Lihatlah kacang yang direbus dalam periuk. Kacang itu naik ke atas seolah-olah melompat apabila air periuk itu panas mendidih. Seolah-olah kacang itu berkata;
"Kenapa kau rebus aku?. Kamu beli aku, kemudian kamu siksa aku dalam periuk ini.....kenapa?".
Si suri rumah terus memukul dengan senduknya, lalu berkata;
- Mula-mulanya engkau di bumi, wahai kacang!!!
- Kemudian engkau dimakan.
- Engkau dicerna oleh orang yang memakan engkau, lalu engkau menjadi tenaga - satu unsur kejiwaan.
- Keadaan tumbuh-tumbuhan engkau hilang dan engkau masuk ke kehidupan kemanusiaan atau kebinatangan dan menyerap dalam hidup mereka.
- Akhirnya kembali ke dalam Sifat-Sifat Allah.
- Engkau lahir dari Sifat-Sifat Allah dan kembali ke dalam Sifat-Sifat Allah.
Oleh itu benarlah kata-kata Sufi yang Syahid, al-Hallaj yang mengatakan;
"Bunuhlah aku wahai sahabat!!!.
Dengan mati itu akan akan hidup yang lebih baik".
Hidup baru mengganti hidup yang sekarang ini; dan hidup itu adalah lebih baik dan lebih indah dari hidup yang sekarang.
"Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan, (Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan." (Asy-Syar-h; 5,6)
0 comments:
Post a Comment