- Seorang isteri mengadu pada suaminya…..”bang badan saya sakit-sakit”….lalu suami berkata….”itu la buat kerja banyak sangat, sakit urat kot”.Seorang isteri mengadu…”bang saya rasa pening rasa nak pitam”…lalu suami berkata….”dah lah tu…makan panadol…..penat sangat tuh”.Seorang isteri mengadu…..”bang duit belanja dapur dah habis”….lalu suami berkata…”aik…kan baru bagi lagi …takkan dah habis…pening la macam ni”.Seorang isteri mengadu…”bang saya rasa penat nak bersama”….lalu suami berkata…”ala asyik penat jer….stress betul”.Seorang isteri mengadu …..”bang badan saya kebelakangan ni rasa sejuk-sejuk jer, kenapa?”...lalu suami berkata…..”nak demam kot”.Seorang isteri mengajak…..”bang boleh bawak saya bergi buat check –up tak”…lalu suami berkata….”lain kali la…abang busy…lain kali kita pergi”.Seorang isteri memohon…..”bang….boleh bagi saya cuti satu hari….saya nak berehat…abang bawak anak keluar…saya betul-betul dah penat”….suami berkata…..”alaaaa…abangpun penat juga”.Walhal seorang suami waktu cutinya boleh tidur selama mana diingini…..Namun suatu hari….Si isteri merayu sambil menangis….”Bang sempena hari ibu ni saya nak minta satu permintaan, boleh tolong saya tak? Tolong bawa anak-anak keluar sekejap tak saya nak tidur”.Lalu melihat kan airmata dan rayuan isteri tadi suami bersetuju….”baiklah abang bawak pergi rumah mak…nanti petang abang balik”.Namun, sekembalinya suami ke rumah……si isteri dilihat tidur dengan nyenyak dan apabila dikejutkan si isteri rupanya telah tidur untuk selamanya…..Akhirnya suami tadi sedar tapi segalanya dah terlambat baginya….SAYANG….abang mintak maaf….Bila SAYANG mengadu sakit2 badan…. Abang sangkakan SAYANG sakit urat…..tapi penyakit itu telah menular dan menyakiti SAYANG di segenap nadi SAYANG….Bila SAYANG mengadu pening dan rasa nak pitam…abang sangkakan…..penyakit biasa dan suruh SAYANG telan panadol jer….Bila SAYANG mengadu duit belanja dapur dah habis…abang bising cakap abang pening kepala pikul beban sorang-sorang…walhal SAYANG juga pening memikirkan macamana nak berjimat sampai SAYANG nak beli keperluan SAYANGpun tak cukup….sampai SAYANG nak beli barang-barang peribadi SAYANG pun susah….sampai SAYANG nak menggantikan pakaian dalaman SAYANG sebulan satu pun tak der….Bila SAYANG mengadu penat nak bersama…..abang selalu marah2 dan berhasrat nak cari lain…walhal sel-sel badan SAYANG dah x mampu nak tanggung beban tugas seharian SAYANG di rumah….Bila SAYANG ajak abang pergi buat check up…..abang kata abang sibuk walhal kerja opis abang tak pernah habis…..dan masa yang ada kekadang abang tolong kawan-kawan…..Bila SAYANG mengadu rasa sejuk2 badan dan abang kata nak demam rupanya itu tanda-tanda SAYANG dah nak pergi…..Bila SAYANG mengadu nak cuti sehari….sebagai majikan SAYANG …abang tak pernah bagi cuti walau setengah hari…..kesian SAYANG ….SAYANG…maafkan abang….abang tak pernah nampak semua kesakitan yang SAYANG alami tuh….kuatnya SAYANG hadapi setiap kesakitan itu plus dengan kerenah abang dan anak-anak. Abang tak pernah hirau nak baawak SAYANG ke klinik buat full body check up kerana abang ingat semua tu sakit biasa. Nampak sayang sentiasa sihat dan tersenyum waktu abang balik…Cuma sayang mengadu macam tuh jer…..Maafkan abang kerana tak pernah ambil serius kesihatan SAYANG ….Namun….semuanya dah terlambat…. SAYANG dah pergi untuk selamanya….segalanya takkan berpatah balik….Sekarang selama seminggu pemergian SAYANG …..abang ambil cuti menguruskan anak-anak dan abang rasa keletihan dan kelelahan SAYANG …..bagi abang kerja di opis masih juga ada waktu abang berehat….agaknya sebab tulah SAYANG penat sangat….Maafkan abang kerana semuanya sudah terlambat……
Friday, March 29, 2013
Friday, March 22, 2013
SEMAKIN KITA DEWASA, SEMAKIN KITA MENJAUHI IBU BAPA.
Dimulakan dengan Bismillah.
Entry kali ni aku nak buat kelainan sikit. Aku nak menjalankan satu eksperimen. Eksperimen apa? Eksperimen berdasarkan hipotesis "Semakin kita dewasa, semakin kita menjauhi ibu bapa". Sedang korang baca entry ni, silalah bayangkan mak ayah korang untuk kita dapat penghayatan.
Ingat tak masa kecik-kecik dulu, mak ayah la tempat kita mengadu. Masa kecik, kita sangat rapat dengan mak ayah. Masa suka, masa duka, kita akan bersama mak ayah kita. Satu hari tu, kita main kejar-kejar dengan kawan. Kita lari lari lari dan lari, tiba tiba kita tersandung dan jatuh. Kita sakit, lutut berdarah, kita menangis. Bila dah sakit, kita menangis jumpa mak. Mak pun dengan risau tanya kenapa. Kita pun datang kat mak, peluk mak, cakap tadi jatuh, lutut berdarah. Mak pun peluk kita jugak nak pujuk kita. Lepas tu mak sapu ubat kat lutut kita. Betapa sayangnya mak kat kita. Kalau main dengan kawan tu, bila kita buat salah kat kawan, kawan pun cakap "aku tak nak kawan dengan ko lagi!" Kita pun sedih sebab kawan dah tak nak kawan dengan kita. Kita jumpa mak, kita mengadu. Kita buat muka sedih depan mak. Mak pun tanya kenapa. Kita pun jawab "Mak, dia tak nak kawan dengan kita." Mak pun peluk kita nak pujuk kita. Bila mak peluk tu, kesedihan kita pun hilang.
Bila ayah nak keluar je, kita mesti tanya "ayah nak pegi mana?" Pantang kalau kita nampak ayah nak keluar. Bila ayah cakap je nak pegi kedai, kita mesti nak ikut. Kalau ayah tak bagi, kita mesti merajuk. Last-last ayah pun mengalah. Ayah bagi ikut. Sampai je kat kedai, kita mintak macam-macam. Nak mainan la, nak jajan la, nak tu la, nak ni la. Ayah pun belikan. Kita pun cakap kat ayah terima kasih. Ayah ajar kalau orang bagi kat kita sesuatu, ucap terima kasih. Sebab tanda kita menghargai pemberian orang.
Bila kita dah masuk sekolah menengah, masa tu la kita mula jauh dari mak ayah kita. Time tu la kita mula ada rasa kononnya kita dah dewasa, tak perlu lagi nak bergantung sangat dengan mak ayah. Nak belajar berdikari. Tapi kita tak sedar yang ayah dengan mak kerja kuat nak sekolahkan kita. Bayar yuran sekolah, bagi duit saku. Kita dah belagak cakap yang kita nak berdikari. Memang mak ayah ajar kita supaya berdikari, tapi jangan nak belagak yang kita mampu buat semua. Kalau tak kerana ayah dengan mak yang kerja kuat, kita tak mampu nak sekolah. Start sekolah menengah la, ego kita kat mak ayah mula menebal. Start tu jugak kita dah mula mengenal 'cinta monyet'. Kerana cinta la kita semakin jauh dengan mak ayah kita. Start dari sekolah menengah sampai kita besar, semakin hari kita semakin jauh dari mak ayah kita. Ego kita pun dah makin menebal. Punca utama sebab kita dah pandai untuk bercinta.
Bila kita dah pandai bercinta, kita lalai dengan dunia remaja kita. Kita dah mula lupa dengan mak ayah. Kalau ada berita gembira atau sedih je, kita dah tak ngadu lagi kat mak ayah. Kita dah ada pendengar setia yang baru. Pakwe atau makwe kita. Satu hari tu kita de masalah dengan kawan, kita bermasam muka dengan kawan. Kita dah tak ngadu lagi kat mak ayah. Kita ngadu kat pakwe or makwe. Kita dah lupa dah masa kecik-kecik dulu bila kita sedih, kita mesti ngadu kat mak ayah kita. Kononnya, dah besar. Tak perlukan lagi ngadu kat mak ayah. Kalau kita lagi sedih, kita menangis depan pakwe. Pakwe pun pujuk kita. Dia peluk kita, usap-usap kepala kita. Masa tu kita tak pikir pun dosa pahala. Kita dah lupa dulu masa kecik-kecik bila kita sedih, mak la yang peluk kita. Kalau sekarang kita nak peluk mak ayah kita, kita malu. Kita dah besar. Malu nak menangis depan mak ayah kita. Malu nak mintak mak peluk kita.
Bila result exam baik, dapat tawaran masuk U, kita happy. Happy sebab dapat masuk U. Bagi tau kat mak ayah. Mak ayah happy. Ucap tahniah kat kita. Tapi kita tak pernah pun ucap terima kasih kat mak ayah kita sebab kita dapat masuk U ni pun hasil kerja keras mereka yang membolehkan mak ayah hantar kita pegi sekolah. Apa yang kita pikir kita masuk U ni pun sebab usaha kita yang belajar bersungguh-sungguh. Kita tak pikir pun kalau tak kerana kerja keras mak ayah, kita tak akan kenal apa tu sekolah. Lepas dapat result masuk U je, kita tak penah pun nak celebrate dengan mak ayah kita. Kita celebrate dengan pakwe or makwe kita. Sebab nak share rasa happy ni. Kita tak pernah pun nak celebrate dan share rasa happy ni dengan mak ayah kita. Lagipun nak celebrate puas-puas dengan pakwe or makwe sebab lepas ni nak masuk U. Dah susah nak jumpa lagi. Kita tak pernah pikir pun lepas ni kita nak berpisah dengan mak ayah kita. Apa yang ada dalam otak kita, lepas ni nak berpisah dengan pakwe or makwe. Nak habiskan masa puas-puas dengan pakwe or makwe.
Bila dah dekat tarikh nak masuk U tu, kita mula sedih. Sedih sebab nak tinggalkan pakwe or makwe. Kita tak rasa sedih pun sebab nak tinggalkan mak ayah. Yelah, sebab mak ayah suka berleter. Kalau masuk U, rasa bebas pulak. Takde sapa nak marah buat tu, buat ni. Tak dengar lagi mak ayah berleter. Bila pakwe or makwe berleter kat kita, kita boleh tau pulak yang dia marah sebab dia sayang sangat kat kita. Siap mintak maaf lagi janji tak buat lagi. Tapi bila mak ayah marah, kita marah balik. Kita pandai nak menjawab, membantah. Lepas tu kita merajuk. Masuk bilik hempas pintu kuat-kuat. Konon nak tunjuk kita pun ada perasaan dan boleh marah jugak. Kita tak sedar kalau kita buat macam tu dah jatuh hukum derhaka. Dia marah sebab sayang, risau kat kita. Tak nak anak dia buat benda-benda tak elok or tak nak kita dalam bahaya. Tapi kita tak pernah cuba nak faham. Apa yang kita pikir, perasaan kita je. Tak pernah nak pikir perasaan mak ayah. Kita ni pentingkan diri sendiri.
Bila dah kat U, kita tak pernah nak rindu kat mak ayah kita. Apa yang kita rindu, pakwe or makwe kita. Rindu saat-saat manis bersama si dia. Tak pernah nak bayangkan saat-saat manis dengan mak ayah kita. Kita tak pernah jemu belek hari-hari album kita dengan pakwe or makwe kita dalam laptop or henset. Gambar mak ayah ada sikit je. Tak pun tak pernah ada langsung. Apa yang penuh gambar pakwe or makwe kita. Siap buat wallpaper lagi. Tapi kita tak sedar betapa rindunya mak ayah kita kat kita. Sebab tu dia kerap call kita bertanyakan khabar kita. Tapi kita jarang sangat call mak ayah kita. Mak ayah je yang biasa call. Kalau kita call mak ayah pun sebab nak mintak duit je. Tapi dengan pakwe or makwe, selalu kita call dia. Dah la henset tak pernah lepas dari tangan. Kalau boleh nak mesej 24 jam. Tapi tetap tak puas gak kalau tak dengar suara dia. Rindu kat dia. Rindu nak jumpa dia. Kita tak pernah nak rindu kat mak ayah kita. Kalau kita ada pakwe or makwe belajar kat U yang sama, pun macam tu jugak. Dah la jumpa hari-hari. Tapi masih nak mesej or call jugak. Tak puas jumpa tadi, nak mesej or call lagi. Dengan mak ayah, kita lupa. Kita lupakan mak ayah sebab cinta. Cinta sejati katanya. Sejati ke kalau kita sampai lupa mak ayah kita?
Bila cuti sem je, kita tak sabar nak balik rumah. Sebabnya boleh jumpa pakwe or makwe kat kampung. Kita tak rasa gembira pun sebab balik dapat jumpa mak ayah kita. Mak ayah kita happy sangat-sangat sebab tak sabar nak jumpa kita. Tapi kita lagi tak sabar nak jumpa pakwe or makwe kita. Kalau pakwe or makwe kita belajar kat U yang sama, kita rasa sedih. Sedih sebab cuti tak dapat nak jumpa pakwe or makwe kita. Kita tak pernah rasa happy sebab dapat balik jumpa mak dengan ayah kita. Lepas tu kita sedih sebab nanti balik mak ayah suruh buat macam-macam. Kemas rumah, jaga adik, kena leter dan macam-macam lagi.
Dalam usia yang muda macam ni, banyak dah dosa yang kita dah buat kat mak ayah kita. Apatah lagi bila kita dah dewasa kelak. Kita sibuk dengan dunia pekerjaan kita sehingga abaikan mereka. Bila kita sendiri dah berkeluarga, lagi la kita akan jauh daripada mereka.
Cuba kita renung-renungkan. Dari kita kecik sampai la besar, berapa banyak dosa kita dah buat kat mak ayah kita. Kalau kita pernah buat baik kat mak ayah kita pun, berapa la sangat kalau nak dibanding dengan dosa kita kat mak ayah kita. Kebaikan yang kita buat pun, tak kan mampu untuk membalas jasa mak ayah kita yang sanggup bekorban untuk menjadikan kita sebagai manusia yang berguna.
Bayangkan kalau satu hari nanti kita lalai dengan dunia kita, kita dapat satu panggilan yang menyatakan mak ayah kita dah pergi untuk selama-lamanya. Bila balik rumah, terbujur tubuh mak ayah kita dah tak bernyawa. Mak ayah pergi buat selamanya. Mak ayah pergi selepas menyelesaikan amanah mereka untuk mendidik kita supaya menjadi insan yang berguna. Kini mak dengan ayah boleh pergi dengan tenang. Tapi kita sempat ke tunaikan amanah kita terhadap ibu bapa kita? Kita banyak buat dosa kat mak ayah kita. Sempat ke nak mohon ampun daripada mak ayah kita? Waktu tu pun, kita dah tak sempat nak tunjukkan rasa sayang kita kat mak ayah kita. Mak ayah terpejam lena.
"Mak, ayah, nampak tak kita mandikan jenazah mak ayah?"
"Mak, ayah, nampak tak kita jadi imam hari tu untuk sembahyangkan mak ayah?"
"Mak, ayah, kita sayang sangat kat mak ayah. Mak, ayah, dengar tak kita cakap?"
"Mak, ayah, kita dah lama tak peluk dan cium mak ayah. Hari ni baru kita dapat rasa peluk mak ayah macam kita kecik-kecik dulu. Tapi kenapa tubuh mak ayah tak hangat lagi macam dulu?"
"Mak, ayah, nampak tak kita hantar mak ayah ke kubur untuk disemadikan buat selamanya?"
operasihitam.blogspot
AKU SAYANG IBU DAN AYAHKU
Aku sayang ibu dan ayahku
walaupun...
kepala aku hampir pecah
dipukulnya
walau disiksa
bermandi darah
dibantainya
setelah diikat di tiang
satu kampung dikejarnya aku
dengan parang
hidup hidup
mahu dicincang
tapi aku tidak pernah melawan
sehingga aku tidak tahan
aku pun pergi
cuma untuk berjauhan
tapi aku pulang juga
memangku mereka diribaan
disaat saat terakhir
mereka akan pergi
mengadap ilahi
dan aku pasti
sentiasa memaafkan
kubisikan kalimah syahadah
diteliganya
dengan linangan airmata
tapi anak anak sekarang
meski pun tiada seekor nyamuk
pun yang berani hinggap ketubuhnya
ketika kecil dulu
ketika dia tidur dengan aman
makan bersuap
kecilnya dimandikan
diberinya didikan agama
di sekolah secukupnya
dan di dalam susah bapanya
sehingga harus meminta minta
belas kasih merata rata
hingga hilang tebal malu mukanya
hingga besarlah dia
dari sakit ibu bapanya
bila dia sudah besar gagah
mereka sudah berani
mencabar menengking bapa sendiri
ajak berlawan
mahu disepaknya ketepi
begitulah anak anak akhir zaman
ibu ibu yang melahirkan tuan
di rumah mereka sendiri
menjadi tuan pemerintah
pengarah pengarah
hebatnya anak anak akhir zaman
tidak ingatkah mereka pada lautan api
lautan darah dan nanah
yang bakal direnangi nanti
anak apakah ini.
Posted by GHAFAR BAHARI
Ibu Sayang Kamu !
Aku terlanggar seorang asing semasa berjalan,
"Oh maafkan saya, saya tak perasan"
Katanya "Maafkan saya juga,
Saya tak nampak saudara"
Kami amat bersopan dan saling menghormati,
Kami saling melambai sambil berlalu pergi,
Tetapi di rumah lain pula ceritanya,
Bagaimana kita melayan orang tersayang, tua dan muda,
Lewat petang, tika memasak makan malam,
Anak lelaki kecilku berdiri di dapur secara diam-diam,
Bila berpaling aku hampir melanggarnya jatuh,
Jerkahku, "Jangan buat kacau di sini, pergi main jauh-jauh"
Dia berlalu pergi, hatinya hancur luluh dan beku,
Aku tak sedar, bertapa kasarnya kata-kataku,
Sedangku berbaring di katil mendengar musik,
Terdengar suara halus datang membisik,
"Bila bersama orang tak dikenali,
Begitu bersopan dan merendah diri,
Tetapi ahli keluarga tersayang, sering dimarah dan dicaci",
"Cubalah kau pergi lihat di lantai dapur,
Kan kau temui bunga-bungaan berterabur",
"Itu adalah bunga-bunga dibawanya untuk kamu,
Dia memetiknya sendiri, kuning, biru dan unggu",
"Dia berdiri senyap agar jadi kejutan buat kamu,
Kamu tak pernah sedar airmatanya yang datang bertamu",
Pada tika ini, aku merasa amat kecil sekali,
Airmataku mencurah ibarat air di kali,
Senyap-senyap ku kebiliknya, dan melutut di katil,
"Bangunlah, anakku, bangunlah si kecil"
"Apakah bunga-bunga ini dipetik untuk mak?
Dia tersenyum, "Adik terjumpanya belakang rumah di semak"
"Adik memetiknya kerana ia cantik seperti ibu,
ibu tentu suka terutama yang unggu,
"Maafkan ibu, atas sikap ibu hari ini,
Ibu tak harus menjerkah kamu, sebegini,
Katanya,"Oh, ibu, itu tak mengapa,
Saya tetap sayang ibu melebihi segala,
Bisikku, "Anakku, ibu pun sayang kamu,
dan ibu suka bunga itu, terutama yang unggu,
FAMILY
Adakah kamu sedar, sekiranya kita mati hari ini,
syarikat tempat kita berkerja akan senang-senang mendapat pengganti,
dalam hanya beberapa hari?
Tetapi keluarga yang kita tinggalkan,
akan merasa kehilangan kita sepanjang hayat.
Dan sedarlah, sekiranya kita menghabiskan masa kita kepada kerja,
Melebihi keluarga kita, adalah merupakan suatu pelaburan yang tidak
bijak.
Bukankah begitu?
Jadi apakah maksud yang tersirat?
Tahukah anda makna "FAMILY"?
FAMILY = (F)ATHER (A)ND (M)OTHER (I) (L)OVE (Y)OU
" HARGAILAH KELUARGA ANDA "
Thursday, March 21, 2013
Cara Ajar Anak Berbudi Bahasa
Kata orang, melentur
buluh biarlah dari rebungnya. Maksudnya, jika ingin mengajar anak
melakukan sesuatu, ajarlah sejak dari kecil lagi. Samalah juga dalam
mengajar anak untuk berbudi bahasa.
Tips mendidik anak berbudi bahasa ini datangnya dari sini.
Tips mendidik anak berbudi bahasa ini datangnya dari sini.
1. Erti Rasa Hormat
Tunjukkan contoh teladan yang baik kepada anak. Dengan sendirinya anak akan tahu apa yang elok dilakukan dan apa yang tidak baik.
Tunjukkan contoh teladan yang baik kepada anak. Dengan sendirinya anak akan tahu apa yang elok dilakukan dan apa yang tidak baik.
2. Berkongsi Permainan
Ajar anak untuk berkongsi permainannya. Ceritakan padanya bahawa Allah sayang kepada orang yang suka berkongsi. Pujilah anak jika dia rela berkongsi permainannya dengan rakan.
Ajar anak untuk berkongsi permainannya. Ceritakan padanya bahawa Allah sayang kepada orang yang suka berkongsi. Pujilah anak jika dia rela berkongsi permainannya dengan rakan.
3. Praktik Perkataan Kesopanan
Amalkan mengucapkan perkataan terima kasih dalam kehidupan seharian.
Amalkan mengucapkan perkataan terima kasih dalam kehidupan seharian.
4. Ucapan Meminta Maaf
Ajar anak untuk meminta maaf sekiranya dia telah melakukan kesalahan. Pujilah anak yang berani meminta maaf dan sedar akan kesilapannya.
Ajar anak untuk meminta maaf sekiranya dia telah melakukan kesalahan. Pujilah anak yang berani meminta maaf dan sedar akan kesilapannya.
5. Memberi Pujian
Pujilah anak apabila dia melakukan sesuatu dengan betul. Sesungguhnya, pujian ibarat kata azimat yang akan memotivasikan anak untuk meneruskan perlakuan baiknya.
Pujilah anak apabila dia melakukan sesuatu dengan betul. Sesungguhnya, pujian ibarat kata azimat yang akan memotivasikan anak untuk meneruskan perlakuan baiknya.
6. Menjadi Model Mengajar Tatatertib Kepada Anak
Jangan jadi ketam yang hendak mengajar anaknya berjalan tegak. Tunjukkan perilaku yang baik supaya boleh dijadikan model kepada anak.
Jangan jadi ketam yang hendak mengajar anaknya berjalan tegak. Tunjukkan perilaku yang baik supaya boleh dijadikan model kepada anak.
7. Mengungkapkan Penggunaan Ayat Yang Betul
Jika anak menggunakan perkataan, “Adik mahu air,” anda betulkan penggunaan ayatnya dan berkata, “Boleh ibu tolong ambilkan adik air,?” dan minta anak anda ulangi ungkapan tadi. Anda harus mengulangi penggunaan ayat ini sebarang situasi.
Jika anak menggunakan perkataan, “Adik mahu air,” anda betulkan penggunaan ayatnya dan berkata, “Boleh ibu tolong ambilkan adik air,?” dan minta anak anda ulangi ungkapan tadi. Anda harus mengulangi penggunaan ayat ini sebarang situasi.
8. Minta Kebenaran
Ajar anak untuk meminta kebenaran sebelum mengambil kepunyaan orang lain. Minta kebenaran anak jika ingin mengambil haknya. Dengan demikian, anak akan faham konsep kepunyaan dan hak.
Ajar anak untuk meminta kebenaran sebelum mengambil kepunyaan orang lain. Minta kebenaran anak jika ingin mengambil haknya. Dengan demikian, anak akan faham konsep kepunyaan dan hak.
9. Lakukan Kerja Rumah
Latih anak untuk melakukan kerja rumah bersama. Contohnya, latih anak untuk sentiasa mengemas kembali peralatan dan permainannya setelah selesai digunakan.
Latih anak untuk melakukan kerja rumah bersama. Contohnya, latih anak untuk sentiasa mengemas kembali peralatan dan permainannya setelah selesai digunakan.
10. Berlatih Untuk Duduk Diam Di Meja Makan
Lakukan dalam tempoh masa 15 kepada 20 minit. Ia mengajar anak berdisiplin di meja makan tanpa melakukan sebarang perbuatan yang mungkin akan mengundang kemarahan anda.
Lakukan dalam tempoh masa 15 kepada 20 minit. Ia mengajar anak berdisiplin di meja makan tanpa melakukan sebarang perbuatan yang mungkin akan mengundang kemarahan anda.
11. Gunakan Perkataan ‘Tolong’
Sentiasa menggunakan perkataan 'tolong' jika inginkan anak membantu membuat sesuatu.
Sentiasa menggunakan perkataan 'tolong' jika inginkan anak membantu membuat sesuatu.
12. Komen
Jangan membuat komen tidak baik mengenai makanan di hadapannya. Jika tidak mahu katakannya, “tidak, terima kasih.”
Jangan membuat komen tidak baik mengenai makanan di hadapannya. Jika tidak mahu katakannya, “tidak, terima kasih.”
13. Duduk Di Meja Dengan Kedudukan Yang Sopan
Ajar anak untuk duduk dengan tertib di meja makan.
Ajar anak untuk duduk dengan tertib di meja makan.
14. Suara
Ajar anak nada suara yang betul pada tempat yang betul : di mana boleh bersuara kuat dan di mana untuk bersuara perlahan.
Ajar anak nada suara yang betul pada tempat yang betul : di mana boleh bersuara kuat dan di mana untuk bersuara perlahan.
15. Salam
Ajar anak untuk bersalaman dengan mereka yang lebih dewasa. Ini akan melahirkan rasa hormat kepada orang tua di dalam diri anak itu.
Ajar anak untuk bersalaman dengan mereka yang lebih dewasa. Ini akan melahirkan rasa hormat kepada orang tua di dalam diri anak itu.
my-adam.blogspot
Tuesday, March 19, 2013
11 ayat Al Quran berkenaan dengan SYAHID .
Jika kamu (dalam peperangan Uhud) mendapat luka (tercedera), maka sesungguhnya kaum (musyrik yang mencerobohi kamu) itu telah (tercedera juga dan) mendapat luka yang sama (dalam peperangan Badar). Dan demikian itulah keadaan hari-hari (dunia ini dengan peristiwa-peristiwa kemenangan atau kekalahan), kami gilirkan dia antara sesama manusia, (supaya menjadi pengajaran) dan supaya nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang tetap beriman (dan yang sebaliknya), dan juga supaya Allah menjadikan sebahagian di antara kamu orang-orang yang mati Syahid. Dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada orang-orang yang zalim.
Dan sesungguhnya kamu telah mengharap-harapkan mati Syahid (dalam perang Sabil) sebelum kamu menghadapinya. Maka sesungguhnya kamu (sekarang) telahpun menyaksikannya dan kamu sedang melihatnya (dengan mata kepala sendiri).
Dan jangan sekali-kali engkau menyangka orang-orang yang terbunuh (yang gugur Syahid) pada jalan Allah itu mati, (mereka tidak mati) bahkan mereka adalah hidup (secara istimewa) di sisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki;
(Dan juga) mereka bersukacita dengan kurniaan Allah (balasan mati Syahid) yang telah dilimpahkan kepada mereka, dan mereka bergembira dengan berita baik mengenai (saudara-saudaranya) orang-orang (Islam yang sedang berjuang), yang masih tinggal di belakang, yang belum (mati dan belum) sampai kepada mereka, (iaitu) bahawa tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita.
Maka Tuhan mereka perkenankan doa mereka (dengan firmanNya): "Sesungguhnya Aku tidak akan sia-siakan amal orang-orang yang beramal dari kalangan kamu, sama ada lelaki atau perempuan, (kerana) setengah kamu (adalah keturunan) dari setengahnya yang lain; maka orang-orang yang berhijrah (kerana menyelamatkan agamanya), dan yang diusir ke luar dari tempat tinggalnya, dan juga yang disakiti (dengan berbagai-bagai gangguan) kerana menjalankan agamaKu, dan yang berperang (untuk mempertahankan Islam), dan yang terbunuh (gugur Syahid dalam perang Sabil) - sesungguhnya Aku akan hapuskan kesalahan-kesalahan mereka, dan sesungguhnya Aku akan masukkan mereka ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, sebagai pahala dari sisi Allah. Dan di sisi Allah jualah pahala yang sebaik-baiknya (bagi mereka yang beramal soleh)".
Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, maka mereka akan (ditempatkan di syurga) bersama-sama orang-orang yang telah dikurniakan nikmat oleh Allah kepada mereka, iaitu Nabi-nabi, dan orang-orang Siddiqiin, dan orang-orang yang Syahid, serta orang-orang yang soleh. Dan amatlah eloknya mereka itu menjadi teman rakan (kepada orang-orang yang taat).
Oleh itu, orang-orang (yang beriman) yang mengutamakan kebahagiaan akhirat daripada (kesenangan) kehidupan dunia, hendaklah mereka berperang pada jalan Allah (untuk membela Islam). Dan sesiapa yang berperang pada jalan Allah lalu ia mati (gugur Syahid) atau beroleh kemenangan, maka Kami akan memberi kepadanya pahala yang besar.
Katakanlah: "(Sebenarnya) tidak ada yang kamu tunggu-tunggu untuk kami melainkan salah satu dari dua perkara yang sebaik-baiknya (iaitu kemenangan atau mati syahid); dan kami menunggu-nunggu pula untuk kamu bahawa Allah akan menimpakan kamu dengan azab dari sisiNya, atau dengan perantaraan tangan kami. Oleh itu tunggulah, sesungguhnya kami juga menunggu bersama-sama kamu".
Di antara orang-orang yang beriman itu, ada yang bersikap benar menunaikan apa yang telah dijanjikannya kepada Allah (untuk berjuang membela Islam); maka di antara mereka ada yang telah selesai menjalankan janjinya itu (lalu gugur syahid), dan di antaranya ada yang menunggu giliran; dan mereka pula tidak mengubah (apa yang mereka janjikan itu) sedikitpun.
Dengan yang demikian, apabila kamu berjuang menentang orang-orang kafir (dalam peperangan jihad) maka pancunglah lehernya, sehingga apabila kamu dapat membunuh mereka dengan banyaknya (serta mengalahkannya) maka tawanlah (mana-mana yang hidup) dan ikatlah mereka dengan kukuhnya. Setelah selesai pertempuran itu maka (terserahlah kepada kamu) sama ada hendak memberi kebebasan (kepada orang-orang tawanan itu dengan tiada sebarang penebusnya) atau membebaskan mereka dengan mengambil penebusnya. (Bertindaklah demikian terhadap golongan kafir yang menceroboh) sehinggalah berakhir peperangan jihad itu (dan lenyaplah sebab-sebab yang memimbulkannya). Demikianlah (diperintahkan kamu melakukannya). Dan sekiranya Allah menghendaki, tentulah Ia membinasakan mereka (dengan tidak payah kamu memeranginya); tetapi Ia (perintahkan kamu berbuat demikian) kerana hendak menguji kesabaran kamu menentang golongan yang kufur ingkar (yang mencerobohi kamu). Dan orang-orang yang telah berjuang serta gugur syahid pada jalan Allah (mempertahankan agamanya), maka Allah tidak sekali kali akan mensia-siakan amal-amal mereka.
Dan orang-orang yang beriman kepada Allah dan Rasul-rasulNya, merekalah pada sisi (hukum) Tuhan mereka, (orang-orang yang mempunyai kedudukan yang tinggi darjatnya) seperti orang-orang "Siddiqiin" dan orang-orang yang mati Syahid; mereka akan beroleh pahala dan cahaya orang-orang Siddiqiin dan orang-orang yang mati syahid itu; dan (sebaliknya) orang yang kufur ingkar serta mendustakan ayat-ayat keterangan Kami, merekalah ahli neraka.
Wednesday, March 6, 2013
Orang Tua Batu vs Orang Tua Air
Pernahkah anda melihat batu? Bagaimanakah bentuknya? Bagaimanakah permukaannya? Bagaimanakah kekerasannya? Bagaimanakah ketahanannya terhadap erosi? Ya batu mempunyai banyak bentuk. Dan rata-rata permukaannya keras kecuali batu apung. Tetapi sekeras-kerasnya jika batu tersebut terjatuh dan terbentur benda keras lainnya maka batu itu akan terkikis dan jika sering terjatuh atau terbentur maka ia akan mengecil juga.
Demikian juga jika batu tersebut ditetesi air terus menerus maka lambat laun batu tersebut akan lubang juga. Walaupun permukaannya sangat keras namun batu tidak memiliki kelenturan dan sangat mudah tergores ataupun terkikis jika terbentur benda keras lainnya.
Batu juga sulit memindahkan dirinya sendiri kecuali ada energi sangat besar mendorongnya. Batu akan berpindah jika disapu angin ribut ataupun air bah. Perpindahannya akan menimbulkan kesakitan karena batu tersebut akan tercabut dari tempatnya semula dan jatuh terbanting ke tempatnya yang baru. Ia akan terbentur-bentur dan terkikis melewati proses perpindahannya.
Bagaimana dengan air? Air sangatlah luwes dan lembut. Ia bisa menyesuaikan diri dengan berbagai situasi. Tetapi di balik kelembutannya ia menyimpan tenaga yang sangat besar. Ia bisa mengikis batu yang sangat keras dengan penuh kesabaran. Ia bisa memindahkan batu sebesar apapun. Ia juga bisa berpindah dari satu tempat ke tempat lain dengan sangat mudahnya. Ia bisa menyerap panas ataupun dingin dengan sangat cepat. Ia mengalir kemanapun dengan tanpa beban dengan sangat mudahnya.
Sebagai orangtua yang mendidik anak dan diri sendiri, sifat manakah yang kita miliki? Apakah kita memiliki sifat-sifat batu yang sangat keras dan sulit berubah menyikapi kondisi sekitar? Ataukah kita memiliki sifat-sifat air yang lemah lembut dan luwes namun mempunyai kekuatan yang sangat besar jika diperlukan?
Orangtua yang memiliki sifat-sifat seperti batu, kita sebut orangtua batu sangatlah keras dalam mendidik dan menyikapi berbagai perilaku anaknya. Mereka berpikir dan melihat tingkah laku anak dari kacamatanya sendiri. Akibatnya mereka mengalami kesulitan dan tidak bisa menerima perbuatan anak-anaknya.
Orangtua batu menjalani hidup dengan penuh ketegangan sehingga memiliki tingkat stress yang tinggi. Mereka seringkali menyalahkan tindakan anaknya. Mereka selalu meminta anaknya bersikap seperti apa yang diinginkannya. Mereka selalu menuntut anaknya untuk berbuat sesuatu. Jika tidak mereka akan marah dan menganggap anak-anaknya selalu tidak becus dan tidak menurutinya.
Orangtua batu sering menyulitkan dirinya sendiri dan anaknya. Jika ia diminta harus mengubah pendekatannya maka ia akan menderita dan mengalami kesakitan. Perubahan adalah sesuatu yang membuat orangtua batu mengerang dan menjerit. Secara mental ia sendiri akan mengalami kesakitan luar biasa. Baginya perubahan adalah ketidaknyamanan.
Akibat dari sikapnya yang keras seperti batu ini maka tingkat stressnya sangat tinggi. Dan ini menyulitkan dirinya sendiri dan anak-anaknya. Ketika anaknya berubah ke arah yang lebih baik ia sendiri gagal mengubah dirinya untuk merespon perubahan anaknya. Dan akhirnya anaknya yang tidak melihat perubahan dari respon orangtuanya merasa frustrasi. Ujung-ujungnya si anak kembali ke sikap semula dan bahkan tidak bisa respek pada orangtuanya. Dan ini memicu perselisihan baru yang tidak akan ada penyelesaiannya. Orangtua mengatakan anak tidak mau berubah tetapi si anak, yang telah berubah namun tidak mendapat respon, mengatakan orangtua yang tidak mau berubah.
Orangtua batu menjalani kehidupan rumah tangga dengan penuh kemarahan dan tuntutan. Mereka tidak tahu kapan harus menggunakan kekuatannya. Jika ia dipaksa berubah maka ia akan merasa hancur lebur. Orangtua batu memiliki ego yang sangat besar tetapi negatif. Ego inilah yang akan menghancurkan dirinya sendiri dan akhirnya anaknya.
Bagaimana dengan orangtua air? Orangtua air memiliki keluwesan yang luar biasa tetapi bukan berarti mudah dipermainkan. Orangtua air tahu kapan harus menggunakan kekuatannya untuk mendisiplinkan anaknya. Mereka juga tahu kapan harus mengubah diri menyesuaikan dengan perubahan yang terjadi dalam diri anaknya. Mereka cepat sekali merespon tindakan anak dan menghargainya. Memuji dengan tulus perbuatan baik anak dan meminta maaf ketika dirinya berbuat salah pada anak adalah hal yang mudah dan tidak akan menghacurkan ego orangtua air.
Orangtua air adalah orangtua yang mengerti dan menerima dirinya sendiri dengan baik. Mereka memiliki harga diri yang sehat sehingga mampu memperlakukan anak-anaknya dengan penuh respek. Akibatnya mereka juga menerima respek dari anak-anaknya. Ketika anaknya berbuat di luar pengharapannya mereka tetap respek pada pilihan anaknya. Kemudian akan mencari tahu dulu masalahnya dan membantu anak untuk berubah.
Orangtua air mencintai dirinya sendiri sehingga ia mampu memberikan cinta pada anak-anaknya. Akibatnya anak-anaknya tumbuh dengan penuh kasih sayang dan merasa nyaman dengan dirinya sendiri. Anak-anaknya tumbuh dengan percaya diri dan harga diri yang sehat.
Orangtua air menjalani kehidupan bersama anak-anaknya dengan penuh kegembiraan dalam suasana yang saling menghargai. Mereka saling mendukung perubahan diri masing-masing. Mereka sangat toleran dan sabar dalam menyikapi berbagai hal. Orangtua air dan anaknya adalah pelaku tata tertib yang patuh namun fleksibel.
Bagaimana dengan kita sendiri?
Termasuk dalam kategori manakah kita dalam mendidik anak?
Orangtua batu atau Orangtua air?
Andalah yang bisa secara jujur menjawabnya sendiri.
Subscribe to:
Posts (Atom)