Sekadar renungan


Bila Allah cepat makbulkan Doamu, Maka DIA Menyayangimu,

Bila DIA Lambat Makbulkan doamu, Maka DIA Ingin Mengujimu,

Bila DIA Tidak Makbulkan Doamu, Maka Dia Merancang Sesuatu Yang lebih Baik Untukmu.

Oleh itu, Sentiasalah Bersangka Baik Pada ALLAH Dalam Apa Jua Keadaan Pun... Kerana Kasih sayang ALLAH Itu Mendahului KemurkaanNya.

********************************************************

Saat itu, hadir syaitan yang terkuat, sementara si hamba dalam kondisi paling lemah. Siapakah yang selamat?


Ya Allah, jadikanlah amal terbaik kami sebagai penutup amal kami. Jadikanlah umur terbaik kami sebagai akhirnya. Dan jadikanlah hari terbaik kami sebagai hari kami menjumpai-Mu
.


Sabda Nabi s.a.w ;"...dan sesungguhnya waktu yang paling syaitan dengan manusia adalah disaat kematian (nazak) ","(Riwayat Abu Na'im)" didalam sepotong ayat Mursyal , Nabi s.a.w bersabda dengan membawa maksud ," Saat paling hampir musuh Allah (syaitan) itu dengan manusia ialah dikala terbit rohnya".

ZIKIR HARIAN

HARI AHAD: Ya Hayyu Ya Qayyum ( 1000 X )
HARI ISNIN: La haula wala quwwata illa billa hil 'aliyyil 'a ziim ( 1000 X )
HARI SELASA: Allahumma salli 'ala 'abdika warasulika wanabiyyikal amiina wa'ala alihi wasahbihi wasallim ( 1000 X )
HARI RABU: Astagh firullahal 'a ziim ( 1000 X )
HARI KHAMIS: Subhanallahii 'a ziim , Subhanallahi wabihamdihi ( 1000 X )
HARI JUMAAT: Ya Allah ( 1000 X )
HARI SABTU: La ilaha illallah ( 1000 X )

Sedikit Ilmu untuk dikongsi bersama...



Imam Ja’far Ash-shadiq (sa) berkata: “Barangsiapa yang membaca surat Ar-Rahman, dan ketika membaca kalimat ‘Fabiayyi âlâi Rabbikumâ tukadzdzibân’, ia mengucapkan: Lâ bisyay-in min âlâika Rabbî akdzibu (tidak ada satu pun nikmat-Mu, duhai Tuhanku, yang aku dustakan), jika saat membacanya itu pada malam hari kemudian ia mati, maka matinya seperti matinya orang yang syahid; jika membacanya di siang hari kemudian mati, maka matinya seperti matinya orang yang syahid.” (Tsawabul A’mal, hlm 117).

Bacaan Surah

.

Followers

Blog ini mengandungi Maklumat dan Koleksi ibadah untuk diri saya . Sekiranya ia baik , kita kongsi bersama , sekiranya ianya tidak baik , elakkanlah. Saya hanya insan biasa yang mencari ilmu selagi hayat dikandung badan...

.

Tuesday, January 31, 2012

Mencari Imam seumur hayat seorang wanita.

Sunday, January 29, 2012

Tamakninah




Solat yang berkualiti itulah solat yang diterima oleh Allah. Apakah yang menjadikan solat itu berkualiti? Inilah persoalan yang seharusnya difikirkan oleh umat Islam sebelum melaksanakan solat. Mengapa? Tanpa kualitilah yang menyebabkan umat Islam hari terus terjebak dengan dosa walaupun melakukan solat.

Kualiti pada solat dinilai pada tiga perkara:

1. Hatinya ketika niat solat.

Seseorang yang niatnya untuk menghadap Allah dengan hati yang ikhlas itulah niat yang berkualiti. Di sini ada juga yang berniat solat dalam keadaan terpaksa, malu alah dengan orang lain. Jadi, bersihkan hati dengan penuh bersedia untuk solat.

2. Perbuatan solatnya mengikut rukunnya.

Rukun solat sebanyak 13 itu perlu dilakukan dengan sebaiknya. Kualiti solat bergantung kepada perbuatan berdiri, rukuk dan sujud juga tamakninah. Semua itu telah diajarkan oleh Rasulullah melalui contoh solat Baginda. Sabdanya, “Solatlah seperti mana kamu melihat aku solat.”

3. Bacaan pada setiap pergerakan solatnya.

Bacaan dalam solat sama ada wajib atau sunat perlu dibaca dengan baik. Sebutannya mesti betul dan ada maknanya. Memang ada sesetengah orang yang oleh sebab telah menghafalnya bertahun-tahun, tersilap sebutannya. Kalau dia mahu membaca buku doa semula, tentu akan bertemu kesilapannya dan boleh membetulkan kesilapan itu. Ini jugalah yang menentukan kualiti solat.

Dalam ruang yang singkat ini saya ingin menumpukan kepada tamakninah. Oleh sebab tamakninah sebahagian daripada rukun solat maka pengabaiannya boleh membatalkan solat. Hal ini sering diabaikan kerana kurang pendedahan semasa belajar. Kesannya, ramai yang tidak sedar bahawa solatnya tidak sah.

Di sini disenaraikan tempat yang perlu tamakninah dan kesilapan yang sering terjadi.

1. Rukuk, sewaktu kedudukan tulang belakang sudah sama dan kedua tangan memegang kepala lutut, sepatutnya hentikan pergerakan kasar seketika. Itulah kadar tamakninah yang barangkali sempat dia membaca subhanallah.

2. Iktidal, pergerakan bermula daripada keadaan rukuk kembali menegak dan meluruskan semula tulang belakang seperti dia berdiri sebelum ini. Sempurna berdiri dahulu dan itulah kadar tamakninah.

3. Sujud, sewaktu semua anggota sujud yang tujuh (dua tangan, dua lutut, dua kaki dan satu dahi) mencecah lantai, hentikan sebarang gerakan seketika. Keadaan tenang itulah kadar tamakninah.

4. Sujud kali kedua, sewaktu semua anggota sujud yang tujuh (dua tangan, dua lutut, dua kaki dan satu dahi) mencecah lantai, hentikan sebarang gerakan seketika. Keadaan itulah kadar tamakninah.

5. Duduk antara dua sujud, sewaktu duduk sambil membaca doa, “rabbighfirli...” tidak mungkin berlaku pergerakan anggota besar, apatah lagi tangan diletakkan di atas paha. Keadaan setenang itulah tamakninah yang harus dipatuhi.

Tamakninah dalam bahasa mudah bererti bertenang. Ibarat anda memandu sebuah kenderaan, maka pada waktu di persimpangan wajar hentikan kereta sepenuhnya sebelum bergerak semula. Selagi kenderaan itu masih bergerak, tidaklah dikira tamakninah. Begitulah seharusnya berlaku dalam solat.

Berikut adalah tempat yang sering diabaikan tamakninah:

1. Iktidal, terdapat sesetengah orang terutama orang tua, apabila bangun daripada rukuk kepada iktidal, belum sempat tulang belakangnya lurus seperti sebelumnya, dia telah turun untuk sujud. Solat ini tidak sah kerana tidak berlaku tamakninah.

2. Iktidal, terdapat juga sesetengah orang sama ada orang muda mahupun orang tua, apabila bangun daripada rukuk kepada iktidal, tangannya diayunkan berkali-kali dan belum sempat tangan itu berhenti, dia telah turun untuk sujud. Solat ini juga tidak sah kerana tidak berlaku tamakninah.

3. Sujud, waktu sujud dua kakinya dibiarkan bergerak-gerak dan ada yang mengangkatnya (tidak mencecahkan jari kaki ke lantai). Sujud dalam keadaan ini tidak sempurna kerana syarat sah sujud bila tujuh anggota sujud mencecah ke lantai. Pada masa yang sama solat itu tidak sah kerana tidak berlaku tamakninah.

Selain itu, sewaktu kita bangun daripada sujud kedua kepada rukun berdiri tegak untuk rakaat seterusnya tidak ada tamakninah. Namun untuk lebih bersopan kita disunatkan duduk sebentar yang perbuatan itu diberi nama duduk istirahat. Duduk yang dimaksudkan ini bukan tetap seperti yang dilakukan ketika duduk antara dua sujud tetapi sekadar berhenti. Ibarat anda memandu kereta, pada persimpangan yang tidak sebuk anda membrekkan kenderaan tetapi tayarnya masih bergerak. Wallahuaklam.

Artikel : Ustaz Ahmad Baei Jaafar

Thursday, January 26, 2012

MADINAH MUNAWWARAH : KELEBIHAN DAN SEJARAH

1) Madinah sebagai Tanah Haram

Sabda Rasulullah SAW : “Sesungguhnya Ibrahim telah mengharamkan Makkah dan berdoa untuknya dan aku mengharamkan Madinah sepertimana Ibrahim mengharamkan Makkah, dan aku berdoa untuk keberkatan cupak dan gantangnya sepertimana Ibrahim berdoa untuk Makkah”

2) Amaran melakukan maksiat di Madinah

Sabda Rasulullah SAW : “Madinah adalah Tanah Haram, letaknya di antara Bukit Eir dan Bukit Thur; sesiapa yang melakukan kezaliman, atau melindung orang yang melakukan kezaliman di dalamnya, maka seluruh laknat Allah, malaikat dan manusia seluruhnya; semua malan baiknya samaada yang wajib atau sunat tidak diterima oleh Allah pada hari kiamat”.

3) Bersabar menanggung kesusahan di Madinah

Sabda Rasulullah SAW : ” Mana-mana individu umatku yang bersabar menanggung kesusahan di Madinah, aku akan berikan syafaat kepadanya pada hari kiamat, atau aku akan menjadi saksi untuknya”.

4) Kelebihan mati di Madinah

Sabda Rasulullah SAW : “Sesiapa mampu untuk mati di Madinah, hendaklah dilakukannya, sesungguhnya aku akan memberi syafaat kepada mereka yang mati di Madinah”.

5) Kelebihan belajar di Masjid Nabawi

Sabda Rasulullah SAW : “Sesiapa yang memasuki masjid kami ini untuk mempelajari satu kebaikan atau mengajarnya, ia adalah seperti mujahid di jalan Allah, dan sesiapa masuk dengan tujuan lain adalah seperti orang yang melihat kecantikan barang orang lain”.

6) Madinah terpelihara daripada dajjal dan taun

Sabda Rasulullah SAW : “Di setiap pintu masuk Madinah terdapat malaikat yang mengawasi wabak taun dan dajjal daripada menyerang Madinah”.

7) Madinah sebagai tapak iman

Sabda Rasulullah SAW : ” Sesungguhnya iman akan kembali ke Madinah sebagaimana ular kembali ke lubangnya”

8) Kelebihan solat di Masjid Nabawi

Sabda Rasulullah SAW : “Pahala solat di masjidku ini adalah seribu kali lebih baik daripada solat di masjid lain kecuali di Masjid al-Haram”.

9) Kelebihan solat 40 waktu di Masjid Nabawi

Sabda Rasulullah SAW : “Sesiapa solat 40 waktu di masjidku secara berterusan tanpa meninggalkan satu solat pun, maka ditulis untuknya keselamatan daripada api neraka, keselamatan daripada azabnya dan terlepas daripada bahaya munafik”.



Ustaz Abdul Basit Abdul Rahman

Hati Yang Redha

SYEIKH 'Ali Abu al-Fadl al-Wasiti yang bergelar al-Syeikh al-Imam al-Qadi al-Thiqqah telah memberi kami khabar (ketika beliau berada di madrasahnya di Wasit) daripada http://www.blogger.com/img/blank.gifAbu 'Ali al-Hasanbin 'Ali bin al-Muhadzdzab, daripada Abu Bakr Ahmad bin Ja'far al-Qati'i, daripada 'Abd Allah bin Ahmad bin Hanbal, daripada ayahnya, daripada Qutaibah bin Sa'id al-Layth bin Sa'd, daripada Ibn al_hadi daripada Muhammad bin Ibrahim bin al-Harth, daripada 'Amir bin Sa'd, daripada al-'Abbas bin 'Abd al-Mutallib. Beliau telah mendengar Rasulullah SAW bersabda:

"Orang yang dapat merasakan nikmatnya iman adalah orang yang redha Allah sebagai Tuhan, Islam sebagai agama, serta Nabi Muhammad SAW sebagai nabinya." (HR. Imam Ahmad)

Perasaan yang terpancar daripada keredhaan tersebut adalah makrifat kepada Allah Taala. Adapun makrifat yang dimaksudkan adalah cahaya yang ditempatkan oleh Allah di dalam hati setiap orang yang dikehendaki daripada hamba-hambaNya. Tidak ada satu benda pun yang lebih besar lagi mulia selain daripada cahaya tersebut. Sesungguhnya hakikat makrifat adalah hati yang dihidupkan oleh Allah SWT. Sebagaimana firman Allah di dalam Surah al-An'aam ayat 122:

"Dan adakah orang yang mati (hatinya dengan kufur), kemudian Kami hidupkan dia semula (dengan hidayah petunjuk)....." (Al-An'aam: 122)

Dar firman Allah dalam Surah Yasin ayat 70:

"Supaya dia memberi peringatan kepada orang yang sedia hidup (hatinya)...." (Yaasin: 70)

Firman Allah juga di dalam Surah al-Nahl ayat 97:

"...Maka seseungguhnya Kami akan menghidupkan dia dengan kehidupan yang baik..." (An-Nahl: 97)

Serta firman Allah di dalam Surah al-Anfaal ayat 24:

"Wahai orang-orang yang beriman, sahut dan sambutlah seruan Allah dan seruan RasulNya apabila Ia menyeru kamu kepada perkara-perkara yang menjadikan kamu hidup sempurna...." (Al-Anfaal: 24)

Oleh itu bagi sesiapa yang jiwanya telah mati, maka dia akan dijauhkan daripada kehidupan dunia. Dan sesiapa yang hatinya telah tertutup, maka jauhlah dia daripada Allah. Ibn al-Samak telah ditanya: "Bilakah seorang hamba itu mengetahui bahawa dia berada pada hakikat suatu makrifat?" Beliau menjawab: "Apabila dia dapat menyaksikan sesuatu yang hak dengan sorot mata iktibar dan menafikan kehendak yang lain."

Dikatakan makrifat tersebut adalah menafikan segala sesuatu selain daripada Allah, dengan maksud bahawa makrifat tersebut mencakupi segala sesuatu yang kecil bahkan lebih kecil daripada biji sawi. Firman Allah di dalam Surah al-An'aam ayat 91:

"Katakanlah (kepada mereka): "Allah jualah (yang menurunkannya)", kemudian, biarkanlah mereka leka bermain-main dalam kesesatannya."

Oleh itu bagi sesiapa yang semata-mata melihat kepada Allah sesungguhnya dia tidak akan melihat kepada kehidupan dunia atau mengharap balasan dari perbuatan baik yang dia lakukan. Sinar hati seorang ahli makrifat adalah lebih terang berbanding sinar matahari pada waktu siang, bahkan lebih elok berbanding sinar dan cahaya yang terpancar daripada sumbernya. Sebuah syair mengakatakan:

Terbitnya matahari adalah harapan bagi orang ramai yang mengharapkan terangnya malam,
Oleh itu bersinarlah dan jangan pernah terbenam,
Sesungguhnya sinaran matahari pada sebalah siang akan terbenam pada sebelah malam,
manakala sinaran hati tidak akan pernah sirna sampai bila-bila.

Dzu al-Nun rahimahullah berkataL Pengetahuan tentang sesuatu yang hak terhadap perkara-perkara yang sulit dan tersembunyi adalah melalui pertolongan daripada Allah SWT. Perkara tersebut umpama munculnya matahari yang menyinari bumi dengan terbit dari sebelah Timur. Oleh itu, hendaklah kamu mensucikan hati, kerana sesungguhnya hati yang suci dapat menerangi pandangan kamu dalam kehidupan ini. Sesungguhnya sesiapa yang mengetahui Allah, maka dia tidak akan pernah memilih sesuatu selainNya, dan tidak akan pernah mencintai sesuatu selain Allah SWT.

Dalam sebuah hadith dikatakan:

"Sesungguhnya Allah Taala menciptakan makhlukNya dalam kegelapan. Kemudian Dia memberikan kepada mereka cahayaNya. Oleh itu, bagi sesiapa yang mendapat cahaya tersebut pada suatu masa, maka dia akan mendapat hidayah. Dan bagi sesiapa yang tidak mendapatnya, maka dia akan berada dalam kesesatan." (HR. Imam Ahmad)

Itulah cahaya yang keluar sebagai anugerah dan bertempat di dalam hati. Cahaya tersebut disinari dengan perkara-perkara yang baik lagi berfaedah. Sinaran itu boleh mencapai sehingga batas kekuasaan Allah, serta tiada satu benda pun yang boleh menghalannya daripada kekuasaan Allah. Ketika seorang hamba mendapat cahaya tersebut, maka dia akan menjadikan segala perbuatan, tutur kata, gerak-geri serta keinginannya, baik dalam kehidupan mahupun kematiaannya kelak adalah berdasarkan cahaya Ilahi. Firman Allah dalam Surah al-Nuur ayat 35:

"Allah yang menerangi langit dan bumi. Bandingan nur hidayah petunjuk Allah (Kitab Suci al-Quran) adalah sebagai sebuah 'misykaat' yang berisi sebuah lampu; Lampu itu dalam geluk kaca (qandil), geluk kaca itu pula (jernih terang) laksana bintang yang bersinar cemerlang; Lampu itu dinyalakan dengan minyak dari pokok yang banyak manfaatnya, (iaitu) pokok zaitun yang bukan sahaja disinari matahari semasa naiknya dan bukan sahaja semasa turunnya (tetapi ia sentiasa terdedah kepada matahari); Hampir-hampir minyaknya itu (dengan sendirinya) memancarkan cahaya bersinar (kerana jernihnya) walaupun ia tidak disentuh apil (Sinaran nur hidayah yang demikian bandingannya adalah sinaran yang berganda-ganda): Cahaya berlapis cahaya. Allah memimpin sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang dan peraturanNya) kepada nur hidayahNya itu."

Sebuah syair mengatakan:

Meskipun Engkau tidak ada di sisiku,
Tetapi ingatan kepadaMu akan sentiasa bersamaku,
Hatiku dapat melihatMu,
Walaupun Engkau tiada dari pandanganku.

Berkata Yahya bin Mu'az RA: "Makrifat itu adalah cara untuk mendekatkan hati kepada Allah SWT. Makrifat juga adalah sebagai pengawas roh serta keinginan untuk menyerahkan jiwa kepada Penguasa Yang Maha Menjawab tentang benda-benda keduniaan."

Dzu al-Nun pula berkata: "Makrifat itu adalah khayalan sebuah rahsia daripada segala keinginan dan meninggalkan kebiasaan dunia serta menenangkan hati kepada Allah secara langsung tanpa bantuan perantara."

Sebahagiaan orang ada yang mengatakan bahawa bentuk makrifat itu adalah kegilaan , "Gambarannya adalah kebodohan serta maknanya adalah kebingungan dan keraguan." Sesungguhnya seorang ahli makrifat adalah orang yang menyibukkan diri dengan berbagai ilmu Allah sehingga apabila ada orang melihatnya, maka seorang yang bodoh. Akan tetapi sebaliknya, dia (ahli makrifat) selamanya akan berada dalam kemuliaan.

Seorang ahli makrifat akan sentiasa bersedihi apabila mengingati dosanya sehingga hampir hilang akal dan kesedaran. Apabila orang ramai melihatnya, mereka beranggapan bahawa ahli makrifat itu adalah orang gila. Seorang ahli makrifat juga sentiasa mengingati Allah dan melupakan selainNya, sehingga apabila orang ramai melihatnya mereka akan bingung dan tercengang!

Tidak ada seorang manusia pun yang sanggup menjelaskan tentang makrifat Allah SWT, kerana makrifat Ilahi itu boleh kelihatan hanya dengan kebesaran dan kekuasaan daripadaNya. Oleh itu, seseorang ahli makrifat tidak akan kekal dalam mengetahui rahsia Ilahi. Dia akan merasa berada dalam mengetahui rahsia Ilahi. Dia akan merasa berada dalam tanah Allah SWT yang luas tanpa diri dan sebab. Dia juga akan nampak seperti orang mati yang hidup, kemudian hidup lalu mati. Keadaannya akan tertutup oleh hijab dan terbuka, kemudian terbuka lalu tertutup kembali.

Sebagai ahli makrifat selalu merasa takut terhadap perintah-perintah Ilahi. Perasaannya sentiasa meluap dalam lingkungan kebaikanNya, bermanja-manja di bawah keindahan tabirNya, dan sentiasa tunduk terhadap kekuasaan hikmahNya, serta kekal di atas permaidani kelembutanNya.

Dia juga akan nampak seperti orang yang bingung kerana kerana cintanya yang mendalam kepada Allah. Tiada daya dan kekuatan baginya kecuali kekuasaan dan keabadian daripada Allah SWT. Dengan ketentuan dan ketetapannya daripadaNya, para ahli makrifat dijadikan sebagai manusia biasa yang tidak akan kekal. Kefakiran mereka adalah kepada Allah, dan kekayaan mereka semata-mata milik Allah, serta kemuliaan dan kehinaan mereka adalah kerana Allah SWT.

Diriwayatkan bahawasanya Allah SWT telah berfirman ketika menurunkan wahyu kepada Daud AS: "Hai Daud! Kenalilah Aku dan kenali pula dirimu." Kemudian Daud berfikir dan berkata: "Tuhanku! Aku telah mengetahui Engkau, iaitu dengan keesaanMu, kudratMu dan dengan ketetapanMu. Dan aku jugatelah mengetahui diriku dengan kelemahan da nketidak kekalan." Allah Taala berfirmanL "Sekarang engkau telah mengenal Aku."

Dijelaskan dalam satu riwayat: "Apabila kamu telah mengenali Allah dengan sebaik-baik pengetahuan, maka pelajarilah ilmu yang tiada kebodohan selepas mempelajarinya, dan gunung-gunung kan ikut mendoakanmu. Sesungguhnya tidak akan pernah ada batas akhir bagi seorang hamba yang mempelajari ilmu Allah, kerana sesungguhnya Allah SWT Maha Agung untuk seseorang dalam mencapai makrifatNya."

Imam Ja'far al-Sadiq RA berkata: "Seseorang tidak akan dapat mengetahui Allah dengan sebenar-benar pengetahuan apabila dia berpaling daripadaNya, kerana makrifat itu adalah hati yang melayang dalam kemah anugerah dan penjagaan Allah, berkeliling dalam tabir kemuliaan dan kekuasaanNya. Demikianlah keadaan orang yang ditutup pendengarannya dari perkara-perkara yang batil, dan dilenyapkan penglihatannya daripada melihat benda-benda yang membangkitkan nafsu syahwat, serta lisannya yang dikunci daripada berucap perkara-perkara yang tidak berguna.

Abu Yazid rahimahullah ditanya: "Bagaimana kamu melihat ciptaan Allah?" Beliau menjawab: "Aku melihat segala ciptaan Allah dengan ilmu makrifatNya." Muhammad bin Wasi' rahimahullah pula telah ditanya: "Apakah kamu telah mengetahui Rabbmu?" Beliau terdiam beberapa saat, lalu berkata: "Orang yang mengetahui Allah adalah orang yang sedikit bicaranya dan sentiasa diam, serta tidak kekal terhadap gambaran sesuatu perbuata. Diamnya adalah berzikir kepada Allah dan sentiasa mendekatkan diri kepadaNya dalam segala hal, juga menyerahkan setiap kedaan semata-mata kepada pemilik keadaan, kerana sesungguhnya segala sesuatu itu mesti dilihat hakikatnya, tidak dengan perasaan dan hasil rekaan manusia."

Abu Yazid rahimahullah berkata: "Bukanlah hakikat daripada makrifat apabila seseorang redha dengan sesuatu keadaan tanpa kebenaran daripada Allah, kerana sesungguhnya orang yang mengenal Allah adalah orang yang lisannya penat dengan menyebut nama Penciptanya dan akalnya sentiasa takjub dengan segala ciptaanNya. Dan ahli makrifat itu adalah orang yang apabila banyak bicara dengan segala kelemahannya boleh merosakkan, dan apabila banyak berdiam boleh membakar perasaannya kepada Allah."

Berkata Abu Bakr al-Wasiti rahimahullah pula: "Makrifat itu terbahagi kepada dua jenis, makrifat keyakinan dan makrifat keimanan. Makrifat keimanan adalah kesaksian lisan terhadap keesaan Allah dan pengakuan terhadap kebenaran yang terdapat dalam al-Quran. Manakala makrifat keyakinan adalah kesaksian seseorang kepada Allah melalui perantaraan hati."

Sesetengah orang berkata: "Makrifat itu terbahagi kepada dua bentuk. Pertama adalah apabila seseorang mengetahui bahawa nikmat itu datangnya daripada Allah. Firman Allah di dalam Surah al-Nahl ayat 53:

"Dan apa-apa nikmat yang ada pada kamu maka adalah ia dan Allah." (An-Nahl: 53)

Oleh itu, setiap ahli makrifat akan sentiasa bersyukur ke atas nikmat yang Allah berikan, kemudian mereka sentiasa memohon tembahan nikmat hanya kepada Allah Taala semata-mata. Ini sebagaimana firman Allah SWT di dalam Surah Ibrahim ayat 7:

"Jika kamu bersyukur nescaya. Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu." (Ibrahim: 7)

Adapun makrifat yang kedua adalah melihat kepada Allah Yang Maha memberi nikmat tanpa berpaling kepad anikmat itu sendiri. Kemudian bertambah kerinduannya kepada Allah dan melakukan setiap perbuatan mengikut kebenaran makrifat dan perasaan cintanya kepada Allah. Firman Allah SWT dalam Surah al-Anfaal ayat 64:

"Wahai Nabi, cukuplah Allah menjadi Penolongmu." (An-Anfaal: 64)

Kemudian firmanNya dalam Surah at-Taubah ayat 129:

"Kemudian jika mereka berpaling ingkar, maka katakanlah (wahai Muhammad): "Cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku)." (At-Taubah: 129)

Manakala Dzu al-Nun al-Misri rahimahullah berpendapat bahawa makrifat itu terbahagi kepada tiga jenis. Pertama adalah makrifat tauhid, iaitu makrifat bagi orang-orang Mukmin secara umum. Kedua adalah makrifat alasan dan keterangan, iaitu makrifat bagi para ulama, pemimpin dan pentadbir undang-undang. Dan ketiga adalah makrifat sifat tunggal bagi Allah, iaitu makrifat bagi para wali Allah dan juga para sufi yang diperlihatkan oleh Allah perkara-perkara yang tidak dapat dilihat oleh orang lain dan mereka juga diberikan kemuliaan yang tidak dimiliki oleh orang lain yang bukan waliNya.

Allah Taala mengkhususkan mereka berbanding makhluk yang lainnya dan Dia memilih mereka khusus untukNya. Hidup mereka adalah rahmat, manakala kematian mereka adalah kegembiraan. Berbahagialah mereka orang-orang yang menjadi pilihan Allah SWT.

Sesetengah orang pula berpandapat bahawa makrifat itu terbahagi kepada dua perkara. Pertama adalah makrifat tauhid, iaitu pengukuhan terhadap keesaan 'Asma' Allah dan kedua adalah makrifat tambahan, iaitu makrifat yang tiada jalan bagi seseorang untuk mencapainya.

Imam Rifa'i berkata: Makrifat itu umpama pokok yang mempunyai tida dahan: tauhid, tajrid dan tafrid. Tauhid bermakna pengakuan, sedangkan tajrid bermakna penyerahan diri sepenuhnya kepada Allah, manakala tafrid bermakna hubungan seluruh anggota badan kepadaNya dalam setiap keadaan.

Adapun tingkatan yang pertama dalam makrifat adalah tauhid yang membawa maksud naik saksi terhadap Allah SWT dan RasulNya. Kemudian tajrid yang membawa maksud menyerahkan segala sebab hanya kepada Allah SWT. Dan yang terakhir adalah tafrid yang membawa maksud berhubung kepada Allah SWT tanpa bantuan perantara!

Imam Rifa'i berkata dengan lebih lanjutL "Makrifat juga mempunyai lima metod. Pertama adalah selalu merasa takut kepada Allah SWT dalam berinteraksi, baik secara rahsia mahupun secara terang-terangan. Kedua adalah mengikat jiwa kepada Allah dalam mengabadikan diri kepadaNya. Ketiga adalah melakukan hubungan kepada Allah dengan seluruh anggota badan. Keempat adalah ikhlas untuk Allah dalam perkataan, perbuatan dan niat. Dan kelima adalah pengawasan diri kepada Allah pada setiap waktu dan keadaan."

'Abd al-Bari rahimahullah bercerita: "Aku berjalan bersama saudaraku Dzu al-Nun rahimahullah. Kemudian kami bertemu budak-budak yang sedang melempar seseorang dengan batu. Saudaraku bertanya kepada mereka: "Apakah yang kalian kehendaki daripadanya?" Mereka menjawab: "Dia adalah orang gila! Dia mengaku bahawa dia dapat melihat Allah!" Kemudian kami mendekati orang tersebut dan kami lihat dia adalah seorang pemuda yang elok parasnya. Nampak dari wajahnya tanda-tanda ahli makrifat. Kemudian kami mengucapkan salam dan berkata kepadanya: "Mereka berdalih bahawa kamu mengaku dapat melihat Allah Taala!" Anak muda itu menjawab: "Demi Allah! Apabila aku kehilangan Dia dalam sekelip mata, seketika itu juga aku akan mati." Lalu beliau mengungkapkan beberapa syair:

Seorang kekasih meminta dari kekasihnya keredhaan,
Dan cita-cita seorang kekasih adalah apabila dia dapat berjumpa dengan kekasihnya,
Selamanya dia akan mengintai sang kekasih dengan kedua mata hatinya,
Dan hati seorang kekasih dapat mengetahui Tuhannya serta melihatNya,
Seorang kekasih akan redha daripada kekasihnya apabila saling berdekatan,
Dia tidak menginginkan hamba yang lainnya kecuali Allah SWT.

Selepas mendengar syair tersebut, aku berkata kepadanya: "Apakah kamu sudah gila?" Dia menjawab: "Bagi ahli dunia ini memang, tetapi aku tidak bagi ahli langit." Aku bertanya: "Bagaimanakah keadaanmu kepada Allah?" Dia menjawab: "Semenjak aku mengenalNya, tidak pernah aku berpaling daripadaNya." Aku bertanya lagi: "Semenjak bila kamu mengetahui Tuhanmu?" Dia menjawab: "Semenjak mereka menganggapku sebagai orang gila."


Petikan dari buku terbaru Darul Nu'man '40 Kapsul Terapi Hati - DN 534'

Madinah juga Tanah Haram.

Hadis Sahih Bukhari No. 0908 Jilid 2 Topik adalah Madinah

908. Dari Anas r.a., dari Nabi saw., sabdanya : "Kota Madinah haram (kota suci) dari batas situ hingga ke situ. Pohonnya tidak boleh ditebang dan tidak boleh melakukan kejahatan di dalamnya. Barangsiapa melakukan kejahatan, ia akan mendapat kutuk Allah, kutuk malaikat dan manusia seluruhnya."

Hadis Sahih Bukhari No. 0909 Jilid 2 Topik adalah Madinah

909. Dari Anas r.a., katanya: "Ketika Nabi saw. tiba di Madinah, beliau segera memerintahkan untuk membangun sebuah masjid. Sabda beliau, "Hai, Bani Najjar! Tetapkanlah harganya bagiku." Jawab mereka, "Kami tidak meminta harga melainkan hanya kepada Allah." Kemudian Nabi saw. memerintahkan supaya (memindahkan) kuburan orang-orang musyrik, yang segera pula digali. Sesudah itu meratakan tanah yang berlubang-lubang bekas runtuhan, maka segera pula diratakan. Kemudian Nabi memerintahkan supaya memotong pohon-pohon kurma, yang kemudian disusun sebelah kiblat masjid."

Hadis Sahih Bukhari No. 0910 Jilid 2 Topik adalah Madinah

910. Dari Abu Hurairah r.a., katanya Nabi saw. bersabda: "Sesuatu yang berada di antara dua tempat yang berbatu-batu di Madinah, diharamkan (menjadi tanah suci) kerana ucapan lidahku."

Hadis Sahih Bukhari No. 0911 Jilid 2 Topik adalah Madinah

911. Dari Ali r.a., katanya: "Tidak ada (pegangan) bagi kami melainkan hanya Kitab Allah, dan Kitab ini (diterima) dari Nabi saw." "Madinah haram, iaitu yang antara 'Aair hingga ke situ. Barangsiapa berbuat kejahatan di dalamnya, atau melindungi orang berbuat jahat, maka atasnya kutuk Allah, kutuk malaikat dan manusia seluruhnya. Tidak diterima daripadanya tebusan dan tukaran. Dan sabdanya, "Jaminan orang-orang Islam itu satu. Siapa menyalahi janji sesama muslim, maka atasnya kutuk Allah, kutuk malaikat dan manusia seluruhnya. Tidak diterima daripadanya tebusan dan tukaran." Dan barangsiapa menguasai suatu kaum tanpa izin pemimpin-pemimpinnya, maka atasnya kutuk Allah, kutuk malaikat dan kutuk manusia seluruhnya. Tidak diterima daripadanya tebusan dan tukaran."

Hadis Sahih Bukhari No. 0912 Jilid 2 Topik adalah Madinah

912. Dari Abu Hurairah r.a., .katanya Rasulullah saw. bersabda: "Aku diperintah dengan suatu negeri yang mengalahkan beberapa negeri lain. Mereka menyebutnya 'Yatsrib', yakni negeri Madinah, yang membersihkan manusia sebagaimana dapur (perapian) tukang besi menghilangkan segala karat-karat besi."

Hadis Sahih Bukhari No. 0913 Jilid 2 Topik adalah Madinah

913. Dari Abu Humaid r.a., katanya: "Kami kembali dari Tabuk bersama-sama dengan Nabi saw. Ketika kami hampir sampai di Madinah, beliau bersabda: "Inilah Thabah (Thaba, negeri yang baik)."

Hadis Sahih Bukhari No. 0914 Jilid 2 Topik adalah Madinah

914. Dari Abu Hurairah r.a.. katanya dia mendengar Rasulullah saw. bersabda: "Madinah akan ditinggalkan mereka (penduduk) dalam keadaan yang baik. Tiada lagi yang mengunjunginya kecuali 'Awaaf, yakni binatang-binatang buas dan burung-burung. Orang terakhir yang meninggal ialah dua orang penggembala dari suku Muzainah. Keduanya pergi ke Madinah menghalau kambing mereka, maka didapatinya di Madinah binatang liar. Ketika keduanya sampai di bukit Wada', keduanya jatuh tersungkur."

Hadis Sahih Bukhari No. 0915 Jilid 2 Topik adalah Madinah

915. Dari Sufyan bin Abu Zuhair r.a., katanya dia mendengar Rasulullah saw. bersabda: "Negeri Yaman ditaklukkan. Maka datang ke sana suatu kaum menghalau ternak mereka, membawa keluarga dan para pengikut mereka, sedangkan Madinah lebih baik bagi mereka kalaulah mereka tahu. Dan negeri Iraq ditaklukkan. Maka datang ke sana suatu kaum menghalau ternak mereka, membawa keluarga serta para pengikut mereka. Sedangkan Madinah lebih baik bagi mereka kalaulah mereka tahu."

Hadis Sahih Bukhari No. 0916 Jilid 2 Topik adalah Madinah

916. Dari Ahu Hurairah r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda: "Sesungguhnya iman bakal meluncur ke Madinah sebagaimana meluncurnya ular ke dalam sarangnya. "

Hadis Sahih Bukhari No. 0917 Jilid 2 Topik adalah Madinah

917. Dari Saad r.a., katanya dia mendengar Nabi saw. bersabda: ''Tidak seorang pun yang berusaha memperdayakan penduduk Madinah, melainkan ia hancur seperti larutnya garam dalam air."

Hadis Sahih Bukhari No. 0918 Jilid 2 Topik adalah Madinah

918. Dari Usamah r.a., katanya: "Nabi saw. memandang ke salah satu benteng dari benteng-benteng di Madinah, lalu beliau bersabda: "Adakah kamu melihat apa yang ku lihat? Sesungguhnya aku melihat tempat terjadi fitnah di sela-sela rumah penduduk seperti tempat jatuhnya hujan."

Hadis Sahih Bukhari No. 0919 Jilid 2 Topik adalah Madinah

919. Dari Abu Bakrah r.a., dari Nabi saw. sabdanya: "Tidak akan dapat masuk ke Madinah, Al Masih Ad Dajjal yang ditakuti. Madinah ketika itu mempunyai tujuh buah pintu. Pada tiap-tiap pintu terdapat dua orang malaikat."

Hadis Sahih Bukhari No. 0920 Jilid 2 Topik adalah Madinah

920. Dari Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah saw. bersabda: "Di jalan-jalan masuk ke Madinah ada malaikat. Kerana itu tidak dapat masuk ke dalamnya penyakit , taun(penyakit menular) dan tidak pula Dajjal."

Hadis Sahih Bukhari No. 0921 Jilid 2 Topik adalah Madinah

921. Dari Anas bin Malik r.a., dari Nabi saw., sabdanya: "Semua negeri akan dipijak oleh Dajjal, melainkan Mekah dan Madinah. Di mana setiap jalan masuk ke dalam kedua kota itu dijaga oleh malaikat dengan berbaris. Kemudian Madinah goncang tiga kali goncangan, maka ketika itu Allah swt. mengeluarkan semua orang kafir dan orang munafik."

Hadis Sahih Bukhari No. 0922 Jilid 2 Topik adalah Madinah

922. Dari Abu Sa'id Al Khudri r.a., katanya: "Rasulullah saw. menceritakan kepada kami suatu cerita yang panjang perihal Dajjal. Di antaranya beliau bersabda: "Dajjal bakal datang, sedangkan ia dilarang memasuki jalan-jalan di kota Madinah. kerana itu ia turun di tanah kering dekat kota Madinah. Pada suatu hari datang kepadanya seorang laki-laki yang paling baik dari golongan manusia. Kata orang itu kepada Dajjal, "Aku tahu bahawa engkau adalah Dajjal yang oleh Rasulullah saw. perihalmu pernah diceritakan beliau kepada kami." Kata Dajjal, "Bagaimana pendapatmu jika aku bunuh (dia) ini, kemudian ku hidupkan kembali, ragukah kamu tentang kesanggupanku itu?" Jawab mereka, "Tidak!" Lalu dibunuhnya, kemudian dihidupkannya kembali. Ketika ia menghidupkan itu, laki-laki tadi berkata, "Demi Allah! Belum pernah aku menyaksikan pemandangan yang lebih hebat dari apa yang ku saksikan hari ini." Maka kata Dajjal, "Aku sanggup membunuhnya, tetapi aku tidak sanggup menguasainya. "

Hadis Sahih Bukhari No. 0923 Jilid 2 Topik adalah Madinah

923. Dari Jabir r.a., katanya: "Seorang Arab dusun datang kepada Nabi saw. lalu berjanji akan masuk Islam. Esok pagi-pagi dia datang dalam keadaan demam. Katanya, "Biarkanlah saya!" Nabi enggan. Kata-kata itu diucapkannya sampai tiga kali. Maka sabda Nabi, "Madinah bagaikan dapur tukang besi, membuang segala karat besi, maka tinggallah besi yang baik-baik saja."

Hadis Sahih Bukhari No. 0924 Jilid 2 Topik adalah Madinah

924. Dari Zaid bin Tsabit r.a., katanya: "Ketika Nabi saw. pergi ke Uhud, sebahagian orang kembali pulang. Lalu kata satu golongan, "Kita bunuh mereka." Kata golongan yang lain: "Tidak! Jangan bunuh mereka!" Maka turunlah ayat: Famaa lakum fil munafiqiina fiataini" (Maka kenapa kamu menjadi dua golongan). Sabda Nabi saw., "Sesungguhnya kota Madinah mengeluarkan orang-orang (jahat), sebagaimana halnya api membersihkan besi dari karat."

Hadis Sahih Bukhari No. 0925 Jilid 2 Topik adalah Madinah

925. Dari Anas r.a., dari Nabi saw., sabdanya: "Wahai, Allah! Turunkanlah berkah berganda di Madinah, sebagaimana yang telah Engkau turunkan di Mekah."

Hadis Sahih Bukhari No. 0926 Jilid 2 Topik adalah Madinah

926. Dari Anas r.a., katanya: "Banu Salimah bermaksud hendak pindah ke dekat masjid, maka dicegah oleh Rasulullah saw., kerana beliau takut sekitar Madinah akan kosong. Sabda beliau, "Wahai, Banu Salimah! Tidakkah kamu perhitungkan sejarah nenek-moyangmu?" Kerana itu mereka tidak jadi pindah.

Hadis Sahih Bukhari No. 0926 Jilid 2 Topik adalah Madinah

926. Dari Anas r.a., katanya: "Banu Salimah bermaksud hendak pindah ke dekat masjid, maka dicegah oleh Rasulullah saw., kerana beliau takut sekitar Madinah akan kosong. Sabda beliau, "Wahai, Banu Salimah! Tidakkah kamu perhitungkan sejarah nenek-moyangmu?" Kerana itu mereka tidak jadi pindah.

Wednesday, January 25, 2012

Waktu Tahrim

Waktu Tahrim ialah waktu yang diharamkan solat sunat mutlak. Waktu tersebut ialah:

1. Bermula dari terbit matahari sehingga matahari naik tinggi kira-kira kadar satu tombak. Satu tombak itu adalah kira-kira kadarnya tujuh hasta paras ketinggian orang biasa dan satu hasta pula ialah kira-kira menyemai dengan lapan belas inci.

2. Waktu Istiwa iaitu waktu matahari berada di tengah-tengah langit sehingga gelincir matahari atau condong ke bawah. (Kecuali waktu istiwa pada hari Jumaat)

3. Waktu ketika matahari berwarna kekuning-kuningan sehingga tenggelam keseluruhan bulatan matahari itu di ufuk.

Ketiga-tiga waktu ini ada disebutkan di dalam hadits Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam daripada ‘Uqbah bin ‘Amir al-Juhani katanya yang maksudnya :

“Tiga waktu yang Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam melarang kami bersembahyang dan mengkebumikan mayat, iatu ketika matahari naik sehingga tinggi, ketika matahari tegak (terpacak) sehingga gelincir dan ketika matahari hampir terbenam sehingga ia terbenam”

(Hadis riwayat Imam Muslim)

Hadis di atas melarang bersembahyang dan mengkebumikan mayat pada ketiga-tiga waktu berkekenaan.

4. Selepas sembahyang fardhu Subuh iaitu bagi orang yang telah menunaikan sembahyang Subuh sehingga terbit matahari.

5. Selepas sembahyang fardhu ‘Asar sehingga terbenamnya matahari.

Diterangkan di dalam sebuah hadits yang diriwayatkan oleh Abu Sa‘id al-Khudri yang mengatakan bahawa dia telah mendengar Rasulullah Sahallalahu ‘alaihi wasallam bersabda yang maksudnya :

“Tidak ada sembahyang selepas Subuh sehingga terbit matahari dan tidak ada sembahyang selepas Asar sehinggalah matahari terbenam”.

(Hadis riwayat al-Bukhari)


Waktu tahrim tersebut kita hanya boleh mengerjakan solat sunat yang bersebab seperti Sunat Tahiyatul Masjid, Jenazah dan Gerhana Matahari. Akan tetapi di Masjidil Haram tiada waktu tahrim semua waktu boleh solat sunat. Di Masjid Nabawi seperti masjid-masjid lain ada waktu tahrim. Oleh itu para jemaah yang berada di Masjid Nabawi hendaklah membanyakkan zikir, baca Quran.


Apakah Dia Sembahyang-Sembahyang Yang Dilarang Melakukannya itu?

Sembahyang-sembahyang yang ditegah melakukannya pada waktu-waktu yang lima ialah sembahyang sunat Muthlaq iaitu sembahyang yang tiada mempunyai sebarang sebab seperti sembahyang sunat Tasbih dan juga sembahyang yang bersebab tetapi sebabnya itu terkemudian. Sembahyang yang sebabnya terkemudian itu ialah seperti sembahyang sunat Ihram dan sembahyang sunat Istikharah. Sebab sembahyang sunat Ihram itu adalah kerana memakai Ihram, ia hanya berlaku setelah melaksanakan sembahyang Ihram dan Istikharah itu pula kerana membuat suatu perkara itu dimulakan selepas sembahyang Istikharah.

Adapun sembahyang yang sebabnya terdahulu daripada sembahyangnya ataupun beriringan, maka harus dikerjakan pada waktu-waktu tegahan itu, tidak makruh dan tidak haram. Misal sembahyang-sembahyang berkenaan ialah seperti sembahyang qadha sama ada fardhu atau sunat, sembahyang Janazah, sembahyang Istisqa’, sembahyang gerhana, sembahyang sunat yang dinazarkan, sembahyang Hari Raya, sembahyang Dhoha, sembahyang sunat Thawaf, sembahyang sunat Wudhu, sembahyang sunat Tahiyatul Masjid, sujud Tilawah dan sujud Syukr dan lain-lain solat yang sebabnya terdahulu.

Sembahyang-sembahyang ini harus untuk dilakukan pada lima-lima waktu dilarang melakukan sembahyang itu berdasarkan hadis Baginda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam dan Ijma‘ para ulama.

Menurut sebuah riwayat mengenai dengan peristiwa taubat Ka‘ab bin Malik bahawa dia telah melakukan sujud syukur selepas sembahyang fardhu Subuh sebelum lagi terbit matahari.

Menurut sebuah hadis lagi yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah bahawa Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam brsabda kepada Bilal yang maksudnya :

Maksudnya: “Wahai Bilal! Cuba kau ceritakan kepadaku apakah perkerjaan yang paling kau harapkan daripada perkerjaan-perkerjaan yang telah kamu lakukan dalam Islam. Sesungguhnya aku mendengar bunyi kasut engkau di hadapanku di syurga?” Bilal berkata: “Aku tidak melakukan suatu perkerjaan yang paling aku harapkan selain aku tidak pernah bersuci sama ada malam atau siang kecuali untuk bersembahyang dengannya, sembahyang yang ditentukan oleh Allah untukku(sembahyang sunat)”

(Hadis riwayat al-Bukhari)

Hadis di atas menjelaskan bahawa sujud syukur harus dilakukan pada waktu yang terlarang. Begitu juga dengan sembahyang sunat wudhu setelah bersuci dengan mengambil wudhu sebagaimana yang diamalkan oleh Bilal Radhiallahu ‘anhu tidak mengira siang atau malam. Ini kerana sebab sembahyang sunat wudhu dan sujud syukur itu adalah sebab yang terdahulu bukan terkemudian. Begitulah juga halnya dengan sembahyang-sembahyang lain yang mempunyai sebab yang terdahulu.


Pengecualian Larangan Bersembahyang Pada Waktu-Waktu Larangan Itu :

Dalam mazhab Syafi‘ larangan bersembahyang pada waktu-waktu tersebut dikecualikan dalam keadaan-keadaan berikut:

1.Hari Jumaat

Sebagaimana yang telah dijelaskan terdahulu bahawa mengerjakan sembahyang ketika matahari tegak (rembang) adalah makruh tahrim. Bagaimanapun ia dikecualikan pada hari Jumaat. Perkara ini dijelaskan di dalam sebuah hadis daripada Qatadah daripada Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam, katanya yang maksudnya:

“Bahawasanya Baginda membenci sembahyang pada tengahari (rembang) kecuali pada hari Jumaat, dan Baginda bersabda: “Sesunguhnya neraka Jahannam dimarakkan (pada saat itu) melainkan pada hari Jumaat”.

(Hadis riwayat Abu Daud)

Pengkhususan itu pula adalah umum untuk orang yang hadir ke masjid atau tidak. Berkata Al-Khatib Asy-Syarbini:

Ertinya: “Dan pada pendapat yang ashah adalah harus bersembahyang pada waktu ini (waktu matahari tegak) sama ada dia hadir sembahyang Jumu‘ah ataupun tidak”.(Mughni al-Muhtaj:1/128)

2. Tanah Haram Mekah

Mengerjakan apa saja jenis sembahyang di tanah suci Mekah adalah diharuskan tanpa mengira sebarang waktu sekalipun pada waktu yang terlarang. Pendapat ini adalah yang shahih di dalam mazhab Syafi‘ie dan disokong dengan hadis Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam, sabda Baginda yang maksudnya :

“Wahai Bani Abdi Manaf, jangan kamu melarang seseorang tawaf di rumah ini (Baitullah) dan bersembahyang pada bila-bila waktu yang dia sukai, malam atau siang”

(Hadis riwayat At-Tirmidzi)

Lagipun bersembahyang di tanah haram Mekah ada tambahan kelebihan atau fadhilat, maka harus mengerjakan sembahyang di sana dalam apa-apa jua keadaan. (Mughni al-Muhtaj: 1/130)

Petikan drp www.brunet.bn/gov/mufti

Wednesday, January 4, 2012

Salam

Satu artikel ditulis dan disebarkan secara meluas di dalam laman sosial Facebook, bertajuk:

SIAPA YANG MENGGUNAKAN PERKATAAN “SALAM” & “A’KUM”? apakah maksud disebaliknya??

Maka berpalinglah (hai Muhammad) dari mereka dan katakanlah: “Salam (selamat tinggal)”. Kelak mereka akan mengetahui (nasib mereka yang buruk).

(QS. 43:89)

Baik gunakan ASSALAMUALAIKUM or ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH… Ilmu utk dikongsi bersama. Sekadar peringatan untuk semua rakan-rakan muslim yang lain.

Pagi semalam saya dengar radio ikim (91.50 fM). Ustaz Zawawi ada cerita tentang sunnah Rasulallah s.a.w. Antara yang dibincangkannya ialah tentang bab cara memberi salam.

Menurut ustaz Zawawi Yusof, Baginda SAW memberi salam dengan lafaz “Assalamualaikum” dan menjawab salam dari para sahabat baginda dengan salam yang lengkap iaitu “Waalaikumussalam warahmatulallahhi wabarakatuh”

Ringkasnya, baginda SAW akan; Beri salam dengan ucapan - “Assalamualaikum”

dan…Jawab salam - “Waalaikumussalam warahmatulallahi wabarakatuh”

Lagi satu, perlu diingatkan juga semasa menjawab salam, saya dengar ramai orang jawab salam dengan ucapan yang tidak tepat.

Jawab salam yang betul ialah ; “WAALAI KUMUS SALAM” dan bukannya yang selalu saya dengar iaitu ; “WAALAI KUM SALAM”

Apabila kita ingin berkirim salam pada orang lain, hendaklah kita berkata

“Kirim salam, assalamualaikum pada ASHREE ye” contoh lerr…

Dan bukannya : “Kirim salam kat ASHREE yer”. Dan jangan pula memandai-mandai tambah

perkataan seperti “Ko tolong kirim salam maut kat dia yer”.

Statement ini walaupun dalam nada bergurau, tapi ia adalah menyalahi syariat dan berdosa, walaupun sekadar gurauan!

Selain itu, janganlah kita menggantikan perkataan “Assalamualaikum” dengan “A’kum” dalam SMS atau apa sekalipun melalui tulisan. Jika perkataan “Assalamualaikum” itu panjang, maka hendaklah kita ganti dengan perkataan “As-Salam” yang membawa maksud sama dengan “Assalamualaikum”.

Sesamalah kita memberitahu member-member yang selalu sangat guna short form “A’kum” dalam sms ataupun email. Perkataan ‘AKUM‘ adalah gelaran untuk orang-orang Yahudi kepada orang-orang bukan yahudi yang bermaksud ‘BINATANG’ dalam Bahasa Ibrani.

Ia singkatan daripada perkataan ‘Avde Kokhavim U Mazzalot’ yang bermaksud ‘HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT’.

Jadi, mulai sekarang jika ada orang hantar shortform “A’kum“, kita ingatkan dia guna “As Salam” kerana salam ialah dari perkataan “Assalamualaikum“.

Jangan guna “Bye” kerana “Bye” adalah jarum sulit Kristian yang bermaksud “Di Bawah Naungan Pope.” Jangan guna “A’kum” kerana“A’kum” bermaksud “Binatang” dalam bahasa Yahudi. Jangan guna “Semekom” kerana “Semekom” bermaksud “Celaka Kamu.” Gunakan perkataan “As-Salam” sebagai singkatan bagi “Assalammualaikum.” Tolong forward kepada umat Islam yang lain , untuk elakkan diri daripada membuat dosa..

Sekian, semoga ada manfaatnya…

PANDANGAN/JAWAPAN KEPADA ARTIKEL DI ATAS

Pertama, perlu dijelaskan bahawa short form assalamu'alaikum ialah A'kum, selagi kita maksudkannya dgn lafaz Salaam atau Assalamu'alaikum, maka bagi pendapat ana, tidak menjadi kesalahan kerana tiada dalil atau bukti khas mengatakan pengharaman penggunaan perkataan tersebut. Tambahan pula, yg menghantar SMS atau yang menulis dan yg menerima atau yg membaca amat memahami short form tersebut bahawa lafaz asalnya ialah ASSALAMU’ALAIKUM...

Dalil dan sandaran ana, sebagaimana short form bagi Sollahu 'Alaihi Wassalam iaitu SAW dan Subhanahu Wa Taa'ala iaitu SWT dan byk lagi short forrm yg diguna pakai dan difahami oleh semua...

Namun, jika yg membaca dan yg menulis, tidak memahami maksud short form tersebut maka lainlah pula hukumnya..

Kedua, ana cukup setuju dgn saranan, menggunakan As-Salam lebih baik, namun perkataan “Salaam” juga tidak menjadi kesalahan untuk digunakan, bahkan kedua-duanya betul (rujuk dalil-dalil daripada ayat Al-Quran yang ana sediakan di bawah berkenaan penggunaan SALAM)..

tetapi ana sekali-kali tidak setuju dgn pandangn yg mengatakan tidak boleh mengatakan "Sampaikan/Kirim salam kepada si fulan" dan MESTI menggunakan “Kirim salam dengan lafaz “Assalamu’alaikum” sahaja yg sebetul/sepatutnya, sedangkan dalam bahasa Arab ada disebut..

بَلِّغْ تَحِيَّتِي إِلَى فُلَان

سَلِّمْ عَلى فُلَانٍ

Kedua-dua ayat ini jelas menunjukkan tiada lafaz Assalamu'alaikum, sedangkan penggunaan kedua-dua ayat ini adalah secara meluas oleh org arab dlm percakapan seharian mereka, dan tambahan pula makna ayat adalah sama dengan bahasa melayu kita iaitu “Sampaikan salam kepada si fulan”..

Sebagaimana dibolehkan menggantikan lafaz “Assalamu'alaikum” dengan “Salaam” kerana mempunyai makna yg lebih kurang sama..begitu juga dalam ucapan ini..difahami bahawa “sampaikan SALAM” adalah sama erti dgn “sampaikan ASSALAMU"ALAIKUM”..

BERIKUT ADALAH PENDAPAT/JAWAPAN YG MENARIK BERKENAAN HAL INI

1. Untuk setiap huruf jawi dan rumi, ada atau tidak perkataan buruk? Jika ada, maka tidak mustahil "A.L.L.A.H" dan "alif lam lam ha" dimaksudkan dengan buruk untuk setiap huruf. Jadi, ki...ta tidak boleh guna "Allah" dalam Jawi dan Rumi lah ye? Macam tu?

2. Betul atau tidak, singkatan "A'kum" bermula sedikit lewat dari wujudnya internet dan sistem pesanan ringkas? Jika betul, adakah dan siapakah manusia bukan Melayu atau Yahudi pertama yang guna "A'kum"? Jika bukan Yahudi atau agen - agennya, siapa? Jika Melayu kita juga yang mula (sebab aku tak yakin American Muslim yang mula "A'kum"2 ni), adakah dia pandai bahasa Yahudi? Yahudi atau bukan Yahudi, SIAPA yang mula cipta singkatan A'kum? Sebut nama, kita selidik sama - sama siapa dia. Kalau tak sabit tuduhan email layang ni, fitnah melulu walaupun niat baik nak menegah adalah haram. Dosa tetap dosa. Siapa tukang forward sama je dosa dengan orang yang cipta penipuan ni.

3. Apa agaknya reaksi orang bukan Islam, terutamanya Yahudi yang kita benci-benci sangat ni, kalau mereka baca benda ni? Tak malu ke kalau korang sebenarnya paranoid dan takut dengan bayang - bayang sendiri?

INI ADALAH BUKTI KESALAHAN DALAM TERJEMAHAN "AKUM"

sila rujuk gambar tersebut..

Avde Kokhavim U Mazzalo atau KOKHAVIM atau AKUM adalah sebenarnya BUKAN SAMA SEKALI membawa maksud BINATANG tapi BINTANG...

Avde Kokhavim U Mazzalo membawa maksud HAMBA2 PENYEMBAH BINTANG & ORANG2 YANG SESAT.. Itulah maksud sebenarnya...

INI ADALAH JAWAPAN UST ZAHARUDDIN TTG HAL INI

Salam,

Terima kasih atas “teguran” atau “peringatan” yang diberi.

Bagaimanapun, saya tidak lah termasuk di kalangan orang yang bersetuju untuk mensyaratkan assalamualaikum di tulis penuh. Tidaklah saya ketahui apakah dalil khusus yang digunakan bagi mensyarat dan mewajibkannya.

Menurut Islam, yang lebih penting adalah “kefahaman intipati”. Jika anda faham ianya adalah lafaz penuh, maka tiada lagi masalah bagi menulis ringkasannya. Perlulah memahami Maqasid Shariah (objektif dari hukum Shariah) dalam hal ini. objektif shariah dalam hal memberi salam adalah sunnah dan mendoakan saudara seIslam. Ia dibuat dalam bentuk verbal biasanya. Apabila ditulis secara tulisan, jika benar formal, bolehlah anda menulisnya dengan lengkap, tetapi di kala tidak formal, yang penting maksud shariahnya sampai.

Tulisan “salam” atau “akum” atau “askum”, sudah tentulah bermaksud lafaz salam yang penuh, tiada siapa yang akan menulisnya kecuali bermaksud lafaz salam yang penuh. Maka adalah menjadi suatu kecacatan sendiri apabila si pembaca membacanya dengan lafaz singkat. Sebagaimana singkatan “utk”, “dsbg” dan difahami secara automatik ia adalah bermakna “untuk”, “dan sebagainya”.

Justeru, Islam adalah agama yang memudahkan dan bukan menyusahkan dengan perkara amat cabang dan kecil ini, bagi merasakan inidvidu yang menggunakannya adalah salah. Bagi saya, orang yang mengganggap salah itulah yang salah.

Adalah logik dan diterima Syara’ utk menggunakan singkatan bagi lafaz salam di sms, mahupun email danlain-lain tempat yang sesuai, kerana ia tetap bermaksud lafaz salam yang ditujukan.

Saya sebenarnya amat pelik, saya telah selalu membaca dan mendengar pertikaian seperti ini, tetapi ini yangpertama kali saya ditujukan secara peribadi, persoalannya mengapa isu yang sekecil ini juga terdapat perdebatan. amat membuang masa..

Wallahu'alam..

(SAMBUNGAN DARI A.Z.B.A)

Jika kita berterusan berpandangan cara ini dan menutup pemikiran, pasti satu hari nanti akan ada satu kes baru, bahawa memberi salam mestilah ditulis dalam tulisan Arab sahaja, kerana ejaan Assalamualaikum tidak tepat dari segi bacaan dan panjang pendeknya..

Na'uzubillah dari perbahasan yg hanya akan lebih menyusahkan org awam..

Berikut adalah sebahagian ayat-ayat Al-Quran, yg menggunakan “Salaam” dan membawa maksud yang baik, sama dengan lafaz “Assalamu’alaikum”..

Al-An’am, 54

وَإِذَا جَاءكَ الَّذِينَ يُؤْمِنُونَ بِآيَاتِنَا فَقُلْ سَلاَمٌ عَلَيْكُمْ

Apabila orang-orang yang beriman kepada ayat-ayat Kami itu datang kepadamu, maka katakanlah: "Salaamun alaikum” (mudah-mudahan Allah melimpahkan kesejahteraan atas kamu).

Al-A’raf, 46

وَنَادَوْاْ أَصْحَابَ الْجَنَّةِ أَن سَلاَمٌ عَلَيْكُمْ

Dan mereka menyeru penduduk surga: "Salaamun 'alaikum” (mudah-mudahan Allah melimpahkan kesejahteraan atas kamu).

Yunus, 10

دَعْوَاهُمْ فِيهَا سُبْحَانَكَ اللَّهُمَّ وَتَحِيَّتُهُمْ فِيهَا سَلاَمٌ

Do'a mereka di dalamnya ialah: "Subhanakallahumma”, dan salam penghormatan mereka ialah: "Salam" (sejahtera dari segala bencana)

Hud, 69

وَلَقَدْ جَاءتْ رُسُلُنَا إِبْرَاهِيمَ بِالْبُـشْرَى قَالُواْ سَلاَماً قَالَ سَلاَمٌ فَمَا لَبِثَ أَن جَاء بِعِجْلٍ حَنِيذٍ

Dan sesungguhnya utusan-utusan Kami (malaikat-malaikat) telah datang kepada lbrahim dengan membawa kabar gembira, mereka mengucapkan: "Selamat." Ibrahim menjawab: "Selamatlah," maka tidak lama kemudian Ibrahim menyuguhkan daging anak sapi yang dipanggang.

Hasil daripada pencarian ana, ayat-ayat Al-Quran menggunakan "Salaam" untuk membawa maksud "kesejahteran, dan keselamatan"..

Justeru, bagi ana menggunakan "Salaam" adalah sama sekali tidak salah!~

Yang salah, jika menggunakan kalimah "As-saam", sebagaimana datangnya dalam satu hadis yg mana orang Yahudi pada zaman Nabi s.a.w apabila memberi salam menyebut as-samu ‘alaikum yang bermaksud: maut atau kemusnahan ke atas kamu. Mereka cuma mengelirukan pendengaran orang Islam. Justeru itulah Nabi s.a.w menyuruh dijawab dengan ungkapan ‘wa alaikum’ sahaja.

“Sesungguhnya Yahudi apabila memberi salam kepada kamu, sebenarnya dia menyebut: as-samu ‘alaika (maut atau kemusnahan). Maka kamu jawablah wa ‘alaika (ke atas kamu). (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

TAMBAHAN INFO:

Merujuk kepada Lisanul 'Arab (Salam):

والسُّنَّة لا تختلف في تحية الأَموات والأَحْياء ويشهد له الحديث الصحيح أَنه كان إِذا دخل القبور قال: ((سَلامٌ عليكم دارَ قَومٍ مُؤْمِنِين))

Dan sunnah tidak ada ikhtilaf dalam tahiyyah kpd org2 mati atau org2 hidup, dan berdalilkan hadis sahih: Sesghnya apabila dia (Rasulullah) masuk ke perkarangan kubur (melaluinya), maka baginda menyebut: "Salamun 'alaikum daara qawmin mu'minin (Keselamatan dan kesejahteraan kepada kamu semua, wahai kediaman kaum-kaum mukninin (penghuninya)"

ويقال السَّلامُ عليكم، سَلامٌ عليكم، سَلامٌ بحذف عليكم،

ولم يرد في القرآن غالباً إِلاَّ مُنَكَّراً

Dan disebut: Assalamu'alaikum, Salamun 'Alaikum, Salaam tanpa "alaikum, kebiasaannya (kebanyakannyan) tidak disebut dalam Al-Quran kecuali dalam bentuk nakirah..

Namun, jika disebut As-Salaam yg dimaksudkan dengannya satu Nama/sifat daripada Nama-nama/Sifat-sifat Allah yg Maha Mulia, maka mesti disebut dalam bentuk Ma'rifah..

(Rujukan Lisanul 'Arab)


www.samizul.net

Soalan kedua kali ini lebih kepada isu agama.. Soalannya:


"Apa pandangan kau tentang penggunaan SALAM sebagai shortform Assalamu'alaikum?"
~Anonymous


Aku akan menjawab dan memberi perkongsian mengikut apa yang aku tahu dan faham.

Sebagai pendahuluan, SALAM itu perlu dilihat sebaik-baiknya dalam pelbagai lapangan yang ada kaitan langsung. Sebab, kita tidak mahu kupasan dalam lapangan A akan dilihat 'terburu-buru' atau 'terkongkong'.

Ketika memfokuskan hujah bagi lapangan A, huraian dan penerangan yang ada menyentuh lapangan lain secara langsung - contohnya lapangan B, lapangan C dsb - perlu dimuatkan sedikit dalam tulisan yang fokus pada lapangan A itu tadi.

Penggunaan perkataan SALAM yang hanya dikupas dari sudut Agama sahaja tanpa mengambil-kira [menyentuh sedikit] sudut Bahasa adalah suatu kelompangan. Hasilnya, kekeliruan dan salah-sangka akan bercambah.

SALAM wujud dalam kamus Bahasa Melayu [BM]. SALAM membawa dua maksud iaitu;

a) Perbuatan: Mijul bersalaman dengan Mizul.

b) Ucapan: Salam sejahtera hadirin sekalian..


Hujah yang dibentang dalam [kupasan] sudut Agama membawa maksud SALAM itu dalam beberapa terjemahan bahasa yang lain, terutamanya bagi orang Kristian dan orang Yahudi.

Itu dalam bahasa mereka. Kita lihat contoh perkataan 'BAH'.

Di Semenanjung [bahagian Utara terutamanya], BAH bermaksud banjir. Di Sabah, BAH mempunyai pelbagai maksud mengikut fungsinya dalam sesuatu ayat.

A: Sudah kau makan?
B: Sudah bah.

BAH dalam dialog di atas berfungsi sebagai 'imbuhan' yang 'menguatkan' atau menyokong perkataan/ayat sebelumnya.

A: Mari kita mandi.
B: Bah marilah.

BAH dalam dialog di atas bermaksud 'YA'.

Kesimpulan

Pemilihan perkataan SALAM, AS SALAM, dan ASSALAMU'ALAIKUM itu sebenarnya bergantung dengan SIAPA dan TUJUAN ia digunakan.

Jika kepada Muslim, ucapan memberi SALAM itu seharusnya lengkap.

-Kirim/Berikan SALAM: Assalamu'alaikum . Assalamua'laikum w.b.t
"Assalamu'alaikum semua. Gembira dapat berkumpul hari ini".
"Sampaikan salam Assalamu'alaikum ku padanya ya".


*Shortform: "Assalam.." atau baik terus ditulis penuh.. Kalau aku biasa singkatkannya menjadi "Salam...". Ada tiga noktah supaya SALAM itu dilihat lebih fleksibel atau tetap sesuai untuk Muslim dan bukan Muslim.

-Jawab/Terima SALAM: Wa'alaikumussalam w.b.t

Jika kepada bukan Muslim: Salam Sejahtera
"Sampaikan salam sejahtera / salam rinduku pada abangmu ya. Sudah lama kami tidak berjumpa".

Jika SALAM [atau perkataan lain] bermaksud yang kurang baik atau puji-pujian dari bahasa suatu Bangsa yang lain, biarlah 'standard' mereka itu. Yang utama, ianya bermaksud baik dan difahami dalam bahasa ibunda atau rasmi sesama kita.

Jika SALAM [atau perkataan lain] bermaksud yang kurang baik atau puji-pujian dari bahasa suatu Agama yang lain, ini bergantung dengan pendapat Ahli Agama dalam agama tersebut untuk diikuti. Dibolehkan atau tidak. Dilarang atau tidak. Kalau boleh, macam mana. Kalau larang, larangan yang macam mana. Ini perlu jelas.

Jadi kalau dalam kalangan orang Islam, ucapkanlah ucapan salam [sapaan / menyapa / bertanya khabar] itu dengan yang sebaik-baiknya.

Jika SALAM bermaksud CELAKA atau lain-lain yang dianggap negatif digunakan bagi maksud Perbuatan dan Ucapan tadi, maka SALAM itu patut sudah lama 'diharamkan' dari norma tutur-kata atau kamus bahasa masyarakat kita.


Wallahu'alam..