak dari Kitab Kifayatul Akhyar yang bermaksud: ``Barang siapa yang keluar daripada Islam, ia diminta bertaubat tiga kali. Jika bertaubat, dan jika tidak dia dibunuh, dan tidak boleh dimandikan, tidak boleh disembahyangkan dan tidak boleh dikuburkan di perkuburan orang Islam.''

Pada prosiding pagi ini, Siti Harlina memaklumkan kepada mahkamah bahawa Ah Fatt mengemukakan afidavit bagi meminta supaya mayat ibunya itu disemadikan mengikut adat Cina dan agama Buddha.

Antara lain kandungan afidavit itu ialah keputusan laporan penyiasatan Pejabat Agama Islam Alor Gajah, Melaka pada 7 Mei 1986 mengenai laporan bersekedudukan antara Nyonya dan suaminya, Chiang Meng.

Dokumen penyiasatan itu ditulis oleh Pemeriksa Hal Ehwal Agama 1 Daerah Alor Gajah, Melaka, Ab. Azit Abdullah melalui kadi daerah yang dialamatkan kepada Pengarah Jabatan Agama Islam Melaka.

Sementara itu, Kwai Ying berkata, ibunya membuat wasiat dalam akuan bersumpah bahawa dia tidak akan kembali kepada agama Islam dan meminta disemadikan mengikut agama Buddha.

Dalam pada itu, Pegawai Agama Alor Gajah Melaka, Kamarul Saman Yaacub, 42, yang turut dipanggil memberi keterangan, mengesahkan laporan yang dibuat oleh Ab. Azit itu.

Beliau turut mengemukakan salinan asal dokumen itu kepada mahkamah.

Nyonya, 89, meninggal dunia kerana sakit tua kira-kira pukul 4 petang, Jumaat lalu di rumahnya di Taman Indah, Tampin dekat sini.

Status agama Nyonya disedari oleh anggota polis di Balai Polis Tampin apabila anak dan cucunya datang membuat laporan kematian.

Ini kerana dalam salinan kad pengenalan Nyonya jelas menunjukkan dia Melayu dan beragama Islam sedangkan anaknya menggunakan nama Cina dan beragama Buddha.




6. Aisyah Bokhari

Pernah dengar cerita Aisyah Bokhari yang murtad tak lama dulu?Suratkhabar banyak menutup kes ini kononnya untuk menjaga perkauman, tak nak terjadi kacau bilau. Kes Aisyah yang murtad dan banyak kes murtad lain ditutup sedemikian rupa atas alasan bercinta, ikut boyfriend.

Cerita mengenai isu murtad yang dibawa di sini memang agak panjang tetapi sekiranya kamu seorang Islam yang peka dan sayangkan agama kita Islam, buatlah sesuatu, paling kurang fowardkan email ni kepada saudara kita yang tak tahu menahu. Ataupun selemah-lemahnya, berdoa agar kita semua serta saudara-saudara kita terselamat daripada fitnah akhir zaman yang paling besar ini.

Ini bukan cerita rekaan saya tetapi hanya petikan dari ceramah yang saya dengar dari mulut peguambela kes ini Zulkifli Nordin di Madrasah Hidayah. Murtad dikalangan orang Melayu kini sudah menjadi ancaman kepada kita.Indeks pencemaran akidah mengikut jabatan statistik dan perangkaan Tahun 1989 aje, 4776 orang Melayu mohon tukar nama dari Melayu kepada bukan Melayu atas alasan keluar dari Islam.

Tahun 1997, bila Saari Bustamah mengambil alih jawatan mufti dari Datuk Hashim Yahya, perkara pertama yang disentuh adalah murtad. Menurutnya sehingga Julai 1997, 3,000 orang murtad di KL sahaja.Tahun 1998 saja,516 orang sudah murtadAisyah bukan kes pertama murtad, sebelum ini dah beratus kes timbul tetapi ditutup oleh pihak tertentu.

Setakat kes Aisyah, dah 40 fail murtad dikendalikan oleh saudara kita Zulkifli Nordin. Mengapa kes Aisyah ini kita rasa ralat sangat? Kes ini satu simbol yang tunjukkan pada kita orang Melayu. Sistem pertahanan akidah kita amat rapuh. Akidah kita diserang ditubi dari segala sudut. Yang kita tak nampak dengan menggunakan system perundangan dan kehakiman kitasendiri.

Kes ini boleh dilihat dari 2 sudut.

1.Bagaimana orang macam Aisyah boleh murtad
2.Bagaimana orang kafir laknatullah boleh menggunakan sistem hakiman kita untuk merampas anak orang Islam untuk dimurtadkan?

Apa yang berlaku kepada Haji Bukhori setelah 25 tahun didik anak dengan pengisian Islam yang hebat. Sedang dia mengimamkan sembahyang terawih di masjid tahun 1997 anak dia sedang dimurtadkan dirumah.

Aisyah adalah gadis Melayu biasa yang didedahkan dengan ilmu yang sepatutnya. Dalam keadaan macam tu, dia takkan murtad. Dihantar ke sekolah agama, dia belajar hingga tingkatan 6 atas dan boleh melayakkan diri jadi ustazah kalau dia hendak, dan layak melanjutkan ke peringkat Universiti Al Azhar kalau dia hendak . Dia dibesarkan dalam suasana yang bapanya imam. Datuknya juga imam yang dah berpuluh tahun imam Haji Tahir. Dia juga hafal surah Yasin. Dalam ertikata, tahu ayat apa, surah ke berapa yang dibacanya, ayat apa yang jadi azimat, semua dia tahu. Itu hebatnya Aisyah. Surah Sajadah pun dia hafal . Masuk ITM dia terlibat dalam gerakan Islam. Dia didedahkan dengan gerakan Islam, dia tahu kelemahan-kelemahan Bible. Dari segi keterampilan, dia budak perempuan Melayu seperti biasa, pakai tudung dengan baju kurung bunga-bunga.Takde apa yang pelik pada dia, duduk dilembah keramat AU5C. Kakak dia pun macam itu juga keterampilannya.Tiap-tiap hari telefon bapanya lapor isu terkini. 2 tahun di KL begitu. Hari terakhir dia telefon 19 Nov 1997,

"Assalamualaikum ayah! Ni Intan (nama manja) cakap. Intan nak bagitahu, Intan dah kristian."

Bayangkan hati seorang bapa. Kita sendiri heran macamana dia boleh murtad. Aisyah adalah simbol anak Melayu yang telah dididik dengan begitu rupa boleh murtad. Apa yang Haji Bukhori boleh buat? Airmata sahaja modal dia. Masuk TV menangis, keluar radio menangis, pergi forum menangis apa yang dia boleh buat? Semua dokumen mahkamah akan jadi bahan arkib termasuk permohonan kafir laknatullah itu minta Aisyah dibebaskan untuk dimurtadkan.

Butir asal permohonan

Permohonan ini dibuat oleh Lennet Teoh Hui Leong seorang peguam CinaKristian. (Read Herbes Corpes bawah bab 36 kanun acara jenayah). Tujuan untuk membebaskan seorang yang didakwa ditahan secara salah. Sebarang permohonan seperti ini perlu bagi sebab mengapa didakwa tahan secara salah. Permohonan dibuat bawah bab 36 atas alasan Article 11 Perlembagaan Persekutuan. Iaitu hak kebebasan beragama. Tiada langsung soal kahwin timbul. Permohonan tu menyatakan, perenggan 6, bertarikh 28 November 1997 di Makamah Tinggi Malaya Kuala Lumpur bahagian jenayah.

Sebab yang dia beri, "Saya Lennet Teoh Hui Leong telah dilantik oleh NurAisyah untuk memberi nasihat kepadanya berkenaan dengan pertukaran agamanya kepada Kristian dan atas arahannya saya telah menyediakan surat sumpah untuk Nur Aisyah menolak dan meninggalkan agama Islam."

Perenggan 23: "Saya Lennet Teoh percaya bahawa Nur Aisyah sedangdikurung secara salah oleh keluarganya. Saya percaya tindakan ibubapa, abangnya dan bapa saudaranya telah melanggar hak kebebasan Nur Aisyah menganut agama pilihannya iaitu Kristian Khatolik".

Kita tak boleh buat apa-apa sebab article 11 Perlembagaan Persekutuanmenyatakan mana-mana warganegara Malaysia yang telah cukup umur (18tahun) berhak mutlak menukar agamanya. Itulah perlembagaan kita yang memerdekakan orang Melayu kita tahun 1957. Perlembagaan itulah juga yang menjerut kita sendiri. Adakah anak cucu kita akan selamat dengan perlembagaan itu? Bila berlaku pertembungan antara hukum syara' dengan undang-undang sivil,undang-undang syara' akan terbatal. Maksud agama rasmi kita Islam adalah acara-acara rasmihendaklah dibuat mengikut cara Islam. Contohnya perlantikan sultan, rasmi parlimen dll. Tak lebih dari itu. Bab kehidupan, politik, ekonomi.... semua tak termasuk.

Article 4 pula menyatakan: "Mana-mana undang-undang yang bertentangan yang bercanggah dengan perlembagaan ini adalah batal dan tidak sah. Ini termasuklah hukum syara'.

KUALA LUMPUR 21 Jan. - Ibu bapa Nor'Aishah Bokhari, gadis yang kononnya mengisytiharkan dirinya murtad, merayu anak mereka itu agar pulang ke pangkuan keluarga untuk bersama-sama menyambut Hari Raya Aidilfitri seperti tahun-tahun lalu.

Mereka turut merayu jasa baik umat Islam di negara ini untuk mendoakan kerahmatan ke atas Nor'Aishah serta mengerjakan solat hajat sepanjang minggu terakhir bulan Ramadan ini agar gadis itu kembali ke pangkuan keluarga dengan selamat.

Bapa gadis tersebut, Bokhari Md. Tahir, 62, seorang pesara guru, berkata, beliau terpaksa mengetepikan perasaan malu yang akan ditanggung oleh keluarganya kerana percaya anaknya sehingga hari ini masih lagi kekal menganut agama Islam.

''Ramai kawan-kawan saya memberi perangsang untuk membawa perkara ini ke pengetahuan umum kerana mereka percaya saya telah selesai menjalankan tanggungjawab saya sebagai seorang ayah dengan baik,'' kata beliau dengan nada yang sebak ketika ditemui Utusan di sini, hari ini.

Beliau ditemani oleh isterinya, Samiah @ Aton Taha, 58, kakak dan abang kepada Nor'Aishah, Norashikin dan Nazaruddin.

Nor'Aishah melalui peguamnya mendakwa telah mengikrarkan satu surat akuan yang menyatakan bahawa dia ingin meninggalkan agama Islam untuk memeluk agama Katholik dengan memakai nama Aishah Felicia Bokhari pada 22 Oktober tahun lalu.

Bagaimanapun kesahihan dakwaan itu masih tidak jelas kerana tiada pengakuan dan keterangan secara terbuka daripada Nor'Aishah sendiri mengenai perkara itu.

Pengakuan yang ada hanya menerusi seorang peguam tetapi ia diragui oleh keluarga Nor'Aishah berdasarkan kenyataan taubat yang dibuat oleh gadis itu di Jabatan Agama Islam Negeri Johor di Johor Bahru pada 18 Disember lalu.

Gadis itu bagaimanapun dilaporkan hilang pada 30 Disember lalu dan kini dipercayai berada bersama teman lelakinya, Joseph Arnold Lee, 28.

Pihak polis tidak menolak sebarang kemungkinan pasangan itu sedang bersembunyi di negara jiran.

Keterangan gadis itu amat penting bagi menentukan kesahihan pengakuannya untuk keluar daripada agama Islam.

Isnin lalu, Nor'Aishah menerusi peguamnya menarik balik satu permohonan writ habeas corpus terhadap bapa, ibu, abang dan seorang bapa saudaranya yang didakwa telah mengurung dan menahan beliau secara paksa.

Nor' Aishah bagaimanapun tidak hadir pada hari itu.

Bokhari seterusnya berkata, Nor'Aishah, 25, seorang anak yang menerima didikan agama yang cukup ketika menuntut di sebuah sekolah agama di Johor.

''Pendidikan agama yang diterimanya cukup untuk melayakkan beliau menjadi seorang ustazah,'' katanya.

Tambahnya, Nor'Aishah pandai membaca al-Quran dan turut menghafal beberapa surah penting.

Menurut Bokhari, Nor'Aishah dengan semua anggota keluarganya cukup baik.

''Kami adik beradik sememangnya rapat dan sering berkongsi dalam banyak perkara,'' kata kakaknya, Norashikin.

BOKHARI Md. Tahir dan Samiah @ Aton Taha tidak dapat menahan sebak mengenangkan nasib anak perempuan mereka, Nor'Aishah yang menghilangkan diri sejak 30 Disember lalu. Nor'Aishah kini dipercayai berada di negara jiran bersama teman lelakinya. - Gambar ZAINAL ABIDIN IBRAHIM.



7. Lepat 
Masih ingatkah anda pada seorang kartunis bernama Lepat atau nama sebenarnya Ismail Ariffin?

Dulu, kisahnya pernah menggemparkan seluruh tanah air berikutan bekas isterinya, Aishah Jane Abdullah telah melarikan anak mereka ke England.

Lepat, 44, yang telah bermati-matian cuba mendapatkan kembali anak lelaki mereka yang kini sudah pun berusia 18 tahun tetapi hanya menemui jalan buntu.

Semua usahanya gagal kerana banyak pihak yang seolah-olah tidak memandang serius mengenai kesnya.

Sebenarnya, penulis dengan dengan tidak sengaja telah menemui beberapa video anak kepada kartunis ni yang bercakap fasih dalam Bahasa Melayu sedangkan dia sebenarnya tinggal di Jerman.

Mengimbas kembali kisah hidup mengenai kartunis yang berasal dari Pulau Pinang ini, Lepat telah berkahwin dengan Jane Brummit @ Aishah Jane Abdullah, 40, dan dikurniakan seorang anak lelaki, Sunni Sazali yang dilahirkan di Malaysia.

Namun, pada Februari 1996, semasa Sunni berusia lima bulan, Jane telah melarikan Sunni ke England.

Tetapi Lepat berjaya membawa Sunni pulang kembali ke Pulau Pinang pada Oktober tahun yang sama.

Akhirnya mereka bercerai dan dalam pada proses menuntut hak penjagaan anak, dari situlah bermula segala cabaran dan dugaan.

Pada 1 April 1997, makahmah di sini telah mengeluarkan perintah dengan membenarkan Jane bertemu Sunni setiap pagi Sabtu di perkarangan Balai Polis Lebuh Pantai, Georgetown.

Tetapi, pada 5 Julai 1997, Jane sekali lagi membawa lari Sunni melalui Bukit Kayu Hitam semasa diberi peluang untuk bertemu dengan anaknya itu.

Lebih merumitkan, apabila pada Ogos 1997, keluarga Jane Burmmit berjaya mendapatkan perintah Mahkamah Crown di Winchester mengenai hak penjagaan Sunni.

Ketika itu, polis menetapkan kes berkenaan mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan, iaitu culik daripada penjagaan yang sah dan jika sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga tujuh tahun.

Namun, sehingga saat ini, Lepat masih tidak mendapat hak penjagaan Sunni.



Memetik laporan Harian Metro, difahamkan, Sunni kini aktif menyertai pertandingan tarian dan pernah layak ke pertandingan akhir rancangan popular di United Kingdom (UK), Got To Dance, bersama kumpulannya, Jukebox Juniors.



Kumpulannya cukup dikenali di UK, malah pernah menjadi juara pertandingan tarian hip hop dan dia kini dikenali sebagai Sunni Brummitt.

Kini, pasangan yang sudah berpisah itu membawa haluan masing-masing dengan Jane menetap bersama Sunni di Devon, UK.

Manakala Lepat yang sudah berkahwin kali kedua dengan rakyat Jerman kini tinggal bersama isterinya, Nor Azlina Ceasar Abdullah @ Ave Caesarina, 29.

Nor Azlina adalah penuntut peringkat sarjana bidang psikologi di Universiti Bremen, Jerman.

Hasil perkahwinan mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Siti Aminah, 6, serta seorang anak lelaki Ahmad Azli Ceasar, 2.







Menurut perancangan, selepas isterinya menamatkan pelajaran, Lepat dijangka ingin membawa pulang keluarganya dan menetap di Malaysia.

Insyaallah…

Lihat saja keletah anak perempuannya, Aminah yang fasih berbahasa Melayu namun mempunyai loghat Jerman.

Tuesday, August 27, 2013

Keturunan Anak-Anak Adam Lapan Perkara

Sabda Rasulullah S.A.W. lagi, "Sesungguhnya Allah S.W.T telah menciptakan kepada keturunan anak-anak Adam lapan perkara, dan dari lapan itu empat perkara bagi penghuni syurga, iaitu:

1. Wajah yang manis dan berseri-seri.
2. Tutur kata yang bersopan.
3. Hati yang bertaqwa kepada Allah.
4. Tangan yang dermawan.

Empat perkara bagi penghuni neraka:

1. Muka yang muram.
2. Tutur kata yang keji.
3. Hati keras yang engkar.
4. Tangan yang kedekut (bakhil).

Sendi tegaknya dunia

Sabda Rasulullah S.A.W., "Sendi tegaknya dunia adalah disebabkan empat perkara: 

1. Dengan berilmunya para ulama. 
2. Dengan keadilan orang yang menjadi pemerintah. 
3. Dengan orang kaya yang dermawan. 
4. Dengan doanya orang yang fakir."

Jalan Keluar Pada Masalah

Assalammualaikum…….

Sebelum saya meneruskan perbincangan jalan keluar
kepada masalah ini, saya ingin mengambil kesempatan
masa yang sangat terhad ini meminta kepada semua
ahli-ahli yang telah meminta saya menyelesaikan
masalah mereka dapatlah kiranya anda semua merenung
dan muhasabah diri kita dan keluarga kita dengan
masalah yang kita hadapi sekarang dengan tajuk yang
saya bawa hari ini. 

Sebagai contoh kenapa dan mengapa masalah itu timbul,
seperti keluarga berpecah belah, isteri tidak taat
suami, suami yang panas baran, ada ahli keluarga
kahwin lari, ada mengandung anak luar nikah dan seribu
satu macam masalah. Kalau kita hendak bincang isu ini,
satu hari tidak selesai jadi kesimpulannya jawapan
ringkas kepada masalah-masalah tuan-tuan dan puan-puan
semua ke atas email-email yang anda semua minta saya
selesaikan. 

Setiap manusia termasuklah diri saya tidak boleh lari
daripada ujian. Samada dia rakyat biasa, atau
keturunan raja, orang bijak atau orang bodoh, orang
miskin ataupun kaya, beriman ataupun tidak beriman
dengan Allah, semuanya pasti diuji oleh Allah swt.

Ujian pula ada berbagai macam bentuknya. Ujian
kesusahan, kemiskinan, kesakitan, ketakutan, bencana
alam dan seribu satu macam lagi bentuk ujian yang
Allah swt datangkan pada kita. Ujian-ujian ini
semuanya menimbulkan masalah pada kita. Sebab itu bila
seseorang itu punya masalah, hakikatnya dia sedang
diuji oleh Allah swt. Bagi orang mukmin ujian adalah
merupakan khabar gembira buat mereka tetapi derita
bagi orang yang sebaliknya. Gembiranya orang mukmin
diuji kerana mereka faham dan yakin bahawa dengan
ujian itu Allah mahu menghapuskan dosa-dosa mereka.
Mereka gembira kerana dosa-dosa mereka akan disapu
bersih oleh Allah melalui sifat redha dan sabar mereka
dalam berhadapan dengan ujian. Dalam Al Quran surah Al
Imran Allah berfirman maksudnya:

“Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga
padahal belum nyata bagi Allah orang-orang yang
berjihad di antara kamu dan belum nyata orang-orang
yang sabar.”

Ganjaran bagi mereka yang sabar dengan ujian ini
adalah tidak terkira banyaknya sepertimana firman
Allah yang bermaksud:

“Sesungguhnya diberi ganjaran orang sabar dengan
pahala tanpa hisab.”

Allah memberi kita peluang untuk dapatkan pahala sabar
yang tidak terkira banyaknya ini hanya melalui ujian
yang sebenar yang Allah datangkan pada kita. Betapa
pemurahnya Allah! Ujian yang sebentar itu Allah bayar
dengan Syurga yang kekal abadi. Kita tanggung
kesusahan dan penderitaan hanya sekejap sedang
gantinya adalah nikmat yang kekal.

Kalau begitu soalnya mengapa dan kenapa kita tidak
boleh sabar? Atau sengaja tidak mahu sabar? Siapakah
kita hendak berani memberontak dengan Allah?
Keluh-kesah, merungut-rungut, mengadu-ngadu,
gundah-gulana dan merapu-rapu bila diuji oleh Allah.

Mengapa dan kenapa begitu berani kita demonstrasi
dengan Allah sedangkan asal kita adalah dari setitik
air mani yang hanyir. Yang kalau Allah tidak mahu
jadikan kita sebagai manusia sempurna maka cacatlah
kita atau jika Allah tidak mahu jadilah kita maka
tiadalah kita.

Begitulah lemahnya kita dan tidak ada apa pun istimewa
kita ini untuk dilihat oleh Allah melainkan jika kita
bertaqwa di sisi Allah. Firman Allah swt yang
bermaksud:

“Sesungguhnya orang yang paling mulia di sisi Allah
itu ialah orang yang paling bertaqwa.”

Justeru itu, marilah kita usahakan sungguh-sungguh
agar kita dikurniakan oleh Allah dengan sifat taqwa.
Hingga kita boleh rasa terhibur dengan ujian. Bahkan
rasa bimbang dan risau pula jika Allah tak datangkan
ujian kerana takut-takut itu merupakan kutukan Allah
ke atas kita. Allah kutuk kerana buruknya akhlak kita,
derhakanya kita dan kurang ajarnya kita kepada Allah.

Inilah yang menyebabkan para muqarrobin menangis.
Inilah yang menyebabkan mereka boleh berbuat baik jika
orang berbuat jahat terhadap mereka. Para ahlillah
tidak nampak orang yang menyusahkan mereka, tetapi
yang dia nampak adalah af’al ataupun berbuatan Allah.

Tidak hairanlah jika Hassan Al Basri boleh memberi
hadiah kepada tiap-tiap orang yang mengumpatnya. Bila
ditanya orang, “Kenapa kamu berbuat demikian?”

Dijawabnya, “Allah mahu aku ganjaran Syurga dengan
umpatan mereka. Pahala kebaikan mereka diberikan
padaku dan kejahatan aku mereka ambil, maka salahkah
aku jika kubalas dengan pemberian yang sekecil ini?”

Begitu pandangan tembus orang soleh. Mereka nampak
yang tersirat, bukan hanya yang tersurat. Pandangan
mereka jauh menjangkau ke alam Akhirat, alam yang
tidak nampak dan tidak boleh dilihat, tetapi bagi
mereka, seakan telah dilihat. Allah berikan kepada
mereka hasil dari sifat taqwa mereka. Ini membuktikan
jika kita dapat mencapai tahap taqwa, nantinya Allah
akan kurniakan ilmu pada kita. Ilmu dari Allah
sebagaimana penegasan Allah dalam Al Quran:

“Bertaqwalah nescaya Allah akan mengajar kamu.”

Alhasil, bilamana kita bertaqwa kepada Allah semua
masalah akan selesai. Bila diuji kita akan sabar. Apa
sahaja ketentuan Allah kita akan terima dengan redha.
Nikmat yang Allah kurniakan pada kita akan kita
syukuri dan kemuncak dari itu semua ialah pertolongan
dan bantuan daripada Allah yang tidak putus-putusnya.
Firman Allah yang bermaksud:

“Dan Allah menjadi pembela orang-orang yang bertaqwa.”

langitbarzakh.blogspot

Yang Paling Cantik...



Wanita itu mempunyai seratus macam kecantikan. 
Kalau tidak pada matanya, pada senyumnya. 
Walau bagaimana pun rupa wanita itu, 
tentu ada yang mampu memikat pandangan yang melihat. 
Dan yang paling cantik,
adalah wanita yang tidak sedar tentang kecantikannya."


ummuhurayrah

Hutang Budi atau Kenang Budi ?

Aku terpanggil untuk menyambung coretan seorang kawan ber’silat’ku akan buah fikirannya terhadap istilah “hutang budi“. Sebenarnya, aku juga sudah lama merasakan ada yang tidak kena dengan istilah itu. Tapi tak tahu bagaimana nak ungkapkannya dengan kata-kata. Aku rasa tulisan Mak Kucing ini tak boleh disia-sia.
.. budi bukan untuk dipulangkan atau dikembalikan. Itu bukan kewajiban. Kalau kamu pernah menolong saya dalam satu-satu perkara, tidak ada autoriti yang boleh menyuruh saya menolong kamu suatu hari nanti apabila kamu memerlukan, hanya kerana itu..
Ganjaran untuk orang yang berbudi, tidak kiralah kepada siapa budinya diberi, adalah anugerah dan rahmat Tuhan. Manusia – terutamanya Muslim – perlu belajar membentuk pandangan dunia (worldview) bahawa daripada tangan siapapun sesuatu sampai, ia digerakkan oleh Allah S.W.T., supaya tidak timbul masalah pergantungan melampau dengan manusia sampai lupa apa yang Allah suruh buat.
Oh, itu cuma cuplikan. Kalian mesti membaca teks penuh supaya kefahaman itu tidak tenggelam timbul. Klik di sini untuk berpaut ke teratak Mak Kucing.
**************
Bercakap soal budi, sudah puas aku menggodeh Kamus Istimewa Peribahasa Melayu, untuk mengesan, apa mungkin ada bait-bait pujangga yang memperkatakan tentang budi yang “wajib dibayar”?

Sumber dari Dawama

Senarai di bawah, adalah antara yang boleh aku kongsikan pada semua. Aku tidak menjamin ejaan dan perkataannya sangat tepat dan serupa seperti yang disebut oleh penglipur lara zaman melayu Melaka. Sekurang-kurangnya, Dewan Bahasa Pustaka (DBP) sudah bekerja keras untuk mendapatkan susun letak yang terbaik dan lebih dekat ke akar umbinya.

1. Ada ubi ada talas, ada budi ada balas.
Maksudnya, jika kita berbuat baik pasti dibalas baik, berbuat jahat pasti dibalas jahat. Setiap aksi memang ada reaksinya. (Talas itu adalah nama lain untuk keladi) Tapi, kebiasaan yang kita dengar sekarang ini, “Ada ubi ada batas, ada hari boleh balas”, rupanya agak lari jauh dari yang sepatutnya, iaitu “Ada hujan ada panas, ada hari boleh balas.”


2. Yang merah saga, yang kurik kundi; yang indah bahasa, yang baik budi.
Maksudnya, biarlah wajah kacak atau cantik, tapi kalau buruk budi bahasanya, maka pasti dipandang hina jua oleh masyarakat. Kesilapan biasa di zaman sekarang, menggunakan perkataan ‘kendi’. (kendi=bekas air bertangkai, kundi = biji saga, kurik= bintik-bintik ). Kak Nisah (penulis Annys Sophillea) ada mengulas tentang pantun budi ini.


3. Putih tulang dikandung tanah, budi yang baik dikenang juga. (atau, Hancur badan dikandung tanah, budi baik terkenang juga. Keduanya boleh digunapakai)
Maksudnya, budi bahasa yang baik akan tetap diingat orang, walaupun kita telah lama meninggal dunia.

4. Senduk berdegar-degar, nasi habis budi dapat.
Kalau melakukan perkara jahat, pasti mendapat malu juga akhirnya.

5. Seorang budi-budian, seorang tabung seruas.
Berlainan sifat antara dua orang.

6. Sebab budi boleh kedapatan.
Tingkah laku boleh menjadikan seseorang itu binasa.

8. Nasi habis budi bersua.
Ada dua maksud yang berbeza. Maksud yang pertama, ketampakkan (kantoi ) sifat buruk seseorang sahabat itu. Maksud kedua, bila di dalam kesusahan baru nak teringat pada sahabat.

9. Mati ikan kerana umpan, mati sahaya kerana budi.
Ditimpa akibat buruk disebabkan termakan pujuk rayu atau sesuatu yang menyenangkan. (sahaya bermaksud hamba).

10. Main akal (= budi).
Merancang tipu muslihat.

11. Muka berpandangan, budi kedapatan, kasih bagai selama juga.
Tiada menghiraukan perbuatan jahat, sikapnya masih juga seperti dulu.

12. Laut budi tepian akal (/ilmu).
Orang ilmuwan, cerdik atau cendekiawan.

13. Lubuk akal lautan (/tepian) ilmu (/budi).
Luas ilmu pengetahuan.

14. Kurang budi teraba-raba, tidak ilmu suluh padam.
Seseorang itu akan mendapat susah jika kurang menyiasat di dalam sesuatu perkara.

15. Hilang bini boleh dicari, hilang budi badan celaka.
Pemikiran jahat bisa mencelakakan diri sendiri.

16. Elok basa ‘kan bekal hidup, elok budi bekal mati.
Orang yang baik budi pekerti, jadi kesayangan masyarakat ketika hidup, dan jadi kenang-kenangan setelah mati. (‘basa’ bermaksud tegur sapa)
***********

Dalam begitu banyak pepatah Melayu yang memperkatakan tentang budi, baru satu yang aku jumpa peribahasa yang menganggap budi seperti hutang. Malah sehingga menganggap ianya tak dapat di’bayar’ hingga ke kubur sekalipun. Inilah dia, seperti yang mungkin ada di kepala kalian juga (hehe..)

17. Utang (/hutang) emas dapat dibayar, utang (/hutang) budi dibawa mati.
Maksudnya, budi baik orang haruslah diingat selama-lamanya, kerana budi bahasa tak dapat dibayar dengan wang. Perkataan ‘dapat’ itu diganti dengan ‘boleh’ jika di dalam pantun Pisang Emas Dibawa Belayar.. (Sambung sendiri ya. Hehe.)


Lihat! Pengertian peribahasa 17 itu pun menunjuk jelas budi itu sepatutnya harus di’ingat’, sebab kalau nak dianggap hutang memang takkan dapat dilangsai. Jadi, aku sangat menyokong prinsip Mak Kucing di blognya itu.

Tapi, aku tidak akan membiarkan kalian pulang dengan jiwa yang kosong. Jadi, aku meninggalkan ungkapan dari Chedet ini sebagai renungan *(sumber):
7. Masyarakat yang tidak miliki budaya terhutang budi tidak akan maju dan berjaya. Tanpa budaya ini anggota masyarakat akan mempunyai sifat yang utamakan kepentingan diri sendiri semata-mata, sifat tamak. Hubungan di antara anggota masyarakat seperti ini tidak mungkin baik.
www.sangpelangi.com

Ibarat Melepaskan Anjing Tersepit !

hidasaif67.blogspot


Biasa dengar peribahasa 'Melepaskan anjing tersepit'?

Tahu maknanya?


Biasa tengok anjing tersepit tak?

Mungkin kekadang ada lah ternampak anjing yang tersepit kena tindih ngan kayu ke apa ke kan..

Anjing ni apa?

Anjing ialah seekor binatang kategori mamalia.
Beranak dan menyusukan anak..
Ianya juga termasuk dalam kategori karnivor..pemakan daging..menyalak..dan kalau dilatih, berguna kepada manusia.

Dalam Islam, anjing, air liur, najis kencing beraknya dan segala keturunannya termasuk dalam kategori NAJIS MUGHALLAZAH..najis berat! ( sila rujuk buku FEKAH ye)
Bahasa Inggeris panggil binatang ni 'DOG'..

Kalau yang betina pula dipanggil BITCH..tapi hati hati le bila guna perkataan BITCH ni sebab ianya juga adalah bahasa kesat yang digunakan untuk memanggil 'perempuan jalanan'!!

Okay merujuk kepada peribahasa Melayu yang diguna pakai ini, 'Melepaskan anjing yang tersepit' ...apa pula maksudnya?

Anjing adalah binatang karnivor.
Bergigi taring..dan takkala ia tersepit dia akan melolong lolong kesakitan.

Kasihan kan??

Ya benar..kita sebagai manusia perlu ada rasa belas kasihan..
tetapi peribahasa Melayu ada keindahan tersembunyi!

Walaupun kita merasa belas kasihan kerana ingin melepaskan seekor anjing yang dalam kesakitan ini, kita perlu mengambil langkah berjaga jaga kerana binatang ini adalah karnivor!
Bergigi taring dan dalam kesakitan..

Ia tidak kenal siapa yang ingin menolongnya..
selalunya binatang yang bergigi taring ini bila sakit akan cuba menggigit gigit dan menokak nokak segala benda di kelilingnya termasuk tangan manusia yang ingin menolongnya!

Jadi, HATI HATI ye...nak 'MELEPASKAN ANJING YANG TERSEPIT'..

-seseorang yang tidak tahu berterima kasih setelah ditolong sewaktu susah sebaliknya memberi kesusahan kepada si penolong!!



KISAH YANG SELALU BERLAKU DALAM MASYARAKAT KITA :

Alkisah Orang Tak Kenang Budi "Bagai Melepaskan Anjing Tersepit"

Hancur berderai hati saya apabila seorang sedara yang memang rapat dengan saya sejak dia kecil tergamak melempar kata2 kesat dan teringin sangat nak tengok  saya ni jatuh susah.. Kesalahannya adalah menyampaikan pesanan ayah (tok wan budak ni) dah masukkan duit ke akaun untuk belanja dan saya menasihati agar duit tu digunakan secara berhemah.. Salah ker?? Dia nak tengok saya susah, walhal saya seboleh2 nak tengok dia berjaya!! Pasal tu hantar sambung belajar walaupon mak bapak dia xmampu nak sara. Sape dia tala nak mintak tolong?? Ni mak sedare dia yg dia nak tengok susah ni (tolong advice wan tolongla cucu dia yg susah tu nak sambung belajar kononnye!!), Duit sape bagi?? Tu tok ngan wan dia jugak.. Suke hati cakap beriya sangat nak nasihat2 pasal duit. Memangla beriya, nak dapat duit tu kena beriya bekerja beb!! Pasal ape mak bapak dia xmampu?? Sebab kesusahan tu cari sendiri, xde sape suruh.. So, jangan nak salahkan orang lain pulak.. Pandai cakap orang xambik peduli family dia makan ke tidak, ape dia ingat tok ngan wan tu cop duit ker nak bagi diorang jer?? Abis tu fungsi bapak dia ape?? Makan tido, makan tido..  Budak ni cukup pandai cakap rezeki tu Allah Taala bagi, tapi kalau xusaha mane nak dapat rezeki.. Ingat duit tu jatuh dari langit ker?? Mase nak minta bantuan, siap menangis2 minta simpati nak duit nak buat sambung belajar konon. Tapi sepatutnya lagi tinggi pelajaran, lagi bijak mengenang budi.. Hancur hati saya hanya Tuhan yg tahu. Hati tok ngan wan dia apatah lagi, dah banyak makan hati ngan sikap budak ni satu family.. Sebab dia ni jenis xkenang budi.. Nasib baik masa kejadian tu berlaku, ayah, mak, abang (selain ayah budak tu), kakak (selain mak budak tu), adik2 dan anak2 sedare yg lain ada disisi memberi sokongan. Budak ni siap meroyan dalam FB lagi.. Almaklumlah orang dah celik teknologi.. Nak ingatkan jugak Notebook yg dia guna untuk meroyan tu pon tok wan dia yg beli.. Ingat sikit.. Patutla sebelum ni banyak sangat gaduh ngan orang itu ini kat FB, salah dia la kalo camtu suke meroyan sana sini.. Dia xtaw ker bila dia buat camtu org yg bace leh judge macam2 pasal dia. Buka pekung sendiri suka gaduh ngan orang. Xheranla kalau ngan sedare mare pon boleh buat macam2, apatahlagi ngan orang luar yg baru kenal sehari dua.. Ish!! Buat malu keluarga jer!! Eloklah dia bukak topeng dia awal2, taula sape dia sebenarnya. Rupa2nya budak ni buat baik dengan orang ada muslihat, buang airmata palsu nak tagih simpati konon, tapi bila dah dapat ape yg dia nak, balasannye pada kita hampeh!!! Orang macam ni xrugi satu sen pon kalau xbuat sedare. Sepatutnye tolong pon xpayah. Biar dia pandai2 la nak hidup. Cakap pandai sangat kan.. Budak ni memang layak sangat2 diibaratkan "Bagai melepaskan anjing yang tersepit".. Kite dah tolong dia, dah lepas dia gigit kita balik.. Sesuai sesangat..  Baru saya teringat ada dikalangan sahabat2 mengeluh kena bayar duit org lain walhal peminjam cabut lari, agak2nya spesies camnila yg buat taik ngan sedare mare bila jadi guarantor PTPTN.. Mase mintak tolong, mulut manis, tapi hati bau longkang.. Busuk!! Takkan kemananye orang camni.. Boleh tengoklah nanti.. Walaupun hanya pakai SMS, tapi kesan kata2 budak ni melekat sampai mati.. (P/S : Dia kata lagi kalau saya mati, dia xkan jenguk saya sekalipun.. Alhamdulillah..) 

Friday, August 23, 2013

Doa Bahagia Suami Isteri


The Essence of Gratitude !


Kisah Seorang Ayah.



Pagi tadi:
Pergi ke bank, bayar hutang kat cash deposit atm. Di belakang, ada seorang pakcik berdiri.

Nak, boleh tolong saya?
Ya, boleh pakcik.
Tolong saya masukkan duit sebab selalunya ada pegawai yg tolong.
Hari ini cuti public cik..

Duit utk anak pakcik ya?
Ya.dia belajar di selangor - uia.

Duit dimasukkan untuk anak pertama.
Berjaya.
Jumlah yg sama tapi kali ini ada RM10 5keping, RM50, RM100. Semua duit masuk dalam mesin tapi yang RM100 keluar semula. 2kali.

Pakcik ada duit lain?

Tak ada nak.

Sempat mata ini menjeling ke dalam porch pakcik itu (maafkan saya). Tinggal RM7 sahaja.

Hati mula tersentuh.

Cuba lagi masukkan.
Moga dpermudahkan.
Alhamdulillah berjaya.
Jelas rasa lega tlihat di riak wajahnya.

Berlalu tapi perlahan..

Ingin kutahu dia naik apa..

Motor.
Dalam hujan renyai.
Terlihat wajah kepayahan.
Mengalir air mata.
Semoga pengorbanan seorang ayah itu diberi ganjaran syurga.
Belajarlah sungguh2 wahai anak2 kepada pakcik itu.

RM400 untuk 2orang anak.
Sikit untuk dirinya memadai..

Moga ALLAH memberkati pakcik itu.
Moga ALLAH luaskan rezeki semua ayah di luar sana.
Moga ALLAH kurniakan kesihatan yg baik untuk ABAH yang selalu saya sanjungi..

Kepada semua pelajar:
Belajarlah sungguh-sungguh untuk membalas jasa ibubapa kita...