zikirlah setiap saat selagi ada nafas diberi Allah ...
Sekadar renungan
Bila Allah cepat makbulkan Doamu, Maka DIA Menyayangimu,
Bila DIA Lambat Makbulkan doamu, Maka DIA Ingin Mengujimu,
Bila DIA Tidak Makbulkan Doamu, Maka Dia Merancang Sesuatu Yang lebih Baik Untukmu.
Oleh itu, Sentiasalah Bersangka Baik Pada ALLAH Dalam Apa Jua Keadaan Pun... Kerana Kasih sayang ALLAH Itu Mendahului KemurkaanNya.
******************************************************** Saat itu, hadir syaitan yang terkuat, sementara si hamba dalam kondisi paling lemah. Siapakah yang selamat? Ya Allah, jadikanlah amal terbaik kami sebagai penutup amal kami. Jadikanlah umur terbaik kami sebagai akhirnya. Dan jadikanlah hari terbaik kami sebagai hari kami menjumpai-Mu.
Sabda Nabi s.a.w ;"...dan sesungguhnya waktu yang paling syaitan dengan manusia adalah disaat kematian (nazak) ","(Riwayat Abu Na'im)" didalam sepotong ayat Mursyal , Nabi s.a.w bersabda dengan membawa maksud ," Saat paling hampir musuh Allah (syaitan) itu dengan manusia ialah dikala terbit rohnya".
ZIKIR HARIAN
HARI AHAD: Ya Hayyu Ya Qayyum ( 1000 X ) HARI ISNIN: La haula wala quwwata illa billa hil 'aliyyil 'a ziim ( 1000 X ) HARI SELASA: Allahumma salli 'ala 'abdika warasulika wanabiyyikal amiina wa'ala alihi wasahbihi wasallim ( 1000 X ) HARI RABU: Astagh firullahal 'a ziim ( 1000 X ) HARI KHAMIS: Subhanallahii 'a ziim , Subhanallahi wabihamdihi ( 1000 X ) HARI JUMAAT: Ya Allah ( 1000 X ) HARI SABTU: La ilaha illallah ( 1000 X )
Sedikit Ilmu untuk dikongsi bersama...
Imam Ja’far Ash-shadiq (sa) berkata: “Barangsiapa yang membaca surat Ar-Rahman, dan ketika membaca kalimat ‘Fabiayyi âlâi Rabbikumâ tukadzdzibân’,ia mengucapkan: Lâ bisyay-in min âlâika Rabbî akdzibu (tidak ada satu pun nikmat-Mu, duhai Tuhanku, yang aku dustakan), jika saat membacanya itu pada malam hari kemudian ia mati, maka matinya seperti matinya orang yang syahid; jika membacanya di siang hari kemudian mati, maka matinya seperti matinya orang yang syahid.” (Tsawabul A’mal, hlm 117).
Bacaan Surah
.
Followers
Blog ini mengandungi Maklumat dan Koleksi ibadah untuk diri saya . Sekiranya ia baik , kita kongsi bersama , sekiranya ianya tidak baik , elakkanlah. Saya hanya insan biasa yang mencari ilmu selagi hayat dikandung badan...
Solat qada’ ialah solat yang dikerjakan selepas keluar dari waktunya.
Hukum qada’ solat
Meninggalkan solat fardhu atau melengah-lengahkannya tanpa apa-apa uzur hingga terkeluar dari waktunya adalah berdosa besar, dan wajib diqada’kan solat itu.
Para ulama menghukumkan wajib qada’ solat bagi orang yang meninggalkan solat dengan sengaja berdasarkan kepada orang yang ada uzur syar’ie diwajibkan qada’ solatnya oleh Nabi s.a.w. Apatah lagi orang yang tiada keuzuran syar’ie sudah tentu lebih-lebih lagi wajibnya.
Tetapi dosa itu pula tidak terhapus dengan qada’ semata-mata, mestilah disertakan dengan bertaubat kepada Allah s.w.t.
Seseorang yang meninggalkan solat fardhu pada waktunya kerana sengaja, maka wajiblah dia qada’ solatnya dengan segera.
Solat fardhu yang tertinggal kerana uzur seperti tertidur atau terlupa yang bukan kerana kecuaian maka sunat disegerakan qada’nya.
Maksud kecuaian di sini ialah seperti tidur dalam waktu dan lupa yang disebabkan oleh leka dengan perkara-perkara yang tidak dituntut oleh syarak.
Menurut Ibnu Haja al-Haitami,
Orang yang meninggalkan solat tanpa uzur, WAJIB menggunakan seluruh waktunya untuk mengerjakan qada’ solatnya kecuali waktu untuk menguruskan hajatnya yang wajib yang tidak dapat dielakkan, seperti tidur, buang air, mencari nafkah, dan sebagainya.
Haram baginya mengerjakan solat sunat sebelum diqada’kan solatnya.
Tetapi menurut Habib Abdullah al-Haddad pula,
Orang yang meninggalkan solat tadi diberi kelonggaran untuk mengerjakan qada’ solat fardhunya mengikut kemampuan dan kelapangan masanya, tanpa memberatkan dan tanpa pula meringan-ringankan kewajipan qada’ itu sendiri.
Kemudian Syed Abdul Rahman Balawi telah bersetuju dengan pendapat Habib Abdullah al-Haddad, dengan berkata,
Inilah pendapat yang terlebih utama berbanding dengan pendapat para fuqahak yang mewajibkan orang yang meninggalkan solat tadi menggunakan seluruh waktunya untuk qada’ solatnya kecuali waktu untuk menguruskan hajatnya yang wajib.
Beliau berkata demikian kerana pendapat para fuqahak tersebut amat membebankan sekali.
Cara Qada’ Solat
Adalah diwajibkan mendahulukan qada’ solat yang ditinggal tanpa uzur daripada solat tunai (solat pada waktu) sekiranya tidak dibimbangi habis waktunya.
Tetapi sekiranya solat qada’ yang ditinggal itu adalah kerana uzur maka hanya sunat sahaja mendahulukan qada’ daripada tunai.
Adalah diwajibkan juga mendahulukan qada’ solat yang ditinggal tanpa uzur daripada solat yang ditinggalkan dengan uzur.
Begitu juga wajib mendahulukan qada’ solat yang ditinggal tanpa uzur daripada solat sunat rawatib tetapi sekiranya solat qada’ yang ditinggalkan itu kerana uzur maka hanya sunat sahaja mendahulukan solat qada’ daripada solat sunat rawatib.
Kemudian lagi disunatkan qada’ solat itu menurut tertib waktu solat seperti diqada’kan Zuhur sebelum Asar, dan begitulah seterusnya.
Malahan tertib itu sunat dipelihara walaupun waktu-waktu qada’ solat itu diselangi atau terputus oleh tempoh masa yang lama.
Walau apa pun, ingatlah - hutang WAJIB dibayar. Wallahu a’lam.
“Dan pada diri kamu adakah tiada kamu melihat (dalil-dalil sebagai bukti)”
(Az-Zariyat : 21)
"Ke mana sahaja kamu menghadap muka kamu di sana ada Wajah Allah. Sesungguhnya Allah itu Maha Luas, Maha Mengetahui".
( Ayat 115 : Surah al-Baqarah )
Adam dicipta dari tanah, ia adalah sarung untuk ditempatkan ruh.
Ruh adalah rahsia Tuhan yang tinggi.
Allah menyatakan wujud-Nya di alam ini dengan kenyataan wujud makhluk-Nya.
Manusia yang berakal yang berpegang kepada hukum logik tidak boleh menolak kewujudan Tuhan.
Mereka yang menolak kewujudan Tuhan ialah mereka yang menentang logik mereka.
Hukum akal tidak menerima setiap sesuatu yang wujud tanpa ada yang menciptanya. Hujah mereka yang mengatakan setiap yang wujud wajib dapat dilihat adalah amat lemah. Kerana banyak perkara di alam ini diakui kewujudannya tetapi tidak dapat dilihat seperti perasaannya sendiri iaitu sedih, gembira, dengki, dendam, rindu, cinta dan sebagainya. Begitu juga dengan kewujudan nyawa dalam badannya, kewujudan fikiran pada otaknya. Kewujudan udara di sekelilingnya, kewujudan gelombang dan pelbagai lagi.
Janganlah kita membohongi diri kita, janganlah kita melawan suara hati kita, Janganlah kita melawan suara fitrah kita bahawa diri ini ada penciptanya, diri ini ada yang sentiasa memelihara, diri ini ada yang menentukan kehidupannya. Apa yang perlu bagi kita bukannya membahaskan perkara yang sudah nyata, tetapi kita melangkah lagi ke dalam lautan pengenalan diri-Nya dengan meneroka diri ini agar bertambah cinta dan kasih pada-Nya, sehingga diri ini fana dalam lautan diri-Nya.
Apabila kita memandang diri kita, memandang kewujudan diri kita, maka kita wajib memahami bahawa kita ada pemiliknya.
Wujud kita menyatakan wujud diri-Nya.
Dia ghaib dan kita nyata,
Dia hakikat dan kita syariat,
Dia adalah wujud dan kita adalah bayang bagi wujud-Nya.
Lihatlah diri kita lagi,
pandanglah segala sifat yang ada pada diri kita,
lihatlah mata,
lihatlah telinga,
lihatlah mulut,
lihatlah akal,
lihatlah gerak diam,
lihatlah rasa hati kita...
Semuanya tidak lain melainkan kenyataan akan Sifat-Sifat-Nya.
Pelbagai cara orang menadah tangan ketika berdoa.Kaedah yang baik dan tampak sopan ketika bermunajat dengan allah SWT adalah lambang kesungguhan, lambang penuh pengharapan kita kepada Khalik.
1.Pada tapak tangan kita ada banyak lambang kebesaran dan kemuliaan Allah SWT termasuk 99 nama Allah.
2.Kita akan nampak urat tangan kanan dan kiri bercantum seakan membentuk sampan. “Apabila urat tangan itu bertemu ia akan menjadi hufur ‘ba’ . Titik ‘ba’ letak di hati kita. Kedudukannya rendah dari tangan yang kita tadah. Setiap huruf hijaiah di dalam Al-Quran Allah perintahkan satu malaikat menjaganya.Maka malaikat yang menjaga hufur ‘ba’ bernama ‘Har Hayaail’. Malaikat ini akan mengangkat doa kita terus mengadap Allah SWT tanpa sebarang perantara. Oleh itu berdoalah bersungguh-sungguh dengan penuh pengharapan” .
3. Duduklah dalam keadaan iftirasy dan duduk tahayat akhir.Jika berdiri tegakkan badan betul-betul dan jangan menyandar.
DOA SENJATA ORANG MUKMIN….
BERIKUT ADA PANDUAN TATA CARA BERDOA IAITU:
1) ANGKAT TANGAN KE PARAS DADA
2) RAPATKAN KEDUA-DUA BELAH TAPAK TANGAN
3) “APABILA URAT TANGAN BERTEMU IA AKAN MENJADI SEPERTI HURUF BA ب
TITIK BA TERLETAK DI HATI KITA. KEDUDUKANNYA RENDAH DARI TANGAN YG KITA TADAH. SETIAP HURUH HIJAIAH DIDALAM AL QURAN ADA MALAIKAT YANG MENJAGANYA. HURUF BA DIJAGA OLEH MALAIKAT BERNAMA ‘HAR HAYAAIL’. MALAIKAT INI AKAN MENGANGKAT DOA KITA TERUS MENGHADAP ALLAH TANPA SEBARANG PERANTARA. OLEH ITU BERDOA BERSUNGGUH-SUNGGUH DENGAN PENUH PENGHARAPAN.
4) DUDUKLAH DALAM KEADAAN SOPAN SEPERTI DUDUK IFTIRASY DAN DUDUK TAHIYAT AKHIR. JIKA BERDIRI TEGAKKAN BADAN BETUL-BETUL DAN JANGAN MENYANDAR / BERSANDAR.
5) SEPANJANG BERDOA, BANYAKKAN MEMUJI KEBESARAN ALLAH DAN MENYEBUT NAMA-NAMA ALLAH YANG LAIN YANG BERSESUAIAN DENGAN KEPERLUAN DOA KITA PADA MASA ITU. CTHNYA… JIKA BERDOA MOHON DIPERMUDAHKAN REZEKI, SEBUTLAH NAMA ALLAH AR-RAZAQ DAN DISUSULI JUGA DENGAN BERSALAWAT NABI SAW
6) BERDOALAH BERSUNGGUH-SUNGGUH DARI HATI. GUNALAH BAHASA YG DAPAT DIFAHAMI KERANA ALLAH MAHA PENGASIH DAN SANGAT MEMAHAMI DAN MENDENGAR SEGALA BICARA TULUS HAMBA-HAMBANYA
7) AJARKANLAH ADAB BERDOA KEPADA SELURUH AHLI KELUARGA SEDARI USIA KECIL KERANA INSYA ALLAH IA AKAN DAPAT MEMBENTUK PERIBADI BAIK DALAM KEHIDUPAN.
SEBELUM Imam Syafie pulang ke rahmatullah, beliau sempat berwasiat kepada para muridnya dan umat Islam seluruhnya. Berikut ialah kandungan wasiat tersebut:
“Barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat maka hendaklah ia mengamalkan sepuluh perkara.”
PERTAMA: HAK KEPADA DIRI. Iaitu: Mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.
KEDUA: HAK KEPADA MALAIKAT MAUT Iaitu: Mengqadhakan kewajipan-kewajipan yang tertinggal, mendapatkan kemaafan dari orang yang kita zalimi, membuat persediaan untuk mati dan merasa cinta kepada Allah.
KETIGA: HAK KEPADA KUBUR Iaitu : Membuang tabiat suka menabur fitnah, membuang tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat Tahajjud dan membantu orang yang dizalimi.
KEEMPAT: HAK KEPADA MUNKAR DAN NAKIR Iaitu : Tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati.
KELIMA: HAK KEPADA MIZAN (NERACA TIMBANGAN AMAL PADA HARI KIAMAT) Iaitu : Menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menanggung kesusahan.
KEENAM: HAK KEPADA SIRAT (TITIAN YANG MERENTANGI NERAKA PADA HARI AKHIRAT) Iaitu : Membuang tabiat suka mengumpat, bersikap warak, suka membantu orang beriman dan suka berjemaah.
KETUJUH: HAK KEPADA MALIK (PENJAGA NERAKA) Iaitu : Menangis lantaran takutkan Allah SWT, berbuat baik kepada ibu bapa, bersedekah secara terang-terangan serta sembunyi dan memperelok akhlak.
KELAPAN: HAK KEPADA RIDHWAN (MALAIKAT PENJAGA SYURGA) Iaitu : Berasa redha dengan Qadha’ Allah, bersabar menerima bala, bersyukur ke atas nikmat Allah dan bertaubat dari melakukan maksiat.
KESEMBILAN: HAK KEPADA NABI S.A.W Iaitu : Berselawat ke atas baginda, berpegang dengan syariat, bergantung kepada as-Sunnah (Hadith), menyayangi para sahabat, dan bersaing dalam mencari keredhaan Allah.
KESEPULUH: HAK KEPADA ALLAH SWT Iaitu : Mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah manusia dari kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan.
” Ya Allah… berilah petunjuk kepada kami agar kami sentiasa berada lurus di jalan Mu…Amin..”
Saya terpanggil untuk berkongsi pengalaman menunaikan ibadah haji apabila isu kenaikan kadar tambang haji timbul baru-baru ini. Saya teramat bertuah kerana telah menunaikan rukun Islam kelima ini pada usia 22 tahun pada Disember lepas. Lebih bertuah lagi, saya ditaja sepenuhnya oleh ibu yang bermurah hati untuk membawa saya menemaninya menunaikan haji. Walaupun kami mengikuti rombongan pakej swasta dan bukannya muasassah Tabung Haji, pengalaman saya selama sebulan lebih di Tanah Suci memberi peluang untuk membuat penilaian mengenai pengalaman para jemaah lain.
Berbalik kepada isu kenaikan tambang daripada RM8,973 ke RM9,980 yang mencetuskan tidak puas hati kebanyakan pihak, sungguh membuatkan hati saya terkilan dengan sikap tidak bersyukur kebanyakan rakyat Malaysia. Air mata saya menitis mengenangkan betapa mewahnya kita dimanja-manjakan sehingga semakin lama semakin hilang perasaan bersyukur dalam diri kita.
Saya bukan mahu memfokuskan kepada rakyat Malaysia yang berpendapatan terlalu rendah, namun penulisan ini diharap dapat membuka mata mereka yang berkemampuan tetapi lebih suka membazirkan wang ke arah yang kurang penting. Di sini, saya ingin membuat perbandingan antara jemaah muasassah Malaysia dengan para jemaah dari negara lain.
Jemaah dari Indonesia adalah contoh terbaik kerana berkongsi bahasa yang sama. Mereka memberitahu, mereka membayar lebih 30 juta Rupiah untuk menunaikan haji. Pada waktu itu, 30 juta Rupiah bernilai lebih kurang RM14,000 hingga RM15,000. Bayangkan nilai tersebut sudah hampir sekali ganda dengan tambang Tabung Haji pada waktu itu yang bernilai RM8,000 lebih. Ditambah pula dengan mata wang Indonesia yang jauh lebih kecil daripada Ringgit menjadikan jumlah 30 juta Rupiah itu ibarat RM30,000 di mata rakyatnya!
Berbeza dengan amalan di sini, membuat pinjaman atau berhutang untuk menunaikan haji diamalkan di Indonesia dan proses ini diaktifkan oleh bank-bank Indonesia. Jika difikirkan, kepulangan mereka sudah pasti dinantikan oleh bebanan hutang. Namun ini merupakan salah satu usaha kerajaan membolehkan rakyat mereka mengerjakan haji dan menggalakkan rakyat mereka yang muda mengerjakan haji dengan tenaga dan kudrat yang optimum.
Malu
Sayangnya sudah menjadi kebiasaan rakyat kita, haji mungkin akan difikirkan setelah merasakan diri 'dipanggil kubur' atau sudah puas merasai nikmat dunia. Saya berasa malu pada diri sendiri melihatkan tersangat ramai rakyat Indonesia berusia belasan tahun sehingga awal 30-an menunaikan haji. Alasan mereka supaya mereka punya lebih panjang masa untuk melangsaikan hutang haji serta dapat mengabdikan diri tanpa alasan sakit-sakit selalu berbanding usia senja.
Sebagai jemaah haji bersama pakej swasta, jarak hotel kami dari Masjidil Haram, Mekah ialah 200 meter sahaja, sememangnya sesuai untuk berjalan kaki. Manakala jarak maktab para jemaah muasassah pula tidak begitu jauh iaitu 800 meter dari Masjidil Haram. Masih mampu untuk jemaah berjalan kaki atau bagi yang uzur boleh mengupah orang menolak kerusi roda. Manakala di Madinah, hotel kami yang bersebelahan dengan maktab muasassah bertentangan dengan Masjid Nabawi. Masya-Allah, teramat dekatnya! Ingin tahu jarak yang perlu dilalui rakyat Indonesia? Paling hampir dengan Masjidil Haram ialah dua kilometer!
Saya juga pernah bertemu dengan rakyat Indonesia yang tempat penginapannya tujuh dan 10 kilometer dari Masjidil Haram. Dikhabarkan untuk berulang-alik ke masjid, mereka perlu membayar bas atau van untuk menjimatkan perbelanjaan. Kebanyakannya berjalan kaki sejauh itu dari tempat penginapan. Mereka menghabiskan masa sepanjang hari di masjid atau kawasan sekitarnya kerana tidak mungkin mereka dapat pulang ke tempat penginapan untuk beristirahat. Rakyat Malaysia sering dapat pulang ke maktab atau hotel yang cukup selesa untuk berehat dan juga menikmati juadah yang telah disediakan.
Berbeza dengan rakyat Indonesia, setelah membeli peralatan memasak termasuk periuk belanga, mereka bergilir-gilir membeli bahan mentah di pasar dan memasak untuk jemaah mereka. Seorang jemaah Indonesia pernah meluahkan perasaan kepada saya: ''Sudahlah pondoknya buruk bangat (sangat), udah kecapekan (kepenatan) seharian di masjid, pulangnya harus masak. Untung ya jadi orang Malaysia, sering dikasihi pemerintahnya.'' Cuma kata-kata syukur saya ucapkan di dalam hati kerana sesungguhnya saya tidak sanggup untuk melalui pengalaman haji seperti yang dialami oleh arwah nenek saya di era 60-an seperti dialami oleh rakyat Indonesia sekarang.
Menjadi kebiasaan musim haji, ramai yang jatuh sakit terutamanya batuk dan demam. Para jemaah Malaysia baik bersama pakej swasta atau muasassah semuanya di bawah naungan Tabung Haji. Klinik-klinik Tabung Haji disediakan dengan doktor-doktor dan ubat-ubatan percuma tanpa perlu membayar satu sen pun buat rakyat Malaysia. Dek kerana begitu 'mewah' ubat, kelihatan bungkusan ubat-ubatan yang telah diambil pesakit ditinggalkan merata-rata walaupun masih banyak isinya.
Betapa hati pilu apabila melihat rakyat negara lain yang berasal dari India, Pakistan, Eropah Timur dan sebagainya batuk tanpa henti, dan ada yang lelah di masjid, namun hanya meneguk air zam-zam sebagai penawar kerana ketiadaan ubat. Sering dilihat rakyat Malaysia menyedekahkan lozenges atau ubat salap kepada jemaah luar negara dan mereka menerima dengan wajah penuh kelegaan dan kesyukuran. Itu salah satu bukti betapa kita lebih mewah.
Berbalik kepada isu rungutan tentang tambang haji terbaru. Saya tabik kepada pihak Tabung Haji yang bertungkus-lumus memberi subsidi untuk meringankan beban rakyat Malaysia, juga kerana berusaha menyediakan kebajikan terbaik buat para jemaah Malaysia di Tanah Suci. Kewujudan Tabung Haji juga sering dipuji dan dihormati teman-teman di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia yang berasal dari Kashmir, India, Bosnia, Afrika dan banyak lagi kerana teramat meringankan beban rakyat yang ingin menunaikan haji. Betapa mereka berharap badan seumpamanya wujud di negara mereka agar mereka sekeluarga mempunyai laluan lebih mudah untuk menunaikan ibadah Fardu ini.
Kurangkan Pembaziran
Saya berharap kepada mereka yang suka merungut namun dalam masa sama suka membazir, kurangkanlah berbelanja dan berhutang untuk barang kemas, perabot atau aksesori kereta yang tidak diperlukan. Kurangkanlah juga menukar-nukar telefon bimbit model terkini. Juga dinasihatkan agar lebih mengutamakan menyimpan duit untuk mengerjakan Haji berbanding berulang-alik ke Jakarta, Bandung, China dan Eropah untuk membeli-belah. Ini dapat dilihat dengan fenomena Matta Fair diserbu setiap kali diadakan. Jika anda mampu berbuat demikian kenapa mustahil untuk menyimpan duit untuk mengerjakan haji walaupun telah disubsidi oleh kerajaan?
Anda boleh melancong ke mana anda suka dan mampu setelah menunaikan haji dengan hati yang cukup lapang kerana kewajipan kepada Allah telah terlunas. Jika ada yang sanggup berhabis untuk mengadakan majlis perkahwinan yang hebat untuk menggembirakan pasangan dan mertua, maka rasailah nikmat berhabis tidak terlalu banyak untuk menggembirakan Kekasih Abadi.
Bersyukurlah wahai rakyat Malaysia dengan nikmat yang ada. Haji merupakan ibadah fardu untuk penganut Islam yang berkemampuan. Berkemampuan pada hemat saya ialah berusaha sedaya upaya mengumpul duit daripada punca rezeki yang ada, baik bergaji tinggi atau sederhana. Insya-Allah jika untuk menggembirakan Allah, ia akan tercapai dan dibalas baik berkali ganda.
Percayalah rezeki kita akan bertambah murah setelah menunaikan haji. Ini benar-benar terjadi kepada saya apabila rezeki saya bertambah-tambah daripada pelbagai segi. Alhamdulillah. Jadi anggaplah modal anda untuk haji merupakan pelaburan kecil untuk mendapat imbuhan yang tidak ternilai selain rezeki yang lebih murah, kebahagiaan dan yang paling penting keredaan dan kasih sayang Allah dunia dan akhirat.
Maafkan kalau tulisan kali ini agak longgar dalam mengulas suatu topik yang agak berat memandangkan ini merupakanpercubaan pertama saya dalam mengupas isu yg agak besar seperti ini. Maafkan saya juga anda topik ini bukanlah satu topik favorite untuk di perkatakan berbanding cerita-cerita hiburan, gossip artis dan sebagainya.
Well, something that we need to know doesn't always the things that we like isn't it?
Apakah yang dimaksudkan dengan Kapitalis (capitalism)?
Merujuk kepada Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi 4:
1. orang (golongan) yg mempunyai modal (utk pelaburan dlm perniagaan, perusahaan, dsb); faham ~ kapitalisme; negara ~ negara yg menganut (berasaskan) kapitalisme; 2. orang yg menyokong kapitalisme.
Rasanya semua dah tahu dan sedia maklum apa itu yang dikatakan KAPITALISME maka tak perlulah saya ulas panjang lebar pasal ini. Namun kepada yang mungkin masih belum faham atau samar-samar maka bolehlah di katakan dalam bahasa mudah bahawa sistem kapitalis itu ialah satu bentuk pemerintahan baru dengan menjadikan ekonomi sebagai senjata dimana ia dikuasai oleh beberapa individu yang kaya memiliki kapital paling besar yang menyokong pasaran bebas, tanpa apa-apa perancangan terpusat bagi merealisasikan impian 'mereka' untuk mewujudkan 'One World Government'. Walaupun, secara zahir zahirnya nampak seperti kebanyakan perusahaan gergasi tidak lagi dimiliki oleh seorang individu, namun ianya masih digerakkan oleh pejabat perusahaan atau kerajaan sesuatu negara. Dan mereka ini boleh melakukan apa sahaja. Ianya mula diperkenalkan di Eropah setelah kejatuhan sistem Feudal dan kini menjadi amalan hampir setiap pelusuk dunia menyaksikan bermulanya penindasan demi penindasan terhadap kaum miskin. Seperti pada abad ke-17 dan ke-18 di Eropah, sebuah kelas pekerja yang tidak memiliki tanah telah ditaklukkan kepada bentuk pengeksploitasian yang baru, iaitu 'pekerjaan bergaji'.
Serangan ke atas Tauhid bermula
Sistem yang sama juga digunakan sebagai senjata untuk melemahkan umat islam setelah gagal memerangi umat islam dan tentera-tenteraSalahuddin al-Ayyubi pada peristiwa perang salib yang memakan masa ratusan tahun. Kemasukan British ditanah melayu mula memperkenalkan sistem kapitalis dengan memperkenalkan wang kertas dan skim gaji kepada imam-imam masjid sekali pandang nampak sebagai satu usaha murni yang sangat positif tetapi sebenarnya menjadi satu titik tolak dimana institusi agama sedikit demi sedikit jadi lemah dan terus lemah sehingga pada satu tahap boleh mereka pijak-pijakkan tanpa perlu menggunakan kaki mereka sendiri.Halusnya tipu-daya mereka ini mengingatkan saya kepada tipu-daya Iblis pada "Kisah seorang Abid, Syaitan dan sebatang pokok".
Ini kerana mereka tahu sumber kekuatan orang islam. Mereka tahu kerana mereka pernah berdepan dengannya beratus-ratus tahun dahulu dan mereka tidak mampu menanganinya. Apa sumber kekuatan orang Islam? Iaitu iman yakin terhadap Allah s.w.t. Jadi satu bentuk penjajahan baru dirancang lebih 700 tahun dahulu untuk memerangi umat islam dari dalam dalam rangka menjadikan umat islam hari ini seperti 'tapai'. Zahirnya sahaja nampak seperti ubi, tetapi bukan lagi seperti ubi.
Ahli-ahli agama (sebahagiannya) tidak lagi berani menegakkan yang Haq akibat tidak mampu menanggung tekanan dari segi takut kehilangan pekerjaan, pangkat, mata pencarian dan sebagainya secara tidak langsung menjadikan tujuan utama dalam menegakkan agama Allah dan memperjuangkannya bukan lagi semata-mata kerana Allah tetapi untuk mendapatkan 'gaji' bagi menyara keluarga adalah satu yang lebih utama. Penyanyi-penyanyi nasyid (sebahagiannya) yang katanya berdakwah melalui lagu berjuang memerangi cetak rompak. Video-video ceramah ustaz (sebahagiannya) di letakkan notice "Dapatkan yang original dari pengedar SAH sahaja" dan sebagainya. Sangat ironi bukan? Jika dakwah adalah tujuan utama, apa bezanya mereka mendapatkan yg original ataupun yang cetak rompak? Nah... inilah kesan penjajahan minda sistem kapitalis terhadap mentaliti umat Islam akhir zaman apabila wang ringgit mengatasi segala sesuatu.
Daripada Abu Hurairah ra. berkata:
Rasulullah saw. hersabda;
"Akan timbul di akhir zaman orang-orang yang mencari keuntungan dunia dengan menjual agama. Mereka menunjukkan kepada orang lain pakaian yang dibuat darIpada kulit kambing (berpura-pura zuhud dari dunia) untuk mendapat simpati orang ramai, dan percakapan mereka lebih manis daripada gula. Padahal hati mereka adalah hati serigala (mempunyai tujuan-tujuan yang jahat). Allah swt. Berfirman kepada mereka, "Apakah kamu tertipu dengan kelembutan Ku?, Ataukah kamu terlampau berani berbohong kepada Ku?. Demi kebesaran Ku, Aku bersumpah akan menurunkan suatu fitnah yang akan terjadi di kalangan mereka sendiri, sehingga orang yang alim ( cendikiawan ) pun akan menjadi bingung (dengan sebab fitnah itu)".
H.R Termizi
Lafaz yang sering kita dengar seperti "Zaman sekarang apa yang tak boleh beli dengan duit?" merupakan salah satu produk hasil dari sistem kapitalis.
Dalam tak sedar membuatkan kita kembali hidup dalam 'sistem kasta' apabila gelaran dan pangkat diperkenalkan. Tidak kira kerani, pengurus, pengarah sehinggalah menteri sekalipun mereka semua hanyalah merupakan boneka kepada invisible hands yang menguasai dunia dengan kuasa ekonomi mereka. Lihat sahaja dulu di masa semua matawang adalah kukuh. Tetapi Britain, pada tahun 1966 telah turunkan nilai Pound British. Malaysia telah rugi banyak kerana simpanan (reserve) kita adalah dalam matawang Pound. Pada satu masa Pound yang bernilai Ringgit Malaysia 8.30 telah turun kepada Ringgit Malaysia 3.60. Lihat bagaimana kapitalis memerintah malaysia tanpa mengira siapapun Perdana Menteri kita?
New World Order - One World Government
Pernahkah anda tanya kenapa sistem wang kertas diperkenalkan? Dan kenapa kini dunia cuba mengalihkan anda kepada 'watawang digital'? Online banking, Credit Card, Paypal, electronic Cash, e-gold dan sebagainya meluaskan lagi penguasaan 'mereka' terhadap manusia. Jika dulu manusia bekerja untuk mereka bagi mendapatkan 'kertas', kini lebih teruk apabila apa yang dikejarkan hanyalah nilai-nilai digit digital yang langsung tak dapat nak dipegang. Segala rekod dan transaksi di kontrol sepenuhnya oleh mereka membuatkan pengeksploitasian golongan-golongan ini terhadap manusia jadi lebih mudah. Dengan 1 minit mereka boleh menjatuhkan ekonomi sesebuh negara dengan 1 baris arahan pada sistem komputer membuahkan negara tersebut berhutang beratus tahun dengan bank dunia. Sistem yang sama membuatkan hampir kesemua umat islam kini tidak boleh lari dari terjerumus kedalam riba'. Tidak akan ada seorang pun terkecuali!
Daripada Abu Hurairah r.a. berkata,
Rasulullah saw. Bersabda,
“Akan tiba suatu zaman, tidak ada seorang juga pun kecuali ia terlibat dalam memakan harta riba. Kalau ia tidak memakan secara langsung, ia akan terkena juga debu-debunya”.
Hadis Riwayat Ibnu Majah
Hadis sabda Rasulullah s.a.w. ini jelas di hadapan mata kita pada hari ini. Pinjaman rumah, pinjaman kereta, pinjaman motorsikal, pinjaman pendidikan, pinjaman peribadi dan bermacam lagi. Bagaimana jika ianya dibuat dengan sistem perbankan Islam atas nama persetujuan Mudharabah?
Perbankan Islam
Teringat saya pada statement seorang ustaz yang menjawab soalan dan memberikan penerangan tentang isu Kad Kredit dan pinjaman bank dengan perbankan Islam di radio IKIM beberapa hari lepas (kalau tak silap hari Rabu, 21 Sept), katanya selepas menerangkan perihal 'pembelian dan penjualan semula saham' yang diguna pakai; "...saya sendiri sebenarnya tak berapa selesa dengan perkara ini tetapi saya menghormati kesepakatan ulamak dalam isu ini yang mengatakan hukumnya adalah 'harus'.."
Setelah terjumpa dengan video ini, baru saya faham apa yang menyebabkan ustaz tersebut 'tidak selesa'.
Namun terdapat perbezaan pendapat dalam perkara ini dan saya sendiri tak menyarankan pembaca untuk mengikut mana-mana pendapat kerana saya bukanlah ahli dalam bidang ini. Rujuklah kepada yang lebih arif.
Kadar Inflasi dan riba' pada sistem duit kertas (matawang kapitalis) membuatkan manusia bekerja dengan lebih gigih dari sebelumnya bagi memastikan tahap kehidupan yang lebih selesa. Kita akan terus-terusan mengejar dunia sehingga leka dan terlupa bahawa kita juga perlu mencari bekalan untuk akhirat. Dan sebagai 'jaminan' kita simpan pula wang kertas yang jerih kita kumpul dengan bekerja siang dan malam untuknya kononnya untuk kegunaan waktu sesak dan bagi mendapatkan sedikit faedah dari simpanan tersebut supaya dimasa akan datang nilainya akan jadi lebih bertambah. Benarkah? Sedarkah anda bahawa kertas yang kita simpan itu makin menyusut nilainya setiap tahun? Sedarkah anda dengan menyimpan duit di bank sebenarnya anda makin rugi tak kira berapa besarpun keuntungan yang dijanjikannya?
Saya bagi contoh. Jika tahun 2002 dahulu kita simpan RM10,000 dalam ASB. Dan katakanlah dari 2002 sampai 2011 keuntungan average adalah fix 10% (huih! tinggi kan? :)) menjadikan jumlah pelaburan anda dari RM10,000 menjadi Rm23,579 tanpa berbuat apa-apa! Wow! 9 tahun peram untung lebih dari RM13K! Nanti dulu... Benarkah anda untung RM13K?? SALAH! Sebenarnya anda rugi lebih dari separuh duit anda yang telah anda simpan 9 tahun yang lalu. Bagaimana ia boleh berlaku?
Pada tahun 2002 nilai 1 Ounce emas adalah Rm1,122/oz. Jadi dengan duit RM10,000 pada masa itu anda mampu memiliki hampir 9 ounce emas. Tatapi walaupun pada tahun 2011 nilai simpanan anda telah meningkat kepada RM23,500 lebih namun jumlah itu hanya mampu membeli tak lebih dari 4 ounce emas kerana nilai 1 ounce emas sekarang adalah RM5,858/oz. (Saya akan ulas lagi mengenai perkara ini secara lebih terperinci dalam artikel lain insyaAllah.)
Kenapa perbandingan perlu dibuat dengan emas? kenapa tak bandingkan dengan harga 1 tan kelapa sawit? Sebab emas dan perak adalah wang yang paling stabil di dunia dan tak pernah mengalami insflasi. Kerana itulah pada zaman Rasulullah s.a.w seekor kambing harganya 1 Dinar, dan sehingga hari ini harga kambing masih lagi 1 Dinar seekor.
Jadi jangan hairan mengapa kita rasa tak pernah cukup dengan rezeki yang kita dapat. Masa gaji kita RM1000/bln kita rasa tak cukup. Kita kerja dengan lebih gigih sampai dapat gaji RM2500/bln tetapi tetap tak cukup. Kita lipat gandakan usaha sampai dapat gaji RM5000/bln tapi tetap juga tak cukup-cukup. Hakikatnya, Gaji RM5000 yang kita peroleh sekarang sama jer dengan gaji RM1000 pada 9 tahun yang lalu. Itu belum lagi termasuk nilai 'cinta dunia' yang diterapkan oleh mereka dalam memberikan definasi baru kepada 'kehidupan yang lebih sempurna' yang jauh dari yang dianjurkan oleh islam dari segi kebendaan, cara hidup, fesyen dan sebagainya membuatkan kita sentiasa merasa apa yang diusahakan tak pernah cukup.
Dalam sistem kapitalis, para pekerja semakin bergantung kepada pihak kapitalis yang memiliki cara-cara pengeluaran seperti kilang-kilang dan pejabat-pejebat. Ia menjadi semakin mustahil bagi pekerja untuk hidup secara bebas daripada kapitalisme. Jika dia bekerja, dia menjadi ibarat sebuah jentera; jika dia tidak bekerja, dia akan hidup dalam kemiskinan.
Morpheus: What is the Matrix? Control. The Matrix is a computer-generated dream world built to keep us under control in order to change a human being into this. [holds up a Duracell battery]
Neo:No, I don't believe it. It's not possible.
Morpheus:I didn't say it would be easy, Neo. I just said it would be the truth.
Ya! We live in MATRIX. The fact is, kita tak ubah seperti sebiji bateri.
Kita sering disudikan dengan penyataan "Dunia dan akhirat kenalah seimbang... kalau kejar akhirat jer tapi dunia tak, tak boleh juga. kalau duduk atas tikar sembahyang jer tapi tak kerja, macamana nak bagi anak bini makan?". Tapi cuba tanya adakah benar usaha kita 'seimbang' antara menyediakan bekal untuk dunia dan bekal untuk akhirat? Jika kita hendak bercuti ke 2 tempat;
Tempat A kita nak duduk 1 hari
Tempat B kita nak duduk 2 minggu.
Agak-agak baper lai baju yang kita bawak untuk ke tempat A dan baper beg pulak kita nak packing untuk ke tempat B? Jika untuk ke dua-dua tempat kita peruntukkan RM500 untuk belanja adakah itu 'seimbang'? Apatah lagi jika bekal untuk dibawa ke tempat A lebih dari untuk ketempat B kan pelik bunyinya? Sedangkan Rasulullah s.a.w mengibaratkan kehidupan di dunia hanyalah umpama air yang membasahi jari setelah dicelupkan kelautan sebaliknya air laut yang lainnya itulah akhirat. Jika kita benar-benar faham ini, barulah kita tidak melabelkan orang yang sembahyang sampai pecah-pecah tumit kaki dan lebam-lebam kepala sebagai 'fanatik'.
Dalam surah Yunus ayat ke-45 Allah befirman: "Dan (ingatlah) masa Tuhan himpunkan mereka (pada hari kiamat kelak), dengan keadaan mereka merasai seolah-olah mereka tidak tinggal di dunia melainkan sekadar satu saat sahaja dari siang hari."
Kita risaukan anak kita mewarisi kefakiran kita di masa akan datang lantas dengan itu kita berusaha bagai nak gila dalam menyiapkan mereka dengan ilmu dunia supaya suatu hari nanti mereka boleh menjadi seorang yang berpendidikan tinggi yang boleh memiliki pekerjaan bergaji besar seperti doktor, jurutera, dan sebagainya. Biar terpaksa berhutang berpuluh-puluh ribu dengan kerajaan. Kerisauan yang melampaui kerisauan kita dalam menyediakan anak-anak kita dengan bekalan yang cukup untuk dia kembali kepada penciptanya kelak yakni Allah s.w.t
Kapitalis akan dibela oleh orang Islam sendiri
Dalam zaman ini jika seorang ayah mengeluarkan pendapat "Saya cadang bila anak saya genap je umur 7 tahun, saya nak masukkan dia ke pondok tahfiz jer..." pasti ia akan dipandang 'slack' oleh masyarakat. Bukan oleh orang yahudi, bukan oleh orang kafir, tetapi dari ahli keluarganya dan saudara seagamanya sendiri. Kerana mereka telah terkesan dengan sistem kapitalis yang telah menjajah minda mereka sehingga merasakan jaminan Allah itu tak sehebat jaminan keputusan peperiksaan SPM yang cemerlang. Si ayah ini pasti dilabelkan sebagai kolot, tak berakal, tak waras, malah pasti ada yang melabelkan dia sebagai seorang ayah yang kejam kerana 'menggadaikan' masa depan anaknya. Dan bila dia menyatakan begitu, pasti akan dikatakan yang dia menolak dunia.
Kita amalkan ayat seribu dinar. Kita gantung ayat seribu dinar pada premis dan dalam rumah kita tapi kita tak faham yang sebenarnya ayat tersebut mengajar tentang taqwa dan tawakkal. Kita kata kita yakin dengan janji Allah dalam ayat tersebut yang mana 'Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah, nescaya Allah akan lepaskan ia dari masalah hidup Dan diberikannya rezeki dari sumber yang tidak diduga.' tetapi hakikatnya kita tetap mengatakan "Kalau tak sekolah, tak tak amik SPM, tak masuk university, nanti nak kerja apa? Camana nanti nak survive?"
Dan pada Abu Hurairah r.a. katanya:
Aku mendengar RasuIullah saw. bersabda,
"Umat ku akan ditimpa penyakit-penyakit yang pernah menimpa umat-umat dahulu". Sahabat bertanya, "Apakah penyakit-penyakit umat-umat terdahulu itu?" Nabi saw. menjawab, "Penyakit-penyakit itu ialah terlalu banyak seronok, terlalu mewah, menghimpun harta sebanyak mungkin, tipu menipu dalam merebut harta benda dunia, saling memarahi, hasut menghasut sehingga jadi zalim menzalim".
H.R. Hakim
Pendek kata, kapitalisme melibatkan perubahan asas dalam hubungan-hubungan di antara manusia, peralatan-peralatan pengeluaran dan bahan-bahan pengeluaran.” Oleh kerana perubahan-perubahan asas ini, setiap aspek kehidupan manusia telah diubah. Namun, perubahan- perubahan ini hanya dapat dilaksanakan melalui apa yang Peter Linebaugh telah menamakan "serangan-serangan perundangan" pada hujung abad ke-18 untuk memperdayakan kelas pekerja bahawa apa yang mereka menghasilkan sebenarnya dimiliki oleh pihak kapitalis yang memiliki kilang-kilang. Menjelang abad ke-19, pekerjaan bergaji telah menggantikan kesemua bentuk pembayaran yang lain di Eropah dan kini boleh kata diseluruh dunia.
Jika dilihat pada kasarnya, sistem kapitalisme telah memberikan sumbangan besar kepada tahap ketamadunan manusia seperti kejayaan-kejayaan teknologi seperti kejuruteraan genetik dan dunia Internet lantas menjadikan sistem kapitalis sebuah sistem sempurna, yang tidak lagi dapat diubahkan. Kerana itulah ia akan di bela oleh orang Islam itu sendiri dan jika ada orang yang menentangnya maka dia akan dikatakan gila.
Apa pilihan yang kita ada? Sukar untuk saya sendiri jawab. Cuma, seperti yang dikatakan oleh Sheikh Imran Hosein sekurang-kurangnya masih ada dalam hati-hati kita kesedaran untuk bertaubat dan mengaku"Sesungguhnya kita telah melakukan dosa (tanpa sengaja atau tanpa punya pilihan) kita kena taubat dan banyak beristighfar dan kita perlu berusaha sedaya mungkin untuk keluar dari belenggu riba' ini secepat mungkin" mungkin itu lebih baik dari kita langsung tidak menyedarinya apatah lagi membelanya pula.
Kita berdoa agar Allah s.w.t melihat kita dengan pandangan belas kasihan membantu kita dalam usaha pencarian bagi memahami perkara ini dan melihat kita dengan belas kasihan terhadap kita dan mengampunkan kita terhadap apa yang telah kita lakukan sebelum ini dan melihat kita dengan belas dan membantu kita dalam usaha untuk bebas dari fitnah-fitnah Dajjal ini.
Artikel ini bukan untuk menasihatkan orang, tapi untuk nak nasihatkan diri saya sendiri. Namun kalau ada kebaikan dalam penulisan ini moga ia boleh memberikan manfaat pada yang lain. Andai kata terdapat banyak salah dah silap, ianya adalah akibat dari kekurangan ilmu pada diri saya sendiri semoga Allah memberikan bimbingannya.
Janganlah kerana kelambatan masa pemberian Tuhan kepada kamu, padahal kamu telah bersungguh-sungguh berdoa, membuat kamu berputus asa, sebab Allah menjamin untuk menerima semua doa, menurut apa yang dipilihNya untuk kamu, tidak menurut kehendak kamu, dan pada waktu yang ditentukanNya, tidak pada waktu yang kamu tentukan.
Ujian ditujukan kepada rohani bukan kepada jasad atau jiwa tujuannya untuk mengukur tauhid bukan sekadar untuk kesabaran apakah nilai sabar tanpa TAUHID bukankah sabar juga bersama si kafir.
Kawan Pendamping yang shaleh ibarat penjual minyak wangi. Bila tidak memberimu minyak wangi, kamu akan mencium keharumannya. Sedang kawan pendamping yang buruk ibarat tukang pandai besi Bila kamu tidak terjilat apinya, kamu akan terkena asapnya.
Allah menyembunyikan ridha-Nya di dalam kebaikan. Maka jangan meremehkan kebaikan sekecil apapun. Karena kita tidak akan pernah tahu kebaikan yang mana yang mendapat ridha Allah
Hatimu akan merasakan manisnya takdir Tuhan jika engkau mencintai-Nya. Engkau akan mencintai-Nya jika engkau mengenal-Nya. Semakin tinggi pengenalanmu terhadap Tuhan, semakin tinggi pula derajatmu dan semakin terasa agung ketentuan-Nya bagimu. Dia sesungguhnya lebih mencintaimu daripada dirimu sendiri."
Tampakkan sifat-sifatmu
nescaya Dia akan membantumu dengan sifat-sifat-Nya.
Tampakkan kehinaanmu
nescaya Dia membantu dengan Kemuliaan-Nya.
Tampakkan kelemahanmu
nescaya Dia membantu dengan Kekuasaan-Nya.
Tampakkan ketidakberdayaanmu nescaya Dia membantu dengan Daya dan Kekuatan-Nya...
Apabila semua ini mudah, maka yang malas dan tidak jujur pun akan berhasil. Sesungguhnya, kesulitan adalah ujian kesungguhan bagi yang ingin memperbaiki diri dan kehidupannya. Bersabarlah. Kesulitan kita selalu lebih kecil daripada kemampuan yang ada. Tetaplah setia kepada kebaikan asli jiwamu, fokus mensyukuri dan menggunakan segenap kekuatan yang dimiliki…
Aku mencintaimu kerana agama yang ada padamu, jika kau hilangkan agama dalam dirimu, hilanglah cintaku padamu...
Cubalah rasa kemiskinan buat sehari dua , nanti engkau akan lihat (dapati) kekayaan dalam kemiskinan. Bersabarlah dengan kemiski...
Pelawat
RAHSIA KYUSUK DALAM SOLAT
Seorang ahli ibadah bernama Isam bin Yusuf, dia sangat warak dan sangat khusyuk solatnya. Namun dia selalu khuatir kalau-kalau ibadahnya kurang khusyuk dan selalu bertanya kepada orang yang dianggapnya lebih ibadahnya, demi untuk memperbaiki dirinya yang selalu dirasakan kurang khusyuk.
Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim Al-Isam dan bertanya : “Wahai Aba Abdurrahman, bagaimanakah caranya tuan solat?”Hatim berkata : “Apabila masuk waktu solat aku berwudhu’ zahir dan batin.”
Isam bertanya, “Bagaimana wudhu’ zahir dan batin itu?”Hatim berkata, “Wudhu’ zahir sebagaimana biasa, iaitu membasuh semua anggota wudhu’ dengan air. Sementara wudhu’ batin ialah membasuh anggota dengan tujuh perkara :-
1. bertaubat
2. menyesali dosa yang dilakukan
3. tidak tergila-gilakan dunia
4. tidak mencari / mengharap pujian orang (riya’)
5. tinggalkan sifat berbangga
6. tinggalkan sifat khianat dan menipu
7. meninggalkan sifat dengki
Seterusnya Hatim berkata, “Kemudian aku pergi ke masjid, aku kemaskan semua anggotaku dan menghadap kiblat. Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku bayangkan Allah ada di hadapanku, syurga di sebelah kananku, neraka di sebelah kiriku, malaikat maut berada di belakangku, dan aku bayangkan pula bahawa aku seolah-olah berdiri di atas titian ‘Sirratul Mustaqim’ dan aku menganggap bahawa solatku kali ini adalah solat terakhirku, kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik.
Setiap bacaan dan doa dalam solat kufaham maknanya, kemudian aku ruku’ dan sujud dengan tawadhu’, aku bertasyahhud dengan penuh pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas. Beginilah aku bersolat selama 30 tahun.”
Apabila Isam mendengar, menangislah dia kerana membayangkan ibadahnya yang kurang baik bila dibandingkan dengan Hatim.
TUJUH KALIMAT
Sabda Rasulullah Salallahu Alaihi Wasalam : "Barang siapa hafal tujuh kalimat, ia terpandang mulia di sisi Allah dan Malaikat serta diampun dosa-dosanya walau sebanyak busa/buihlaut. " 1. Mengucap 'Bismillah' pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.
2. Mengucap 'Alhamdulillah' pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu.
3. Mengucap 'Astagfirullah' jika lidah tersilap perkataan yang tidak patut.
4. Mengucap 'Insya Allah' jika merencanakan berbuat sesuatu di hari esok.
5. Mengucap 'La haula wala kuwwata illa billah' jika menghadapi sesuatu tak disukai dan tak diingini.
6. Mengucap 'Inna lillahi wa inna ilaihi rajiun' jika menghadapi dan menerima musibah.
7. Mengucap 'La ilaha illa Allah Muhammadur Rasulullah' sepanjang siang malam sehingga tak terpisah dari lidahnya dari tafsir hanafi, mudah- mudahan ingat, walau lambat-lambat mudah-mudahan selalu, walau sambil lalu mudah-mudahan jadi bisa, karena sudah biasa!
Wasiat Rasullulah
IBNU ABBAS r.a. meriwayatkan bahawa Ali Abu Talib berkata : "Pada hari perkahwinan dengan Fatimah, Rasulullah S.A.W bersabda kepadaku, mengutarakan tiga belas wasiat khusus untukku:"
1 Hai Ali , takutilah engkau daripada memasuki tempat mandi (hammam) tanpa memakai kain separas pinggang. Bahawasanya barangsiapa memasuki tempat mandi tanpa kain separas pinggang, maka dia mendapat laknat di jari telunjuk dan di jari tengah.
2. Hai Ali, janganlah engkau memakai cincin di jari telunjuk dan di jari tengah. Sesungguhnya itu adalah apa yang dilakukan oleh kaum Lut.
3. Hai Ali sesungguhnya Allah mengkagumi hambanya yang melafazkan istighfar; "Rabighfirli fainahu Iayaghfirul-zunuba illa Anta"( Tuhanku ampunilah aku. Sesungguhnya tiada yang mengampunkan dosa melainkan engkau). Allah lalu berfirman ,"Hai malaikat Ku, sesungguhnya hamba-Ku ini mengetahui bahawasanya tiada yang mengampunkan dosa melainkan Ku. Hai malaikat-Ku ,jadilah saksi bahawasanya Aku telah mengampunkan dia".
4. Hai Ali, takutilah engkau daripada berdusta. Bahawasanya berdusta itu menghitamkan muka dan disuratkan oleh Allah sebagai kazzab(pendusta). Dan, bahawasanya benar itu memutihkan muka dan disuratkan oleh Allah sebagai sadiq. Ketahuilah engkau, bahawasanya sidiq(benar) itu berkat dan kazzab(dusta) itu celaka.
5. Hai Ali, peliharalah diri engkau daripada mengumpat dan mengadu-dumba. Bahawasanya orang berbuat demikian itu diwajikan ke atasnya siksaan kubur dan menjadi penghalang kepadanya di pintu syurga.
6. Hai Ali, Janganlah engkau bersumpah dengan nama Allah, sama ada dusta atau benar, kecuali dalam keadaan dharurah, dan janganlah jadikan Allah permainan sumpah engkau, Sesungguhnya Allah tidak mensucikan dan tidak mengasihani orang yang bersumpah dusta dengan nama-Nya.
7. Hai Ali, janganlah engkau mencita-citakan rezeki untuk hari esok. Bahawasanya Allah Taala mendatangkan rezeki engkau setiap hari.
8. Hai Ali, Takutilah engkau daripada berbantah bantah dan berkelahi dengan maki-hamun dan sumpah seranah. Bahawasanya perbuatan itu pada awalnya jahil dan pada akhirnya penyesalan.
9. Hai Ali, senantiasalah engkau bersugi dan mencolek gigi. Bahawasanya bersugi itu mensucikan mulut, mencerahkan mata dan diredhai Allah, manakala mencolek gigi itu dikasihi oleh malaikat kerana malaikat amat tidak senang dengan bau mulut kerana sisa-sisa makanan di celah gigi tidak dicolek selepas makan.
10. Hai Ali, janganlah engkau melayani rasa marah. Apabila timbul rasa marah duduklah engkau dan fikirkanlah mengenai kekuasaan dan kesabaran Allah Taala keatas hamba-Nya. Pertahankanlah diri engkau daripada dikuasai oleh kemarahan dan kembalilah engkau kepada kesabaran.
11. Hai Ali, perhitungkanlah (tahassub) kurnia Allah yang telah engkau nafkahkan untuk diri engkau dan keluarga engkau, nescaya engkau perolehi peruntukan daripada Allah.
12. Hai Ali, apa yang engkau benci pada diri engkau , maka engkau bencikan juga pada diri saudara engkau dan apa yang engkau kasih pada diri engkau maka engkau kasihkan juga pada diri saudara engkau , yakni engkau hendaklah berlaku adil dalam memberi hukuman. Dengan itu engkau dikasihi seluruh isi langit dan bumi.
13. Hai Ali, perbaikanlah perhubungan diantara penduduk (jiran) sekampung dan diantara ahli rumahmu. Hiduplah dengan mereka sekaliannya dengan rasa persahabatan dan kekeluargaan, nescaya disuratkan darjat yang tinggi bagi engkau.
Wasiat Luqman Hakim sebelum meninggal :
LUQMAN al-Hakim r.a mengingatkan anaknya ketika beliau berada di ambang kewafatan:
"Wahai anakku! Sehingga setakat ini banyak yang sudah aku wasiatkan untukmu dan aku ingin mewasiatkan dirimu sekarang dengan enam perkara lagi, terdapat padanya segala ilmu orang yang terdahulu dan terkemudian:
1. Janganlah engkau sibukkan dirimu dengan urusan dunia kecuali dengan sekadar usia yang engkau miliki.
3. Beramallah untuk hari akhirat, sekadar engkau ingin tinggal di sana.
4. Hendaklah engkau menyibukkan dirimu untuk melepaskan lututmu (dirimu) dari api neraka, selagi mana engkau masih belum mampu berjaya melepaskannya.
5. Beranilah engkau melakukan maksiat (kepada Allah), setakat mana engkau dapat bersabar dengan azab Allah.
6. Sekiranya engkau ingin melakukan maksiat kepada Allah, carilah tempat yang lain di mana Allah dan malaikat-Nya tidak dapat melihat dirimu.
Khutbah Akhir Nabi Muhammad S.A.W
Kutubah Akhir Nabi Muhammad S.A.W
"Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu, dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.
"Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu, segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.
"Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.
"Wahai manusia sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu, mereka juga mempunyai hak ke atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka mereka juga berhak diberikan makan dan pakaian, dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.
"Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah solat lima waktu, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah ibadah haji sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal saleh.
"Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu, awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.
"Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Qur'an dan Sunnahku.
"Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalah-Mu kepada hamba-hamba-Mu."