Friday, March 22, 2013
SEMAKIN KITA DEWASA, SEMAKIN KITA MENJAUHI IBU BAPA.
Dimulakan dengan Bismillah.
Entry kali ni aku nak buat kelainan sikit. Aku nak menjalankan satu eksperimen. Eksperimen apa? Eksperimen berdasarkan hipotesis "Semakin kita dewasa, semakin kita menjauhi ibu bapa". Sedang korang baca entry ni, silalah bayangkan mak ayah korang untuk kita dapat penghayatan.
Ingat tak masa kecik-kecik dulu, mak ayah la tempat kita mengadu. Masa kecik, kita sangat rapat dengan mak ayah. Masa suka, masa duka, kita akan bersama mak ayah kita. Satu hari tu, kita main kejar-kejar dengan kawan. Kita lari lari lari dan lari, tiba tiba kita tersandung dan jatuh. Kita sakit, lutut berdarah, kita menangis. Bila dah sakit, kita menangis jumpa mak. Mak pun dengan risau tanya kenapa. Kita pun datang kat mak, peluk mak, cakap tadi jatuh, lutut berdarah. Mak pun peluk kita jugak nak pujuk kita. Lepas tu mak sapu ubat kat lutut kita. Betapa sayangnya mak kat kita. Kalau main dengan kawan tu, bila kita buat salah kat kawan, kawan pun cakap "aku tak nak kawan dengan ko lagi!" Kita pun sedih sebab kawan dah tak nak kawan dengan kita. Kita jumpa mak, kita mengadu. Kita buat muka sedih depan mak. Mak pun tanya kenapa. Kita pun jawab "Mak, dia tak nak kawan dengan kita." Mak pun peluk kita nak pujuk kita. Bila mak peluk tu, kesedihan kita pun hilang.
Bila ayah nak keluar je, kita mesti tanya "ayah nak pegi mana?" Pantang kalau kita nampak ayah nak keluar. Bila ayah cakap je nak pegi kedai, kita mesti nak ikut. Kalau ayah tak bagi, kita mesti merajuk. Last-last ayah pun mengalah. Ayah bagi ikut. Sampai je kat kedai, kita mintak macam-macam. Nak mainan la, nak jajan la, nak tu la, nak ni la. Ayah pun belikan. Kita pun cakap kat ayah terima kasih. Ayah ajar kalau orang bagi kat kita sesuatu, ucap terima kasih. Sebab tanda kita menghargai pemberian orang.
Bila kita dah masuk sekolah menengah, masa tu la kita mula jauh dari mak ayah kita. Time tu la kita mula ada rasa kononnya kita dah dewasa, tak perlu lagi nak bergantung sangat dengan mak ayah. Nak belajar berdikari. Tapi kita tak sedar yang ayah dengan mak kerja kuat nak sekolahkan kita. Bayar yuran sekolah, bagi duit saku. Kita dah belagak cakap yang kita nak berdikari. Memang mak ayah ajar kita supaya berdikari, tapi jangan nak belagak yang kita mampu buat semua. Kalau tak kerana ayah dengan mak yang kerja kuat, kita tak mampu nak sekolah. Start sekolah menengah la, ego kita kat mak ayah mula menebal. Start tu jugak kita dah mula mengenal 'cinta monyet'. Kerana cinta la kita semakin jauh dengan mak ayah kita. Start dari sekolah menengah sampai kita besar, semakin hari kita semakin jauh dari mak ayah kita. Ego kita pun dah makin menebal. Punca utama sebab kita dah pandai untuk bercinta.
Bila kita dah pandai bercinta, kita lalai dengan dunia remaja kita. Kita dah mula lupa dengan mak ayah. Kalau ada berita gembira atau sedih je, kita dah tak ngadu lagi kat mak ayah. Kita dah ada pendengar setia yang baru. Pakwe atau makwe kita. Satu hari tu kita de masalah dengan kawan, kita bermasam muka dengan kawan. Kita dah tak ngadu lagi kat mak ayah. Kita ngadu kat pakwe or makwe. Kita dah lupa dah masa kecik-kecik dulu bila kita sedih, kita mesti ngadu kat mak ayah kita. Kononnya, dah besar. Tak perlukan lagi ngadu kat mak ayah. Kalau kita lagi sedih, kita menangis depan pakwe. Pakwe pun pujuk kita. Dia peluk kita, usap-usap kepala kita. Masa tu kita tak pikir pun dosa pahala. Kita dah lupa dulu masa kecik-kecik bila kita sedih, mak la yang peluk kita. Kalau sekarang kita nak peluk mak ayah kita, kita malu. Kita dah besar. Malu nak menangis depan mak ayah kita. Malu nak mintak mak peluk kita.
Bila result exam baik, dapat tawaran masuk U, kita happy. Happy sebab dapat masuk U. Bagi tau kat mak ayah. Mak ayah happy. Ucap tahniah kat kita. Tapi kita tak pernah pun ucap terima kasih kat mak ayah kita sebab kita dapat masuk U ni pun hasil kerja keras mereka yang membolehkan mak ayah hantar kita pegi sekolah. Apa yang kita pikir kita masuk U ni pun sebab usaha kita yang belajar bersungguh-sungguh. Kita tak pikir pun kalau tak kerana kerja keras mak ayah, kita tak akan kenal apa tu sekolah. Lepas dapat result masuk U je, kita tak penah pun nak celebrate dengan mak ayah kita. Kita celebrate dengan pakwe or makwe kita. Sebab nak share rasa happy ni. Kita tak pernah pun nak celebrate dan share rasa happy ni dengan mak ayah kita. Lagipun nak celebrate puas-puas dengan pakwe or makwe sebab lepas ni nak masuk U. Dah susah nak jumpa lagi. Kita tak pernah pikir pun lepas ni kita nak berpisah dengan mak ayah kita. Apa yang ada dalam otak kita, lepas ni nak berpisah dengan pakwe or makwe. Nak habiskan masa puas-puas dengan pakwe or makwe.
Bila dah dekat tarikh nak masuk U tu, kita mula sedih. Sedih sebab nak tinggalkan pakwe or makwe. Kita tak rasa sedih pun sebab nak tinggalkan mak ayah. Yelah, sebab mak ayah suka berleter. Kalau masuk U, rasa bebas pulak. Takde sapa nak marah buat tu, buat ni. Tak dengar lagi mak ayah berleter. Bila pakwe or makwe berleter kat kita, kita boleh tau pulak yang dia marah sebab dia sayang sangat kat kita. Siap mintak maaf lagi janji tak buat lagi. Tapi bila mak ayah marah, kita marah balik. Kita pandai nak menjawab, membantah. Lepas tu kita merajuk. Masuk bilik hempas pintu kuat-kuat. Konon nak tunjuk kita pun ada perasaan dan boleh marah jugak. Kita tak sedar kalau kita buat macam tu dah jatuh hukum derhaka. Dia marah sebab sayang, risau kat kita. Tak nak anak dia buat benda-benda tak elok or tak nak kita dalam bahaya. Tapi kita tak pernah cuba nak faham. Apa yang kita pikir, perasaan kita je. Tak pernah nak pikir perasaan mak ayah. Kita ni pentingkan diri sendiri.
Bila dah kat U, kita tak pernah nak rindu kat mak ayah kita. Apa yang kita rindu, pakwe or makwe kita. Rindu saat-saat manis bersama si dia. Tak pernah nak bayangkan saat-saat manis dengan mak ayah kita. Kita tak pernah jemu belek hari-hari album kita dengan pakwe or makwe kita dalam laptop or henset. Gambar mak ayah ada sikit je. Tak pun tak pernah ada langsung. Apa yang penuh gambar pakwe or makwe kita. Siap buat wallpaper lagi. Tapi kita tak sedar betapa rindunya mak ayah kita kat kita. Sebab tu dia kerap call kita bertanyakan khabar kita. Tapi kita jarang sangat call mak ayah kita. Mak ayah je yang biasa call. Kalau kita call mak ayah pun sebab nak mintak duit je. Tapi dengan pakwe or makwe, selalu kita call dia. Dah la henset tak pernah lepas dari tangan. Kalau boleh nak mesej 24 jam. Tapi tetap tak puas gak kalau tak dengar suara dia. Rindu kat dia. Rindu nak jumpa dia. Kita tak pernah nak rindu kat mak ayah kita. Kalau kita ada pakwe or makwe belajar kat U yang sama, pun macam tu jugak. Dah la jumpa hari-hari. Tapi masih nak mesej or call jugak. Tak puas jumpa tadi, nak mesej or call lagi. Dengan mak ayah, kita lupa. Kita lupakan mak ayah sebab cinta. Cinta sejati katanya. Sejati ke kalau kita sampai lupa mak ayah kita?
Bila cuti sem je, kita tak sabar nak balik rumah. Sebabnya boleh jumpa pakwe or makwe kat kampung. Kita tak rasa gembira pun sebab balik dapat jumpa mak ayah kita. Mak ayah kita happy sangat-sangat sebab tak sabar nak jumpa kita. Tapi kita lagi tak sabar nak jumpa pakwe or makwe kita. Kalau pakwe or makwe kita belajar kat U yang sama, kita rasa sedih. Sedih sebab cuti tak dapat nak jumpa pakwe or makwe kita. Kita tak pernah rasa happy sebab dapat balik jumpa mak dengan ayah kita. Lepas tu kita sedih sebab nanti balik mak ayah suruh buat macam-macam. Kemas rumah, jaga adik, kena leter dan macam-macam lagi.
Dalam usia yang muda macam ni, banyak dah dosa yang kita dah buat kat mak ayah kita. Apatah lagi bila kita dah dewasa kelak. Kita sibuk dengan dunia pekerjaan kita sehingga abaikan mereka. Bila kita sendiri dah berkeluarga, lagi la kita akan jauh daripada mereka.
Cuba kita renung-renungkan. Dari kita kecik sampai la besar, berapa banyak dosa kita dah buat kat mak ayah kita. Kalau kita pernah buat baik kat mak ayah kita pun, berapa la sangat kalau nak dibanding dengan dosa kita kat mak ayah kita. Kebaikan yang kita buat pun, tak kan mampu untuk membalas jasa mak ayah kita yang sanggup bekorban untuk menjadikan kita sebagai manusia yang berguna.
Bayangkan kalau satu hari nanti kita lalai dengan dunia kita, kita dapat satu panggilan yang menyatakan mak ayah kita dah pergi untuk selama-lamanya. Bila balik rumah, terbujur tubuh mak ayah kita dah tak bernyawa. Mak ayah pergi buat selamanya. Mak ayah pergi selepas menyelesaikan amanah mereka untuk mendidik kita supaya menjadi insan yang berguna. Kini mak dengan ayah boleh pergi dengan tenang. Tapi kita sempat ke tunaikan amanah kita terhadap ibu bapa kita? Kita banyak buat dosa kat mak ayah kita. Sempat ke nak mohon ampun daripada mak ayah kita? Waktu tu pun, kita dah tak sempat nak tunjukkan rasa sayang kita kat mak ayah kita. Mak ayah terpejam lena.
"Mak, ayah, nampak tak kita mandikan jenazah mak ayah?"
"Mak, ayah, nampak tak kita jadi imam hari tu untuk sembahyangkan mak ayah?"
"Mak, ayah, kita sayang sangat kat mak ayah. Mak, ayah, dengar tak kita cakap?"
"Mak, ayah, kita dah lama tak peluk dan cium mak ayah. Hari ni baru kita dapat rasa peluk mak ayah macam kita kecik-kecik dulu. Tapi kenapa tubuh mak ayah tak hangat lagi macam dulu?"
"Mak, ayah, nampak tak kita hantar mak ayah ke kubur untuk disemadikan buat selamanya?"
operasihitam.blogspot
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment