Monday, May 10, 2010
Bacaan Al Quran pada masa tertentu mengikut sunnah
A. Tiap-tiap pagi dan petang
1. Al-Ikhlas
- menyamai satu pertiga Al-Quran; dibaca 10 kali akan dibina sebuah istana di syurga;
2. Al-Falaq
- dibaca 3 kali untuk perlindungan dari bencana dan segala perkara yang tidak diingini;
3. An-Naas
- sama seperti A-Falaq;
4. Ayatul Kursi (Al-Baqarah - 255)
- pahalanya menyamai satu perempat Al-Quran, dibaca setiap lepas sembahyang akan dimasukkan ke syurga, setiap huruf 1000 keberkatan dan mendapat 1000 rahmat;
5. Al-Mukmin ayat 1-3
- untuk keselamatan;
6. Al-Hasyr ayat 21-24 (Juz 28 surah 59)
- apabila dibaca selepas Subuh dan Asar akan mendapat rahmat dan dijaga oleh 70,000 malaikat dan jika meninggal dunia pada malam atau siang hari itu, akan perolehi syurga.
B. Tiap-tiap malam
1. Yaasin (Juz 22 & 23 surah 36)
- Hati Al-Quran, pembacanya akan mendapat keredhaan Allah, keampunan dosa; jika dibaca atas seseorang yang hampir mati akan memudahkan pertemuannya dengan Allah; jika dibaca atas kubur akan diringankan siksa kubur, diberi 80 rahmat kepada pembaca dan diberi Allah akannya perkara-perkara yang menyukakannya.
2. Ad-Dhukhan (Juz 25 surah 44)
- pembaca akan mendapati 7000 malaikat memohon ampun ke atasnya; jika dibaca pada malam atau hari Jumaat akan diberi sebuah rumah di syurga.
3. Al-Qiyamah (Juz 29 surah 75)
4. Al-Zalzalah (juz 30 surah 99)
- pahala membaca seumpama separuh Al-Quran.
5. Al-Ikhlas
6. Al-Imran ayat 190-200 (juz 4 surah 3)
- dibaca pada malam hari akan diberi pahala beribadat separuh malam.
7. Al-Baqarah ayat 284-286 (Juz 2 surah 1)
- diberi pahala beribadat separuh malam dan dijauhi gangguan syaitan dan segala bencana.
C. Sebelum tidur
1. Al-Fatihah
- pahala membacanya memenuhi timbangan amal, menutup segala pintu neraka, dikatakan sama dengan dua pertiga Al-Quran dan 70 kali ganda ayat lain;
2. Bismillah
- dibaca 21 kali sebelum tidur akan memberi keselamatan kepadanya; setiap huruf diberi 4000 kebajikan dan dihapuskan 4000 kejahatan dan diangkat 4000 darjat;
3. Al-Mulk (Juz 29 surah 67)
- diberi syufaat dan diampunkan dosa, pahala sama 60 kebajikan dan dijauhi seksa kubur;
4. As Sajdah (juz 21 surah 32)
- diberi naungan di hari Kiamat; 60 darjat daripada surah lain;
5. Al Kaafirun
- menyamai satu perempat Al-Quran, akan dilepaskan dari azab neraka.
D. Bacaan pada setiap malam dan siang
1. Yassin;
2. Al Mulk;
3. Al Waaqiah - (Juz 27 surah 56) - dijauhi kepapaan;
4. Ad Dukhan
E. Tingkatan pembaca Al-Quran
1. Jutawan - membaca 300 hingga 1000 ayat setiap malam;
2. Jayawan - membaca 200 hingga 299 ayat;
3. Setiawan - membaca 100 hingga 199 ayat;
4. Pemelihara - membaca 50 hingga 99 ayat;
5. Yang ingat - membaca 10 hingga 49 ayat;
6. Yang lalai - membaca 0 hingga 9 ayat.
E. Keutamaan surah-surah lain
1. Ali-Imran
- jika dibaca bersama Al Baqarah akan mendapat pembelaandi hari kiamat dan dikira sebaik-baik perbendaharaan; jika dibaca pada hari Jumaat akan didoakan oleh malaikat sehingga malamnya;
2. Al-Hasyr
- jika dibaca sebelum tidur dan mati pada malam itu,mendapat pahala mati syahid.
3. A'la (juz 30 surah 100)
- menyamai separuh Al-Quran;
4. An Nasr (juz 30 surah 110)
- menyamai seperempat Al-Quran;
(Dipetik dari buku "Amalan harian sepanjang zaman" oleh Al Ustaz Dato' Hj.Ismail Kamus)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
7 comments:
alhamdulillah..suke sgt dgn blog ni..blh jd panduan n tenang ht ni..
salam, minta izin share info dari mana-mana bahagiandalam blog ini.
assalamualaikum...saya juga minta izin share mana2 bahagian dalam blong ini untuk dikongsikan bersama rakan2 lain...
salam. minta izin share ya. :D
assalamualaikum..mintak izin share,copy, paste, sume la..thanks =)
Assalamualaikum...mohon share ilmu yang terdapat dalam blog anda.. terima kasih
5. Al-Mukmin ayat 1-3 (Juz 24 Surah 40)
- untuk keselamatan;
Surah & Juz yg dinyatakan adalah salah. Minta tolong admin check sebelum share. terima kasih
Post a Comment