“Nurse, boleh saya tengok bayi
saya?” ibu muda yang baru bersalin itu bersuara antara dengar dan tidak kepada
seorang jururawat. Sambil tersenyum jururawat membawakan bayi yang masih merah
itu. Si ibu menyambut dengan senyum meleret. Dibuka selimut yang menutup wajah
comel itu, diciumnya berkali-kali sebaik bayi tersebut berada dipangkuan.
Jururawat kemudian mengalihkan
pandangannya ke luar tingkap. Tidak sanggup dia bertentang mata dengan si ibu
yang terperanjat melihat bayinya dilahirkan tanpa kedua-dua cuping telinga.
Namun gamamnya cuma seketika.
Dakapan dan ciuman silih berganti sehingga bayi yang sedang lena itu merengek.
Doktor bagaimanapun mengesahkan pendengaran bayi itu normal, sesuatu yang cukup
mengembirakan si ibu.
Masa terus berlalu…
Pulang dari sekolah suatu
tengahari, anak yang tiada cuping telinga itu yang kini telah memasuki alam
persekolahan menangis memberitahu bagaimana dia diejek rakan-rakan.
“Mereka kata saya cacat,” katanya
kepada si ibu. Si ibu menahan sebak. Dipujuknya si anak dengan pelbagai kata
semangat. Si anak menerimanya dan dia muncul pelajar cemerlang dengan
menyandang pelbagai jawatan di sekolah. Bagaimanapun tanpa cuping telinga, si
anak tetap merasa rendah diri walaupun si ibu terus memujuk dan memujuk.
Ayah kanak-kanak itu bertemu
doktor. “Saya yakin dapat melakukannya jika ada penderma,” kata pakar bedah.
Bermulalah suatu pencarian bagi mencari penderma yang sanggup berkorban.
Setahun berlalu…
“Anakku, kita akan menemui doktor
hujung minggu ini. Ibu dan ayah telah mendapatkan seorang penderma, tapi dia
mahu dirinya dirahsiakan, ” kata si ayah. Pembedahan berjalan lancar dan
akhirnya si anak muncul sebagai manusia baru, kacak serta bijak. Pelajarannya
tambah cemerlang dan rasa rendah diri yang kerap dialaminya hilang. Rakan-rakan
memuji kecantikan parasnya. Si anak cukup seronok, bagaimanapun dia tidak
mengabaikan pelajaran. Pada usianya lewat 20-an, si anak menjawat jawatan
tinggi dalam bidang diplomatik.
“Sebelum saya berangkat keluar negara, saya
ingin tahu siapakah penderma telinga ini, saya ingin membalas jasanya,” kata si
anak berkali-kali. “Tak mungkin,” balas si ayah. “Perjanjian antara ayah dengan
penderma itu masih berjalan. Tunggulah, masanya akan tiba.” “Bila?” tanya si
anak. “Akan tiba masanya anakku,” balas si ayah sambil ibunya
mengangguk-angguk.
Keadaan terus kekal menjadi
rahsia bertahun-tahun lamanya. Hari yang ditunggu tiba akhirnya. Ketika si anak
berdiri di sisi keranda ibunya, perlahan-lahan si ayah menyelak rambut ibunya
yang kaku. Gelap seketika pandangan si anak apabila melihat kedua-dua cuping
telinga ibunya tiada.
“Ibumu tidak pernah memotong pendek
rambutnya,” si ayah berbisik ke telinga anaknya. “Tetapi tiada siapa pernah
mengatakan ibumu cacat, dia tetap cantik, pada ayah dia satu-satunya wanita
paling cantik yang pernah ayah temui. Tak percaya… tanyalah pada sesiapa pun
kenalannya.”
Kecantikan
seseorang bukan terletak pada fizikal tetapi di hati. Cinta sejati bukan pada
apa yang dilakukan dan dihebah-hebahkan tetapi pengorbanan tanpa diketahui.
“Nurse, boleh saya
tengok bayi saya?” ibu muda yang baru bersalin itu bersuara antara
dengar dan tidak kepada seorang jururawat.
Sambil tersenyum jururawat membawakan bayi yang masih merah itu. Si ibu
menyambut dengan senyum meleret. Dibuka selimut yang menutup wajah comel
itu, diciumnya berkali-kali sebaik bayi tersebut berada dipangkuan.
Jururawat kemudian mengalihkan pandangannya ke luar tingkap. Tidak
sanggup dia bertentang mata dengan si ibu yang terperanjat melihat
bayinya dilahirkan tanpa kedua-dua cuping telinga.
Namun gamamnya cuma seketika. Dakapan dan ciuman silih berganti sehingga
bayi yang sedang lena itu merengek. Doktor bagaimanapun mengesahkan
pendengaran bayi itu normal, sesuatu yang cukup mengembirakan si ibu.
Masa terus berlalu…
Pulang dari sekolah suatu tengahari, anak yang tiada cuping telinga itu
yang kini telah memasuki alam persekolahan menangis memberitahu
bagaimana dia diejek rakan-rakan. “Mereka kata saya cacat,” katanya
kepada si ibu.
Si ibu menahan sebak. Dipujuknya si anak dengan pelbagai kata semangat.
Si anak menerimanya dan dia muncul pelajar cemerlang dengan menyandang
pelbagai jawatan di sekolah. Bagaimanapun tanpa cuping telinga, si anak
tetap merasa rendah diri walaupun si ibu terus memujuk dan memujuk. Ayah
kanak-kanak itu bertemu doktor. “Saya yakin dapat melakukannya jika ada
penderma,” kata pakar bedah. Bermulalah suatu pencarian bagi mencari
penderma yang sanggup berkorban.
Setahun berlalu…
“Anakku, kita akan menemui doktor hujung minggu ini. Ibu dan ayah telah
mendapatkan seorang penderma, tapi dia mahu dirinya dirahsiakan, ” kata
si ayah. Pembedahan berjalan lancar dan akhirnya si anak muncul sebagai
manusia baru, kacak serta bijak. Pelajarannya tambah cemerlang dan rasa
rendah diri yang kerap dialaminya hilang.
Rakan-rakan memuji kecantikan parasnya. Si anak cukup seronok,
bagaimanapun dia tidak mengabaikan pelajaran. Pada usianya lewat 20-an,
si anak menjawat jawatan tinggi dalam bidang diplomatik.
“Sebelum saya berangkat keluar negara, saya ingin tahu siapakah penderma
telinga ini, saya ingin membalas jasanya,” kata si anak berkali-kali.
“Tak mungkin,” balas si ayah. “Perjanjian antara ayah dengan penderma
itu
masih berjalan. Tunggulah, masanya akan tiba.” “Bila?” tanya si anak.
“Akan tiba masanya anakku,” balas si ayah sambil ibunya
mengangguk-angguk. Keadaan terus kekal menjadi rahsia bertahun-tahun
lamanya.
Hari yang ditunggu tiba akhirnya. Ketika si anak berdiri di sisi keranda
ibunya, perlahan-lahan si ayah menyelak rambut ibunya yang kaku.
Gelap seketika pandangan si anak apabila melihat kedua-dua cuping
telinga ibunya tiada.
“Ibumu tidak pernah memotong pendek rambutnya,” si ayah berbisik ke
telinga anaknya. “Tetapi tiada siapa pernah mengatakan ibumu cacat, dia
tetap cantik, pada ayah dia satu-satunya wanita paling cantik yang
pernah ayah temui. Tak percaya… tanyalah pada sesiapa pun kenalannya.”
P/s : Kecantikan seseorang bukan terletak pada fizikal tetapi di hati.
Cinta sejati bukan pada apa yang dilakukan dan dihebah-hebahkan tetapi
pengorbanan tanpa diketahui.
Sumber at:
http://www.hajsmy.us/2011/09/kisah-sedih-seorang-ibu.html

0 comments:
Post a Comment