Sekadar renungan


Bila Allah cepat makbulkan Doamu, Maka DIA Menyayangimu,

Bila DIA Lambat Makbulkan doamu, Maka DIA Ingin Mengujimu,

Bila DIA Tidak Makbulkan Doamu, Maka Dia Merancang Sesuatu Yang lebih Baik Untukmu.

Oleh itu, Sentiasalah Bersangka Baik Pada ALLAH Dalam Apa Jua Keadaan Pun... Kerana Kasih sayang ALLAH Itu Mendahului KemurkaanNya.

********************************************************

Saat itu, hadir syaitan yang terkuat, sementara si hamba dalam kondisi paling lemah. Siapakah yang selamat?


Ya Allah, jadikanlah amal terbaik kami sebagai penutup amal kami. Jadikanlah umur terbaik kami sebagai akhirnya. Dan jadikanlah hari terbaik kami sebagai hari kami menjumpai-Mu
.


Sabda Nabi s.a.w ;"...dan sesungguhnya waktu yang paling syaitan dengan manusia adalah disaat kematian (nazak) ","(Riwayat Abu Na'im)" didalam sepotong ayat Mursyal , Nabi s.a.w bersabda dengan membawa maksud ," Saat paling hampir musuh Allah (syaitan) itu dengan manusia ialah dikala terbit rohnya".

ZIKIR HARIAN

HARI AHAD: Ya Hayyu Ya Qayyum ( 1000 X )
HARI ISNIN: La haula wala quwwata illa billa hil 'aliyyil 'a ziim ( 1000 X )
HARI SELASA: Allahumma salli 'ala 'abdika warasulika wanabiyyikal amiina wa'ala alihi wasahbihi wasallim ( 1000 X )
HARI RABU: Astagh firullahal 'a ziim ( 1000 X )
HARI KHAMIS: Subhanallahii 'a ziim , Subhanallahi wabihamdihi ( 1000 X )
HARI JUMAAT: Ya Allah ( 1000 X )
HARI SABTU: La ilaha illallah ( 1000 X )

Sedikit Ilmu untuk dikongsi bersama...



Imam Ja’far Ash-shadiq (sa) berkata: “Barangsiapa yang membaca surat Ar-Rahman, dan ketika membaca kalimat ‘Fabiayyi âlâi Rabbikumâ tukadzdzibân’, ia mengucapkan: Lâ bisyay-in min âlâika Rabbî akdzibu (tidak ada satu pun nikmat-Mu, duhai Tuhanku, yang aku dustakan), jika saat membacanya itu pada malam hari kemudian ia mati, maka matinya seperti matinya orang yang syahid; jika membacanya di siang hari kemudian mati, maka matinya seperti matinya orang yang syahid.” (Tsawabul A’mal, hlm 117).

Bacaan Surah

.

Followers

Blog ini mengandungi Maklumat dan Koleksi ibadah untuk diri saya . Sekiranya ia baik , kita kongsi bersama , sekiranya ianya tidak baik , elakkanlah. Saya hanya insan biasa yang mencari ilmu selagi hayat dikandung badan...

.

Wednesday, April 3, 2013

Kisah Kehidupan.



Saya ada sebuah kisah yang mahu dikongsikan dengan semua. Mari baca, semoga timbul insaf dalam diri ini. 

Pernah, saya menyertai satu operasi di Muar, dan kami bertolak dari Johor Bahru kira-kira jam 10 malam dan operasi selesai jam 6 pagi. Kami terus pulang ke Johor Bahru. Sepanjang perjalanan, saya yang memandu sendiri berhenti hampir tujuh kali kerana terlalu mengantuk. 

Pulang ke Johor Bahru, biar bantal memanggil, terpaksa diketepikan. Perlu disiapkan berita yang operasi itu untuk siaran berita tengahari. Bukan mudah. Selesai segalanya, jam sudah hampir 11 pagi. Jam dua pula ada satu lagi tugasan. Begitulah kehidupan. Kais pagi makan petang, jika tak dikais, memang tak makanlah.

Saya lebih cenderung kepada kisah human interest seperti satu operasi yang saya ikuti bersama sahabat sahabat baik di Cawangan Trafik Johor Bahru Selatan yang bersengkang mata tanpa mengira masa membanteras kegiatan lumba haram.

Antaranya termasuk kisah seorang budak lelaki berusia 13 tahun yang pada mulanya begitu yakin memberi jawapan kepada pegawai serta anggota polis trafik, dia dibenarkan menunggang motosikal oleh bapanya, yang juga pemilik kenderaan itu.

Sebagaimana lazim, pegawai polis bertugas menghubungi ibubapa pelajar itu dan selepas menanti hampir dua jam, akhirnya muncul ibubapanya di tepi jalan Danga Bay.

Dari jauh, tampak si ibu bagai meluru tak sabar sabar untuk tiba ke tempat anak lelakinya berdiri.Si ayah pula berjalan lesu. Waktu tika itu hampir jam empat pagi.

Sebaik tiba di depan anaknya, tanpa lengah si ibu bagai melepas geram terus mencubit dan menampar badan anaknya. Kami terpinga pinga melihatkan situasi itu lantas beberapa anggota polis trafik meredakan keadaan.

Terkedu anaknya yang dua jam lalu, beriya-iya mendakwa ibubapanya sudah memberi keizinan untuk dia menunggang motosikal milik bapanya dan turut dibonceng rakan sekampung berusia 16 tahun.

Ketika cuba ditahan, dia melarikan diri dari sekatan jalanraya dan turut menendang motosikal anggota penguatkuasa yang mengejar mereka!

"Masuk lokap jek encik. Masuk sekolah jahat Henry Gurney. Tak apa, saya rela," tercetus akhirnya luahan hati si ibu sebaik diredakan.

"Aku tak boleh kawal kau lagi. Kat sekolah kau anak murid aku, kat luar aku tak boleh kawal kau seorang. Selama ini kau cakap tak goyang, tak goyang, tengok semua polis ni, tengok. 

"Kalau dahi ni tak sujud pada sejadah, inilah jadinya," berterusan si ibu melepaskan geram bagai sebuah drama realiti di depan hampir 50 pegawai dan anggota polis serta anggota Rela yang turut bersama-sama dalam operasi itu.

Suasana menjadi sunyi dan hanya kedengaran suara si ibu. Semua memerhati. Semua bagai menyokong tindakan si ibu. Mat mat rempit lain yang ditahan sebelum ini sibuk berbual sesama sendiri turut kaku melihat adegan itu. Mungkin timbul keinsafan dalam diri mereka?

"Dia cakap, ibu keluar, saya cakap malam minggu jangan keluar. jangan, jangan. Tak tengok kat TV (orang kena tangkap)," luah si ibu dan suaranya beriring nada kekesalan.

"Bila kita marah, dia cakap nak rompak rumah orang. Tak kurang ajar punya anak? Sampai hati kau jadi anak macam ni. Budak sekolah pukul 10 duduk rumah," kata si ibu lagi dan kali ini nada sudah berselang kesedihan. 

Tatkala itu, sudah mula mengalir airmata si ibu. Si anak hanya tunduk kaku, tak seperti tika selepas ditahan dua jam sebelum itu, ceria, beriya iya. 

Si ayah tak mampu nak berkata kata. Mungkin sudah puas dileteri anaknya itu. Mungkin sudah kering airmata si ayah memikirkan kedegilan anaknya tika dia keluar mencari rezeki buat kesemua anaknya.

Bagi meredakan keadaan, seorang pegawai polis, Inspektor (kini ASP) Mohd Lail Ab Halim mencelah.

"Kami akan charge (tuduh) dia lari dari sekatan jalan," kata Mohd Lail tegas.

Mungkin mendengar penjelasan ringkas Mohd Lail itu, tercetus luahan si ibu lagi.

"Kat rumah berapa kali dia nak tumbuk saya. Sekarang ni apa? Aku ni mak kau. Hari-hari aku doa, Ya Allah jadikanlah anak aku golongan yang baik-baik. Tapi kau apa? Ibu mampus, ibu mampus."

Ketika ini, si ibu mencucuk cucuk perut si anak. Hilang segala kehebatan si anak. Akhirnya ibubapa juga yang datang. Biar marah, kesemua yang menyaksikan bagai mengerti, dia tetap anaknya. Dia tetap darah dagingnya. Mungkin sudah kemuncak kemarahan si ibu.

"Nanti puan datang ke balai trafik untuk jamin anak makcik," jelas Mohd Lail lagi.

Sambil menjeling marah ke arah anaknya, si ibu dengan cepat menjawab: "Jamin kau? No, no. Ibu tak akan jamin kau, tak ada tak ada," katanya bagai puas, biar malam itu menjadi pengajaran buat si anak yang degil itu. 

Si ibu berlalu pergi. 

Lantas, Mohd Lail mengarahkan anak buahnya untuk membawa pelajar itu ke balai. Tak sempat dibawa, pelajar itu meraung raung menangis mengejar ibunya. 

Sekali lagi kami kaget. Si ibu tak memperdulikan. Kami yang melihat bagai menyokong tindakan si ibu. Biarkan dia rasa. Biar dia serik. Biarkan. Itulah kata hati kami. Kami pun marah. Apatah lagi mendengar luahan hati si ibu di pagi yang bening itu.

Berterusan suara si anak merintih pada ibunya. Semakin jelas suaranya. Si ibu berhenti. Dibiarkan anaknya menangis, meraung di depannya. Direnungnya anaknya itu.

Siapa tak sayang anak. Tentu wanita itu ibu yang baik. Apatah lagi sebagai seorang guru, sifat penyayang tinggi dalam diri mereka. Tampak wajah amarah si ibu sudah bertukar menjadi simpati dan penuh kasih sayang, tatkala si anak menarik narik tangan yang sama mengendong dia ketika kecil, memimpinnya ketika melintas jalan, menepuk nepuk tika mahu tidur.

Akhirnya si ibu mengalah. Dipimpin tangan anaknya ke kenderaan polis. Berdiri kaku si ibu melihat si anaknya di bawa pergi.

Selepas segala proses selesai, saya terserempak dengan si ibu berjalan keluar dari balai beriring dengan bapa pelajar itu. Dan di sebelahnya, anaknya tadi, tangan dipimpin erat, kuat kuat bagai tak mahu melepaskan anaknya itu.

Saya sempat bertegur. Menasihat si anak, jika tak kesian pada diri sendiri, kesianlah pada mak ayah. Kesian mereka berhempas pulas membesarkan awak. Esok awak dah kahwin, awak nak anak awak macam awak?

Tertunduk diam si pelajar itu. Saya tepuk bahunya beberapa kali dan sempat berkata padanya, awak mesti anak yang baik sebab tu awak menangis minta maaf pada mak tadi. Dan sempat saya mengucapkan terima kasih kepada si ibu dan ayah kerana tak putus asa dengan kasih sayang pada si anak yang degil ini. Tersenyum si ayah. Bagai mereda hati si ibu.

Itulah antara kisah kisah kecil yang mahu saya jadikan iktibar untuk kita semua. Kongsilah dengan sesiapa, pada anak anak, pada anak saudara atau mungkin pada diri sendiri. Jahat mana sekalipun, ibu ayah tetap bersengkang mata buat anak-anak. Biar sakit lutut, biar membuai diri dek tak lena tidur, demi anak!

Itu hanya sekelumit. Saya memang mahu berkongsi segala kisah di sini tetapi kadangkala masa tak mengizinkan. Yelah kais pagi makan petang. Kalau tak dikais, mahu tak makan petang nanti kan.



Kreadit : media santai

Kisah Pesakit.


Pesakit: "Abang jururawat, best ke kerja di hospital? Dah lama ke kerja sini?"

Abang misi: "Bolehlah. Nak kata best, ada juga stressnya. Tapi, selama 5 tahun kerja di sini, dapat banyak pengalaman yang bernilai yang orang luar di sana takkan dapat rasa."

Pesakit: "Apa yang best sangat tu? Nurse-nurse lawa-lawa eh?"

Abang misi: "Bukan. Tu tak best. Ada yang lagi best."

Pesakit: "Wah, apa dia?"

Abang misi: "Di sini setiap hari saya lihat pesakit meninggal dunia. Kerja saya uruskan kencing berak mereka, bersihkan mereka hinggalah ke urusan jenazah. Apa yang saya lihat sepanjang saya bekerja di hospital ni, betapa ramainya di antara mereka yang sudah meninggal..sebelum meninggal meminta-minta sama ada dari waris atau jururawat untuk pegang naskhah al-Quran. Ada yang tak boleh baca, ada yang suruh kami bacakan. Ada juga yang tidak sempat sentuh al-Quran, tak sempat baca al-Quran, Allah telah pun mengambil nyawa mereka. Bila dibacakan sahaja al-Quran pada mereka, berlinangan air mata. 

Saya lihat betapa orang-orang yang berada di akhir nafas, majoriti nak sangat sentuh al-Quran. Kalau boleh, nak mati dengan peluk al-Quran. Pengalaman-pengalaman yang saya lalui di sini buat hati ini insaf. Sedar satu perkara yang sangat penting."

Pesakit: "Hm. Apa dia?"

Abang misi: "Apa yang kita biasa pegang ketika kita masih sihat, apa yang kita biasa baca dan belai ketika masih hidup gembira tika tak datangnya sakit...itu jugalah yang kita akan dapat pegang dan sentuh di akhir hayat. Jika kita selalu pegang handphone di tangan setiap masa, sibuk dengan gajet di tangan dan lalai kerananya, agak-agak di akhir hayat kita nanti...dapatkah kita sentuh dan pegang al-Quran? Sedangkan tangan kita tak biasa pegang al-Quran, sehari sekali pun susah nak belai dan belek al-Quran apatah lagi membaca atau mentadabburnya...Allah...Allah...

Sungguh, kita dah tak perlu handphone atau gajet di akhir nyawa kita..kita sangat memerlukan al-Quran...barulah kita sedar masa itu apa yang dah kita rugi...Allah..Allah..."

Pesakit: "(menitis air mata.....) Abang..bacakan saya al-Quran...saya tak boleh baca..buta tajwid... :( "

Abang misi tersenyum. Dikeluarkan al-Quran mini dari kocek bajunya.

cerita oleh: Muhammad Rusydi

Syirik Khafi



Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “ Maukah kamu ku beritahu tentang sesuatau yang menurut ku lebih aku khawatirkan terhadap kalian daripada (fitnah) Al masih Ad Dajjal? Para sahabat berkata, “Tentu saja”. Beliau bersabda, “Syirik khafi (yang tersembunyi), yaitu ketika sesorang berdiri mengerjakan shalat, dia perbagus shalatnya karena mengetahui ada orang lain yang memperhatikannya “ H.R Ahmad dalam musnadnya. Dihasankan oleh Syaikh Albani Shahiihul Jami’ (2604)

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam menjelaskan bahwa riya’ termasuk syirik khafi yang samar dan tersembunyi. Hal ini karena riya’ terkait dengan niat dan termasuk amalan hati, yang hanya diketahui oleh Allah Ta’ala. Tidak ada seseorang pun yang mengetahui niat dan maksud seseorang kecuali Allah semata. Hadist di atas menunjukkan tentang bahaya riya’, karena Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam khawatir riya’ menimpa para sahabat yang merupakan umat terbaik, apalagi terhadap selain mereka. Kekhawatiran beliau lebih besar daripada kekhawatiran terhadap ancaman fitnah Dajjal karena hanya sedikit yang dapat selamat dari bahaya riya’ ini. Fitnah Dajjal yang begitu berbahaya, hanya menimpa pada orang yag hidup pada zaman tertentu, sedangkan bahaya riya’ menimpa seluruh manusia di setiap zaman dan setiap saat

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam telah mengajarkan kepada kita sebuah doa untuk melindungi diri kita dari syirik besar maupun syirik kecil.

Rasululllah shallallahu ‘alaihi wa sallam mengingatkan kita melalui sabdanya, ‘Wahai sekalian manusia, jauhilah dosa syirik, karena syirik itu lebih samar daripada rayapan seekor semut.’ Lalu ada orang yang bertanya, ‘Wahai Rasulullah, bagaimana kami dapat menjauhi dosa syirik, sementara ia lebih samar daripada rayapan seekor semut?’

Rasulullah berkata, ‘Ucapkanlah Allahumma inni a’udzubika an usyrika bika wa ana a’lam wa astaghfiruka lima laa a’lam (‘Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari perbuatan syirik yang aku sadari. Dan aku memohon ampun kepada-Mu atas dosa-dosa yang tidak aku ketahui).” HR. Ahmad (4/403). Dishahihkan oleh Syaikh al Albani dalam Shahiihul Jami’ (3731) dan Shahih at Targhiib wa at Tarhiib (36).


doaayatdanzikir.wordpress

Sesuatu Yang Disangka Sebagai Riya’, Tetapi Sebenarnya Bukan Riya’



Dari Abu Zar r.a., katanya: “Rasulullah s.a.w. ditanya: 

“Bagaimanakah pendapat Tuan perihal seseorang lelaki yang mengerjakan suatu amalan yang baik dan ia mendapatkan pujian dari orang ramai kerana amalannya itu?” Beliau s.a.w. lalu bersabda: “Yang sedemikian itulah kegembiraan seorang mu’min yang diterima secara segera – yakni ketika di dunia sudah dapat merasakan kenikmatannya. (Riwayat Muslim)

Tuesday, April 2, 2013

Hukum Mencabut Uban


Oleh : Shibli


Ramai manusia zaman sekarang sangat suka mencabut uban atau rambut yang sudah menjadi warna keputihan tanpa mengetahui hukumnya. Ramai juga yang tidak tahu langsung tentang hukum mencabut uban. Dengan sedikit rujukan dan kajian, saya sediakan jawapannya di bawah ini.

"Janganlah engkau semua mencabuti uban, sebab uban itu adalah merupakan cahaya seorang Muslim pada hari kiamat." Hadis hasan yang diriwayatkan oleh Imam-imam Abu Dawud dan Termidzi serta Nasa'i dengan isnad-isnad yang bagus. Imam Termidzi mengatakan bahwa ini adalah Hadis hasan. 


Jawapan Tambahan :


Makruh mencabut uban ataupun janggut yang beruban dan makruh membakarnya dengan api ataupun sebagainya supaya nampak seperti orang yang sudah tua. (Mughni al-Muhtaj, kitab al-udhiyyah fasal fi al-aqiqah: 4/374)

Larangan mencabut uban ini telah disebutkan dalam hadis daripada ‘Amr bin Syu‘aib daripada ayahnya daripada neneknya berkata yang maksudnya :

“Sesungguhnya Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam melarang daripada mencabut uban (kepala atau janggut) dan Baginda bersabda: “Sesungguhnya uban itu cahaya orang muslim.”
(Hadis riwayat at-Tirmidzi)
Hadis yang lain, daripada ‘Amr bin Syu‘aib daripada ayahnya daripada neneknya berkata yang maksudnya :



Maksudnya: “Bersabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam: “Jangan kamu cabut uban. Tiada daripada seorang muslim beruban dengan satu uban di dalam Islam, berkata Musaddad (periwayat) daripada Sufyan: “Melainkan bagi uban itu cahaya di hari qiamat.” Sementara katanya (periwayat) dalam hadis Yahya: “Melainkan Allah menulis baginya dengan sehelai uban itu satu kebajikan dan menggugurkan daripadanya (orang itu) dengan sehelai uban itu satu kesalahan.”
(Hadis riwayat Abu Daud).

Jaga Niat !








Tajdid niat dan teruskan berlari! '
Jangan pandang amalan orang lain  jika itu boleh mempengaruhi kita.
Jaga niat kita ibarat menjaga susu yang penuh di dalam gelas 
supaya tidak tumpah bila kita membawanya sambil berjalan.  


" ketiga-tiga orang itu adalah orang-orang yang pertama sekali .."


Kata Rasulullah kepada Abu Hurairah, 

 “Pada hari kiamat kelak, ALLAH S.W.T akan turun kepada hambanya untuk memberikan keputusan kepada mereka semua (yakni kita semua umat manusia). Setiap umat itu akan berlutut. Tiga golongan terawal yang akan dipanggil Allah adalah orang alim, orang kaya dan orang yang berperang di jalan Allah (syahid).





Ramai Umat Islam hari ini menjadikan derma dan agama  sebagai salah satu cara untuk menaikkan reputasi diri dalam masyarakat. Ketahuilah Allah telah menyediakan azab untuk golongan seperti ini.


ORANG ALIM

Allah bertanya kepada orang alim itu.
“Bukankah AKU telah mengajarkanmu kitab yang telah AKU turunkan kepada rasul-KU?”
Orang itu menjawab.
“Benar,wahai Tuhan.”

Allah kembali bertanya.
”Apa yang engkau kerjakan dengan ilmu yang kau miliki?”
Orang tersebut menjawab.
”Dengannya aku beribadat kepada-MU di malam hari dan siang hari”
Malaikat berkata kepadanya.
“Engkau berdusta”.
Allah berfirman.
“Engkau hanya ingin dikatakan bahawa engkau seorang yang alim”.


ORANG KAYA

Kemudian dipanggil orang kaya. Allah berfirman.
”Engkau telah AKU beri rezeki sehingga berkeadaan cukup”.

Orang itu menjawab.
”Benar wahai tuhan”.
Allah kemudian bertanya.
”Apa yang telah engkau kerjakan dengan hartamu itu?”
Dia menjawab.
”Dengannya aku bersillaturrahim dan juga bersedekah.”
Allah berfirman kepadanya.
“Engkau dusta”.
Malaikat juga berkata begitu.
Allah berfirman.
”Engkau hanya ingin dikatakan bahawa engkau seorang dermawan.”


ORANG YANG TERBUNUH DALAM PEPERANGAN (SYAHID)

Kemudian didatangkan orang yang terbunuh selepas berperang di jalan Allah. Maka Allah berfirman.
”Apa yang menyebabkanmu terbunuh?”


Dia menjawab.
”Telah diperintahkan kepadaku untuk berjihad di jalan-MU, maka aku berperang sehingga terbunuh.”
Maka Allah berfirman kepadanya.
”Engkau berdusta”
Malaikat juga berkata begitu.
ALLAH SWT berfirman.
”Engkau hanya ingin dikatakan bahawa engkau seorang yang berani”.



Kemudian Rasulullah s.a.w menepuk lututku sambil bersabda,

”Wahai Abu Hurairah, ketiga-tiga orang itu adalah orang-orang yang pertama sekali merasakan seksaan api neraka pada hari kiamat.”


Kalau kita tengok trend hari ini, ramai orang yang dari golongan di atas. Pendek kata, buat kebaikan, tapi niatnya tak betul. BETUL! Buat kebaikan itu betul. Tapi bila niat tak betul, jangan ingat nak lepas. Tengoklah, Allah telah berjanji, inilah orang yang pertama memasuki neraka. Bukan orang kafir. Sebagai contoh, tengok sahaja trend seperti di bawah:

Orang alim sendiri mengaku diri sendiri alim dan baik. Orang agama sendiri mengaku “Saya ni mufti, tak kan saya nak berbohong.” "Saya Imam , Saya Ustazah , Saya Ustaz"

Banyak dermawan hari ini yang tak ikhlas kerana Allah terutama di kalangan pemimpin politik. Sewaktu saya berjalan di kawasan rumah saya, ternampaklah saya satu pondok menunggu bas baru. Kemudian, ada pula tertulis di atas pondok bas itu, “Perhentian bas ini adalah sumbangan ikhlas daripada YB XXXXXX”

Banyak hari ini di kalangan kita pergi menuntut ilmu bukan kerana ALLAH, tetapi lebih kepada kemegahan. Supaya nanti bila orang tanya, “Saya belajar kat Sekolah Agama , Universiti Al Azhar , Universiti Jordan”.

Inilah trend-trend orang hari ini. Jadi mari kita fikir-fikirkan adalah kita juga antara yang tergolong di dalam golongan ini. Wallahualam.


juzabluelygirlz.blogspot

Monday, April 1, 2013

Wasilah


Firman Allah yang bermaksud:

“Dan carilah jalan yang boleh menyampaikan kepadaNya.” (Surah al-Maidah: 35)

Al-Wasilah ialah jalan yang menyampaikan kamu kepada Allah SWT dan menghasilkan maksud dan tujuannya.

Al-Wasilah juga bermakna, suatu tempat yang paling tinggi dalam syurga yang diberi keistimewaan hanya kepada seorang sahaja iaitulah Nabi s.a.w.

Tempat ini ialah tempat yang paling hampir dengan ‘Arasy.

Disebut di dalam hadis sahih yang diriwayatkan oleh Bukhari dan lain-lain dari Jabir bin Abdullah r.a., sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

“Sesiapa yang berkata (membaca), ketika mendengar azan atau iqamah, doa selepas azan, dia akan memperolehi syafaat aku pada hari kiamat.”

Yakni diwajibkan menerima syafaat Nabi pada hari kiamat kepada orang yang berdoa dengan doa itu yang bermaksud,

“Ya Allah Ya Tuhanku, Yang Memiliki Seruan yang sempurna dan sembahyang yang didirikan. Kurniakanlah kepada Nabi Muhammad s.a.w akan al-Wasilah (tempat yang tinggi di dalam syurga) dan kelebihan. Dan bangkitlah dia ke suatu makam yang terpuji yang Engkau telah janjikan kepadanya.”

Dalam kitab Sahihnya, Imam Muslim meriwayatkan hadis yang sama dengan tambahan, sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

“Apabila kamu mendengar muazin melaungkan azan maka sebutlah sebagaimana dia sebutkan kecuali pada ‘hayya ‘alassolah dan hayya ‘alal falah’.

“Kemudian berselawatlah kamu kepada aku, nescaya Allah akan berselawat kepada kamu dengan 10 selawat.”

Yakni Allah mengurniakan kepada kamu 10 rahmat.

“Kemudian mintalah untuk aku ‘al-Wasilah’. Sesungguhnya ia suatu tempat di dalam di dalam syurga yang tidak sayugia melainkan untuk seorang hamba sahaja di kalangan hamba-hamba Allah.”

“Aku berharap bahawa akulah orangnya. Maka sesiapa memohon untuk aku al-Wasilah nescaya berlangsunglah baginya syafaatku.”

Dalam hadis yang lain yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan At-Tirmizi, dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:

“Apabila kamu berselawat kepadaku maka mintalah kepada aku al-wasilah.” Lalu seorang sahabat bertanya, “Wahai Rasulullah! Apakah dia wasilah?” Sabda Rasulullah s.a.w.: “Tempat itu ialah satu tempat atau satu darjat yang paling tingi dalam syurga. Tidak boleh mencapainya melainkan seorang lelaki sahaja dan aku berharap bahawa akulah orangnya.”

Hadis yang lain yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas r.a., sabda rasulullah s.a.w. yang bermaksud:

“Mintalah kepada Allah, untuk aku, al-Wasilah, maka sesungguhnya tidak meminta untuk aku al-wasilah oleh seseorang hamba di dalam dunia ini melainkan akulah yang menjadi saksi atau yang memberi syafaat kepadanya pada hari kiamat.”

Ini adalah hadis-hadis yang menunjukkan kelebihan kita berdoa selepas azan sebagaimana doa yang diajar oleh Nabi s.a.w. di mana di dalam doa itu menyebut al-Wasilah yang bermaksud, tempat yang tinggi yang diberi kepada Nabi s.a.w. di dalam syurga.

sisaflah.blogspot

Al Wasilah



Dari Abdillah bin ‘Amru bin Al-‘As, sesungguhnya dia mendengar nabi s.a.w bersabda: Sekiranya kamu mendengar seruan azan, maka berkatalah seperti mana yang dikatannya kemudian berselawatlah ke atasku, maka sesungguhnya barang siapa yang selawat ke atasku dengan satu selawat, nescaya Allah akan berselawat ke atasnya dengan sepuluh selawat, kemudian mohonlah kepada Allah ke atasku Al-Wasilah. Sesungguhnya ia adalah kedudukan di dalam syurga, tidak memperolehi olehnya melainkan hamba dari hamba-hamba Allah, dan aku berharapa agar akulah orangnya. Barang siapa yang memohon ke atasku Al-Wasilah maka halallah (layaklah) ke atasnya Al-Syafaat.




Sesiapa yang mengucapkan:

Doa Selepas Azan

"ALLAHumma rabba hadzihidda'watittammah. Wassolatil qaaimah aati muhammadanil wasiilata wal fadhilah. Wab'atsu maqaaman mahmuudanilladzi wa'adtah.

Ya ALLAH, TUHAN yang telah mensyariatkan seruan azan dan solat yang akan didirikan. Kurniakanlah wasilah dan fadhilah kepada Nabi Muhammad s.a.w. Dan utuskanlah dia di tempat yang terpuji yang telah Engkau janjikan. Sesungguhnya Engkau tidak memungkiri janji."


Di dalam al-Firdaus al-A'la sendiri ada penghuninya berada dalam darjat yang bertingkat-tingkat.  Tingkatan tertinggi itu dikenali dengan nama al-Wasilah, dan diperuntukan khas hanya bagi seorang sahaja daripada hamba-hamba Allah s.w.t.

Di akhir hadis yang mengajarkan doa selepas azan, Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Mintalah al-wasilah untukku.  Sesungguhnya ia adalah sebuah tempat (manzilah) di syurga yang hanya diperuntukan bagi seorang hamba Allah sahaja daripada hamba-hamba-Nya.  Aku berharap akulah orang itu." (Muttafaq'alaih.)

Dalam riwayat al-Termizi, para sahabat bertanya: "Wahai Rasulullah, apakah al-Wasilah?"  Baginda menjawab yang bermaksud: "Ia tempat yang paling tertinggi di syurga, tidak ada yang mencapainya kecuali seorang sahaja.  Dan aku berharap akulah orangnya."

Harapan Rasulullah s.a.w. akan menjadi kenyataan pada hari kiamat nanti.  Beliau akan menempati al-Wasilah di syurga firdaus dan menjadi makhluk Allah yang paling tinggi darjatnya secara mutlak di dunia dan akhirat.




7 Perangkap Semasa Menuntut Ilmu



1. Masih Mengenang Kegemilangan Lalu

Ramai penuntut di kolej/universiti adalah pelajar-pelajar cemerlang di sekolah menengah. Ini memberi mereka rasa selamat yang palsu. Mereka mungkin telah menjadi pelajar kesayangan guru dan pelajar cemerlang dalam kelas mereka tetapi apa yang mereka tidak sedar ialah apabila mereka masuk ke kolej/universiti, mereka sedang belajar dengan 200 lagi pelajar cemerlang. Mereka juga tidak sedar bahawa mereka sedang mempelajari subjek yang keseluruhannya baru yang mana mereka perlu mendapat bimbingan untuk memperolehi ilmu pengetahuan. Oleh yang demikian, jika pendekatan mereka silap, sukar bagi mereka untuk memahami apa yang mereka sedang pelajari.

2. Kejutan Budaya

Penuntut yang masuk ke kolej/universiti akan mengalami perubahan yang mendadak dalam budaya hidup dan budaya belajar mereka yang mana kini mereka hidup berjauhan daripada ibu bapa mereka atau disiplin ketat sekolah berasrama. Oleh kerana kehadiran ke kuliah tidak diambil maka tidak ada sesiapa pun yang tahu jika seseorang itu ponteng kuliahnya. Di sekolah atau pusat matrikulasi, semua yang perlu dipelajari oleh pelajar diberi oleh guru atau tutor. Sebaliknya di kolej/universiti, pensyarah bertugas membekalkan prinsip-prinsip asas dan ilmu pengetahuan teras yang perlu diperluaskan oleh penuntut-penuntut sendiri dan berkeupayaan menggunakan ilmu yang diberi.

Kejutan budaya yang mendadak ini menyebabkan ada penuntut-penuntut menghadapi kesukaran menyesuaikan diri mereka. Sekiranya keadaan ini tidak di tekankan kepada penuntut-penuntut dan menyediakan mereka bersedia terhadap kenyataan ini, kejutan budaya ini boleh menjejaskan prestasi mereka. Pendekatan pembelajaran berasaskan masalah yang digunakan di kolej/universiti adalah sesuatu yang baru dan ia menggunakan kaedah pembelajaran terarah pada penuntut dan ia adalah amat berbeza daripada kaedah belajar di sekolah.

Situasi sebenar: Seorang penuntut yang baru masuk ke kolej/universiti diberi sebuah kereta dan telefon bimbit dan tinggal di pangsapuri bersama kawan-kawannya. Dengan budaya berkumpulan ini mereka keluar makan malam pada pukul 8 malam dan balik pada jam 10 malam, kemudian baru mula belajar. Mereka meneruskan rutin ini sehingga semua ahli dalam kumpulan ini gagal peperiksaan dalam peperiksaan tahun pertama. Selepas gagal percubaan mengulangi peperiksaan yang sama mereka terpaksa bertukar ke fakulti lain.

3. Memilih Atau Dipilih Oleh Rakan-rakan Yang ‘Salah’

Bercakap melalui pengalaman saya, saya dapati ramai pelajar yang cemerlang di sekolah tidak menunjukkan prestasi sebaik yang sepatutnya di universiti oleh kerana mereka bergaul dengan kumpulan rakan yang salah yang tidak tahu keutamaan dan matlamat penuntut kolej/universiti. Mereka suka dan teruja bertemu kawan-kawan baru dan menemui cara-cara baru menghabiskan masa berhibur sesama mereka terutama sekali apabila mereka mendapat banyak wang daripada ibu bapa kaya yang berfikir anak mereka akan mencapai prestasi yang baik jika mereka diberi segala-galanya.

4. Hilang Semangat

Ramai pelajar belajar bersungguh-sungguh untuk peperiksaan semata-mata untuk masuk universiti. Malangnya, haluan masa depan kerjaya mereka selepas masuk ke universiti tidak difikirkan dulu atau dibincangkan dengan kaunselor sekolah. Setelah bertungkus-lumus untuk masuk ke universiti, mereka hilang semangat dan hilang motivasi untuk belajar.


5. Dipaksa Oleh Ibu Bapa Untuk Mengambil Jurusan Tertentu

Contohnya, bidang perubatan. Ada juga penuntut-penuntut yang tidak berminat dalam jurusan perubatan tetapi masuk ke kolej/universiti kerana dipaksa oleh ibu bapa mereka. Subjek-subjek perubatan tidak boleh dipelajari jika seseornag itu tidak berminat. Melalui pengalaman saya, saya pernah melihat pelajar yang sudah masuk tahun empat berhenti kerana mereka tidak dapat meneruskan dan terpaksa memulakan pengajian di fakulti lain.

6. Belajar Bersendirian

Sewaktu menuntut di kolej/universiti, belajar dalam kumpulan adalah sangat penting. Tiga sebab utama kenapa ada penuntut-penuntut tidak belajar dalam kumpulan:

Tidak mahu orang lain tahu tentang kejahilan mereka dalam subjek-subjek yang diambil
Takut berkongsi pengetahuan mereka dengan rakan-rakan yang lain yang mungkin memperolehi markah yang lebih tinggi daripada mereka
Tidak mahu berusaha lebih

Melalui pengalaman saya, ramai penuntut yang tidak mendapat prestasi baik adalah mereka yang tidak mempunyai kumpulan belajar dan hanya berpuas hati duduk di perpustakaan berjam-jam lamanya dan membaca buku. Apabila mereka tidak lulus dengan baik dalam peperiksaan, mereka menjadi murung kerana tidak ada tempat mengadu. Keadaan ini menyebabkan mereka patah semangat dan hilang dorongan untuk belajar. Akhirnya berlakulah lingkaran ganas sebab dan akibat dengan mengakibatkan bertambah lagi kehilangan semangat mereka. Sebaliknya penuntut-penuntut yang ada kumpulan belajar lulus dengan lebih baik dan jika ada di antara mereka yang lulus tidak sebegitu baik, rakan sekumpulan akan cuba membantu mereka sebab kelemahan setiap ahli telah didedahkan semasa sesi perbincangan.

7. Terlalu Bersaing dan Tidak Bekerjasama

Keadaan ini lazim berlaku dikalangan penuntut-penuntut perempuan. Keadaan ini berlaku mungkin disebabkan mereka adalah pelajar cemerlang di sekolah menengah atau pusat matrikulasi. Akibatnya, mereka mahu kekal menjadi pelajar cemerlang dan menjadi terlalu bersemangat serta cuba mendapat sebanyak ilmu pengetahuan yang boleh, tanpa memberi pertimbangan kepada orang lain. Masalah ini dijelmakan dalam salah satu atau semua tingkah laku berikut:

Berebut mendapat perhatian pensyarah. 
Bersikap mementingkan diri dan tidak rela berkongsi dengan orang lain nota- nota dan buku-buku yang baik yang diberi pelajar senior. 
Mengawal atau mendominasikan sesi makmal dan tidak beri peluang kepada orang lain menyertai membuat eksperimen 
Menyembunyikan fakta yang mereka telah pelajari

Belajar di kolej/universiti diibaratkan seperti berperang. Kita tidak boleh melakukannya bersendirian. Kerja berkumpulan amat penting. Tidak ada siapa menjadi pesaing dan semua orang merupakan rakan seperjuangan. Semua ahli mesti berkongsi kelengkapan perang untuk memenangi peperangan dan memperolehi kejayaan bersama. Tidak ada kuota berapa orang patut dapat A di kolej/universiti. Hakikatnya, seorang rakan yang mendapat A tidak akan merampas peluang kita untuk mendapat A. Lebih banyak kita memberi, lebih banyak kita mendapat. Dengan kata lain, lebih banyak kita memberi ilmu pengetahuan kepada rakan-rakan kita, berkongsi nota dengan mereka, lebih banyak mereka akan berkongsi dengan kita. Dengan itu dua tambah dua jadi lima, ini yang kita panggil SINERGI.



by PROF. DR. MUHAYA HJ MOHAMAD
BAGAIMANA MENJADI SEORANG PELAJAR YANG BAIK DAN BERJAYA